CUCKOO
Panduan CUCKOO

13 Kelebihan Jadi Ejen CUCKOO 2026

Part-Time, Komisyen, Training & Peluang Bina Team

13 Kelebihan Jadi Ejen CUCKOO 2026
Isi Artikel

Ramai orang tanya saya, masih berbaloi ke jadi Ejen CUCKOO sekarang?

Bagi saya, jawapannya bergantung pada apa yang awak cari.

Kalau awak nak sesuatu yang boleh dibuat part-time, tak perlu simpan stok, ada produk sebenar, ada komisyen per sale, dan ada ruang untuk bina team, memang ada beberapa kelebihan yang menarik.

Tapi saya tak nak cakap semuanya mudah. Tetap kena belajar produk, cari prospek, follow-up dan konsisten.

Ejen baru sekarang bermula dengan jawatan Business Associate (BA). Jadi dekat bawah ni saya explain satu-satu apa kelebihan jadi Ejen CUCKOO berdasarkan struktur terbaru.

contoh slip komisyen ejen CUCKOO
contoh rekod pendapatan komisyen ejen CUCKOO

1. Komisyen Personal RM250–RM400 Seunit

Kelebihan pertama tentulah komisyen.

Untuk Business Associate, komisyen personal sales dikira ikut jumlah unit yang kita buat dalam sebulan.

  • 1–3 unit: RM250/unit
  • 4–6 unit: RM300/unit
  • 7–9 unit: RM350/unit
  • 10 unit ke atas: RM400/unit

Contoh kalau awak buat 5 sales: 5 × RM300 = RM1,500.
Kalau 10 sales: 10 × RM400 = RM4,000.

Kalau awak jenis nak fokus personal sales sahaja pun boleh. Tak wajib terus fikir pasal recruit atau bina team.

Untuk kiraan komisyen yang lebih detail, boleh baca panduan komisyen Ejen CUCKOO terkini.

2. Ada Business Builder Bonus (BBB)

Yang ni antara benda paling menarik dalam struktur baru.

Selain komisyen daripada personal sales, Business Associate yang cukup qualification boleh dapat Business Builder Bonus (BBB) daripada jualan 1st-tier BA.

Maksud mudahnya, awak recruit orang direct bawah awak, bantu dia buat sales, dan bila cukup syarat, sales mereka boleh menyumbang kepada BBB awak.

BBB:

  • 1–9 qualifying 1st-tier sales: RM60/unit
  • 10 unit ke atas: RM100/unit

Qualification utama: minimum 5 Personal Sales.

Senang cerita:

  • Awak jual sendiri → Personal Commission
  • Orang direct bawah awak jual → BBB

Untuk lebih senang faham, gambar ni tunjuk contoh group sales mana yang dikira untuk BBB.

Contoh kiraan Business Builder Bonus BBB berdasarkan direct group sales Ejen CUCKOO
Contoh mudah: hanya jualan direct bawah anda dikira untuk BBB.

3. Tak Perlu Simpan Stok

Bagi saya, ini salah satu benda paling memudahkan orang nak mula.

Kita tak perlu beli stok banyak-banyak. Tak perlu simpan barang di rumah. Tak perlu packing. Tak perlu courier.

Bila customer order dan lepas proses kelulusan, CUCKOO akan uruskan pemasangan mengikut proses mereka. Jadi kita boleh fokus pada bahagian sales.

4. Boleh Mula Secara Part-Time

Tak semua orang nak berhenti kerja dan terus buat full-time.

Ramai boleh mula dulu secara part-time. Buat posting lepas kerja. Reply customer waktu free. Follow-up bila ada masa.

Bila dah nampak flow dan result, barulah decide nak buat lebih serius atau tidak. Bagi saya ini lebih realistik daripada terus lompat full-time tanpa tahu kita sesuai dengan sales atau tidak.

5. Banyak Urusan Boleh Dibuat Online

Sekarang banyak proses sales memang boleh dibuat online.

Kita boleh cari lead melalui WhatsApp, Facebook, TikTok, Threads, website, Google atau platform lain. Customer pun tak semestinya duduk dekat kawasan kita.

Selagi kawasan pemasangan disokong, banyak urusan boleh diurus secara online. Sebab tu bisnes ni sesuai untuk orang yang selesa guna telefon dan media sosial.

6. Produk Rumah Yang Orang Mudah Faham

Satu kelebihan CUCKOO ialah kita bukan jual benda yang orang langsung tak faham.

Produk macam penapis air, aircond, washer dryer, tilam dan air purifier memang ada kegunaan yang jelas. Bila produk mudah difahami, lebih senang nak buka cerita dengan customer.

Kita cuma kena belajar angle yang sesuai dengan masalah dan keperluan mereka.

7. Banyak Kategori Produk Boleh Dijual

Satu lagi kelebihan, kita tak bergantung kepada satu jenis produk sahaja. Antara kategori produk semasa:

  • Penapis Air
  • Penapis Udara
  • Aircond
  • Washer Dryer
  • Refrigerator
  • TV
  • Tablet
  • Tilam
  • Massage Chair
  • Treadmill
  • Induction
  • Pressure Cooker
  • Produk lain ikut kempen semasa

Lagi banyak kategori, lagi banyak jenis customer yang kita boleh approach. Ada customer cari penapis air, ada yang perlukan aircond, ada yang baru pindah rumah, ada yang nak upgrade barang elektrik. Jadi peluang buka conversation pun lebih luas.

8. Ada Training & Bimbingan

training ejen CUCKOO

Orang baru biasanya bukan tak boleh buat sales. Mereka cuma tak tahu nak mula macam mana. Sebab tu training penting.

Antara benda yang boleh dipelajari:

  • produk
  • cara reply customer
  • follow-up
  • closing
  • content
  • copywriting
  • asas online marketing
  • iklan jika mahu belajar lebih advance

Training tak menjamin result, tapi sekurang-kurangnya kita tak perlu belajar semuanya melalui trial and error seorang diri.

9. Ada Skrip, Poster & Bahan Marketing

Bila baru mula, benda paling susah kadang-kadang bukan nak close. Nak fikir ayat nak post pun dah stuck.

Sebab tu bahan marketing membantu. Dalam team kita boleh gunakan contoh poster, video, caption, skrip WhatsApp dan bahan rujukan yang disediakan.

Tak bermaksud copy-paste terus confirm dapat sales, tapi sekurang-kurangnya awak tak bermula dari kosong.

10. Ada Team, Community & Support

support group team ejen CUCKOO

Bila buat sales seorang diri, senang rasa stuck. Customer tanya benda pelik sikit, terus tak tahu nak jawab. Sebab tu support group penting.

Dalam group kita boleh:

  • tanya soalan
  • semak promo
  • belajar kes customer
  • share idea follow-up
  • tengok cara orang lain closing
  • dapat bahan marketing
  • update produk
  • goal setting
  • support sesama team

Kadang-kadang ada juga aktiviti atau recognition untuk achievers, seperti makan-makan bersama ejen yang capai target.

aktiviti team ejen CUCKOO

Bagi saya environment macam ni membantu kita kekal bergerak.

11. Ada Career Path Untuk Yang Nak Build Lebih Besar

Kalau awak sekadar nak side income, tak ada masalah.

Tapi kalau satu hari nanti nak build lebih besar, ada career path dalam sales organization.

Ejen baru bermula sebagai Business Associate (BA). Kemudian ada ruang untuk berkembang kepada:

BA → BAL → BD → BP

Saya tak rasa orang baru perlu fikir terlalu jauh. Fokus awal cukup: belajar sales → konsisten personal sales → bina 1st-tier → develop team.

12. Ada Incentive & Recognition Untuk Achievers

incentive trip CUCKOO

CUCKOO juga ada kempen incentive dan recognition untuk achievers, bergantung kepada syarat semasa. Antaranya boleh termasuk trip atau reward tertentu.

Saya sendiri pernah dapat peluang incentive trip sebelum ini.

Tapi bagi saya point utama bukan join sebab nak trip. Anggap benda macam ni sebagai reward tambahan bila kita memang konsisten buat performance.

13. Slip Komisyen Sebagai Rekod Pendapatan

contoh slip komisyen ejen CUCKOO

Bila kita buat sales secara serius, satu benda yang penting ialah rekod income.

CUCKOO menyediakan slip komisyen bagi pembayaran yang dibuat. Slip ini boleh membantu sebagai salah satu dokumen sokongan untuk urusan kewangan tertentu, tertakluk kepada syarat bank atau institusi kewangan masing-masing.

Ini lebih tersusun berbanding bisnes informal yang langsung tak ada rekod pendapatan.

Siapa Yang Sesuai Jadi Ejen CUCKOO?

Bagi saya, peluang ni sesuai kalau awak:

  • nak side income
  • sanggup belajar sales
  • okay berurusan dengan customer
  • sanggup follow-up
  • boleh konsisten buat posting
  • mahu belajar bina team
  • nak cuba bisnes tanpa simpan stok

Tapi kalau awak nak income tanpa cari customer, tanpa follow-up dan tanpa belajar produk, memang susah. Sistem boleh bantu, tapi kerja tetap kena buat.

Kalau Baru Mula, Fokus Apa Dulu?

Kalau saya baru mula hari ni, saya tak akan terus fikir nak jadi leader besar. Saya akan fokus:

Customer pertama.
Lepas tu 3 sales.
Lepas tu 5 sales.

Bila dah faham flow dan dah konsisten, barulah fikir nak bina 1st-tier. Bagi saya ini lebih realistik dan lebih senang untuk kekal konsisten.

Kesimpulan

Jadi, apa kelebihan paling besar jadi Ejen CUCKOO?

Bagi saya bukan satu benda sahaja. Ia gabungan antara produk yang dah ada, komisyen per sale, tak perlu simpan stok, boleh buat part-time, ada training dan ada ruang untuk bina team.

Tapi peluang tetap hanya jadi peluang kalau kita buat kerja. Kalau awak nak tahu macam mana nak mula, saya boleh bantu explain step pertama.

Daftar Ejen CUCKOO / Business Associate (BA)

Pendaftaran kini sebagai Business Associate (BA) di bawah UC – Usahawan CUCKOO.

Kalau awak nak saya explain dulu macam mana nak mula, boleh WhatsApp saya. Kalau dah faham dan nak terus daftar, boleh daftar jadi Ejen CUCKOO melalui halaman pendaftaran.

daftar jadi ejen CUCKOO

Bacaan Seterusnya

Artikel berkaitan

Semak Promo