Kini dengan pelbagai masalah pencemaran udara, masalah kesihatan berkaitan udara dan sebagainya ramai yang mencar-cari solusi untuk memastikan udara dalam rumah lebih bersih. Ramai yang bertanya kepada kami berkenaan Cuckoo Air Purifier, apa beza Penapis Udara Cuckoo B Model Cordless, Penapis Udara Cuckoo C Model, Penapis Udara Cuckoo C Plus Humidifier dan Penapis Udara Cuckoo D Model? Saya akan kongsikan dalam post ini. Sebelum kita bincang perbezaan, kita perlu tahu dahulu apa persamaan kedua-dua model ini.
PERSAMAAN
Kita akan bincangkan beberapa persamaan sebelum masuk kepada perbezaan antara keempat-empat model ini.
1. FUNGSI PENAPIS UDARA CUCKOO
Fungsi utama penapis udara Cuckoo adalah untuk membersihkan udara yang terdapat dalam ruang tamu, bilik, pejabat dan ruang-ruang lain di dalam rumah atau tempat kerja. Ini kerana udara yang berterbangan di udara terdedah kepada bakteria-bakteria dan virus yang boleh mengancam kesihatan dan nyawaIa juga dapat membantu untuk mengurangkan habuk, debu dan bulu haiwan yang berterbangan dalam udara. Penapis udara Cuckoo dapat menapis kotoran pada udara termasuk:
Habuk
Debu
Hama
Bakteria
Kotoran
Bulu-bulu haiwan peliharaan
Bau gas
Asap rokok
Bau kurang menyenangkan (bau haiwan, bau kepam, bau hapak dsb)
Lain-lain
Bagi anda yang mempunyai masalah resdung, anak asma, ekzema dan lain-lain jenis alergi boleh menggunakan penapis udara Cuckoo ini untuk membantu mengurangkan alahan.Selain daripada itu, ia juga dapat membantu untuk menyah bau-bau yang kurang menyenangkan seperti bau rokok, bau hapak, bau haiwan peliharaan dan lain-lain lagi. Bagi memastikan ruang udara di rumah dan pejabat kita lebih nyaman, selamat dan selesa.
2. PLASMA IONIZER
Seterusnya, penapis udara Cuckoo mempunyai fungsi Plasma Ionizer. Plasma Ionizer merupakan teknologi terkini yang diiktiraf di seluruh dunia. Plasma Ionizer dapat melindungi kita daripada bahaya pencemaran udara. Kini, dengan banyak berlaku pembakaran secara terbuka, gas-gas kenderaan, pembinaan di sekitar rumah dan pelbagai lagi punca-punca yang menyebabkan pencemaran udara berlaku. Maka fungsi Plasma Ionizer ini dapat membantu untuk menyah pencemaran tersebut.
3. ULTRA PM 2.5 FILTER
Ultra PM 2.5 (Particulate Matter) merupakan filter yang berfungsi dengan menapis udara yang melalui filter tersebut dan memerangkap zarah-zarah yang merbahaya seperti pollen, bulu haiwan, hama habuk, asap rokok dan lain-lain lagi. Dengan teknologi terkini, ia berfungsi jauh lebih baik berbanding filter generasi lama iaitu HEPA filter. Ultra PM 2.5 mampu untuk menapis zarah yang lebih halus lagi iaitu sehalus 2.5 micron. Sangat halus, anda boleh lihat diagram di bawah. Zarah-zarah ini dapat menyebabkan radang terhadap ahli keluarga kita yang menghidap alergi dan asma. Maka, HEPA Filter ini dapat membantu untuk memerangkap zarah-zarah merbahaya tersebut.
Ultra PM2.5 Filter 1 – Antibacterial
Ultra PM2.5 Filter 2 – Anti-mold
Ultra PM2.5 Filter 3 – Anti-virus
Ultra PM2.5 Filter 4 – Allergen Filter
4. SERVIS + FILTER
Antara kelebihan yang disediakan oleh Cuckoo adalah servis Cuckoo yang mengagumkan. Setiap 4 bulan, Cuckoo akan datang ke rumah anda untuk melakukan servis kepada penapis udara Cuckoo anda. Ia termasuk membersihkan habuk-habuk, menukar filter baru dan lain-lain lagi servis yang akan diberikan. Servis dan pertukaran filter akan diberikan secara percuma sepanjang tempoh kontrak rental. Bahkan dalam 1 tahun, Cuckoo akan menukar filter yang baru setiap 4 bulan. Dalam 1 tahun, Cuckoo menukar 6 filter secara keseluruhannya.
5. DIIKTIRAF OLEH K.A.C.A.
Untuk pengguna, Korea Air Cleaning Association (K.A.C.A.) di negara Korea telah mencipta pengiktirafan ini untuk diberikan kepada penapis udara yang berkualiti dan boleh dipercayai. Pengiktirafan ini diberikan kepada produk yang mencapai piawaian National Standard (dust collection efficiency, noise, deodorization efficiency, limit size of application, ozone generation quantity etc.) oleh badan yang telah dipertanggungjawabkan. Oleh kerana pengiktirafan ini hanya diberikan kepada produk yang telah mencapai ujian dan piawaian yang teliti, maka pengguna boleh membeli penapis udara yang mempunyai pengiktirafan CA Mark dengan yakin! Kesimpulannya, inilah kelima-lima persamaan paling ketara bagi kedua-dua jenis penapis udara Cuckoo ini. Dengan mengetahui fungsi sebenar dan persamaan penapis udara ini, kita akan faham apa manfaatnya buat kehidupan kita.
Fungsi Filter Pada Penapis Udara Cuckoo – Klik
6. ENERGY EYE MODE – JIMAT ELEKTRIK
Penapis udara Cuckoo kesemuanya mempunyai fungsi Energy Eye Mode yang mana ia dapat membantu untuk penjimatan tenaga elektrik. Apabila ruang / bilik gelap, atau tiada orang di rumah maka penapis udara akan berubah kepada mod penjimatan tenaga elektrik. Dengan penggunaan tenaga serendah 33W, maka anda tidak perlu risau dengan bil elektrik. Ia tidak akan menjejaskan bil elektrik bulanan anda kerana penggunaan watt yang sangat kecil.
7. VOICE GUIDE
Ciri futuristik Voice Guide Cuckoo ini membuatkannya nampak lebih elegan dan bergaya di rumah anda. Bahkan penapis udara anda akan bercakap apabila anda memilih sesuatu mod dan sebagainya, memudahkan anda tahu pilihan mod yang anda pilih adalah betul.
8. TURBO MODE
Jika anda perlukan sedutan yang lebih kuat, anda hanya perlu menekan butang Turbo Mode. Maka penapis udara ini akan berfungsi dengan lebih kuat, menghasilkan sedutan yang lebih bertenaga bagi membersihkan udara dalam rumah anda.
9. AIR CLEANLINESS INDICATOR
Kesemua penapis udara Cuckoo mempunyai fungsi Air Cleanliness Indicator yang mana ia berfungsi untuk mengesan tahap kebersihan udara dalam rumah anda. Sekiranya udara dalam rumah anda tidak bersih, ia akan berubah warna. Maka pada masa sama, kekuatan sedutan juga akan berubah mengikut peringkat. Ia bagi memudahkan anda untuk tahu tahap kualiti udara dalam rumah anda.
PERBEZAAN
Walaupun terdapat banyak persamaan bagi ketiga-tiga model ini, namun ia juga mempunyai beberapa perbezaan signifikan antara kesemua model penapis udara Cuckoo ini. Antaranya:
Perbezaan 1: Recommended Area – Paling Luas Keluasan yang paling optimum bagi penapis udara Cuckoo B Model Cordless ini adalah sekitar 40.5m2, sekitar 435.94 kaki persegi. Ini bermakna penapis ini mempunyai kuasa sedutan yang paling luas antara ketiga-tiga penapis udara Cuckoo ini. Perbezaan 2: Jenis Sensor Penapis udara Cuckoo B Model Cordlesss ada fungsi
Gas Sensor: Bagi mengesan gas dan bau gas dalam udara
Fine Dust Sensor: Bagi mengesan habuk halus dan pencemaran udara dalam rumah
Perbezaan 3: Jenis Filter – 8 Level Penapis udara Cuckoo B Model Cordless mempunyai filter khas tambahan iaitu Allergen Filter yang tiada pada penapis udara Cuckoo C Model dan C Model Cordless. Allergen Filter dapat menapis habuk debu saki baki lebihan yang telah ditapis sebelumnya. Perbezaan 4: Air Cleanliness Indicator – 4 Color Berbanding 2 model lain yang mempunyai indikasi 6 warna, B Model Cordless pula ada 4 warna. Perbezaan 5: Tanpa Wayar Penapis udara ini boleh digunakan tanpa wayar. Anda boleh mengecas penapis udara ini untuk guna tanpa wayar, yang mana ia boleh berfungsi sehingga 8 jam tanpa wayar. Jika anda ingin menyambung wayar semasa ia beroperasi juga tiada masalah dan tidak merosakkan penapis udara anda. Perbezaan 6: Bayaran Bulanan & Outright Bayaran bulanan Cuckoo B Model Cordless ini adalah sebanyak RM140/bulan selama 3 tahun kontrak. Sepanjang tempoh 3 tahun, pelanggan akan dapat percuma servis, pertukaran filter dan waranti. Outright pula pada harga RM3500 sahaja. Perbezaan 7: Kos NCS Kos NCS (servis, pertukaran filter dan waranti) adalah sebanyak RM452.83/tahun bagi penapis udara ini. Perbezaan 8: Berat Berat penapis udara ini adalah 10.8kg sahaja.
Perbezaan 1: Recommended Area Keluasan paling optimum bagi penapis udara Cuckoo C Model ini adalah sekitar 37.4m2 atau 402.57 kaki persegi, cukup luas untuk melindungi ruang sebesar ruang tamu di rumah anda. Perbezaan 2: Jenis Sensor Penapis udara Cuckoo C Model ada fungsi
Fine Dust Sensor: Bagi mengesan habuk halus dan pencemaran udara dalam rumah
Perbezaan 3: Jenis Filter – 7 Level Penapis udara Cuckoo C Model mempunyai tapisan 7 lapisan, namun ia adalah mencukupi dan cukup baik untuk kegunaan rumah. Perbezaan 4: Air Cleanliness Indicator – 6 Color Berbanding B Model Cordless hanya ada 4 warna, C Model pula ada 6 warna. Perbezaan 5: Bayaran Bulanan & Outright (GOOOD PLAN) Cuckoo C Model adalah di bawah Goood Plan. Anda boleh memilih pelan bayaran dari 18 bulan hingga 60 bulan. Bayaran bulanan adalah serendah RM75.47 sahaja sebulan untuk 60 bulan. Dan jika anda ingin ambil pakej yang lebih singkat, hanya RM132.08/bulan untuk tempoh 18 bulan. Bagi pembelian secara outright pula, harganya adalah RM2358.49 Perbezaan 6: Kos NCS Kos NCS (servis, pertukaran filter dan waranti) adalah sebanyak RM650/tahun bagi penapis udara ini. Perbezaan 7: Berat Berat penapis udara ini adalah 7.4kg sahaja.
Kesemua yang ada pada Cuckoo C Model adalah sama dengan C Model Plus Humidifier kecuali beberapa fungsi sahaja. Perbezaan 1: Jenis Sensor Penapis udara Cuckoo C Model ada fungsi
Fine Dust Sensor: Bagi mengesan habuk halus dan pencemaran udara dalam rumah
Humidification Sensor: Boleh mengesan tahap kelembapan (humidity) dalam udara di rumah.
Boleh tengok kadar kelembapan udara dalam bangunan
Perbezaan 2: Fungsi Humdifier Ini antara fungsi yang paling lain daripada yang lain bagi industri penapis udara. Di Malaysia, fungsi penapis udara yang ada fungsi humidifier ini adalah yang pertama ada di Malaysia dan mempunyai servis berkala setiap 4 bulan. Fungsi ini jarang ada pada penapis udara jenama lain.
Yang berwarna hijau ini adalah filter untuk humidifier
Apakah Manfaat Humidifier?
Membantu anda kekal sihat, elak demam dan selsema
Kelembapan dapat membantu sistem pernafasan
Humidifier ini juga dapat mengurangkan alergi yang dihidapi oleh anda atau anak-anak.
Dapat tidur yang lebih berkualiti
Elak kekeringan kulit
Lindungi rambut dan kulit kepala daripada kelemumur
Memastikan haiwan dalam rumah lebih sihat dan selesa
Kesegaran untuk pokok dalam rumah
Memastikan perabot kayu dalam rumah anda dalam keadaan baik
Penapis udara Cuckoo C Plus Humidifier ini juga mempunyai tangki air sebesar 2.5L bagi fungsi humidifier. Namun jika air habis dan tidak diisi, fungsi humidifier tidak akan berjalan. Namun ia tidak akan merosakkan penapis udara anda jika airnya tidak diiisi. Ia akan tetap berfungsi dengan normal sebagai penapis udara. Perbezaan 3: Bayaran Bulanan & Outright Bayaran bulanan bagi Cuckoo C Plus Humidifier adalah sebanyak RM120/bulan bagi tempoh 3 tahun sahaja. Sepanjang 3 tahun tersebut, anda akan dapat free servis, pertukaran filter dan waranti. Bagi pembelian secara outright pula, harganya adalah RM2358.49 Perbezaan 4: Kos NCS Kos NCS (servis, pertukaran filter dan waranti) adalah sebanyak RM550/tahun bagi penapis udara ini. Perbezaan 5: Berat Berat penapis udara ini adalah 9.2kg sahaja.
Perbezaan 1: Keluasan 710 kaki persegi (PALING LUAS) Penapis udara Cuckoo D Model ini dapat membersihkan udara dalam rumah pada keluasan paling besar iaitu 710 kaki persegi. Untuk anda yang inginkan penapis udara yang paling versatil, boleh sedut kotoran pada keluasan maksima maka penapis udara Cuckoo D Model ini antara yang terbaik untuk dimiliki. Perbezaan 2: Sedutan 360 Darjah Sedutan penapis udara Cuckoo D Model ini adalah pada setiap sisi 360 darjah, yang mana penapis udara dalam pasaran kebanyakannya hanya mempunyai satu sisi sahaja untuk sedutan. Ini bermakna di mana-mana sahaja tempat anda letakkan penapis udara ini, ia akan berfungsi dengan paling efektif tanpa perlu risau untuk mengubah-ubah kedudukan. Perbezaan 3: Sensor Kebersihan Udara Sensitif PM1.0 Penapis udara ini juga dapat mengesan kotoran dalam udara pada tahap yang paling sensitif iaitu 1.0 Micron. Yang mana ini bermaksud, hanya kotoran yang sangat halus juga akan menyebabkan penapis udara ini terus bertindak aktif untuk menyedut dengan lebih kuat. Perbezaan 4: Ultra Deo PM2.5 Filter Berbanding yang lain, ia menggunakan antara teknologi terbaru dalam sistem tapisan udara. Ia menggabungkan PM2.5 Filter dan Deodorization Filter. Perbezaan 5: Kos NCS Kos NCS iaitu servis selepas tamat tempoh percuma servis, pertukaran filter dan waranti adalah RM500/tahun Perbezaan 6: Saiz Penapis udara yang berkuasa ini mempunya saiz yang mana 60% lebih kecil berbanding yang lain. Bermakna penapis udara ini lebih menjimatkan ruang.
KESIMPULAN
Keempat-empat model penapis udara ini merupakan penapis udara yang terbukti baik untuk digunakan. Ini kerana ketiga-tiganya mempunyai pengiktirafan daripada Korea Air Cleaning Association yang mana ia membuktikan penapis udara ini sebagai penapis udara yang sangat berkualiti. Namun, yang mana perlu anda pilih? Sekiranya anda mempunyai bajet yang rendah tapi perlukan penapis udara yang berkualiti, maka Cuckoo C Model merupakan pilihan yang sangat tepat kerana ciri-ciri dan kelebihannya yang boleh dirujuk di sini. Tetapi, jika anda mempunya bajet yang extra maka Cuckoo B Model Cordless merupakan pilihan yang baik kerana ia mempunyai Allergen Filter yang mana dapat menapis habuk dan debu yang lebih halus. Ia juga dapat merangkumi keluasan ruang yang lebih besar berbanding yang lain. Ia juga mempunyai fungsi Cordless yang mana anda boleh gunakannya tanpa wayar. Mudah untuk anda gunakannya di mana-mana sahaja. Dengan harga yang mampu milik, tempoh rental yang pendek selama 3 tahun, ia merupakan pilihan yang bijak untuk dilakukan! Jika anda inginkan penapis udara yang dapat memberi fungsi yang lebih daripada yang biasa, gunakan penapis udara Cuckoo C Model Humidifier. Ini antara model yang sangat disyorkan untuk anda gunakan kerana ia bukan sahaja datang dengan fungsi penapis udara, bahkan ia juga dapat memberi kelembapan dalam udara di rumah anda sekaligus dapat buat persekitaran anda lebih sihat dan segar. Ini antara model yang saya secara peribadi syorkan anda gunakan, dan komitmen bulanannya juga sangat berpatutan serendah RM120/bulan sesingkat 3 tahun sahaja. Dan sekiranya anda memerlukan penapis udara yang paling versatil dan boleh menampung keluasan yang paling besar, maka Cuckoo D Model adalah penapis udara terbaik untuk anda miliki hari ini! Ingin tahu semua mengenai penapis air Cuckoo pula boleh dibaca di sini.
Promosi Terkini Penapis Udara Cuckoo
Tempah mana-mana 2 unit penapis udara Cuckoo dan anda akan dapat PERCUMA Cuckoo Max Blender yang bernilai RM1415.09 ini. (Promosi tamat 31 Mac 2020)
Nak tempah penapis udara Cuckoo, tapi masih tak tahu nak pilih yang mana? Whatsapp segera