✆ WhatsApp 013 277 5539

Massage Chair / Kerusi Urut sudah lama digunakan oleh orang kita di Malaysia. Ia bukanlah satu alat yang asing lagi kerana di mana-mana pun sudah ada kerusi urut / massage chair termasuklah di pusat beli belah, masjid-masjid, RnR dan sebagainya. 

Tujuan utama kenapa orang menggunakan kerusi urut termasuklah:

  • Penat pergi kerja
  • Letih badan uruskan kerja rumah
  • Sakit, lenguh badan 
  • Ingin legakan badan dengan segera
  • Ingin mengurangkan stres
  • Nak berehat dan tidur
  • Tak mahu susahkan anak & isteri untuk tolong urutkan
  • Legakan otot selepas bersenam
  • Dan pelbagai lagi

Boleh jadi anda yang sedang membaca ini juga mempunyai masalah yang sama iaitu keletihan tubuh badan, sengal-sengal badan, sakit belakang, penat, stres, sakit kaki dan sebagainya. 

Nak urut di pusat urutan? Nak panggil tukang urut ke rumah? Pastilah boleh dan dapat urutan yang lebih ‘natural’ berbanding urutan mesin. 

Tetapi harga urutan orang pula biasanya lebih tinggi. Dan ada kalanya anda perlu membuat temujanji dahulu sebelum berurut dengan tukang urut. Tak dapat nak urut ‘on the spot’ bila rasa nak sedapkan badan. 

Dalam pasaran ada banyak jenis kerusi urut. Dari sudut kualiti dan fungsi, ada pelbagai harga dan pelbagai fungsi yang berbeza-beza disediakan oleh semua syarikat pengeluar. 

kerusi urut cuckoo bespoke massage chair

Kualiti, fungsi, ciri-ciri dan kelebihan kerusi urut pada harga RM2000~RM5999 pasti berbeza dengan kerusi urut berharga RM6000-RM9999. Begitu juga yang berharga RM6000-RM9999 ingin dibandingkan dengan yang berharga RM10,000 ke atas juga sudah pasti berbeza. 

Kerusi urut Cuckoo berada pada kelas pertengahan iaitu pada harga RM7499 (harga asal RM7999) yang mempunyai semua ciri-ciri, kelebihan dan kualiti yang mencukupi dan bersesuaian untuk semua pengguna. Tidak terlalu murah hingga kekurangan ciri dan kualiti, dan tidak terlalu mahal hingga tidak mampu untuk dibeli. 

Untuk perkongsian kali ini, saya akan kongsikan semua ciri-ciri, kelebihan dan manfaat yang ada pada kerusi urut Cuckoo untuk memudahkan anda buat pertimbangan untuk memasang sebuah kerusi urut di rumah. 

Segala perkongsian saya ini adalah berdasarkan pengetahuan saya mengenai produk kami begitu juga pengalaman saya sendiri sebagai pengguna Cuckoo x Ogawa Bespoke Massage Chair. 

Apakah Kelebihan & Ciri Cuckoo Ogawa Bespoke? 

Kelebihan & ciri-ciri kerusi urut / massage chair Cuckoo Ogawa Bespoke adalah seperti berikut:

kerusi urut cuckoo bespoke massage chair

Keluaran Cuckoo & Ogawa

kerusi urut cuckoo bespoke massage chair

Ogawa, sebuah syarikat yang tidak asing lagi dalam pembuatan kerusi urut untuk kegunaan domestik antara yang terulung di seluruh dunia. Cuckoo berkerjasama dengan Ogawa dalam penghasilan kerusi urut terbarunya iaitu: Cuckoo Bespoke

Sejak tahun 2008 Ogawa telah mengembangkan perniagaannya di seluruh dunia. Hingga hari ini, Ogawa telah membuka lebih 1000 buah tapak perniagaan di lebih 20 buah negara. 

Ogawa adalah satu-satunya syarikat yang mempunyai integrasi RND dalam pembuatan, pengilangan, branding, pemasaran begitu juga servis dalam pasaran Asia. Di Malaysia pula syarikat ini Ogawa mempunyai pasaran terbesar dalam penjualan kerusi urut / massage chair

Ini bermakna sebagai pelanggan, anda tidak perlu risau lagi untuk memiliki kerusi urut Cuckoo x Ogawa Bespoke di rumah kerana syarikat Ogawa adalah sebuah syarikat yang terbukti dan sangat berpengalaman dalam menghasilkan kerusi urut yang berkualiti untuk kegunaan anda. 

Ogawa juga mempunyai sekitar 800 pakar RnD dalaman dan luaran (internal & external) termasuklah pakar yang diimport daripada institut penyelidikan saintifik luar. 

Lebih RM50 juta dilaburkan untuk tujuan RnD setiap tahun dan hingga kini, Ogawa telah mempunyai 509 paten untuk produk-produk mereka. 

Apabila anda beli kerusi urut Cuckoo Bespoke, bermakna anda dapat kerusi urut yang dibuat khas oleh Ogawa untuk anda. 

3D Full Body Scan

Fungsi 3D Full Body Scan ini adalah untuk mengesan dan menganalisa ketinggian, berat dan ketegangan otot (muscle tension) tubuh badan anda untuk memberikan urutan yang bersesuaian dengan badan anda. 

Semasa anda menggunakan kerusi urut ini, Bespoke ini akan scan tubuh anda selama 1 minit ketika anda sedang duduk sebelum memulakan operasi sebenar. 

Ini adalah penting bagi memastikan badan anda dapat urutan yang betul dan bagi mengelakkan sakit-sakit badan ketika menggunakan kerusi urut. 

Sekiranya kerusi urut ini dijalankan sahaja tanpa mengambil kira saiz tubuh anda, ketinggian, berat badan, maka boleh jadi urutan tersebut akan membuat badan anda terasa sakit di kemudian hari. 

Urutan Penuh Kepala Hingga Kaki

Sebagai seorang pengguna, saya sendiri telah mencuba banyak kali kerusi urut Cuckoo Bespoke ini. Ketika sedang menggunakannya, anda akan dapat rasakan urutan dari kepala hingga kaki anda. 

Bahagian badan yang akan diurut termasuklah

  1. Tengkuk – Roller
  2. Bahu – Air Massage
  3. Lengan Tangan – Air Massage
  4. Belakang (Tengkuk ke belakang/lower back) – Roller
  5. Punggung & Peha – Roller
  6. Betis (Calf) – Air Massage
  7. Kaki – Air Massage
  8. Tapak Kaki – Roller

Untuk urutan, Bespoke Massage Chair ini menggunakan beberapa kaedah

  1. Roller
  2. Air Massage

Bespoke S+L Track Roller

kerusi urut cuckoo bespoke massage chair

Roller adalah komponen yang ada pada mesin urut yang berfungsi bergerak (dengan pelbagai cara) dari bahagian tengkuk anda hingga ke peha, dan tapak kaki. 

Urutan Roller seupaya mungkin cuba ‘meniru’ gaya urutan kneading, menekan (tapping), menumbuk (clapping), shiatsu, tapping, rolling dan swedish. 

Dalam pasaran, terdapat 2 jenis Roller yang digunakan pada sesebuah kerusi urut / massage chair: 

  • S Track Roller
  • L Track Roller

S-Track Roller adalah roller yang mengikut lenggok bentuk tulang belakang (spine) anda dari tulang belakang ke tengkuk, naik atas ke bawah. 

R-Track Roller pula berfungsi seperti S-Track Roller, namun ia bergerak terus ke bawah hingga ke punggung dan bawah peha anda (hamstring). 

Kerusi urut Bespoke ini mempunyai gabungan S+L Track yang dapat memberikan urutan yang lebih menyeluruh pada tubuh badan anda dari tengkuh hingga ke bawah peha. 

6 Massage Programs

kerusi urut cuckoo ogawa bespoke massage chair

Terdapat 6 program urutan yang disediakan oleh kerusi urut Cuckoo Bespoke ini:

  1. Upper Body – Pergerakan spesifik ke tengkuk, bahu, lengan dan bahagian tengah tulang belakang bagi melegakan tegangan menerusi tekanan dan penggulian.
  2. Yoga Stretch – Penggunaan beg udara, penggelek, Graviti Sifar dan Sambungan Berspring Buat Urutan Bahagian Betis untuk urutan regangan lembut, melegakan ketegangan dan memperbaiki fleksibiliti.
  3. Relax – Hilangkan ketegangan sendi dan otot anda dengan teknik lembut seperti menguli dan mengetuk, yang dapat mengurangkan stres dan mengembalikan tenaga anda.
  4. Deep Tissue Massage – Tumpuan kepada titik akupuntur sehingga ke lapisan dalam otot dan tisu dengan urutan perlahan yang kuat bagi melegakan ketegangan sambil melegakan kesakitan.
  5. Lubar Care – Teknik urutan dan terapi haba yang tertumpu kepada bahagian bawah tulang belakang bagi kelegaan, mengurangkankesakitansertamelancarkan aliran darah serta mobiliti.
  6. Lower Body – Teknik menguli, menggguling dan mengetuk yang tertumpu kepada kaki, betis dan tapak kaki bagi melancarkan pengaliran darah dan melegakan kesengalan serta keletihan otot.

11 Massage Techniques

kerusi urut cuckoo ogawa bespoke massage chair
  • 2 Peringkat Menguli / Kneading
  • 2 Peringkat Ketukan / Clapping
  • 2 Peringkat Tepukan / Tapping
  • 2 Peringkat Teknik Urutan Swedish
  • 2 Peringkat Teknik Urutan Shiatsu
  • 1 Peringkat Menggulung / Rolling

Air Massage

cuckoo ogawa bespoke 30 airbags

Air Massage adalah urutan yang menggunakan beg udara (air bag) yang ada pada bahagian bahu, lengan, betis dan kaki anda. 

Ia berfungsi dengan mengembang dan mengecut, seolah-olah badan anda sedang dipicit. 

Bespoke mempunyai 30 buah beg udara / air bags. Lebih banyak airbag adalah lebih baik. Pengguna dapat rasa urutan yang yang lebih sedap dan melegakan dengan kuantiti airbag yang lebih banyak dan tertumpu. 

  • 10 Airbag di lengan
  • 4 Airbag di bahu
  • 8 Airbag di betis (calf)
  • 8 Airbag di kaki (lower calf)

Saya sebagai pengguna juga dapat merasakan kelegaan di bahagian bahu, lengan dan kaki apabila airbag ini mengembang dan mengecut untuk mengurut. Tekanan yang diberikan adalah mencukupi, tidak terlalu kuat hingga menyakitkan dan tidak perlahan hingga tidak terasa. 

Urutan Tapak Kaki

Antara urutan yang disukai dan memberikan kelegaan adalah urutan tapak kaki. Itu antara sebabnya mengapa ramai yang sanggup membelanjakan puluhan hingga ratusan ringgit hanya untuk urutan tapak kaki dan refleksologi. 

Urutan di tapak kaki adalah dengan menggunakan roller. Roller bagi Cuckoo Bespoke ini bukan sekadar berada di bahagian belakang dan punggung, kerusi urut Bespoke ini juga mempunyai roller pada bahagian tapak kaki. 

Fungsi roller untuk mengurut ini juga dapat terasa lega dan seolah-olah dipicit sekurang-kurangnya dapat melegakan dan merenggangkan tapak kaki yang lenguh dan letih kerana lama berada di dalam pejabat, berjalan kaki, memandu dan sebagainya. 

Thermotheraphy

Thermotheraphy adalah ciri pemanasan pada bahagian otot belakang lumbar anda (lower back). Pemanasan yang diberikan adalah sehingga 45 darjah celcius. 

Fungsi ini dapat membantu untuk mengurangkan sakit dan ketidakselesaan pada bahagian lumbar (belakang pinggang) anda sekaligus menambahbaik peredaran darah,  mengurangkan kekejangan dan keradangan. 

Menurut sebuah kajian daripada National Library of Medicine yang mengkaji 87 orang pesakit, ia menunjukkan bahawa thermotheraphy terbukti dapat mengurangkan sakit akut pada bahagian  lower back mereka. 

Zero Gravity Seating

Zero gravity seating adalah sebuah fungsi untuk memposisikan kerusi urut Bespoke anda dalam posisi baring pada 2 level yang berbeza

  • Level G1: 126°
  • Level G2: 140°

Apabila berada dalam posisi ini, badan anda akan berada dalam posisi baring yang akan menjadikan berat badan anda lebih sekata apabila berada di atas kerusi urut ini. 

Bahkan ia juga dapat mengurangkan tekanan pada tulang belakang dan sendi-sendi anda. 

Mengurut dalam Zero G Seating ini akan buat rehat anda di atas Bespoke dengan lebih santai & relaxing memudahkan anda untuk tidur sejenak ketika sedang mengurut. 

Zero Wall (Jimat Ruang)

Ramai risau jika beli kerusi urut jenama besar yang bersaiz besar, tiada tempat untuk meletakkan kerusi urut ini. Risau ia akan memakan ruang di ruang tamu atau bilik anda. 

Anda tidak perlu risau kerana ia sangat menjimatkan ruang. Hanya memerlukan jarak sebanyak 6cm sahaja daripada dinding. 

Walaupun kerusi Bespoke ini akan berubah posisi yang lebih rendah, terbaring, namun ia tetap tidak memerlukan jarak yang besar daripada dinding atau barang-barang lain di dalam rumah anda. 

Nak guna kerusi urut tetapi nak kekal minimalis juga tiada masalah. Letak dekat dengan dinding juga tiada masalah! 

Calves Extension – Untuk Tubuh Tinggi Sesuai Ke? 

Untuk mereka yang bertubuh badan tinggi juga boleh guna kerusi urut Bespoke ini. 

Bahagian kaki dapat dipanjangkan hanya dengan menolak dengan kaki anda pada pemijak kaki tersebut hingga tertolak sepenuhnya. 

Apabila ia sudah ditolak sepenuhnya, betis / calves anda akan diurut seperti biasa menggunakan massage chair Cuckoo Ogawa Bespoke.

Bluetooth Speaker

Semasa sedang baring & mengurut, anda boleh sambungkan telefon bimbit anda dengan bluetooth speaker yang terdapat pada Cuckoo Bespoke ini. 

Sambil mengurut, sambil dengar audio yang anda ingin dengari termasuklah podcast. 

Kedudukan speaker tersebut betul-betul terletak di tepi kepala, jarak sekitar 10cm daripada telinga anda. 

Kekuatan bunyi dapat dikawal dengan telefon bimbit sahaja. 

Tak perlu guna bluetooth headset pun, guna bluetooth speaker yang ada pada kerusi urut ini juga memadai. Bunyinya juga tidaklah terlalu kuat hingga mengganggu orang yang ada di sekeliling. 

Leather Seat / Sarung Kulit 

Kerusi urut ini disarung menggunakan kulit jenis PU Leather. Bagi pelanggan Cuckoo yang membeli secara tunai mahupun pelan bayaran bulanan, anda akan dapat pertukaran sarung kulit / leather yang baru pada tahun yang ke-3. 

Pertukaran ini diberikan secara percuma HANYA satu kali sahaja. Bermakna setelah 3 tahun penggunaan, kerusi urut anda dapat digunakan lagi seperti baru. 

Rekabentuk & Design

kerusi urut cuckoo bespoke massage chair

Cuckoo Bespoke yang dikilangkan oleh Ogawa ini tentunya mempunyai rekabentuk yang moden dan elegan. 

3 kombinasi warna termasuk: 

  • Hitam
  • Putih
  • Emas / Gold

Kombinasi ketiga-tiga warna ini menjadikannya kelihatan lebih eksklusif jika diletakkan di rumah anda. 

Mungkin juga ada yang tertanya-tanya, adakah rekabentuk kerusi urut Bespoke ini sama dengan Ogawa VPresto

Ya, ia mempunyai rekabentuk dan warna yang hampir sama. Namun ia mempunyai PERBEZAAN dengan yang asal; versi Cuckoo telah direka khas dan mempunyai beberapa ciri yang berbeza dengan VPresto. 

Bahkan harganya juga adalah lebih murah berbanding VPresto namun mempunyai fungsi yang setanding. 

Servis & Waranti

kerusi urut cuckoo bespoke massage chair

Pentingkah mendapatkan servis berkala apabila menggunakan kerusi urut ini? 

Ya!

Sudah pasti penting, agar kerusi urut ini dapat berfungsi dengan optimum setiap masa. 

Kerusi urut melibatkan beberapa komponen mekanikal yang perlu diservis secara berkala terutamanya bahagian airbag, actuator, hos angin dan motor. 

Sebagai contoh, jika motor bagi kerusi urut ini tidak diservis, tidak diberikan minyak pelincir maka ia akan berfungsi dengan lebih kasar, boleh berbunyi dan membawa kepada masalah lain pada kemudian hari. Perkara ini boleh berlaku pada mana-mana kerusi urut elektronik yang ada di dalam dunia ini. 

Setiap 6 bulan, pihak Cuckoo x Ogawa akan datang ke rumah anda untuk melaksanakan servis secara berkala bagi memastikan kerusi urut Bespoke anda sentiasa berada dalam keadaan yang baik & berfungsi dengan cekap seperti biasa.

Terdapat ’10 Step Cuckoo Bespoke Massage Service’ yang akan disediakan buat pelanggan seperti berikut: 

Bagi pembeli massage chair ini secara tunai akan mendapat

  • Servis setiap 6 bulan selama 2 tahun
  • Pertukaran sarung kulit / leather pada tahun ke-3

Bagi pelanggan massage chair ini secara rental akan mendapat

  • Servis setiap 6 bulan selama 5 tahun
  • Pertukaran sarung kulit / leather pada tahun ke-3

Rental Plan & Outright

Cuckoo menawarkan pelan pembelian dan rental bagi kerusi urut Bespoke. Pelanggan boleh membeli secara outright atau melanggan dengan bayaran bulanan.

Untuk pembelian secara tunai, harganya adalah sebanyak RM7999 dengan servis selama 2 tahun dan pertukaran sarung kulit pada tahun ke-3.

Bagi pelan rental pula, bulanan hanyalah RM139 x 60 bulan dengan servis selama 5 tahun percuma dan pertukaran sarung kulit pada tahun ke-3. 

Berapakah perbezaan bayaran rental dan outright? 

Untuk pembelian tunai/cash/outright adalah pada tanda harga RM7999. 

Untuk pelan rental pula adalah RM139 x 60 bulan = RM8340. 

Perbezaan kedua-duanya tidaklah ketara, namun untuk pelan rental bagi saya mempunyai kelebihan kerana anda akan dapat servis dan waranti secara percuma selama 5 tahun berbanding outright hanya selama 2 tahun sahaja. 

Siapa Tidak Sesuai Menggunakan Kerusi Urut?

Ini adalah satu persoalan penting bagi para pelanggan, kerana bukanlah semua orang sesuai menggunakan kerusi urut mana-mana jenama sekalipun. 

Antara golongan yang tidak sesuai menggunakan kerusi urut termasuklah:

  1. Ibu mengandung
  2. Warga emas yang mempunyai masalah postur badan
  3. Kanak-kanak
  4. Penghidap sakit slip disc (perlu dapatkan nasihat doktor)
  5. Mempunyai masalah tulang rapuh
  6. Penghidap sakit jantung atau masalah respiratori

Bagi mereka yang mempunyai berat badan lebih 100kg juga tidak digalakkan menggunakan kerusi urut ini. 

Ketinggian yang sesuai adalah 155cm hingga 180cm. 

Cara Guna Kerusi Urut Bespoke

Kerusi urut ini didatangkan dengan pelbagai fungsi dan mod tersendiri. Secara asas dan mudahnya, anda hanya perlu step berikut:

  1. Tekan plug untuk hidupkan kerusi urut
  2. Duduk di atas kerusi urut
  3. Pilih mod yang anda ingin gunakan
    1. Guna AUTO jika ingin Bespoke pilihkan mod 
    2. Pilih salah satu daripada 6 mod yang terdapat pada remote control yang disediakan
  4. Duduk dan posisikan kaki dan tangan anda di tempat yang betul
  5. Urut hingga selesai

Untuk penggunaan harian, digalakkan menggunakan selama 15 atau 30 minit untuk satu sesi. 

Cuba elakkan menggunakan telefon bimbit semasa sedang mengurut bagi mendapatkan rehat yang secukupnya. Tertidur (power nap) ketika sedang mengurut adalah normal dan elok untuk anda recharge semula tenaga anda. 

Penjagaan & Pembersihan Bespoke

Antara komponen utama kerusi urut Cuckoo Bespoke ini adalah sarung kulit / PU leather seat yang disedikan yang perlu dibersihkan secara berkala bagi memastikannya sentiasa bersih dan bebas kuman. 

Beberapa tips untuk menjaga kerusi urut anda termasuklah:

  1. Bersihkan – vacum dan lap dengan kain lembab massage chair Bespoke anda setiap minggu atau 2 minggu
  2. Jauhkan daripada cahaya matahari
  3. Gunakan kerusi urut anda secara berkala (jangan biarkan kerusi urut anda dibiarkan tanpa sebarang penggunaan)
  4. Tutup suis elektrik setelah selesai penggunaan 
  5. Servis setiap 6 bulan (oleh pihak Cuckoo)
  6. Jika ada sebarang petanda kerosakan (bunyi pelik dsb), hubungi Cuckoo bagi urusan baikpulih dan waranti. Jangan biarkan begitu sahaja. 

Gambar Cuckoo x Ogawa Bespoke

Tempah Kerusi Urut Cuckoo x Ogawa Bespoke

kerusi-urut-cuckoo-ogawa-bespoke-massage-chair-rm139-sebulan

Kerusi Urut CUCKOO x OGAWA Bespoke hanyalah pada harga RM139 sebulan termasuk 5 tahun percuma servis dan waranti.

Untuk pembelian secara tunai pula, harganya adalah RM7999 RM7499 termasuk 3 tahun percuma servis dan waranti.

Pertukaran sarung kulit / leather pula adalah selepas tahun ke-3 secara percuma.

Hubungi kami untuk tempahan: