CUCKOO
Panduan CUCKOO

Kelebihan CUCKOO Granite: Penapis Air Dengan Ice Maker Untuk Rumah

CUCKOO Granite ialah penapis air dengan pembuat ais 'built-in', sesuai untuk keluarga yang nak air minuman bersih bertapis, bermineral, tapi ada juga air panas, air sejuk dan ais daripada satu mesin.

Kelebihan CUCKOO Granite: Penapis Air Dengan Ice Maker Untuk Rumah
Dalam Artikel

CUCKOO Granite ialah penapis air dengan pembuat ais 'built-in', sesuai untuk keluarga yang nak air minuman bersih bertapis, bermineral, tapi ada juga air panas, air sejuk dan ais daripada satu mesin.

Berbanding penapis air lain, apa yang best mengenai penapis air ice maker Cuckoo Granite sebab ia sangat memudahkan; kita dah tidak perlu lagi fikir nak isi ice tray, nak jerang air dan atau susahkan diri nak masuk air dalam peti sejuk.

Bawah ni saya kongsikan kelebihan guna penapis air Cuckoo Granite ni

1. Ada Ais Di Rumah 24 Jam

Kelebihan terbesar CUCKOO Granite ialah fungsi ice maker automatik. Tak payah nak topup air tiap masa, sebab ia akan auto top-up!

Granite menghasilkan ais berbentuk bullet dalam dua mod:

  • Quick Ice — sehingga 6 ketul dalam kira-kira 18 minit
  • Normal Ice — sehingga 6 ketul dalam kira-kira 30 minit

Tangki aisnya pula boleh menyimpan sehingga 700g ais, atau kira-kira 100 ketul bullet ice.

Apabila tangki ais penuh, mesin akan berhenti membuat ais secara automatik. Kalau ais dah dikeluarkan, barulah tangki ais akan diisi semula.

Kenapa Fungsi Ni Bagus?

Kalau keluarga anda memang kerap minum ais, anda tak perlu lagi:

  • isi ice tray
  • tunggu ais beku
  • beli ais paket kat kedai
  • risau ais habis ketika bila ada tetamu
  • tak perlu stres kalau terlupa buat ais!

Ia sangat praktikal untuk rumah yang selalu minum kopi ais, teh ais, air sejuk atau menyediakan minuman ketika family gathering.

2. Air Panas, Sejuk dan Ais Dalam Satu Mesin

Granite ada boleh hasilkan air sejuk hingga panas dari sekitar 0°C hingga 100°C.

Antara pilihan suhu yang boleh digunakan ialah:

  • 0°C — ais
  • sekitar 5°C: minuman sejuk
  • sekitar 28°C: air suhu bilik
  • sekitar 65°C: kegunaan seperti penyediaan susu
  • sehingga 100°C: kopi, teh dan minuman panas

Jadi senang untuk anda nak buat air minuman, pilih jer nak suhu apa dan tekan air keluar.

Granite juga boleh hasilkan air panas extra hot ketika proses membuat ais sedang berjalan.

3. Sistem Penapisan 6 Peringkat

CUCKOO Granite menggunakan sistem penapisan 6 peringkat melalui tiga jenis filter utama:

Sediment Filter

Membantu menapis habuk dan bendasing.

Carbon Composite Filter

Membantu mengurangkan residual chlorine, VOC dan partikel halus.

Nano Positive Plus Filter

Direka untuk membantu menapis partikel yang lebih halus dan bahan tertentu dalam air.

Perlu difahami bahawa 6-stage filtration bukan bermaksud terdapat enam cartridge. Ia menggunakan tiga filter yang menjalankan beberapa peringkat penapisan.

Bagi pengguna, manfaat utamanya ialah air ditapis melalui sistem berlapis dan filter turut dijaga mengikut jadual servis.

4. UV Sterilisation Untuk Tangki Ais

Disebabkan ais disimpan di dalam tangki penapis air ice maker Cuckoo Granite sebelum digunakan, kebersihan tangki adalah sangat penting.

Granite ada fungsi UV Sterilisation untuk ice tank.

Sistem UV beroperasi secara berkala setiap lima jam, dengan setiap cycle sekitar 20 minit.

Filter ini dapat basmi bakteria sehingga 99.9%.

Apa Manfaatnya?

Pengguna tidak perlu mengurus proses sanitasi tangki ais secara manual setiap kali menggunakan mesin.

Sebab mesin Cuckoo Granite anda dah buatkan secara automatik.

5. Sistem Sterilisation Dalaman dan Faucet

Cuckoo Granite turut mempunyai In & Out Auto Electrolysis Sterilisation.

Sistem ini direka untuk membantu menjaga kebersihan bahagian dalaman dan faucet yang dilalui air sebelum masuk ke dalam gelas.

Kenapa Ini Penting?

Air yang sudah ditapis masih perlu melalui komponen dalaman sebelum dikeluarkan.

Jadi, penjagaan kebersihan bukan hanya bergantung kepada filter.

Bagi pengguna, kelebihannya ialah sebahagian daripada proses penjagaan kebersihan dilakukan secara automatik tanpa memerlukan banyak kerja manual.

6. Sterilisation Water Untuk Kegunaan Dapur

Granite turut mempunyai fungsi Electrolysis Sterilisation Water.

Boleh guna untuk cuci:

  • buah-buahan
  • sayur-sayuran
  • botol bayi
  • pinggan mangkuk
  • kawasan dapur

Fungsi ini memberi kegunaan tambahan kepada mesin selain air minuman.

Tapi, penting untuk diketahui bahawa Sterilisation Water bukan untuk diminum. Ia hanya untuk tujuan pembersihan dan sanitasi.

7. Servis Berkala CUCKOO+ Care Service

Mesin dengan ice maker mempunyai lebih banyak komponen berbanding penapis air biasa.

Sebab itu servis menjadi salah satu perkara penting untuk dipertimbangkan.

CUCKOO+ Care Service untuk Granite merangkumi pemeriksaan pada bahagian seperti:

  • filter
  • tubing
  • faucet
  • tangki ais
  • kualiti ais
  • water tray
  • keadaan mesin

Tangki ais Granite juga tak boleh dicabut sendiri oleh pengguna. Pembersihan dan maintenance dilakukan ketika servis berkala.

Ia sangat memudahkan sebab pengguna tak perlu nak servis sendiri bahagian ni.

Cuckoo Granite Sesuai Untuk Siapa?

Keluarga Yang Gemar Minum Air Berais

Jika ais digunakan hampir setiap hari, fungsi ice maker boleh menghapuskan keperluan mengisi tray berulang kali.

Selalu Buat Air Minuman Sejuk

Anda yang suka minum milo ais, kopi ais, teh ais, sirap ais, buat dessert yang guna ais sesuai guna Cuckoo Granite ni

Tetamu Kerap Datang Rumah?

Tangki ais sehingga 700g memberi bekalan ais yang lebih praktikal untuk menyediakan beberapa gelas atau satu hingga dua jag minuman.

Mahu Kurangkan Banyak Peralatan

Granite ni datang dengan fungsi all-in-1, jadi anda dah tak perlu beli semua ni secara berasingan

  • ice-tray
  • bekas simpan air
  • penapis air
  • pemanas air
  • dan sebagainya

Cukup 1 penapis air untuk semua

Siapa Mungkin Lebih Sesuai Dengan Penapis Air Biasa?

Granite mungkin kurang sesuai jika:

  • keluarga jarang menggunakan ais
  • anda hanya perlukan air tapis panas dan sejuk
  • mahu komitmen lebih rendah
  • ruang countertop terhad
  • perlu ais yang sangat banyak pada satu masa

Dimensi Granite ialah sekitar 260mm lebar × 527mm dalam × 506mm tinggi, dengan berat sekitar 22.9kg.

Spesifikasi Utama CUCKOO Granite

SpesifikasiCUCKOO Granite
ModelCP-SN100EBR
Dimensi260 × 527 × 506mm
Berat22.9kg
Sistem AirDirect
Kapasiti Ais700g
Quick IceHingga 6 ketul dalam ±18 minit
Normal IceHingga 6 ketul dalam ±30 minit
Filtration6 peringkat
FilterSediment, Carbon Composite, Nano Positive Plus

Soalan Lazim CUCKOO Granite

Berapa Lama Granite Ambil Masa Untuk Buat Ais?

Quick Ice mengambil kira-kira 18 minit untuk sehingga enam ketul ais.

Normal Ice pula sekitar 30 minit.

Masa sebenar boleh berubah bergantung kepada suhu air masuk dan keadaan penggunaan.

Berapa Banyak Ais Boleh Disimpan?

Tangki Granite boleh menyimpan sehingga 700g, atau kira-kira 100 ketul bullet ice.

Adakah Mesin Berhenti Bila Ais Dah Penuh?

Ya.

Apabila tangki mencapai kapasiti maksimum, penghasilan ais akan berhenti. Apabila ais digunakan, mesin boleh mula membuat ais semula.

Boleh Ambil Air Panas Ketika Mesin Tengah Buat Ais?

Ya.

Fungsi air dan ice making boleh digunakan tanpa perlu menunggu salah satu proses selesai.

Boleh Matikan Ice Maker?

Ya.

Ice Making Mode boleh dimatikan jika anda tidak memerlukan ais.

Boleh Cabut Tangki Ais Untuk Basuh Sendiri?

Tidak.

Ice tank tidak direka untuk dikeluarkan sendiri oleh pengguna. Penjagaan dilakukan melalui CUCKOO+ Care Service.

Boleh Minum Sterilisation Water?

Tidak.

Sterilisation Water hanya untuk kegunaan pembersihan dan sanitasi.

Kesimpulan: Apa Kelebihan Utama CUCKOO Granite?

Kelebihan utama CUCKOO Granite ialah convenience.

Ia menggabungkan:

air tapis + air panas + air sejuk + ais automatik + fungsi penjagaan kebersihan

dalam satu mesin.

Bagi keluarga yang memang menggunakan ais setiap hari, Granite boleh menyelesaikan satu masalah yang penapis air biasa tidak boleh selesaikan — memastikan bekalan ais tersedia tanpa perlu sentiasa mengisi ice tray.

Tetapi jika keluarga anda jarang menggunakan ais, penapis air biasa mungkin sudah mencukupi.

Jadi sebelum memilih CUCKOO Granite, persoalan paling mudah untuk ditanya ialah:

"Berapa kerap keluarga saya sebenarnya menggunakan ais?"

Jika jawapannya hampir setiap hari, barulah kelebihan Granite benar-benar terasa.

Produk berkaitan

Ice-Making Gambar produk CUCKOO Granite

CUCKOO Granite

Ice 700gHot 100°CDirect Water
Plan 5 Tahun RM155 /bulan

Kadar rata60 bulan

  • 18-minute rapid ice-making
  • Nano Positive Plus Filtration
  • UV Ice Tank Sterilisation

Ice-making water purifier with 0°C to 100°C range.

Semak Promo Produk Ini Lihat Detail

Bacaan Seterusnya

Artikel berkaitan

Semak Promo