Tilam CUCKOO x Napure Mattress | Info, Harga Tunai, Ansuran & Servis
Pada 1 Januari 2021, Cuckoo telah memperkenalkan produk terbaru Cuckoo iaitu Cuckoo A-Series Mattresses (Tilam Cuckoo).
Tilam Cuckoo ini dibuat hasil kerjasama dengan syarikat tilam ternama & berkualiti tinggi dari Jerman iaitu Napure. Napure dimiliki oleh syarikat tempatan iaitu syarikat LSK Group Berhad.
Syarikat LSK telah wujud sejak 1975 dalam industri getah dan berpengalaman luas dalam penghasilan tilam getah kualiti tinggi terutamanya bagi jenama Napure.

Senang kata, tilam Cuckoo ini adalah tilam Napure yang dibuat khas untuk Cuckoo. Dan sudah pasti ia mempunyai kelebihan tersendiri!



Bagi peminat tilam kualiti tinggi, pasti jenama Napure ini menjadi antara pilihan kerana tilam Napure menawarkan tilam yang sangat selesa & baik untuk tulang belakang.
KESAN TIDUR TIDAK BERKUALITI?

Tidur yang baik dan berkualiti adalah sangat penting untuk kesihatan fizikal, mental dan emosi. Tahukah anda, tilam juga menjadi antara faktor mengapa tidur kita kurang berkualiti pada waktu malam.
Namun apakah kesan tilam & tidur yang kurang berkualiti? Antaranya:
- Kurang bertenaga di waktu siang
- Mood kurang baik, stres
- Emosi tak stabil, selalu rasa nak marah
- Sering terjaga waktu malam
- Sakit belakang, sakit tengkuk
- Berdengkur ketika tidur
- Hilang fokus semasa berkerja
- Pening kepala
- Waktu tidur tidak konsisten
- Isteri stres tak cukup tidur
- Isteri sakit bahu, sakit badan ketika menyusukan anak
- Pasangan (dan bayi) mudah terjaga bila anda bergerak
Sekiranya anda ada masalah tidur di waktu malam, sudah pasti anda menghadapi kesan di atas.
KENAPA PERLU TUKAR TILAM YANG BERKUALITI?

1. Mengatasi Masalah Susah Tidur, Insomnia

- Masalah sukar tidur datang dari pelbagai sebab yang berbeza. Namun disepakati bahawa antara sebab sukar tidur ramai orang adalah kerana tempat tidur yang kurang selesa dan menyakitkan badan.
- Tilam yang baik dan berkualiti dapat memberi keselesaan kepada tubuh badan dan tulang belakang sekaligus membantu untuk kurangkan masalah sukar tidur dengan lebih efektif.
2. Tidur Lebih Nyenyak

- Bagi anda yang mempunyai masalah tidur malam disebabkan oleh pergerakan dsb, ini adalah berita baik untuk anda. Tilam yang bagus, empuk dan selesa dapat membantu anda untuk dapat tidur malam dengan lebih nyenyak.
- Walaupun ada pergerakan atas tilam, anda masih boleh tidur dengan selesa tanpa rasa terganggu.
3. Badan Lenguh, Sakit Belakang?

- Sakit tulang belakang bukan sekadar menyebabkan belakang kita kesakitan, bahkan emosi kita akan sangat terganggu! Tiada siapa yang akan faham kesan sakit belakang pada seseorang kerana ia adalah sakit yang tidak kelihatan.
- Untuk selesaikan masalah tulang belakang ketika tidur, tilam yang bagus dapat membantu untuk pastikan tulang belakang anda berada dalam lurus sepanjang tidur.
4. Bangun Tidur Dengan Segar & Bertenaga

- Tidur yang berkualiti akan membuat hari anda jadi lebih berkualiti. Tidur yang selesa akan buat tubuh badan anda terasa lebih segar dan bertenaga. Hidup anda pasti akan jadi lebih produktif!
5. Emosi Lebih Stabil, Kurang Stres!

- Hampir 1/3 masa kita dihabiskan hanya di atas tilam (untuk tidur). Bayangkan anda tidur atas tilam yang empuk, sedap, selesa akan buat emosi anda terasa sangat gembira. Emosi yang baik dapat bantu anda untuk hidup bebas rasa stres.
- Tidur yang tidak cukup menyebabkan tubuh badan kita mengeluarkan hormon stres sekaligus meningkatkan potensi naik tekanan darah (darah tinggi).
6. Tidak Menganggu Pasangan (dan Bayi)

- Di waktu malam ketika pasangan dan bayi anda sedang tidur, dan anda ingin pergi ke tandas atau ke dapur untuk minum air.
- Pergerakan pada tilam dapat menganggu insan yang berada di sebelah anda. Masalah ini dapat diselesaikan dengan tilam yang mempunyai ciri ‘zero motion’.
- Walaupun anda ingin bangun dari tidur, pasangan di sebelah anda kekal tidur nyenyak tidak terganggu.
7. Selesaikan Masalah Tidur Berdengkur

- Mungkin anda tidak rasa terganggu tidur berdengkur, tetapi pasangan anda mungkin sudah bertahun ‘tahan’ telinga setiap malam untuk tidur. Hanya kerana dengar dengkuran anda sepanjang malam.
- Tilam dan bantal yang bagus dapat bantu supaya tengkuk dan tulang belakang anda berada dalam posisi yang baik bagi mengelakkan dengkuran sewaktu tidur.
8. Alergi, Gatal, Asma, Ekzema

- Sebahagian tilam dapat ‘mengundang’ dust mites atau hama debu atau kutu. Dust mites ini saiznya sangat kecil dan sukar sekali untuk dilihat dengan mata kasar kerana saiznya yang sangat halus sekitar 0.25 hingga 0.3 milimeter.
- Hama debu inilah yang dapat menyebabkan alergi lebih-lebih lagi bagi mereka yang mempunyai masalah asma dan ekzema.
- Tilam yang berkualiti dapat menghalang pembiakan hama debu pada tilam kerana tiada ruang untuk pembiakan hama debu padanya.
9. Mudah Menyusukan Bayi – Selesa baring, bayi tak tenggelam

- Ramai ibu yang merungut sebab susah nak susukan anak sambil berbaring. Banyak sebab termasuklah ada masanya bayi tenggelam atau bayi lebih tinggi.
- Tilam yang tak selesa juga menyebabkan ibu sakit bahu, sakit tengkuk dan sakit belakang sekaligus membuat mereka rasa stres dan emosi tidak menentu. Tilam yang berkualiti dapat membantu beri keselesaan ibu yang ingin menyusukan anak.
10. Dah Guna Tilam Getah, Tapi….

- Saya sendiri berpengalaman menggunakan tilam getah yang bergred rendah dibeli semasa awal perkahwinan. Walaupun ia dapat berfungsi sebagai tempat tidur, namun ia tidaklah memberi keselesaan optimum.
- Tambahan pula, tilam getah yang murah kebiasaannya tidak menggunakan 100% getah asli kerana harganya mahal. Tilam getah yang murah kebiasaannya adalah tilam jenis sintetik.
- Tilam getah sintetik mempunyai ‘bau’ yang kurang menyenangkan. Bau tersebut kekal (dan berkurangan) walaupun sudah bertahun-tahun digunakan.
BILAKAH ANDA PATUT TUKAR TILAM YANG BARU?

- Tilam Tenggelam
- Tilam Terlalu Lembut / Keras
- Tilam Berbonggol-Bonggol Tak Sekata
- Alergi
- Sakit & Sengal Badan Ketika Bangun Tidur
- Masalah Susah Tidur
- Tilam Sudah Lama Lebih 7 Tahun
- Tilam Sudah Rasa Spring Terkeluar
- Rasa Gatal Badan Bila Baring Atas Tilam
- Sakit Tulang Belakang dan Tengkuk
- Tilam Mereput
- Tilam Berbau Busuk
APA KELEBIHAN DAN MANFAAT TILAM CUCKOO x NAPURE?
1. 100% Natural Latex (Getah Asli)

- Hanya tilam premium sahaja yang menggunakan getah asli 100% tanpa campuran dengan bahan-bahan sintetik yang lain.
- Tilam yang menggunakan ‘Natural Latex’ sudah pasti dapat membuat anda tidur dengan sangat selesa, kurangkan sakit belakang dan sengal badan, luruskan postur tulang belakang, anti-alergi dan anda tidak perlu risau akan bahan kimia sintetik digunakan pada tilam anda.
- Tilam yang menggunakan getah asli kurang bau, tidak seperti tilam-tilam sintetik yang menghasilkan bau yang kuat walaupun digunakan selama bertahun-tahun.
2. Selamat & Bebas Bahan Kimia Aniline – Pertama Di Malaysia!

- Aniline adalah bahan kimia yang biasanya digunakan untuk pelbagai tujuan termasuklah untuk menghasilkan produk polyurethane foam yang digunakan untuk membuat kusyen, tilam, sofa dsb.
- Aniline adalah bahan kimia yang bertoksik dan dapat membahayakan kesihatan apabila kita menghidu, makan/minum atau apabila bersentuhan dengan kulit kita. Tilam Cuckoo x Napure adalah diperbuat daripada getah asli dan 100% bebas Aniline.
3. Penjagaan Tulang Belakang

- Ketahanan dan keanjalan getah asli (Natural Latex) membantu untuk memastikan belakang anda berada dalam postur yang betul semasa tidur dan berbaring. Ini adalah sangat penting bagi penjagaan tulang belakang.
- Tilam yang terlalu lembut boleh menyebabkan sakit belakang. Tilam yang terlalu keras juga dapat menyebabkan poin-poin tekanan (pressure points) yang tidak selesa.
4. Unique 7-Zone Spine Support

- Kajian telah dibuat dan hasilnya menunjukkan bahawa getah Napure adalah sangat bagus dalam meminimakan poin-poin tekanan semasa anda baring sekaligus dapat mengurangkan pergerakan dan bertukar-tukar posisi ketika tidur.
- Dengan gabungan 7 zon yang berbeza pada bahagian Natural Latex ini dapat menyokong tulang belakang anda untuk postur tidur yang lebih baik.
5. Natural Latex – Sangat Selesa!

- Tilam yang diperbuat daripada getah asli dapat memberikan keselesaan yang luarbiasa.
- Tilam Cuckoo dihasilkan dengan getah asli yang mana ia sangat lembut dan anjal buat anda rasa seperti terapung-apung ketika baring di atasnya. Ini adalah kerana getah asli itu sendiri bertindak seolah-olah ‘spring’ semulajadi dan buat anda rasa sangat selesa.
6. Kurang Pergerakan (Zero Motion Transfer)

- Napure Latex dapat menyerap pergerakan, getaran dengan sangat efektif.
- Walaupun pasangan anda bergerak-gerak ketika tidur, anda tidak lagi rasa terganggu kerana tilam tersebut telah menyerap pergerakan pasangan anda. Tidur terasa lebih lena, nyenyak dan tidak terganggu dengan tilam Cuckoo x Napure.
7. Sesuai Untuk Orang Yang Ada Alergi – Hypoallergenic

- Manusia tidur secara purata selama 8 jam sehari, maka tilam yang kita gunakan seharusnya bebas bahan kimia, kulat, bakteria, hama dan sebagainya agar tidur anda lebih sihat dan selamat.
- Tilam ini telah diuji secara klinikal bahawa ia tidak menyebabkan sebarang alahan/alergi pada kulit manusia walaupun ke atas kulit bayi.
- Tilam Cuckoo x Napure telah melepasi ujian Skin Irritation Test dan Skin Sensitization Test dan terbukti secara klinikal dan intensif bahawa tilam ini tidak menyebabkan iritasi kulit walaupun pada kulit yang luka.
- Ujian selama 3 minggu pada kulit badan juga telah dilakukan dan terbukti bahawa tiada sebarang tindak balas pada alahan (allergy) individu tersebut.
8. Lebih Sejuk & Pengudaraan Baik

- Getah asli Napure direka khas dengan sel terbuka (open cell) dapat memastikan pengudaraan yang baik sekaligus mengawal suhu badan anda ketika anda tidur.
- Kepanasan tubuh badan anda tidak akan kekal pada tilam Cuckoo. Pengudaraan yang baik akan memastikan tidur malam yang terasa lebih dingin.
9. Lebih Tahan Lama & Tahan Lasak

- Tilam Natural Latex adalah antara tilam yang mempunyai tahap ketahanan paling kuat dan lasak.
- Ketahanan ini membuatkannya ‘sedap’ digunakan walaupun sudah bertahun-tahun lamanya, namun ia tetap kekal selesa. Ini antara sebab mengapa ramai yang memilih tilam getah asli kerana ia lebih tahan lama dan menjadikannya pelaburan yang lebih berbaloi.
- Tilam Cuckoo telah diuji dan mendapat pensijilan daripada LGA (Landesgewerbeanstalt Bayern) Qualitest GmbH dengan tahap kecemerlangan 97/100 mata.
10. Pengalaman Luas Dalam Industri Tilam

- Syarikat LSK telah tertubuh sejak tahun 1975 dan bukanlah baru dalam pembuatan tilam kualiti tinggi.
- Berbanding jenama-jenama pesaing yang lain, tilam Cuckoo x Napure boleh dikatakan syarikat tilam yang lebih matang kerana telah berpengalaman menghasilkan tilam sejak bertahun-tahun lamanya.
- Dengan pengalaman yang lebih lama dan RnD yang telah dilakukan, sudah pasti tilam Cuckoo x Napure menghasilkan tilam-tilam yang lebih baik berbanding pesaing-pesaing lain di dalam industri yang sama.
11. Pensijilan Tilam Cuckoo

- Tilam Cuckoo mempunyai 6 sijil yang diiktiraf hingga ke tahap antarabangsa. Antaranya:
- The Malaysia Book of Records
- Malaysia Largest Natural Latex Bedding Manufacturer (Pengilang tilam getah asli terbesar di Malaysia)
- Malaysia 1st Aniline Free Natural Latex Mattresses
- ECO Institut
- Tilam Napure telah diuji oleh badan ECO Institut dari Jerman dan terbukti bahawa tilam Cuckoo x Napure ini adalah
- 100% Natural, 0% Bahan Sintetik
- Pure Latex / Getah Asli tanpa tambahan (fillers)
- Tidak mengandungi bahan kimia merbahaya seperti Pentachlorophenol dan Tetrachlorophenol
- Bebas Aniline
- Tilam Napure telah diuji oleh badan ECO Institut dari Jerman dan terbukti bahawa tilam Cuckoo x Napure ini adalah
- LGA Qualitest GmBH
- Tilam ini telah diuji dengan teknologi LGA daripada Jerman sebanyak 60,000 kali tekanan 1400 N. Hasilnya 97%
- Lembaga Getah Malaysia
- Terbukti tilam ini sangat kuat untuk menerima sebarang tekanan atau regangan
- Hypoallergenic
- Seperti yang telah disebut di atas sebelum ini
- FDA Approved Standard
- Napure hanya menggunakan bahan kimia pemprosesan getah yang mencapai dan melebihi piawaian FDA (sangat selamat)
- The Malaysia Book of Records
12. Servis Setiap 4 Bulan

- Servis ini akan disediakan oleh pihak Cuckoo (WonderKlean) setiap 4 bulan di rumah pelanggan sehingga tamat tempoh kontrak. Servis ini adalah bagi memastikan tilam anda bebas kuman dan bakteria. Bahkan hama (dust mites) dan pepijat (bed bugs) juga dapat dihapuskan daripada tilam anda. Saya akan terangkan serba sedikit mengenai servis tersebut di bawah.
APA KEBAIKAN NATURAL LATEX (GETAH ASLI)?

Hanya tilam-tilam premium yang menggunakan tilam 100% Natural Latex. Seperti yang telah dinyatakan di atas, tilam yang menggunakan Natural Latex / Getah Asli mempunyai pelbagai kelebihan berbanding tilam jenis spring semata-mata, foam, sintetik, memory foam dan sebagainya.

Saya kongsikan beberapa kelebihan di bawah:
- Sangat lembut dan selesa
- Sangat baik untuk tulang belakang
- Sangat tahan lasak & tahan lama
- Lebih sihat
- Melegakan sakit belakang & tengkuk
- Kurang bau – berbanding tilam sintetik
- Pengudaraan yang baik – tak panas
- Allergen free – Hama dan pepijat sukar membiak
- Baik untuk alam sekitar
APA KEBAIKAN MENGGUNAKAN POCKET SPRING?

Jenis spring yang digunakan oleh tilam Cuckoo adalah Pocket Spring, bukan Bonnell Spring. Kedua-dua spring ini mempunyai perbezaan yang sangat ketara kerana kebiasaannya, tilam-tilam ‘ekonomi’ hanyalah menggunakan Bonnell Spring.

Secara ringkasnya, Pocket Spring ini digunakan untuk tilam-tilam premium sahaja kerana ia menyediakan sokongan yang lebih baik. Ia juga dapat ‘mengurangkan’ peralihan pergerakan ketika anda atau pasangan bergerak-gerak ke kiri ke kanan semasa berada atas katil.
Pocket Spring juga kebiasaannya dibungkus satu persatu berbanding Bonnell Spring yang bersambung-sambung antara satu sama lain. Dan yang terakhir, hama dan pepijat sukar membiak di dalam Pocket Spring. Lihat gambar di bawah untuk ketahui perbezaannya.
CUCKOO MATTRESS CLEANING SERVICE – PERCUMA SETIAP 4 BULAN?

Servis cucian tilam Cuckoo (WonderKlean Mattress Cleaning Service) ini adalah servis untuk membersihkan tilam dan katil anda daripada kotoran berikut:
- Bakteria
- Kuman
- Pepijat (bed bugs)
- Hama (dust mites)
- Allergen
- Kotoran – air kencing
- Kotoran – darah haid
- Kesan bersin, hingus dsb
- Kulat / Fungus
- Sel kulit mati
- Peluh
- Kesan kotor (stain)
- Kotoran, peluh, bulu dan bau haiwan peliharaan
- Dan sebagainya….

Perkara-perkara di atas sukar dielakkan, lebih-lebih lagi kerana kita menghabiskan masa sekurang-kurangnya 8 jam di atas tilam untuk tidur dan berehat.
Servis cucian tilam Cuckoo ini meliputi perkara berikut termasuklah

- Mattress Cleaning: Cucian Katil dengan mengelap dan dry-cleaning
- Pillow Dry-Cleaning: Cucian Bantal dengan dry-cleaning
- Mattress Dry-Cleaning: Cucian tilam di semua 3 sisi katil
- Hydro Cleaning: H2O Storm Cleaning (cucian lembab)
- Thorough Vacuuming: Anti-gravity Cyclone Trap dari setiap garisan
- Repellent Spraying: Semburan penghalau pepijat (bed bug) tanpa toksik

Servis ini dilakukan oleh Tim Healthy Home Care Service kami yang mana mereka telah
- Terlatih Secara Profesional – Dengan 2000 orang tim servis profesional yang bersedia buat servis di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.
- Kelengkapan & Alatan Lengkap – Alatan yang digunakan adalah lengkap dan dibuat khas untuk kegunaan servis tilam
- Mengikuti Prosedur Komprehensif – Kami mempunyai SOP yang akan diikuti oleh tim servis kami untuk hasil kerja lebih konsisten dan sempurna.
SOP Servis kami adalah seperti di bawah:

Harga bagi servis ini adalah RM280/servis
Bagi pelanggan Tilam Cuckoo x Napure, anda akan dapat percuma servis ini sehingga 3 tahun bagi pelanggan yang mengambil pelan Rental.
Bayangkan jika setahun, servis adalah 3 kali. Bermakna 3 tahun servis sebanyak 9 kali. Jumlah keseluruhan servis sebanyak 9 kali ini adalah RM280 x 9 = RM2520.
Namun diberikan secara PERCUMA kepada semua pelanggan yang mengambil rental plan Tilam Cuckoo x Napure! (Bonus bernilai RM2520)
Manakala percuma 1 tahun bagi pelanggan yang mengambil pelan Outright – Tunai.
TOPPER? APA TU? NAK TOPPER “SOFT” ATAU “FIRM”

Bila anda tempah tilam Cuckoo, anda akan dapati seolah-olah anda dapat ‘2 tilam’. Ada tilam kecil, ada tilam besar.
‘Tilam kecil’ itulah topper, iaitu satu lapisan tilam yang diletakkan di atas tilam Cuckoo anda.
Tujuan topper ini diletakkan di atas tilam anda adalah untuk buat tidur anda lebih selesa, sejuk, mengawal suhu badan anda dan menyokong berat badan & tubuh badan anda ketika anda tidur.

Topper ini juga dapat memanjangkan lagi hayat tilam anda kerana ia dapat mengurangkan tekanan ke atas spring pada tilam sekaligus melambatkan proses ‘sagging’ iaitu pengenduran spring yang menyebabkan tilam anda rasa tenggelam.
Untuk tilam Cuckoo, anda boleh pilih sama ada anda ingin topper jenis “Soft” atau jenis “Firm”.

Yang mana perlu anda pilih?
Secara asasnya, topper jenis “Firm” lebih sesuai untuk anda yang:
- Posisi tidur terlentang (back sleepers)
- Atau berat badan lebih 100kg
Untuk topper jenis “Soft” pula lebih sesuai untuk anda yang
- Posisi tidur mengiring
- Menyusukan bayi
- Berat badan kurang 100kg
- *Berat badan yang ringan lebih sesuai menggunakan topper jenis “Soft”
TESTIMONI POSITIF PENGGUNA TILAM NAPURE
“Kalau orang kata tidur kat hotel tu best, bila I pakai Napure, sampai hotel i rasa menyesal sebab tilam kat rumah lagi sedap. Tak pakai cadar pun sejukkkk je tilam ni. Tapi betul lepas pakai Napure ni saya tak jumpa lagi tilam hotel yang best” (Arina)

Sumber: https://www.facebook.com/arinayusof/posts/10221858348601178



GAMBAR TILAM CUCKOO MATTRESS A-SERIES




















IKLAN TV, RADIO, SURATKHABAR, BILLBOARD




HARGA TILAM CUCKOO x NAPURE “A-SERIES”


Harga tilam Cuckoo x Napure adalah seperti berikut:
OUTRIGHT
- Queen – RM4,699
- King – RM4,999
RENTAL
- Queen – RM150/bulan
- King – RM180/bulan
- Rental Processing Fees – RM250
- Kontrak: 36 bulan sahaja! (Syarikat lain 60 bulan)
Optional/Tambahan – Bed Frame (Katil) & Add-On Topper
BED FRAME (Katil)
- Queen – RM1,288
- King – RM1,488
ADD-ON TOPPER
- Queen – RM1,088
- King – RM988
ANALISIS KOS TILAM CUCKOO – RENTAL vs OUTRIGHT?
Anda mungkin tertanya-tanya, apakah perbezaan beli outright atau rental? Apa beza harga? Yang mana lebih untung?
Semua persoalan itu saya jawab di bawah.
Secara asasnya, untuk pembelian secara outright anda boleh bayar habis dan tidak perlu komitmen bulanan untuk bayar tilam premium ini.
Namun bagi anda yang kurang bajet, tetapi masih inginkan tilam Cuckoo x Napure ini anda masih ada pilihan untuk mengambil pelan rental untuk tempoh sesingkat 3 tahun sahaja (syarikat lain 5 tahun).
Pilihan di tangan anda!


PROMOSI TERKINI! – BELI TILAM, PERCUMA KATIL BERNILAI RM600
Promosi terkini dari CUCKOO.
Dengan tempahan tilam CUCKOO bersaiz Queen secara rental mahupun outright, anda akan dapat PERCUMA Katil CUCKOO yang bernilai RM600!
Grab peluang ini sekarang sebelum tamat promosi! Promo tamat pada 31 Mei 2021.


BERMINAT DENGAN TILAM CUCKOO?
Sekiranya anda berminat untuk menempah tilam Cuckoo x Napure A-Series ini, sila hubungi kami di 0139916967 atau klik wa.me/60139916967

Saya sudi membantu anda untuk memiliki tilam ini. Terima kasih!