Aircond adalah alat yang menjadi keperluan kepada hampir setiap rumah. Lebih-lebih lagi jika anda tinggal di kawasan bandar, kawasan yang lebih panas (suhu), hampir dengan kawasan perindustrian, lebuh raya dan pembakaran terbuka. Maka aircond / penghawa dingin adalah lebih diperlukan dalam situasi tersebut.
Bila tak pakai aircond, badan akan cepat berpeluh, badan gatal dan berbau. Baju perlu dibasuh lebih kerap. Anda dan anak-anak pula susah tidur menyebabkan hari anda semakin muram dan stres kerana tidur dan rehat yang kurang berkualiti.
Apatah lagi jika pencemaran udara di kawasan perumahan anda yang tidak sihat, berdebu, berasap. Tingkap pula perlu sentiasa ditutup untuk elakkan pencemaran masuk ke rumah. Pada masa sama, pengudaraan dalam rumah pula terjejas.
Maka jika anda masih berfikir-fikir untuk memasang aircond di rumah, risaukan kos dan sebagainya. Fikirkan juga kelebihan dan kebaikan bila ada aircond di rumah. Antaranya:
- Rumah lebih sejuk
- Badan rasa lebih selesa
- Tidak mudah berpeluh
- Mood semakin baik
- Anak-anak kurang meragam (panas)
- Anda dan anak-anak mudah tidur
- Rehat lebih berkualiti
- Kualiti udara dalam rumah lebih baik
- Mudah fokus untuk berkerja
- Bakteria lambat membiak dalam udara sejuk
- Alat elektronik cepat sejuk
- Kurang kesan peluh pada pakaian & perabot
- Perabot lebih terjaga
- Kurang serangga
- Lebih terhidrat (hydrated)
KENAPA CUCKOO JUAL AIRCOND?
Cuckoo telah memperkenalkan aircond / penghawa dingin Cuckoo x Fujiaire pada awal tahun 2022.
Ia merupakan satu usaha untuk membantu lebih ramai orang untuk menggunakan aircond di rumah.
Walaupun bagi mereka yang kurang mampu untuk membayar secara tunai / lump-sum, mereka tetap mampu memasang sebuah aircond di rumah kerana Cuckoo menyediakan pelan sewabeli / rental untuk pemasangan aircond di rumah anda.
Hanya dengan bayaran RM98, pelanggan sudah boleh memasang sebuah penghawa dingin & menikmati udara sejuk di kediaman masing-masing!
KELEBIHAN AIRCOND CUCKOO
Selain daripada mempunyai pelan bayaran bulanan, Aircond CUCKOO juga mempunyai banyak kelebihan yang lain yang anda perlu tahu. Antara kelebihan aircond Cuckoo adalah seperti berikut:
1. Bilik Lebih Cepat Sejuk, Nyaman & Selesa
Semua aircond / penghawa dingin berfungsi untuk menyejukkan ruangan di dalam rumah. Yang membezakan satu aircond dengan yang lain adalah berapa cepat dan efisyen aircond tersebut dapat menyejukkan bilik anda walaupun terdapat perbezaan dari sudut harga dan jenama.
Kelebihan Aircond CUCKOO dengan teknologi yang terkini, ia mampu mempercepatkan proses penyejukan ruangan di dalam rumah.
Ini juga diakui oleh pelanggan-pelanggan Cuckoo yang menyatakan ruangan di rumah cepat sejuk, dan tak perlu set suhu sehingga 16c pun untuk rasa sejuk dan selesa. Antara sebab mengapa ia mampu menyejukkan rumah dengan cepat & menguruskan haba dengan efisyen adalah seperti berikut:
- Menggunakan gas R32
- Menggunakan cooling coil jenis ‘Golden Hydrophillic Fin’
- Self clean
- Servis setiap 4 bulan
a. Menggunakan teknologi gas terkini R32:
Gas adalah agen penyejuk bagi sesebuah aircond. Tanpa gas / coolant, aircond di rumah anda tidak akan sejuk walaupun anda guna tetapan 16c.
Namun di dalam pasaran, terdapat beberapa jenis gas yang digunakan untuk aircond kegunaan domestik (rumah) dan teknologi gas ini akan sentiasa berevolusi kepada yang lebih baik, lebih sejuk, lebih menjimatkan elektrik dan lebih selamat bagi alam sekitar.
Secara ringkasnya, terdapat 2 jenis gas yang paling dominan digunakan pada aircond kini iaitu:
- R32 – Ini adalah jenis gas terkini yang paling efisyen, cepat sejuk, menjimatkan tenaga elektrik dan selamat untuk alam sekitar
- R410 – Gas jenis ini adalah teknologi yang digunakan sebelum R32. Ia kurang efisyen berbanding R32
Apakah kelebihan gas R32? Antaranya:
- Lebih efisyen
- Kurang penggunaan refrigerant
- Lebih mudah untuk kitar semula
- Menjimatkan tenaga elektrik
- Mengurangkan risiko pemanasan global. GWP (Global Warming Potential) 675 berbanding 2090 pada gas jenis R410
- Potensi kebocoran lapisan ozon = 0
Pilihlah aircond yang menggunakan gas jenis R32.
b. Menggunakan cooling coil jenis Golden Hydrophillic Fin
Cooling coil berfungsi untuk mengalirkan haba yang berada di dalam rumah untuk pergi keluar rumah.
Udara panas akan bergerak melalui cooling coil tersebut dan dialihkan keluar rumah melalui sistem penyejukan aircond dan kipas kompresor di luar rumah. Kipas kompresor tersebutlah yang akan menyedut udara dan haba dalam rumah untuk keluar.
Tanpa cooling coil, aircond tidak akan sejuk kerana ia tidak dapat berfungsi untuk mengalihkan udara panas di dalam rumah keluar.
Cooling coil yang digunakan pada aircond Cuckoo adalah berbeza dengan cooling coil yang biasa. Kelebihan Aircond Cuckoo menggunakan Golden Hydrophillic Fin yang lebih mudah dan efisyen dalam pengalihan haba. Ia juga mempunyai lapisan anti-karat yang menjadikannya tahan karat dan lebih tahan lama.
Ini dapat membantu untuk mempercepatkan lagi proses penyejukan ruangan/bilik anda.
Di bawah ini adalah perbezaan cooling coil CUCKOO berbanding yang biasa:
Untuk pengetahuan anda, bahagian cooling coil ini jugalah yang mudah untuk perangkap habuk yang menjadikan aircond di rumah kurang sejuk dan lebih kuat menggunakan tenaga elektrik.
Maka poin seterusnya akan jelaskan kepada anda mengapa aircond Cuckoo ini dapat menyelesaikan masalah tersebut.
c. Self Cleaning
Selain itu, kelebihan aircond CUCKOO juga mempunyai fungsi Self Cleaning yang tiada (jarang) ada pada aircond yang lain di dalam pasaran.
Cooling coil adalah komponen penyejukan di dalam sesebuah aircond.
Namun, komponen ini jugalah yang mudah melekat habuk yang menyebabkan
- Aircond lambat sejuk
- Penggunaan tenaga elektrik yang tinggi
Namun, dengan fungsi self cleaning ini ia dapat ‘membersihkan’ diri sendiri supaya ia kurang berhabuk.
Kesannya, aircond anda akan berfungsi dengan lebih baik, efisyen, kurang penggunaan elektrik sekaligus lebih cepat menyejukkan ruangan di dalam rumah.
d. Servis Berkala Setiap 6 Bulan
Saya akan kongsikan poin ini di bawah dalam satu tajuk besar tersendiri.
2. Berfungsi Lebih Senyap (Bawah 65dB)
Untuk sebahagian orang (termasuklah bayi kecil), sedikit bunyi bising juga dapat menganggu ketenteraman tidur. Lebih tidak menyelesakan jika bunyi bising tersebut membuat anda susah tidur dan tidur tidak lena sepanjang malam.
Maka itulah pentingnya compressor aircond yang berfungsi dengan lebih senyap agar dapat memberi rehat yang lebih berkualiti kepada anda.
Kelebihan Aircond Cuckoo yang berfungsi secara senyap di bawah 65 dB (decibles). Bermakna ketika anda tidur di waktu malam, anda tidak akan atau kurang terganggu dengan bunyi yang dikeluarkan oleh aircond di dalam mahupun luar rumah (compressor) anda.
3. Nyah Kuman & Bakteria (UV LED Sterilization)
Kelebihan Aircond Cuckoo Vita-S ini juga mempunyai fungsi tambahan iaitu UV LED Sterilization yang berfungsi untuk membunuh kuman dan bakteria dalam udara di bilik anda.
Udara dalam rumah ada kalanya lebih teruk dan lebih berpotensi menjejaskan kesihatan berbanding udara di luar rumah. Lebih-lebih lagi jika pengudaraan (ventilation) dalam rumah yang tidak baik, habuk halus, bakteria, gas memasak, dan bahan kimia lain (perfume, racun serangga dsb) yang ada dalam udara di rumah anda.
Maka dengan aircond Vita-S ini yang mempunyai UV LED Sterilization, ia dapat bantu untuk membunuh sebahagian kuman, bakteria yang ada di dalam udara di rumah anda. Bahkan dengan adanya pre-filter pada aircond di rumah anda juga, ia dapat membantu untuk menyedut habuk-habuk halus yang ada dalam udara. (Pre-filter perlu dicuci setiap 2 minggu)
4. Rekabentuk Yang Moden
Aircond ini mempunyai rekabentuk yang unik, moden dan simple lain dari yang lain. Anda lihat sahaja, dengan bahagian permukaan depan aircond ini seperti cermin pasti membuat rumah anda kelihatan lebih cantik dan menawan.
Rekabentuk bercermin ini sudah tentu mempunyai kelebihannya tersendiri. Paling asas, rekabentuk cermin pada aircond ini sedikit sebanyak dapat membuat ruangan di rumah terasa lebih luas walaupun tidaklah terlalu signifikan kerana saiz aircond tidaklah besar.
Mana-mana ruangan jika diletakkan cermin pada posisi yang betul, dapat membuat ruangan tersebut terasa lebih luas dan lapang. Bahkan lebih terang dan bercahaya kerana pantulan daripada cahaya kepada panel cermin pada aircond tersebut.
5. Mudah Guna (app)
Selain daripada remote control, aircond Vita S ini juga dapat dikawal dengan mudah menggunakan mobile app yang disediakan oleh Cuckoo x Fujiaire ini.
Aircond ini ada teknologi Wi-Fi yang mana aircond anda dapat dikawal hanya melalui telefon bimbit sahaja.
Bila ada di rumah anda tak perlu cari atau cuba nak mencapai remote control aircond yang diletakkan jauh daripada katil atau sofa anda. Duduk sahaja di sofa atau katil, nak ‘on’ atau ‘off’, nak sejukkan atau kurangkan kesejukan aircond anda hanya perlu tekan di telefon bimbit anda.
6. Filter Vitamin C & Silver Ioniser
Apabila kita berada dalam ruang tertutup dan aircond digunakan untuk tempoh yang lama, situasi ini dapat membuat kulit anda semakin kering.
Penghawa dingin Cuckoo Vita-S ini juga dilengkapi dengan penapis tambahan (selain pre-filter habuk biasa) padanya iaitu:
1. Vitamin C Filter
2. Silver Ioniser Filter
Kedua-duanya adalah filter yang mengandungi vitamin C dan Silver Ioniser yang dirembeskan oleh aircond ini ketika ia beroperasi bagi memberi manfaat kesihatan kepada pengguna.
Vitamin C Infuser Filter berfungsi sebagai antioksidan, membantu untuk meningkatkan imuniti tubuh badan dan meningkatkan kelembapan kepada kulit anda.
Bermakna, walaupun bilik/ruang tamu anda sejuk kerana menggunakan aircond, tetapi kelembapan kulit anda tetap dapat dijaga dan dapat mengurangkan potensi untuk kulit kering.
Kelebihan Vitamin C Filter termasuk:
- Membekalkan Vitamin C dalam udara di rumah anda
- Meningkatkan imuniti
- Melembapkan dan melembutkan kulit
- Membantu dalam anti-penuaan dengan mengurangkan stres pada kulit
- Mengurangkan kebarangkalian masalah kulit (kering dsb)
Selain itu, aircond ini juga mempunyai Siver Ioniser Filter yang berfungsi sebagai antibakteria yang dapat menyah bakteria dan dapat meningkatkan kualiti udara bersih dan sihat di dalam rumah/bilik anda.
Kelebihan Silver Ioniser Filter termasuklah:
- Mengurangkan hama haiwan, habuk dan debunga
- Membantu menyediakan ruang yang mesra bagi mereka yang mempunyai alergi kulit dan athsma
- Menyah bakteria dan menghalang pembiakan mikrob seperti spora, virus dan kulat
Untuk pengetahuan anda, filter-filter yang ada pada aircond Cuckoo Fujiaire Vita-S ini kemungkinan tidak ada pada aircond yang dijual oleh jenama-jenama lain.
7. Jimat Tenaga Elektrik (Energy Star, Inverter)
Menjadi kelebihan Aircond Cuckoo, ia adalah jenis inverter yang mana ia beroperasi dengan lebih pintar bagi menjimatkan penggunaan elektrik di rumah anda. Aircond jenis inverter adalah lebih menjimatkan tenaga elektrik berbanding aircond non-inverter.
Bagi anda yang menggunakan aircond bagi tempoh yang panjang atau merancang bagi menggunakannya untuk tempoh yang lama, maka aircond jenis inverter ini sesuai untuk anda.
Aircond jenis inverter berfungsi dengan menyejukkan bilik/ruang dalam rumah anda. Apabila ruang tersebut telah sejuk, compressor aircond anda akan berfungsi dengan perlahan bagi menjimatkan tenaga elektrik begitu juga gas penyejuk untuk menyejukkan bilik anda.
Aircond Cuckoo mendapat pengiktirafan Suruhanjaya Tenaga www.st.gov.my dengan Energy 4 Star. Energy 4 Star dan Energy 5 Star adalah tahap penjimatan tertinggi penggunaan tenaga elektrik bagi perkakasan elektronik di rumah.
Bagi Aircond Vita S Inverter 1.0HP menggunakan 1052 kWh manakala 1.5HP menggunakan 1340 kWh.
Produk ini menggunakan 34% lebih rendah tenaga berbanding produk yang hanya mempunyai 2 bintang (Energy 2 Star).
8. Dikilangkan oleh Fujiaire
Info syarikat Fujiaire / Fujiaire Company Info
Fujiaire tidak asing lagi merupakan sebuah syarikat pengeluar penghawa dingin antara yang terbesar di Malaysia. Ia diperkenalkan pada tahun 1994.
Syarikat ini dimulakan oleh pakar teknikal dalam bidang aircond begitu juga pemasaran.
Pada tahun 1996, Fujiaire telah menjadi sebuah syarikat aircond tempatan yang menghasilkan aircond yang mempunyai fungsi ionizer untuk menyah bakteria dalam udara.
Sejak penubuhannya, syarikat ini telah menghasilkan banyak penghawa dingin dinding / wall mounted air conditioner untuk kegunaan domestik begitu juga sistem penyejukan untuk skala besar bagi tujuan komersial.
Selain Malaysia, Fujiaire juga telah memasarkan penghawa dingin ke luar negara termasuklah Amerika Syarikat (United States of America), Australia, Amerika Selatan, Itali, Timur Tengah, Greece, United Kingdom, Spain, Portugal, South Africa, Mesir, Indonesia, Singapura dan lain-lain lagi.
Ini bermakna syarikat ini merupakan sebuah syarikat yang dikenali dan telah matang dan sangat berpengalaman dalam penghasilan aircond yang berkualiti untuk kegunaan rumah begitu juga komersial.
Maka dengan kerjasama ini, ini juga antara kelebihan aircond Cuckoo yang dihasilkan oleh syarikat gergasi dalam penghasilan aircond.
9. Servis Setiap 6 Bulan
Untuk pengetahuan anda, apa yang menyebabkan aircond di rumah kurang sejuk dan penggunaan tenaga elektrik meningkat lebih tinggi adalah disebabkan oleh habuk yang melekat pada aircond anda; sama ada di bahagian dalam mahupun luar rumah.
Habuk, walaupun ia hanyalah bahan yang dianggap remeh dan halus namun ia sangat memberi kesan kepada tahap kecekapan aircond di rumah anda. Hanya kerana habuk, aircond di rumah anda akan menjadi kurang sejuk dan gagal berfungsi dengan optimum.
Bahkan anda terpaksa turunkan suhu kepada 16 darjah celcius supaya bilik cepat sejuk. Bukankah itu dapat menyebabkan pembaziran tenaga elektrik di rumah anda?
Bayangkan sahaja seperti hidung manusia yang tersumbat, sudah pasti proses pernafasan menjadi semakin sukar. Manakala hidung yang tidak tersumbat, proses pernafasan juga menjadi sangat mudah dan selesa.
Servis ini bagi memastikan aircond yang dipasang di rumah pelanggan bersih daripada habuk dan dapat berfungsi dengan kadar yang paling optimum dan efisyen.
Aircond yang bebas habuk adalah lebih cepat sejuk, kurang penggunaan elektrik dan menyediakan pengudaraan lebih bersih & sihat buat pengguna.
Kos servis yang biasanya perlu dibayar sekiranya anda mempunyai aircond di rumah adalah sekitar RM150 untuk sekali servis.
10. Maintenance Percuma Setiap 18 Bulan – Fujicare
Selain servis aircond di dalam rumah anda, pihak Fujiaire pula akan memberikan maintenance / penyelenggaraan secara percuma setiap 18 bulan yang mana menjadi salah satu kelebihan aircond CUCKOO apabila dimiliki.
Ini juga bagi memastikan aircond di rumah anda dapat berfungsi dengan baik, optimum dan penggunaan yang sejuk bagi jangka masa yang lebih lama.
Untuk setiap 18 bulan, pihak Fujicare akan datang ke rumah pelanggan untuk membuat servis pembersihan aircond anda unit luar dan dalam rumah.
Bukan sekadar yang dalam rumah, unit kompresor juga akan dibersihkan juga. Gas akan ditambah sekiranya perlu. Begitu juga semakan terhadap bahagian-bahagian lain pada aircond di rumah anda bagi memastikan ia beroperasi dengan baik.
Kos penyelenggaraan unit dalam rumah dan luar rumah yang biasanya perlu dibayar sekiranya anda mempunyai aircond di rumah adalah sekitar RM250 untuk sekali servis penyelenggaraan tersebut.
Servis berkala dan maintenance juga adalah antara kelebihan aircond Cuckoo yang terbesar kerana aircond anda terjaga sehingga 5 tahun lamanya!
Maintenance termasuk:
- Tambah gas penyejuk/refrigerant sekiranya perlu (Percuma sekitar 20 PSI gas jenis R-32);
- Cuci dan membersihkan filter
- Pemeriksaan compressor
- Chemical cleaning – unit aircond dalam rumah dan compressor
- Membersihkan paip dan mengosongkan paip daripada kotoran dan habuk
- Deep cleaning menggunakan bahan kimia dan semburan bertekanan
11. Waranti 5 Tahun
Waranti disediakan bagi pelanggan untuk tempoh 5 tahun. Selagi mana anda menggunakan aircond Cuckoo, anda masih lagi layak mendapat waranti untuk kegunaan normal di rumah.
Sekiranya berlaku kerosakan dalam tempoh rental, anda boleh dapatkan waranti daripada Cuckoo secara langsung selagi mana anda memenuhi syarat-syarat waranti yang disediakan.
Aircond adalah alat elektronik yang mempunyai potensi rosak jika digunakan untuk tempoh masa yang lama. Bahkan untuk aircond jenis inverter, ia juga mempunyai risiko kerosakan dan kos baikpulih aircond jenis inverter adalah jauh lebih tinggi berbanding aircond biasa.
Inilah kelebihan aircond Cuckoo yang anda akan terima sekiranya anda menggunakannya iaitu waranti pada unit aircond di rumah anda selama 5 tahun. Bermakna jika berlaku kerosakan, anda tidak perlu bayar sebarang kos untuk baikpulih aircond tersebut di rumah anda. Semuanya ditanggung oleh Cuckoo.
12. Pelan Rental Bulanan
Yang terakhir, aircond ini didatangkan dengan pelan bayaran bulanan yang mampu milik.
Pelan bayaran bulanan bagi aircond Cuckoo ini adalah sangat menarik kerana kini, pelanggan dapat memasang aircond Inverter berkualiti tinggi hanya dengan membayar RM98 sahaja.
Untuk tempoh 5 tahun bayaran, pelanggan tidak perlu membayar bagi sebarang servis, penyelenggaraan berkala dam waranti yang disediakan oleh pihak Cuckoo dan Fujicare kerana semuanya ditanggung 100% oleh Cuckoo.
Kos Pemasangan Aircond Cuckoo?
Secara umumnya, pemasangan asas akan disediakan oleh Cuckoo untuk di rumah anda secara percuma. Pemasangan asas termasuk:
✅ 10ft Copper Piping
✅ 10 ft Outgoing & Incoming Wiring
✅ 10ft PVC Piping & Insulation
✅ Outdoor Bracket
✅ 13A plug
✅ Refrigerant Top Up To Normal Working Pressure (If needed)
✅ Workmanship Waranty
Ia tidak termasuk:
❌ Hacking
❌ Trunking
❌ Sky Lift
❌ Electrical Work
❌ 15A Switch/Socket
Cas Tambahan Jika Perlu (anggaran):
⚡️ Incoming wire cable RM180 (10ft)
⚡️ Copper Pipe RM20/sf
⚡️ Trunking (Casing putih untuk copper pipe & Insulation) RM5/sf
⚡️ 15A socket/switch – RM100
⚡️ Dismantle aircond lama
—> 1.0/1.5HP: RM100
—> 2.0HP: RM120
—> 2.5HP: RM150
⚡️ Pemasangan semula tempat baru RM280
Nota tambahan: Ini bermakna sekiranya tiada keperluan untuk tambahan wiring, soket dan sebagainya maka anda tidak perlu membayar sebarang bayaran tambahan. Hanya bayar RM98 atau RM108 sahaja dan tunggu pemasangan di rumah anda.
Kesimpulan
Aircond Cuckoo adalah aircond yang dihasilkan dengan kerjasama Fujiaire yang telah bertapak di Malaysia selama hampir 30 tahun.
Kelebihan Aircond Cuckoo Vita S termasuklah dapat
- Menyejukkan bilik dengan lebih cepat
- Menggunakan gas terkini R32
- Operasi lebih senyap
- Mempunyai filter tambahan – Vitamin C Infuser dan Silver Ioniser
- LED Sterilization untuk nyah kuman dalam rumah
- Jimat tenaga elektrik
- Servis percuma setiap 6 bulan
- Penyelenggaraan percuma setiap 18 bulan
- Waranti selama 5 tahun
- Rekabentuk yang lebih cantik dan moden
- Mudah guna – ada mobile app
- Ada pelan bayaran bulanan serendah RM98/bulan
Semua kelebihan ini disediakan bagi pengguna aircond Cuckoo agar para pengguna dapat menikmati aircond berkualiti cepat sejuk yang jimat tenaga elektrik dengan kos permulaan yang rendah berbanding membeli aircond inverter yang baru di kedai yang perlu dibayar hampir RM2000 terus secara tunai.
AIRCOND CUCKOO SESUAI UNTUK SIAPA?
Aircond ini sesuai untuk anda yang ingin memasang aircond…
- Tetapi tiada bajet/duit tunai untuk bayar tunai RM1500~RM2500
- Ada bajet untuk beli secara tunai, tapi ingin pilih pelan bayaran bulanan
- Tidak mahu memeningkan kepala untuk urusan servis, penyelenggaraan, baikpulih.
- Inginkan tempoh waranti yang lebih panjang – 5 tahun
AIRCOND CUCKOO ‘TIDAK’ SESUAI UNTUK SIAPA?
- Ia tidak sesuai untuk anda yang ada wang tunai dan ingin beli secara tunai
- Anda yang sukar buat perbandingan beli secara tunai vs rental bulanan sebab takut ‘tak berbaloi’. Kerana kos pembelian tunai sudah tentu lebih murah berbanding pelan rental bulanan.
- Anda yang tidak mahu mempunyai komitmen bayaran bulanan
Harga Cuckoo Vita-S Inverter
Harga Cuckoo Vita-S 1.0HP = RM98/bulan
Harga Cuckoo Vita-S 1.5HP = RM108/bulan
Bayaran bulanan tersebut sudah termasuk:
- Servis setiap 6 bulan
- Maintenance setiap 18 bulan
- Pemasangan asas / basic installation
- Pasang aircond
- Drill lubang untuk wiring, pipe, copper piping
- Braket luar rumah
- Paip PVC 10 kaki
- Insulation 10 kaki
- Copper piping 10 kaki
- Wiring 10 kaki
- Gas / refrigerant R32 dan tambahan jika perlu
- Plug 13A
- Waranti pemasangan
- Waranti unit aircond dalam rumah – 5 tahun
- Waranti compressor aircond – 5 tahun