Pada 14 September 2023, Cuckoo telah memperkenalkan 2 buah produk yang terbaru sempena tahun ke-9 Cuckoo berada di Malaysia iaitu
- Cuckoo Grande Water Purifier / Penapis Air
- Cuckoo U Model Air Purifier / Penapis Udara
Pelancaran produk terbaru ini diadakan di Korea Selatan semasa para ‘top achievers’ di Cuckoo sedang berada di sana untuk percutian Cuckoo Exclusive Incentive Trip.
Penapis air ini mempunyai rekabentuk yang baru dengan ciri-ciri yang lebih moden berbanding penapis air yang dikeluarkan sebelumnya. Ini kerana penapis air ini didatangkan dengan ciri-ciri seperti penapis air tanpa tangki (tankless) Cuckoo yang lain seperti Prince Top, Jazz dan Titan.

Cuckoo Grande mempunyai ciri-ciri moden dan digital seperti model-model di atas pada masa sama mengekalkan konsep penapis air bertangki besar dan praktikal untuk kegunaan seisi rumah.
Untuk perkongsian kali ini saya akan kongsikan beberapa ciri-ciri, kebaikan dan kelebihan yang ada pada penapis air terbaru Cuckoo Grande ini.

Spesifikasi Cuckoo Grande (Specification)

- Nama Produk: Cuckoo Grande
- Jenis: Digital
- Model: CP-AGN1010HW
- Rated Voltage: Single Phase AC 220-240V / 50HV
- Power Consumption: Cold 100W / Hot 450W / Extra Hot 2400W
- Sistem Tapisan: Nano Positive Filtration System
- Berat: 18.5KG
- Dimensi: 260mm (H) x 527mm (W) x 506mm (H)
- Pressure / Tekanan Air: 7 PSI – 40 PSI
- Kapasiti Tangki: Sejuk 2.5L / Room 2.7L / Hot 2.4L / Extra Hot – Tankless
- Suhu Air: Sejuk 3-7°C. Panas 85-100°C
Ciri-Ciri & Kelebihan Cuckoo Grande
Teknologi Tapisan Air

Dalam pasaran terdapat pelbagai jenis sistem tapisan yang ada termasuklah:
- Nano Positive Filtration System
- Reverse Osmosis
- Ultra Filtration
- UV
- Tapisan pasir & batu
- Dan sebagainya
Semasa proses tapisan, filter yang ada di dalam mesin CUCKOO akan menapis hingga 99.99% bakteria, virus, logam berat (heavy metals), kotoran, sedimen, karat, partikel kasar, partikel organik, klorin, bau dan sebagainya dan pada masa sama mengekalkan mineral dan alkali pada air.
Apakah kelebihan sistem tapisan Nano Positive Filtration System? Ia menghasilkan air yang
- Air bermineral dan beralkali ringan sekitar pH 7.5
- 99.99% bebas daripada kotoran, bakteria dan logam berat (heavy metals)
- Tiada sebarang pembuangan dan pembaziran air (seperti air RO)
- Penapisan yang lebih pantas berbanding RO (1 cawan air keluar maka 1 cawan air akan masuk semula)
Tangki Besar. Air Sejuk, Panas & Suhu Bilik (Knob)

Cuckoo Grande didatangkan dengan kapasiti tangki 7.6 liter.
- Air sejuk 2.5 liter
- Air panas 2.4 liter
- Air suhu biasa 2.7 liter
Pelarasan suhu menggunakan Cuckoo Grande ini juga sangat mudah kerana ini mempunyai tombol (knob) yang hanya perlu dipulas untuk meninggikan atau menurunkan suhu.
Suhu celcius juga akan terpampang pada touch display pada penapis air ini menunjukkan berapa suhu air yang dipilih.
Air Panas ‘Extra Hot’ 100°C
Ada sebahagian orang lebih suka minum air panas mendidih apabila ingin menghirup kopi dan teh.
Cuckoo Grande ini didatangkan dengan fungsi Extra Hot pada suhu 100°C untuk air minuman. Air extra hot ini dihasilkan tanpa tangki (tankless) bermakna setiap kali anda gunakan fungsi tersebut, air Extra Hot 100°C akan dihasilkan serta merta.
Bukan sahaja untuk minum kopi dan teh, bahkan ia memudahkan anda untuk membuat:
- Minuman Herba – Sebahagian minuman herba memerlukan air 100°C semasa proses penyediaannya. Tekan sahaja Cuckoo Grande dan air panas 100°C tersedia untuk minuman herba di rumah anda
- Memasak – Apabila anda ingin memasak dengan segera, ada air mendidih mempercepatkan proses masakan anda.
- Mi segera (Mi Maggie, Indo Mie dsb) – Jika anda atau anak-anak ingin makan mi segera, air 100°C membantu untuk anda buat mi segera
- Pensterilan & pembersihan – Sebahagian alat di rumah perlu dibersihkan dengan air panas mendidih untuk membunuh kuman dan bakteria. Maka fungsi ini memudahkan anda membuat pembersihan
- Steam Inhaler – Ada kalanya anda atau anak anda sukar bernafas pada waktu malam akibat komplikasi pernafasan, asma dan sebagainya. Adanya air panas 100°C membantu untuk anda sediakan ‘steam inhaler’ untuk lapangkan pernafasan
- Perubatan tradisional – Sebahagian kaedah perubatan memerlukan air mendidih untuk tujuan rebusan dan sebagainya.
5 Setting Suhu Air Panas

Untuk setting air panas pun ada 5 setting yang berbeza iaitu:
- 40°C – suhu bilik
- 50°C – honey lemon/limau madu
- 60°C – air koko/coklat
- 70°C – susu formula bayi
- 80°C – kopi & teh
- 100°C – Extra hot, teh bunga, teh herba dsb
Untuk mengubah suhu air panas, dengan mudah tekan butang HOT TEMP kemudian pulaskan tombol/knob di bawah kepada suhu pilihan anda. Pilih sama ada anda ingin 1/2 cawan, 1 cawan atau non-stop.
Touch Panel Mudah Guna

Cuckoo Grande mempunyai papan sesentuh / touch panel yang sensitif dengan sentuhan jari manusia.
Pemilihan suhu air, jumlah kuantiti air, pilihan air Extra Hot, setting, button lock dan sebagainya terdapat pada panel tersebut.
Faucet Sterilization

Ini adalah fungsi yang menarik dan sangat berguna yang ada pada penapis air Cuckoo Grande (begitu juga beberapa model lain seperti Warrior, Titan, Prince Top, Jazz) iaitu fungsi Faucet Sterilization.
Faucet adalah (muncung paip) tempat keluar air pada penapis air. Penapis air ini mempunyai 2 faucet iaitu kiri dan kanan.
Bagaimana muncung penapis air / faucet anda terdedah kepada kotoran?
- Ketika anda membuat minuman, titisan air akan melantun semula dan melekat pada faucet
- Ketika membuat makanan juga begitu
- Sentuhan tangan pengguna dan anak-anak pada faucet yang barangkali kotor
- Lipas, cicak, semut, lalat yang bersentuhan pada faucet
- Udara kotor
- Asap masakan
- Asap semburan bahan kimia (pewangi, pembersih dsb)
Walaupun air anda telah ditapis dengan mesin Cuckoo, namun tetap ia berpotensi menjadi kotor, kurang selamat bahkan membiakkan bakteria jika faucet anda TIDAK dibersihkan secara berkala.
Cara untuk membersihkan faucet adalah dengan:
- Cucian berkala – dengan mengelap pada kawasan tersebut dengan kain basah
- Gunakan fungsi Faucet Sterilization yang ada pada penapis air Grande ini
Fungsi faucet sterilization ini akan membersihkan faucet anda menggunakan air panas untuk membasmi kotoran, bakteria dan sebarang sisa yang melekat pada kedua-dua faucet penapis air Grande anda.
Dengan wujudnya fungsi ini, ia akan menjadikan air anda lebih bersih, sihat dan selamat untuk diminum. Bahkan kualiti air, rasa air juga akan jadi lebih konsisten. Begitu juga anda sebagai pelanggan sudah pasti lebih yakin untuk minum air melalui penapis air anda tanpa ragu lagi.
Pilihan Jumlah Air (1/2 Cup, 1 Cup, Non Stop)

Ciri ini walaupun telah dijelaskan secara ringkas dalam poin-poin yang lepas, namun di sini saya ingin kongsikan apa kebaikan jika ada pilihan air seperti ini.
Fungsi 1/2 cup setengah cawan sesuai digunakan oleh kanak-kanak begitu juga anda yang ingin membuat minuman dengan kapasiti yang lebih sedikit.
Untuk non stop pula memudahkan urusan anda untuk isi air di dalam botol air, jag, teko, periuk untuk masakan dan sebagainya.
Untuk pilihan air ini, jumlah liter/mililiter dapat diubah mengikut tetapa di bawah
- 1/2 cup: 150mL/250mL/350mL
- 1 cup: 300mL/400mL/500mL
- Non-stop: 1L, 1.5L, 2L
Memory Function

Anda mungkin suka buat air minuman ikut tetapan yang tertentu, sebagai contohnya setiap pagi anda membuat 1 cawan air panas dengan suhu 80°C. Atau anda membancuh susu formula anak setiap malam dengan sekitar 250mL pada suhu 60°C.
Kelebihan Grande, anda dapat save / simpan tetapan seperti di atas menggunakan Memory Function. Terdapat 3 setting untuk fungsi ini iaitu: M1, M2 dan M3.
Bagaimana caranya? Tekan memory function tu 3 saat, kemudian pilih suhu yang kita inginkan. Kemudian pilih dispense volume (berapa L) air yang ingin dikeluarkan. Lepas tu tekan balik M1 tu maka akan save ikut setting memory 1 (M1).
Voice Guide – 3 Bahasa

Grande didatangkan dengan fungsi Voice Guide. Setiap kali anda menggunakan penapis air ini dan menekan touch panel padanya, ia akan mengeluarkan suara memaklumkan tetapan air pilihan anda.
Ia dapat beroperasi dengan 3 bahasa iaitu:
- Bahasa Malaysia
- Bahasa Inggeris
- Bahasa Mandarin
Jimat Tenaga Elektrik

Penggunaan tenaga elektrik bagi Grande adalah seperti berikut:
- Cold: 100 watt
- Hot: 450 watt
- Extra Hot: 2400 watt
Perlu diketahui untuk Extra Hot, elektrik HANYA akan berfungsi semasa anda mengeluarkan air panas dari mesin penapis air.
Selagi anda tidak digunakan maka tenaga elektrik juga tidak akan berfungsi pada waktu tersebut.
Selain itu, penapis air Grande juga mempunya ciri Energy Eye Sensor iaitu sebuah sensor yang berfungsi untuk mengesan cahaya di dalam sesebuah ruang.
Apabila waktu malam dan gelap, Grande akan mengesan kegelapan tersebut sekaligus beroperasi dengan tenaga elektrik yang lebih rendah pada waktu tersebut.
Ini sekaligus menjimatkan penggunaan tenaga elektrik bagi penapis air ini.
Safety Button Lock

Fungsi Safety Button Lock ini membantu agar penghuni di rumah iaitu anak-anak kecil dan orang tua terlindung daripada bahaya terkena air panas akibat tersalah tekan.
Untuk menggunakan fungsi ini mudah sahaja:
- Tekan butang Button Lock selama 3 saat untuk mengunci. Dan tekan 3 saat lagi untuk unlock.
- Untuk Lock bahagian Extra Hot Water sahaja, tekan 3 saat pada butang Extra Hot selama 3 saat untuk mengunci.
Saiz Tangki Besar
Saiz tangki besar adalah satu kelebihan bagi penapis air Cuckoo Grande. Walaupun dengan kadar isian semula air yang pantas dan tiada pembuangan air, kadar tangki sebesar ini mengurangkan tempoh menunggu bagi mendapatkan air sejuk dan panas pada bila-bila masa sahaja walaupun terdapat ramai penghuni di rumah.
Kapasiti tangki adalah seperti berikut:
- Sejuk 2.5L
- Room 2.7L
- Hot 2.4L
- Extra Hot – Tankless
Servis Berkala Setiap 4 Bulan

Semua penapis air Cuckoo akan diservis secara berkala setiap 4 bulan. Setiap kali servis, filter yang baru akan ditukar terus.
Cuckoo tidak ❌ membasuh filter sedia ada dan masukkan semula ke dalam mesin, bahkan terus menukar yang baru setiap kali servis.
Filter yang akan ditukar adalah:
- Sediment Filter (Setiap 4 Bulan): Menapis kotoran seperti karat, deposit dan partikel kasar.
- Carbon Composite Filter (Setiap 4 Bulan): Menyingkirkan saki baki partikel kasar, kompaun organik, dan saki baki klorin. Pada masa sama mengekalkan dan membekalkan mineral ke dalam air.
- Nano Positive Filter (Setiap 8 Bulan): Menyingkirkan bau pada air, menambahbaik rasa air, menghapuskan bakteria, fungi, virus dan logam berat (heavy metals).
NDS (Natural Doctress) Cuckoo akan datang ke rumah pelanggan setiap 4 bulan. Pelanggan akan dihubungi oleh Cuckoo sebelum servis. Pelanggan juga boleh menggunakan Cuckoo + App di Google Play, Apple App Store dan Huawei App Gallery untuk membuat temujanji servis.
Rekabentuk Aesthetic & Moden

Penapis air terbaru Cuckoo Grande ini didatangkan dengan rekabentuk dan design yang cantik, moden, minimalis dan aesthetic. Rekabentuk yang cantik sudah pasti membuatkan anda rasa seronok, gembira, bahagia, ‘happy’ ketika melihat dapur di rumah dan membuat hati rasa berbunga-bunga.
Penapis air yang cantik begini sudah pasti dapat menambah seri dan kecantikan pada dapur di rumah anda.
Bahkan, dengan rekabentuk begini juga ia sesuai dan padan untuk dikenakan dengan pelbagai gaya dapur di rumah pelanggan. Sama ada anda menggunakan rekabentuk rumah gaya minimalis, moden, kontemporari bahkan klasik, ia dapat dipadankan dengan hampir semua rekabentuk rumah pelanggan.
Dengan design yang slim, ia juga menjimatkan ruang di rumah berbanding penapis air yang kelihatan lebar. Kini ramai yang menetap di rumah kondominium dan apartment, maka reka bentuk yang besar akan menyebabkan kesukaran bagi pelanggan meletakkan penapis air di rumah. Dimensi Cuckoo Grande hanyalah 260mm (H) x 527mm (W) x 506mm (H).
Harga
Cuckoo Grande dijual pada harga berikut:
- Tunai / Cash / Outright: RM4500
- Rental:
- Tahun 1-3: RM115/bulan
- Tahun 4-5: RM110/bulan
- Kos NCS: RM
Bagi pembelian tunai, pelanggan akan dapat 1 + 2 tahun NCS percuma.
Bagi pelan rental pula, pelanggan akan dapat servis NCS percuma hingga tamat kontrak. Tempoh wajib bayaran rental hanyalah untuk 3 tahun, kemudian mesin boleh dipulangkan semula kepada Cuckoo. Jika anda tamatkan servis selama 5 tahun, penapis air ini akan menjadi hak milik anda.
Tempoh percuma servis ada kalanya akan berubah mengikut promosi semasa, sila rujuk ejen Cuckoo atau hubungi saya di www.wasap.my/60139916967/Grande untuk bertanya promosi terkini.
Gambar Cuckoo Grande




Kesimpulan
Penapis air Cuckoo Grande adalah model terbaru bagi 2023 (September) yang mempunyai teknologi terkini dan berkapasiti tinggi hingga 7.6 liter untuk menampung penggunaan seisi rumah anda.
Dengan sistem tapisan Nano Positive Filtration System, penapis air ini menghasilkan air bersih, bermineral dan beralkali ringan. Sekaligus menyingkirkan bakteria, kuman, kotoran, klorin, logam berat dan sebagainya menjadikan air Cuckoo 99.99% bersih, sihat dan selamat untuk tujuan pemakanan dan minuman.
Selain itu, dengan 3 suhu mudah kawal dan suhu 100°C ini memudahkan anda untuk membuat air minuman Extra Hot seperti kopi, teh begitu juga tujuan masakan biasa dan masakan segera seperti mi segera & sebagainya.
Dengan rekabentuk yang cantik, moden, minimalis dan aesthetic menjadikan penapis air ini penyeri yang akan mengindahkan pemandangan di dalam dapur anda.
Bagaimana Cara Tempah?
Untuk tempahan, sila hubungi kami di nombor telefon 0132775593 atau WhatsApp di nombor berikut: