Perbezaan Air RO dan Alkali dan Nano Filtration
Dewasa ini, menjadi satu perdebatan hangat di media sosial dan laman web berkenaan perbezaan sistem tapisan air reverse osmosis (RO), Nano dan alkali ion.
Ramai jurujual penapis air cuba membuktikan sistem dijual adalah paling baik berbanding sistem yang dijual oleh syarikat lain yang ada di pasaran.
Namun, seringkali sebahagian kecil jurujual bersikap berat sebelah atau bias berkenaan info yang disebarkan tersebut yang mana dapat membuat anda yang sedang mencari penapis air rasa terkeliru akan sistem mana yang terbaik untuk dipasang di rumah.
Ini kerana tidak ada satu produk yang sesuai untuk digunakan untuk setiap orang, dan setiap orang mempunyai keperluan dan kriteria tersendiri dalam memilih sistem tapisan air.
Maka tujuan nota ini dikongsikan adalah supaya anda yang sedang mencari maklumat berkenaan penapis air lebih jelas dengan sistem penapis air yang ingin dipilih, sekaligus memudahkan anda untuk memilih penapis air yang paling sesuai untuk dipasang di rumah anda.
Sebagai konsultan Cuckoo yang berpengalaman, menjadi tanggungjawab saya untuk menyampaikan apa yang lebih tepat secara saintifik dan profesional bagi memastikan anda memilih produk yang betul untuk dipasang di rumah.
SISTEM RO (REVERSE OSMOSIS)
Seperti yang telah ditulis panjang lebar dalam posting sebelum ini di sini, sistem reverse osmosis satu bentuk sistem penapisan air antara yang mahsyur dijual di pasaran. Dalam sistem tapisan reverse osmosis (RO), kebiasaannya air dimasukkan dalam bahan semipermeable membrane dan penapis karbon.
Biasa dengar penjual sistem penapis air sebut pasal membran?
Ya, saiz membran ini sering menjadi kayu ukur yang digunakan untuk menentukan air yang dimasukkan melalui penapis tersebut, dan pada masa sama menapis segala bahan kimia merbahaya, bakteria, kekotoran, logam berat dan sebagainya. Bahkan, mineral turut ditapis menggunakan sistem tapisan RO ini.
Sistem tapisan RO dapat menapis bersih air yang masuk ke dalam sistem tapisan tersebut.
Membran RO adalah sekitar 0.0001 micron, sangat halus. pH air RO pula kebiasaannya sekitar 6.0~6.5 yang mana masih lagi selamat untuk diminum.
Ini antara sebabnya air RO digelar sebagai air tulen dan air mati kerana ia tiada kandungan bakteria dan mineral padanya.
Air Reverse Osmosis walaupun ia sangat bersih, namun ia tiada mineral dan pH yang bukan alkali membuatkannya antara sistem yang OK untuk kegunaan harian, namun ada sistem lain yang diyakini juga lebih baik dari sistem ini.
Antara ciri-ciri sistem RO juga antaranya adalah pembuangan air. Setiap molekul yang masuk ke dalam membran, terdapat sebahagian kandungan air tersebut yang perlu dibuang selepas ditapis menggunakan sistem tapisan.
Sistem ini kebiasaannya kita dengar ia digalakkan untuk digunakan untuk pesakit buah pinggang yang sedang berada dalam rawatan dialisis kerana pesakit dialisis tidak boleh menerima mineral pada air. Namun fakta ini perlu dirujuk kepada pakar buah pinggang bagi mengesahkannya. Namun, umumnya semua orang boleh minum, bahkan sebenarnya lebih digalakkan untuk minum air yang mengandungi zat mineral.
Isu berkenaan sistem tapisan reverse osmosis boleh dirujuk lanjut di sini, saya turut kongsikan antara kelebihan dan masalah yang terdapat pada sistem tapisan reverse osmosis.
SISTEM NANO POSITIVE
Sistem tapisan Nano Filtration ini pula adalah antara teknologi terbaru sistem tapisan air yang mana turut menggunakan membran untuk menapis molekul-molekul air.
Hampir sama seperti sistem RO yang disebut sebelum ini, ia dapat menapis segala bahan kimia, kotoran, bakteria merbahaya, bau, logam berat dan sebagainya. Namun pada masa sama ia mengekalkan mineral yang baik untuk tubuh badan.
Beza antara kedua-dua sistem ini adalah Nano Filtration mengekalkan mineral baik dalam air yang telah ditapis, RO menyingkirkan mineral tersebut.
Ini menjadikan sistem tapisan air Nano Filtration lebih sihat untuk diminum.
Sistem Nano Filtration pula, tidak ada pembuangan air seperti sistem RO kerana segala kotoran hanya ditapis di bahagian filter. Dan teknologi Nano Filtration ini juga membuatkan penggunaan teknologi ini lebih jimat, sihat dan selamat untuk digunakan untuk seisi keluarga.
Menurut video ini, sistem tapisan Reverse Osmosis membuang semua bahan buruk dan baik yang terdapat dalam air. Sebahagian sistem tapisan air RO terpaksa memasukkan semula mineral baik ke dalam air bagi memastikannya lebih sihat untuk diminum.
Bagi sistem Nano Positive pula, sistem tapisannya membuang segala kandungan yang tidak baik daripada air pada masa sama mengekalkan bakteria yang baik pada air.
Sistem nano positive ini dari sudut saintifiknya, lebih menjimatkan kos kerana tiada pembuangan air dan tidak perlu tambah semula garam mineral ke dalam air yang sudah ditapis menjadikannya antara sistem yang paling baik untuk digunakan pada abad ini.
Saiz liang membran sistem Nano Filtration:0.001 µm to 0.01 µm dan pH air pula adalah mild alkaline (alkali ringan) sekitar pH7.5
SISTEM ALKALI ION
Sistem alkali ion merupakan antara teknologi yang semakin mendapat nama sejak beberapa tahun yang lepas, namun turut mendapat tentangan yang hebat daripada sebahagian netizen di media sosial dan internet.
Sistem Alkali Ion ini menghasilkan air melalui proses elektrolisis yang mana tenaga elektrik akan melalui air bagi memisahkan gas oksigen dan gas hidrogen (atau ion positif dan ion negatif).
Proses elektrolisis ini berlaku dalam bekas ruangan elektrolisis yang mengandungi plat elektrod positif dan negatif. Maka hasilnya kandungan alkali dalam air tersebut bagi sebahagian sistem tapisan air, ia dapat diselenggara mengikut kadar pH yang ingin dikeluarkan. Boleh keluar dalam bentuk positif mahupun negatif (pH tinggi atau pH rendah / alkali atau asidik).
Sebahagian blog mendakwa air alkali ini dapat merawat kanser, penyakit kulit dan sebagainya perlu kepada hasil kajian yang lebih kukuh bagi membuktikan air tersebut benar-benar dapat memberi manfaat seperti yang didakwa, tanpa menafikan sebahagian manfaat yang ada pada air alkali.
Kebiasaannya sistem alkali ion ini kosnya sangat mahal, jika ambil pelan rental juga harganya agak tinggi. Sebahagiannya mencecah RM10,000 atau rental bulanan hampir RM200 sebulan.
Adakah Air Alkali Baik Untuk Kesihatan? Baca Di Sini
Kesimpulan
Sebagai kesimpulan, mana-mana sistem tapisan air mempunyai fungsi tersendiri dan sukar untuk dinyatakan yang mana yang terbaik untuk digunakan untuk setiap orang, kerana hakikatnya tiada.
Namun, secara umumnya manusia memerlukan air yang secukupnya untuk kekal sihat dan hidrasi yang baik. Bahkan mineral yang ada pada air juga adalah penting bagi memastikan tubuh badan kita cukup mineral. Dan tidak semestinya sistem yang mahal diperlukan bagi setiap rumah, bahkan ia hanya diperlukan jika anda mempunyai sebab yang cukup kuat kerana sistem tersebut kebiasaannya lebih mahal dan manfaatnya tergantung kepada penggunaan.
Secara individu, saya lebih galakkan penggunaan sistem tapisan air Nano Filtration bagi mana-mana jenama sekalipun, dan khususnya jenama Cuckoo kerana sistem ini menghasilkan sistem tapisan air yang membuang segala kotoran, bakteria tidak baik, kuman, logam berat dan sebagainya dan pada masa sama mengekalkan garam mineral yang baik untuk tubuh badan.
Sistem ini juga kebiasaannya lebih murah berbanding sistem lain.
Tamat Artikel Perbezaan Air RO dan Alkali
Baca artikel: Kenapa Saya Pilih Penapis Air Cuckoo Bukan C*w*y?
Berminat dengan sistem penapis air Cuckoo? Hubungi saya di 0139916967 atau klik www.wasap.my/60139916967/NakCuckoo
Klik SINI untuk dapatkan katalog terkini.
Konsultasi Percuma!
Isi borang di bawah, kemudian kami akan hubungi anda dengan segera untuk konsultasi penapis air PERCUMA!