CUCKOO
Menu +
Panduan CUCKOO

Cara Guna dan Setting Penapis Air Cuckoo XCEL

Bagaimana cara guna Cuckoo XCEL? Bagaimana cara nak guna child lock (kunci) penapis air XCEL ni? Saya jelaskan kepada anda.

Cara Guna dan Setting Penapis Air Cuckoo XCEL
Isi Artikel

Assalamu’alaikum wbt dan hai buat para pelanggan Cuckoo. 

Untuk perkongsian kali ini, saya ingin berkongsi dengan anda cara untuk menggunakan penapis air Cuckoo model XCEL yang telah dikeluarkan pada tahun 2019. Dan model ini menjadi antara model terlaris yang dikeluarkan oleh Cuckoo sejak pengeluarannya. 

Namun, menjadi tanda tanya sebahagian pelanggan kami bagaimana cara guna dan operasi penapis air Cuckoo XCEL ini. 

Spesifikasi Cuckoo

Di bawah saya kongsikan spesifikasi produk ini:

Jenis Produk Penapis Air Bermineral
Model CP-XN501HW
Penggunaan Elektrik
Sejuk
110W
Penggunaan Elektrik
Panas
300W
Jenis Tapisan Nano Positive Filtration System
Berat 13.6KG
Dimensi 220 (W) x 502 (D) x 490 (H) mm
Tekanan Air
(Pressure)
Minimum 0.05Mpa / 7 psi

Saiz tangki seperti di bawah: 

Sejuk 1.0 Liter
Panas 1.0 Liter
Suhu Biasa 0.3 Liter

Kekerapan Pertukaran Filter

Jenis Filter Kekerapan
Tukar Filter
Filter Materials
Sediment Filter 4 Bulan Polypropelene,
Compressed Charcoal
Pre-Carbon Filter 8 Bulan Compressed Activated
Carbon
Natural Filter 12 Bulan Charcoal, Ceramic Ball,
Activated Carbon
Nano Positive Filter 12 Bulan Polypropelene,
Polyamide,
Polyester

Deskripsi Produk

Gambar pandangan hadapan seperti di bawah:

Gambar pandangan belakang pula seperti di bawah: 

Cara Guna Cuckoo XCEL

CARA SETTING AIR SEJUK CUCKOO XCEL

  1. Pergi ke belakang mesin Cuckoo Xcel
  2. Pastikan butang ON sudah ditekan untuk air sejuk (butang hitam)
  3. Pastikan lampu pada simbol air sejuk (COLD) di paparan hadapan menyala

CARA KELUARKAN (DISPENSE) AIR SEJUK CUCKOO XCEL

  1. Tekan butang (COLD) untuk pilih air sejuk. 
  2. Lampu biru menyala
  3. Tekan sekali butang paling bawah (OUT FLOW) untuk keluarkan air sejuk. Air akan automatik berhenti. 
  4. Air yang akan keluar adalah sekitar setengah cawan. Ketika air sedang dikeluarkan, boleh tekan lagi butang OUT FLOW di bawah sekali untuk hentikan pengeluaran air
  5. Manual Dispense: Tekan butang paling bawah (OUT FLOW) selama / sebanyak mana air anda ingin keluarkan. Lepaskan bila ingin berhenti.

CARA SETTING AIR PANAS CUCKOO XCEL

  1. Pergi ke belakang mesin Cuckoo Xcel 
  2. Pastikan butang ON sudah ditekan untuk air panas (butang merah)
  3. Pastikan lampu pada simbol air panas (HOT) di paparan hadapan menyala

CARA KELUARKAN (DISPENSE) AIR PANAS CUCKOO XCEL

  1. Tekan butang (HOT) untuk pilih air panas
  2. Lampu merah menyala
  3. Tekan sekali butang paling bawah (OUT FLOW) untuk keluarkan air panas. Air akan automatik berhenti. 
  4. Air yang akan keluar adalah sekitar setengah cawan. Ketika air sedang dikeluarkan, boleh tekan lagi butang OUT FLOW di bawah sekali untuk hentikan pengeluaran air
  5. Manual Dispense: Tekan butang paling bawah (OUT FLOW) selama / sebanyak mana air anda ingin keluarkan. Lepaskan bila ingin berhenti.

CARA KELUARKAN (DISPENSE) AIR SUHU BIASA CUCKOO XCEL

  1. Tekan butang (ROOM) untuk pilih air suhu biasa
  2. Lampu hijau menyala
  3. Tekan sekali butang paling bawah (OUT FLOW) untuk keluarkan air suhu biasa. Air akan automatik berhenti. 
  4. Air yang akan keluar adalah sekitar setengah cawan. Ketika air sedang dikeluarkan, boleh tekan lagi butang OUT FLOW di bawah sekali untuk hentikan pengeluaran air
  5. Manual Dispense: Tekan butang paling bawah (OUT FLOW) selama / sebanyak mana air anda ingin keluarkan. Lepaskan bila ingin berhenti.

CARA BUTTON LOCK (KUNCI) AIR PANAS CUCKOO XCEL

Untuk tujuan keselamatan, button lock ini perlu ditekan agar anak-anak di rumah tidak tercedera kerana air panas.

LOCK - Tekan butang HOT (atas sekali) selama 3-4 saat hingga penapis air berbunyi

a. Selepas berbunyi, tekan butang HOT lampu merah TIDAK menyala

b. Air panas tidak dapat dikeluarkan hingga air panas unlock

UNLOCK - Tekan butang HOT (atas sekali) selama 3-4 saat hingga penapis air berbunyi

a. Selepas berbunyi, tekan butang HOT lampu merah akan menyala

b. Air panas dapat dikeluarkan semula seperti biasa

CARA BUTTON LOCK (KUNCI) SEMUA BUTTON  CUCKOO XCEL

  • LOCK - Tekan butang HOT (atas sekali) selama 3-4 saat hingga penapis air berbunyi
    1. Selepas berbunyi, tekan mana-mana butang, semua lampu (MERAH, BIRU ATAU HIJAU) tidak akan menyala
    2. Air bagi semua suhu tidak dapat dikeluarkan hingga unlock
  • UNLOCK - Tekan butang HOT (atas sekali) selama 3-4 saat hingga penapis air berbunyi
    1. Selepas berbunyi, air panas dapat dikeluarkan semula seperti biasa
    2. Air bagi semua suhu dapat dikeluarkan seperti biasa

SOALJAWAB CUCKOO XCEL

  1. SOALAN: Adakah penapis air CUCKOO XCEL dapat mengeluarkan air suhu dingin (kurang sejuk) atau air suam?
    JAWAPAN: TIDAK, penapis air ini hanya mengeluarkan air 3 suhu iaitu air sejuk, panas dan suhu biik sahaja
  2. SOALAN: Berapa suhu panas dan sejuk CUCKOO XCEL?
    JAWAPAN: Suhu panas sekitar 85~88 darjah celcius, suhu sejuk sekitar 4~7 darjah celcius
  3. SOALAN: Berapa tekanan air minimum untuk pasang CUCKOO XCEL?
    JAWAPAN: Tekanan air minimum untuk pemasangan penapis air ini adalah 7 PSI. Sekiranya tekanan air di rumah anda di bawah 7 PSI, kami sarankan untuk memasang pam air Cuckoo yang bernilai RM200

Sekiranya anda mempunyai sebarang soalan, sangat disarankan untuk tulis di ruang komen di bawah. Terima kasih

Bacaan Seterusnya

Artikel berkaitan

Semak Promo