Kalau anda baru guna penapis air CUCKOO IRIS Top, panduan di bawah ini menjawab hampir semua persoalan biasa — dari setting suhu, set masa, lock kanak-kanak, sampai masalah air tak sejuk dan error.
Ramai pengguna baru bertanya perkara yang sama: air tak sejuk, air suhu bilik rasa sejuk, lampu tak menyala dan pelbagai lagi. Sebenarnya semua tu bukan masalah besar.
Tujuan artikel ini ialah menjawab persoalan anda mengenai cara guna CUCKOO IRIS Top. Sebelum itu, saya tunjukkan dulu bahagian-bahagian pada penapis air supaya anda lebih faham.

CARA SETTING / MELARASKAN SUHU AIR
Penapis air Cuckoo Iris Top ini mempunyai 13 setting suhu. Suhu panas ada 5 setting, suhu sejuk ada 5 setting dan suhu bilik ada 3 setting.
Cara setting suhu:
- Panas: Tekan button HOT selama 8 saat. Anda boleh pilih setting 1 hingga 5 — 1 paling kurang panas, 3 sederhana, 5 paling panas.
- Sejuk: Tekan button COLD selama 8 saat. Anda boleh pilih setting 1 hingga 5 — 1 paling kurang sejuk, 3 sederhana, 5 paling sejuk (paling sejuk seperti air daripada peti sejuk).
- Room: Tekan button ROOM selama 8 saat. Anda boleh pilih setting 1 hingga 3 — 1 biasa, 2 sederhana, 3 paling suam.
Selepas selesai pilih suhu, tekan semula button yang sama (HOT / COLD / ROOM) untuk save tetapan tersebut.
CARA NAK PILIH SUHU AIR
Untuk pilih suhu air, anda hanya perlu ikut langkah berikut:
- Air Panas: Tekan button HOT. Lampu HOT akan berkelip-kelip, kemudian tekan nozel untuk keluarkan air panas.
- Air Sejuk: Tekan button COLD. Lampu COLD akan berkelip-kelip, kemudian tekan nozel untuk keluarkan air sejuk.
- Air Suhu Bilik (Room): Tekan sahaja pada nozel. Tak perlu pilih suhu — air suhu bilik (room) akan keluar.
- Non-Stop Flow: Untuk keluarkan air tanpa henti selama 30 saat dengan sekali tekan nozel sahaja. Tekan button Non-Stop Flow kemudian tekan nozel sekali. Untuk hentikan, tekan sekali lagi button Non-Stop Flow. Fungsi ini untuk air sejuk sahaja.
CARA SET MASA
Tekan button CLOCK selama 5 saat.
Kemudian lampu HOT akan berkelip. Tekan pada lampu HOT untuk pilih jam, dan tekan pada button ROOM untuk pilih minit.
Setelah selesai set masa, klik pada button CLOCK semula untuk save.
CARA LOCK/UNLOCK PENAPIS AIR (CHILD SAFETY LOCK)
Fungsi Child Safety Lock ini sangat penting bagi memastikan keselamatan anak-anak anda. Kebiasaannya kanak-kanak yang teruja akan tekan semua button pada penapis air ini.
Cara untuk lock penapis air:
- Cara Lock: Tekan button LOCK selama 5 saat. Bila tekan nozel di bawah, air tidak akan keluar.
- Cara Unlock: Tekan button LOCK sekali lagi selama 5 saat. Penapis air boleh digunakan seperti biasa.
AIR TAK SEJUK?
Biasanya pelanggan yang baru beli penapis air Cuckoo Iris Top akan bertanya: kenapa air masih tak sejuk?
Ini kerana fungsi sejuk tidak dipasang ketika penapis baru dipasang di rumah. Fungsi sejuk boleh dimulakan selepas 12 jam pemasangan penapis air Cuckoo Iris Top.
Perhatikan pada LCD panel penapis air anda. Jika lampu pada COLD tidak menyala, ini bermakna fungsi sejuk masih belum on.
Untuk on fungsi sejuk, anda hanya perlu tekan button COLD tersebut selama 8 saat untuk setting suhu sejuk pada penapis air Cuckoo Iris Top anda.
KELUAR TULISAN ERR4R?
Kebiasaannya apabila keluar perkataan error ini adalah disebabkan oleh air tidak masuk ke dalam mesin penapis air.
Ini disebabkan oleh:
- Catuan air — air tiada
- Tekanan air terlalu rendah
- Masalah tiub penapis air — telefon 1800888181 untuk panggil technician datang betulkan
TIBA-TIBA TIADA BUNYI
Kebiasaannya apabila tiada bunyi, bukanlah sebab mesin rosak. Namun disebabkan pengguna tertutup fungsi tersebut tanpa sengaja.
Apa yang anda perlu buat hanyalah klik button ROOM selama 3 saat untuk aktifkan semula bunyi tersebut.
BOLEHKAH KERAP OFF DAN ON MESIN?
Kebiasaannya ramai yang ingin on dan off penapis air kerana ingin jimat tenaga elektrik — biasanya waktu siang tiada orang di rumah, atau balik kampung. Tiada masalah untuk on dan off penapis air anda.
Kalau mesin lama dibiarkan off, sebaiknya hidupkan semula dan periksa fungsi panas serta sejuk dahulu sebelum digunakan.
AIR SUHU BILIK TERLALU SEJUK?
Ini juga antara persoalan yang selalu ditanya oleh pelanggan Cuckoo. Ramai yang inginkan suhu ROOM yang agak suam. Kenapa air suhu bilik / room terlalu sejuk? Kenapa tak rasa panas?
Ini kerana setting asal suhu ROOM adalah begitu.
Untuk jadikan suhu ROOM anda sedikit suam, tekan sahaja pada button ROOM selama 8 saat. Pada tetapan, ada 3 pilihan: 1 suhu biasa, 2 suhu sederhana, 3 sedikit suam.
Untuk pilih suhu air yang sedikit suam, pilih nombor 3. Kemudian klik semula pada button ROOM sekali lagi.
Persoalan?
Ada sebarang persoalan mengenai Cuckoo Iris Top? Boleh tinggalkan komen di bawah. Terima kasih!
Masih Guna IRIS Top Selepas Bertahun-tahun?
Kalau mesin IRIS Top anda masih berfungsi dengan baik dan filter dijaga ikut jadual, tiada keperluan untuk terus tukar mesin. Ramai pengguna masih selesa dengan unit lama mereka.
Namun biasanya pengguna yang sudah lama guna IRIS Top terdiri daripada beberapa kumpulan:
- Pemilik asal yang kontraknya sudah tamat
- Pengguna mesin berusia 5–7 tahun
- Pengguna unit second hand
- Mesin hadiah atau unit yang diwarisi daripada keluarga
- Mesin yang sejarah servisnya tidak jelas
Masalah mula timbul apabila servis kontrak tamat, filter perlu ditukar, mesin perlu dibaiki, spare part sukar dicari, atau mesin masih terdaftar atas nama pelanggan lain. Ada juga yang tidak pasti cara memasang semula atau menjaga mesin tersebut.
Kalau mesin anda masih dalam tempoh kontrak, jadual servis berkala dan penukaran filter boleh disemak di halaman servis CUCKOO.
Mesin Second Hand / Tamat Kontrak – Apa Cabarannya?
Pengguna mesin second hand dan mesin yang kontraknya sudah tamat biasanya berdepan situasi yang lebih kurang sama:
- Tak tahu cara pasang semula mesin selepas berpindah
- Tak tahu di mana nak cari spare part
- Beli filter sendiri dan pasang sendiri
- Tak tahu siapa boleh baiki mesin
- Sejarah servis tidak jelas
- Kemungkinan unit masih atas nama pemilik lama
- Beberapa filter tertunggak perlu ditukar serentak
Untuk memulakan semula servis pun kadang-kadang mengambil masa. Kos repair, filter, servicing dan waranti lanjutan boleh jadi lebih tinggi daripada jangkaan.
Dalam sesetengah kes, jumlah kos boleh mencecah beberapa ratus ringgit, dan dalam keadaan tertentu menghampiri sekitar RM1,000, bergantung kepada keadaan mesin dan apa yang perlu diganti.
Boleh Ke Beli Filter Sendiri Di Shopee / Marketplace?
Boleh, tetapi ada perkara yang perlu disemak. Bukan semua filter di marketplace bermasalah atau palsu — cuma ia perlu disahkan.
Penjual mungkin menyatakan filter itu asli, halal, SIRIM atau compatible, malah menunjukkan sijil. Namun sebagai pembeli, anda perlu pastikan:
- Sijil itu benar-benar sah dan asli
- Sijil merujuk produk yang sama seperti yang dijual
- Sijil masih sah tempohnya
- Barang yang diterima sama seperti yang diiklankan
- Filter sesuai dengan model mesin anda
- Sumber bekalan boleh dijejaki
Isunya bukan sekadar murah atau mahal. Isunya ialah sama ada kita boleh pastikan apa yang dipasang ke dalam mesin yang membekalkan air minuman keluarga.
Kalau tersalah beli aksesori biasa, mungkin rugi wang. Tetapi bila melibatkan filter air, keyakinan terhadap sumber dan spesifikasi produk lebih penting kerana air itu diminum setiap hari.
Risiko lebih besar jika produk bukan asli, spesifikasinya tidak jelas, pemasangannya salah atau sumbernya tidak dapat disahkan.
Masalah Bila Pasang Filter Sendiri
Kalau anda pasang filter sendiri, semua perkara ini perlu diuruskan sendiri:
- Tahu filter mana yang perlu ditukar
- Tahu susunan filter yang betul
- Pasang dengan betul
- Periksa kebocoran
- Periksa tiub dan sambungan
- Atasi sendiri masalah bila air tidak keluar
Repair Atau Upgrade?
Terus Guna / Repair
Sesuai kalau:
- Mesin masih berfungsi dengan baik
- Fungsi panas dan sejuk masih elok
- Filter dijaga dan sumber filter dipercayai
- Kos penyelenggaraan masih berpatutan
Pertimbang Upgrade
Sesuai kalau:
- Mesin sudah berusia 5–7 tahun ke atas
- Beberapa filter sudah tertunggak
- Mesin second hand
- Sejarah servis tidak jelas
- Kerap rosak atau susah cari spare part
- Penat nak uruskan sendiri
- Jumlah kos untuk hidupkan semula tinggi
Kalau IRIS Top anda masih dalam keadaan baik dan penyelenggaraannya mudah, teruskan guna. Upgrade hanya apabila kos dan kelecehannya sudah tidak berbaloi.
Kalau nak bandingkan dahulu, boleh semak senarai penuh penapis air CUCKOO sebelum membuat keputusan.
Cadangan Upgrade: CUCKOO King Top 2
Kalau IRIS Top anda dah lama, kerap bermasalah atau kos untuk hidupkan semula dah tinggi, King Top 2 antara model yang paling mudah saya cadangkan.
Cadangan Upgrade
CUCKOO King Top 2
Tempoh84 bulan
- Nano Positive Filtration
- Tangki stainless steel antibakteria
- Servis & tukar filter berkala
Model mekanikal popular untuk keluarga.
Gambar King Top 2
CUCKOO King Top 2 Dari Dekat
Gambar produk untuk bantu anda bayangkan saiz dan rupa King Top 2 di ruang rumah. Klik gambar untuk paparan penuh.
Swipe kiri / kanan untuk lihat gambar lain
Kadang-kadang pilihan sebenar bukan “mesin lama percuma vs mesin baru kena bayar”. Mesin lama masih ada kos filter, repair, spare part dan masa untuk urus semuanya sendiri.
Masih Guna IRIS Top Lama?
Semak dulu sebelum keluarkan duit besar
Kalau mesin dah lama, banyak filter tertunggak atau kos repair makin tinggi, semak dulu pilihan Trade-In / Upgrade sebelum keluarkan duit besar untuk hidupkan semula mesin lama.