✆ WhatsApp 013 277 5539

Ramai yang tak tahu betapa pentingnya dan bermanfaat jika kita minum air pada kadar yang mencukupi.

Dewasa ini, ramai orang yang terlalu sibuk dengan pekerjaan dan aktiviti harian yang menyebabkan kekurangan minum air dan dehidrasi.

Dehidrasi dapat menyebabkan pelbagai komplikasi pada kesihatan.

Namun artikel kali ini, saya ingin kongsikan 7 kelebihan minum air yang ramai tak tahu! Jom baca:

1. MENURUNKAN BERAT BADAN

Minum air dan kekal terhidrasi adalah antara cara terbaik untuk menurunkan berat badan.

Kenapa?

Kerana air dapat menggantikan minuman yang berkalori tinggi seperti air berkarbonat, teh tarik, Ice Blended, ais krim, cendol dan sebagainya kepada minuman yang 100% tiada kalori, tiada karbohidrat dan tiada gula.

Banyak minum air juga dapat mengurangkan selera makan kita apabila kita rasa mengidam atau keinginan untuk makan sesuatu (walaupun tak lapar), walhal hakikatnya kita hanyalah sedang kekurangan air.

Maka jika kita serius nak turunkan berat badan, sila banyakkan minum air.

Pastikan botol air sentiasa berada di sisi anda, di rumah, di pejabat, di dalam kereta dan sebagainya.

2. MENINGKATKAN TENAGA

manfaat minum air

Dehidrasi dapat mengurangkan tenaga kita dan membuat kita sering rasa penat, lemah dan lesu.

Jika kita dalam keadaan dahaga, ia menunjukkan kita sedang mengalami dehidrasi.

Dehidrasi dapat buat kita keletihan, lemah otot, pening kepala dan lain-lain.

Namun jika banyak minum air, bahkan ia dapat meningkatkan tenaga kita kerana air mencukupi dalam tubuh badan dan buat kita lebih bertenaga.

3. ‘UBAT’ UNTUK PENING KEPALA

manfaat minum air

Antara simptom lain kekurangan air atau dehidrasi adalah pening kepala.

Bahkan, seringkali apabila seseorang sedang mengalami pening kepala berpunca daripada kekurangan air dalam badan.

Sudah pasti banyak penyebab pening kepala, namun kekurangan air juga merupakan salah satu puncanya.

Kebiasaannya apabila kita terlalu sibuk berkerja hingga terlupa nak minum air, ia dapat jadi punca anda mula rasa pening kepala.

Apabila pening, minum air dan pastikan anda kembali terhidrasi.

4. KULIT YANG LEBIH SIHAT & CANTIK

manfaat minum air

Minum air dapat buat kulit kita kelihatan lebih cerah, ‘fresh’ dan menyerlah.

Pastikan anda minum air dengan kuantiti yang mencukupi setiap hari dan lihat kesannya pada kulit anda.

5. MEMBAIKI SISTEM PENCERNAAN

manfaat minum air

Sistem pencernaan kita memerlukan kandungan air yang mencukupi bagi memudahkan pencernaan makanan dengan baik.

Air dapat membantu untuk memulihkan masalah asid dalam perut, dan air berserta fiber dapat bantu memulihkan sembelit yang mana ia juga berpunca dari kekurangan air dalam badan.

6. DETOX

manfaat minum air

Minum air dapat bantu untuk detox, buang toksin dan kandungan yang tidak diingini daripada tubuh badan kita.

Lebih banyak kita minum air, lebih baik untuk buah pinggang kita berfungsi.

7. WORKOUT

manfaat minum air

Air juga sangat penting ketika kita sedang bersenam ataupun melakukan kerja yang banyak melibatkan aktiviti fizikal.

Tahukah anda, kekurangan air atau dehidrasi dapat memberi kesan kepada senaman anda?

Ia dapat buat kita rasa lebih lesu dan bersenam jadi lebih susah.

Bila kita sedang bersenam, pastikan kita bawa sekali botol air minuman bersama.

Banyakkan minum air sebelum, semasa dan selepas bersenam.

6 CARA UNTUK BANYAKKAN MINUM AIR

Ramai yang ada masalah kurang minum air. Banyak sebab. Ada yang disebabkan oleh tak suka minum air, tak cukup bekalan air di rumah, terlalu sibuk, dan sebagainya.

Di bawah ini saya kongsikan 7 cara anda dapat jadikan minum air sebagai rutin harian anda.

1. Minum segelas air untuk setiap hidangan makanan

2. Bawa botol air ke mana-mana setiap masa

3. Pastikan ada air di atas meja kerja

4. Bila terasa nak beli snek atau coklat, minum air dahulu

5. Gantikan air kopi, teh tarik, dan air berkarbonat dengan air mineral

6. Pastikan bekalan air minuman sentiasa mencukupi di rumah

7. Pasang penapis air Cuckoo di rumah (dan pejabat) – Air bermineral & beralkali

Hanya serendah RM75.47/bulan.
Tiada yuran pendaftaran
Tiada yuran proses
Tiada yuran pemasangan
Free servis, pertukaran filter dan waranti hingga 7 tahun

Moga artikel ini bermanfaat buat anda!

Ingat Penapis Air, Ingat Cuckoo!

Hubungi Fadhil 0139916967 / whatsapp ke 0139916967 sekarang!