✆ WhatsApp 013 991 6967

Salam & hai para pembaca. Untuk jika anda sedang berpindah rumah atau pejabat dan ingin memasang semula produk Cuckoo anda, bagaimana caranya? Dan adakah ada bayaran untuk perpindahan tersebut?

Disebabkan kini Cuckoo mempunyai lebih daripada 1 kategori produk, maka saya akan bahagikan kesemuanya mengikut kategori produk yang ingin anda pindahkan.

⚠️ Perhatian: Khas untuk pengguna yang masih ada kontrak/waranti Cuckoo sahaja. Kalau waranti dah tamat, info ini tidak berkaitan dengan anda ya.

0 – Nak Pindah? Hubungi Cuckoo Terlebih Dahulu

Perkara paling penting sebelum anda memindahkan produk Cuckoo anda ke rumah dan lokasi baru, anda perlu memaklumkan kepada Cuckoo terlebih dahulu untuk perpindahan. Walaupun produk tersebut boleh dipasang sendiri (seperti penapis udara, tilam dan lain-lain).

Mengapa? Sebab ia akan melibatkan urusan servis dan memudahkan Cuckoo untuk datang ke rumah anda jika terdapat masalah berkaitan produk.

Jika tidak dikemaskini dan dikekalkan kepada alamat yang lama, maka Cuckoo akan beranggapan bahawa produk anda masih berada di lokasi lama. 

Telefon: 1800888181

Email: [email protected]

Untuk proses perpindahan, anda juga boleh hubungi ejen yang anda tempah daripada mereka

Soalan: Siapa yang akan bawa produk anda ke rumah dan lokasi baru?

Jawapan: Secara umumnya, semua produk Cuckoo perlu dibawa sendiri oleh pelanggan Cuckoo. Walaupun begitu, perlu maklumkan terlebih dahulu kepada Cuckoo jika anda ingin memindahkan produk tersebut.

 

1 – Penapis Air dan Udara

Untuk memindahkan penapis air dan udara, anda hanya perlu hubungi pihak Cuckoo untuk perpindahan. 

Siapakah yang akan menguruskan pemindahan (dismantle) unit penapis air ini? 

A – Pihak technician Cuckoo

B – Pelanggan sendiri juga boleh cabut (dismantle) mesin tersebut sendiri

Namun untuk pemasangan semula, ia perlu dilakukan oleh pihak Cuckoo.

Hubungi Cuckoo di 1800888181 dan Cuckoo akan uruskan technician untuk datang ke rumah anda untuk cabut mesin tersebut. Kemudian di hari pemasangan, Cuckoo akan menghantar technician untuk pemasangan semula.

Penting: Anda perlu membawa sendiri produk yang telah dicabut ke rumah baru. Ia bukan dilakukan oleh pihak Cuckoo. 

Seperti yang saya maklumkan di atas, untuk memindahkan penapis udara juga perlu dimaklumkan kepada Cuckoo jika anda berpindah ke lokasi baru. 

Kos pindah/pemasangan semula: Tiada sebarang kos untuk cabut dan pasang semula di lokasi baru. Percuma bagi proses tersebut setahun sekali. 

(Melainkan jika ada situasi tertentu yang memerlukan kos, ia akan dimaklumkan pada hari pemasangan semula.)

 

2 – Tilam, Mesin Basuh, Treadmill & Kerusi Urut Cuckoo

Tilam, Mesin Basuh, Treadmill & Kerusi Urut Cuckoo perlu dipindahkan oleh pelanggan sendiri semasa berpindah. Hanya perlu maklumkan kepada Cuckoo terlebih dahulu sebelum berpindah

Terutama bagi kerusi urut & mesin basuh Cuckoo, mohon maklumkan kepada cuckoo sebelum memindahkannya bagi mendapatkan instruksi cara untuk memindahkannya. Sekiranya tidak, waranti anda berisiko untuk dibatalkan. 

Produk terlibat antaranya: 

  • Tilam Cuckoo A Series
  • Tilam Cuckoo A Luxe
  • Tilam Cuckoo S Lite
  • Tilam Cuckoo A Lite
  • Kerusi Urut Cuckoo Bespoke
  • Bespoke Massage Lounger
  • Cuckoo Knight Washer Dryer
  • Treadmill Cuckoo B-Fit

Kos pindah/pemasangan semula: Tiada

(Melainkan jika ada situasi tertentu yang memerlukan kos, ia akan dimaklumkan pada hari pemasangan semula.)

 

3 – Aircond Cuckoo

Bagi aircond / penghawa dingin Cuckoo pula untuk memindahkannya adalah seperti berikut

  1. Hubungi Cuckoo memindahkan produk: 1800888181 atau email ke [email protected]
  2. Cuckoo akan hubungi anda semula untuk tetapkan hari dan masa untuk dismantle (cabut) aircond Cuckoo di rumah lama
  3. Pemasangan semula di rumah baru. Namun ia dilakukan pada hari berbeza.
  4. Aircond Cuckoo perlu dibawa ke rumah atau lokasi baru oleh pelanggan sendiri

Berbeza dengan produk-produk di atas, untuk memindahkan aircond ke lokasi baru akan melibatkan kos pemindahan dan pemasangan semula. 

Kos memindahkan aircond Cuckoo adalah seperti berikut (anggaran).

  1. Cabut/Dismantle: Sekitar RM100
  2. Pemasangan semula: Sekitar RM250

Kos tambahan jika perlu: Sekiranya copper pipe dan wiring lebih dari 10 kaki, tiada soket elektrik untuk aircond di bilik tersebut dan sebagainya, ada kemungkinan perlu kepada tambahan kos pemasangan di lokasi baru.

Kos-kos yang dinyatakan ini adalah standard pasaran bagi pemindahan semula aircond yang dilakukan oleh pihak luar. 

Penting! Pemindahan semula HANYA boleh dilakukan oleh pihak Cuckoo sahaja, tidak boleh dilakukan oleh pihak luar atau persendirian. Sekiranya ia dilakukan sendiri, maka aircond Cuckoo anda berisiko untuk dibatalkan waranti.