Rumah anda ada banyak habuk. Dah bersihkan pun tapi masih cepat berhabuk? Geram kan. Walaupun kita seorang yang pembersih sekalipun, habuk akan tetap ada dalam rumah.
Bila rumah berhabuk, sudah pasti ia menyebabkan kita rasa tidak selesa, rimas dan rasa tak sihat. Lebih melelahkan lagi jika habuk itu kelihatan berterbangan di udara.
Walaupun habuk adalah sesuatu yang halus bahkan yang berterbangan dalam udara pula hampir tidak kelihatan, namun habuk tetap dapat beri kesan tidak baik kepada kesihatan manusia.
Golongan yang lebih berisiko terhadap habuk sudah tentu mereka yang sakit, mempunyai masalah pernafasan dan bayi.
1. Dari Mana Datangnya Habuk?
Habuk diperbuat daripada partikel halus yang bersifat pejal (walaupun ia sangat halus dan tak dapat dilihat dengan mata kasar).
Menurut sebahagian perkongsian di Barat, mitos menyatakan bahawa habuk di dalam rumah kebanyakannya/majoriti berpunca dari sel kulit mati.
Namun sebenarnya ia tidaklah begitu semata.
Bahkan habuk di rumah merupakan gabungan pelbagai partikel yang ada di dalam rumah dan yang datang dari luar rumah termasuklah:
- Sel kulit mati
- Bulu halus & rambut
- Bulu dan sel kulit mati haiwan peliharaan (pet dander)
- Debunga (pollen)
- Pencemaran udara
- Asap kebakaran, kilang, kenderaan, rokok
- Mineral
- Pasir & tanah
- Dust mites (kutu hama)
- Pakaian
- Perabot & karpet
- Kotoran
Sel kulit mati, fungi & pet dander merupakan makanan kepada Dust Mites (hama) yang dapat membuatkannya terus membiak.
Sumber: https://www.youtube.com/watch?v=P21a5Uty-uc&ab_channel=TED-Ed
Jika kita perhatikan, pakaian, perabot, karpet lama dan lusuh juga merupakan antara punca utama rumah cepat berhabuk.
2. Di Mana & Kenapa Habuk Berkumpul?
Cuba kita ingat semula matapelajaran Sains yang pernah kita belajar dahulu mengenai hukum elektrik statik.
Elektrik statik ialah ketidakseimbangan cas elektrik pada atau di dalam permukaan sesuatu bahan. Cas tersebut kekal sehingga ia dapat bergerak pergi sebagai arus eletrik atau pelepasan elektrik.
Wikipedia
Apabila habuk berterbangan dalam udara, ia akan mengumpulkan sedikit cas positif dan negatif di dalam udara.
Habuk tersebut akan bertindakbalas dan melekat pada permukaan yang mempunyai cas positif atau negatif yang menyebabkan ia berkumpul dan bergumpal dengan cepat di atas permukaan seperti:
- Karpet
- Kipas
- Rak buku
- Bawah karpet/tikar
- Tilam
- Pakaian
- Almari
- Sofa
- Kabinet
- Pokok hiasan dalam rumah
- Lantai
- Perkakasan
- Gubahan bunga
- Bawah katil/sofa
- Dan sebagainya
3. Kenapa Rumah Cepat Berhabuk?
Kita semua sedang berperang untuk memastikan rumah sentiasa bersih dan bebas habuk.
Lapisan habuk yang berada di atas permukaan lantai & perabot di rumah kita berpunca dari pelbagai sebab seperti yang telah dikongsikan di atas seperti; sel kulit mati, bulu/rambut, pet dander, pollen, pencemaran udara, asap (kebakaran, kilang, rokok), mineral, pasir, tanah, kotoran, dust mites, pakaian, perabot & karpet.
Boleh jadi rumah lebih cepat berhabuk disebabkan oleh:
- Tingkap & pintu selalu terbuka
- Masih menggunakan karpet lama & lusuh
- Rak & kabinet di rumah tidak bertutup/berpintu
- Pelihara haiwan dalam rumah
- Jarang mencuci cadar tilam
- Fabrik perabot (sofa) anda jenis yang memerangkap habuk
- Terlalu banyak barang dalam rumah
- Banyak aksesori dalam rumah
- Langsir sudah lama tak basuh
- Tiada alas kaki atau alas kaki lusuh
- Teknik membersihkan habuk yang tidak betul
- Ahli keluarga merokok
- Bakar racun nyamuk dalam rumah
- Pakaian lama & lusuh masih digunakan
- Jarang membersihkan rumah
4. Ada Habuk Di Udara?
Menurut Ajar.com.my, habuk akan kekal di dalam udara untuk tempoh yang lama sebelum ia mendarat ke atas permukaan lantai dan ia mengambil masa sekitar 5 hari (Hukum Stoke: Saiz partikel habuk yang kecil akan dipaksakan daya geseran yang tinggi berbanding daya graviti)
Habuk wujud di dalam udara walaupun kita tidak dapat melihatnya dengan mata kasar.
Bahkan, ia juga berpotensi untuk masuk ke dalam saluran pernafasan kita yang menyebabkan kita mudah bersin di tempat yang banyak habuk.
5. Apa Itu Habuk Halus (Fine Dust)?
Kebiasaannya kita risaukan habuk kerana ia kelihatan dengan mata kasar dan dapat disentuh dengan kulit kita.
Namun perlu kita ketahui bahawa terdapat juga habuk halus yang tidak kelihatan yang sepatutnya kita merasa risau akannya.
Habuk halus (fine dust) atau turut dikenal sebagai PM2.5 (particulate matter 2.5) adalah partikel yang sangat halus berterbangan di dalam udara.
Saiznya sangat halus sehingga 2.5 micrometer atau lebih kecil daripada itu. Ia tidak dapat dilihat dengna mata kasar dan hanya dapat dikesan dengan mikroskop elektron.
Habuk halus (fine dust) ini kebiasaannya berpunca daripada pencemaran udara di luar rumah seperti asap-asap kilang, kenderaan, jelaga dan sebagainya.
Namun ia juga boleh berpunca daripada dalam rumah berpunca daripada aktiviti seperti memasak, menggoreng, gas dapur, membakar lilin, rokok, semburan kimia (seperti racun serangga, racun nyamuk dsb), dan lain-lain lagi.
Walaupun ia sangat halus, namun kita tidak boleh memandang enteng mengenainya kerana ia berpotensi memberi kesan yang lebih buruk terhadap kesihatan.
Sumber: https://www.getawair.com
6. Apa Kesan Habuk Terhadap Kesihatan?
Selain daripada sebab habuk adalah kotor dan kadang kala menjijikkan, terlalu banyak habuk sebenarnya mempunyai kesan tidak baik kepada kesihatan anda dan keluarga.
Dan anda sepatutnya berasa risau jika rumah anda banyak habuk. Kenapa?
- Habuk halus (fine dust) boleh tembus hingga ke paru-paru
- Habuk halus ultra-fine boleh tembus hingga saluran darah
- Habuk dapat trigger alergi
- Habuk dapat trigger athsma
- Habuk dapat trigger mereka yang ada masalah pernafasan
- Habuk merupakan ‘pusat pembiakan’ kutu hama (dust mites) dan bahan alergen lain
- Najis kutu hama (dust mites) juga berpotensi memberi kesan tidak baik terhadap kesihatan
Antara tanda anda alergik terhadap habuk termasuklah:
- Bersin
- Hidung berair
- Mata gatal, merah & berair
- Gatal badan
- Batuk-batuk
Walaupun hidung manusia mempunyai ‘filter semulajadi’ ciptaan Tuhan yang berfungsi untuk menghalang kotoran, habuk kasar, debu dsb masuk ke dalam saluran respiratori manusia.
Namun yang turut merisaukan kita ialah habuk halus (fine dust) kerana disebabkan sifat habuk sebahagiannya yang sangat halus sehingga 2.5 micrometer, ia tetap dapat menembusi tapisan awal manusia hingga dapat diserap oleh paru-paru dan saluran darah kita yang dapat membawa kepada kesan-kesan kesihatan yang lebih teruk.
7. Apa Itu Dust Mites (Kutu Hama)
Kutu hama merupakan haiwan yang sangat halus (mikroskopik), lebih kecil berbanding semut namun ia boleh jadi membiak dan hidup di dalam rumah anda.
Ia kebiasaannya hidup di dalam tilam, sofa, perabot, langsir, karpet dan sebagainya. Terlalu banyak kutu hama (dust mites) di dalam rumah adalah merisaukan kerana najisnya adalah dapat menjadi punca penyakit dan dapat merebak melalui udara (kerana ia sangat halus).
Sumber: http://housedustmite.com/
17 Tip Kurangkan Habuk Dalam Rumah
Secara asasnya, untuk kurangkan habuk dalam rumah kita perlu buat kerja membersih rumah secara berkala, bukan bermusim dan ikut mood. Kerana tiada cara ‘magik’ untuk mengurangkan habuk dalam rumah tanpa melakukan apa-apa.
Ini antara tip bagaimana anda dapat kurangkan habuk dalam rumah:
- Sapu rumah berkala
- Invest beli vacum berkualiti – menggunakan filter HEPA dan berkuasa
- Lap habuk yang berada di permukaan berhabuk secara berkala
- Declutter – Buang/kurangkan barang-barang di rumah lebih-lebih lagi yang memerangkap habuk (pakaian, karpet, perabot fabrik lama yang sudah lusuh)
- Guna rak/kabinet buku berpintu – Supaya habuk tak lekat pada buku
- Gunakan alas kaki heavy duty – Yang memerangkap habuk (gantikan/buang alas kaki lama)
- Tukar cadar setiap minggu – Untuk mengurangkan habuk, rambut, bulu, sel kulit mati & kutu hama
- Tutup tingkap rumah – Apabila perlu, lebih-lebih lagi jika rumah terletak berhampiran jalan besar, kilang, pembakaran terbuka
- Kurangkan karpet
- Cuci karpet & sofa secara berkala
- Dapatkan servis mencuci tilam setiap tahun
- Cuci/Lap habuk kipas di rumah apabila berhabuk
- Cuci filter aircond setiap 2~4 minggu
- Gunakan lint roller (roller yang ada gam) untuk buang habuk-habuk yang melekat pada pakaian, perabot dsb
- Cuci langsir secara berkala – langsir antara pusat pembiakan habuk
- Gunakan penyapu lidi – Sangat berkesan untuk mengumpul dan membuang habuk. Tak percaya? Cubalah!
- Gunakan penapis udara – yang menggunakan filter HEPA, PM2.5 dan ke atas
Selamat mencuba!
Kurangkan Habuk Guna Penapis Udara?
Penapis udara juga merupakan antara alat efektif untuk mengurangkan habuk di dalam rumah.
Fungsi penapis udara adalah seperti berikut:
- Menapis habuk yang berterbangan dalam udara
- Menyah bakteria dalam udara dengan teknologi Cuckoo Plasma Ioniser
- Mengurangkan alergen dalam udara
- Menapis partikel halus dalam udara (fine dust) yang tak dapat dilihat oleh mata kasar
- Mengurangkan bau-bau yang tidak sedap (kepam, hapak, sampah dsb)
- Mengurangkan kesan bahan kimia seperti CO2, CO, CFC, Ammonia
- Menapis bulu-bulu haiwan peliharaan dalam rumah (kucing dll)
Siapa yang sesuai menggunakan penapis udara CUCKOO?
- Anda yang mempunya athsma atau gejala respiratori (pernafasan)
- Anda yang mempunyai haiwan peliharaan
- Ibu-ibu dan bayi kecil
- Anda yang tinggal di kawasan yang mempunyai indeks pencemaran udara (IPU) yang tinggi (100 ke atas)
- Anda yang inginkan udara bersih di rumah
Bolehkah penapis udara menyedut habuk?
Ya, penapis udara juga dapat menyedut habuk yang berterbangan di dalam udara.
Ini sangat penting bagi memastikan udara dan persekitaran dalam rumah anda bebas habuk dan kotoran kerana habuk di udara dapat masuk hingga ke dalam saluran pernafasan kita.
Penapis Udara Cuckoo Yang Mana Anda Berminat?
Di bawah ini saya kongsikan beberapa model penapis udara Cuckoo yang anda boleh pilih. Jika berminat, Whatsapp sahaja saya ya www.wasap.my/60132775539 atau call 0132775539
Cuckoo C Model – Serendah RM85/Bulan
✅Harga Serendah RM85/bulan
✅ Tahun 1-3: RM85/bulan
✅ Tahun 4-5: RM80/bulan
✅Harga Cash: RM2360
✅Servis PERCUMA hingga 5 tahun
✅Penapis Udara yang paling jimat dan berkuasa di pasaran
✅Sistem tapisan 7 lapisan
✅Ultra PM 2.5 Filter
✅Pengiktirafan KACA (Korea Clean Air Association)
✅Navigasi Suara
✅Keluasan optimum 402 kaki persegi
✅Kos NCS – RM500/tahun (bayar selepas tamat tempoh servis percuma)
Klik sini untuk info Cuckoo C Model
Cuckoo C + Humidifier
✅Penapis Udara Pertama dengan Fungsi Humidifier Di Pasaran Berserta Servis Berkala
✅Memberi kelembapan kepada udara
✅Harga Serendah RM110/bulan x 3 tahun + RM105/bulan x 2 tahun
✅Harga Cash: RM2800
✅Servis PERCUMA hingga 5 tahun
✅Penapis Udara yang paling jimat dan berkuasa di pasaran
✅Sistem tapisan 7 lapisan
✅Ultra PM 2.5 Filter
✅Pengiktirafan KACA (Korea Clean Air Association)
✅Navigasi Suara
✅Keluasan optimum 402 kaki persegi
✅Kos NCS – RM600/tahun (bayar selepas tamat tempoh servis percuma)
Apakah Manfaat Humidifier?
- Membantu anda kekal sihat, elak demam dan selsema
- Kelembapan dapat membantu sistem pernafasan
- Humidifier ini juga dapat mengurangkan alergi yang dihidapi oleh anda atau anak-anak.
- Dapat tidur yang lebih berkualiti
- Elak kekeringan kulit
- Lindungi rambut dan kulit kepala daripada kelemumur
- Memastikan haiwan dalam rumah lebih sihat dan selesa
- Kesegaran untuk pokok dalam rumah
- Memastikan perabot kayu dalam rumah anda dalam keadaan baik
Klik sini untuk info Cuckoo C Model Humidifier
Cuckoo D Model
✅Harga Serendah RM115/bulan x 3 tahun + RM110/bulan x 2 tahun
✅Harga Cash: RM3200.00
✅Servis PERCUMA hingga 5 tahun
✅Sedutan 360°
✅Sistem tapisan 7 lapisan
✅Sensor Pintar – boleh kesan hingga PM1.0
✅Ultra PM 2.5 Filter
✅Pengiktirafan KACA (Korea Clean Air Association)
✅Navigasi Suara
✅Keluasan optimum 66m2 atau 710 kaki persegi
✅Kos NCS – RM550.00/tahun (bayar selepas tamat tempoh servis percuma)
Klik sini untuk info Cuckoo D Model
Cuckoo K Model
✅Penapis Udara – Untuk Ruang Besar
✅Harga Serendah RM85/bulan x 5 tahun
✅Harga Cash: RM2500.00
✅Servis PERCUMA hingga 5 tahun
✅Sedutan 360°
✅Sistem tapisan 7 lapisan
✅CADR 520m3/h
✅Ultra Deo HEPA 13 Filter
✅Keluasan optimum 66m2 atau 710 kaki persegi
✅Kos NCS – RM550.00/tahun (bayar selepas tamat tempoh servis percuma)
Klik sini untuk info Cuckoo K Model
Cuckoo R Model
✅Penapis Udara – Minimalistic ‘Korean-Style’ Design
✅Harga Serendah RM70/bulan x 3 tahun + RM65/bulan x 2tahun
✅Harga Cash: RM2300.00
✅Servis PERCUMA hingga 5 tahun
✅8 Level LED Air Quality Indicator
✅Sistem tapisan 3 lapisan
✅CADR 414m3/h / 243 cfm
✅True HEPA 13 Filter
✅Keluasan optimum 53m2 atau 570 kaki persegi
✅Kos NCS – RM400.00/tahun (bayar selepas tamat tempoh servis percuma)
Klik sini untuk info Cuckoo R Model
Cuckoo U Model
✅Harga Serendah RM130/bulan x 3 tahun + RM125/bulan x 2 tahun
✅Harga Cash: RM4000.00
✅Servis PERCUMA hingga 5 tahun
✅Sedutan 360°
✅Sistem tapisan 4 lapisan
✅Sensor Pintar – boleh kesan hingga PM1.0
✅True HEPA+ H14 Filter with Copper Sulphide Coating (remove 99.995% of bacteria & viruses)
✅Navigasi Suara
✅Keluasan optimum 107.9m2 atau 1161 kaki persegi
✅Noise level: 53.7 dBA
✅Power consumption: 80W (1.5A)
✅Berat: 14 kg
✅Kos NCS – RM700.00/tahun (bayar selepas tamat tempoh servis percuma)