✆ WhatsApp 013 277 5539

Kerusi urut / massage chair adalah sebuah pelaburan jangka panjang dan memerlukan kos permulaan yang besar untuk membelinya.

Jika anda mempunyai kerusi urut di rumah, anda perlu ambil tahu beberapa perkara ini bagi memastikan kerusi urut yang ada di rumah anda berfungsi dengan baik dan dapat bertahan dengan lebih lama. 

Berikut adalah beberapa tips penjagaan kerusi urut / massage chair:

1. Baca Manual Penggunaan

Untuk penggunaan kerusi urut pastikan anda mempunyai manual penggunaan dan baca maklumat yang ada di dalamnya. Pada manual tersebut ada tertulis secara ringkas cara penggunaan dan apa yang anda perlu tahu jika berlaku sebarang masalah untuk anda ‘troubleshoot’ masalah tersebut. Menggunakan kerusi urut berpandukan manual daripada pengeluar adalah cara terbaik untuk memastikan ia bertahan lebih lama.

2. Cuci 2 Minggu Sekali

Sekiranya anda menggunakan kerusi urut ini setiap hari, sudah pasti kotoran akan terjatuh dan melekat pada permukaan kerusi urut ini. Gunakan vacum untuk sedut habuk-habuk dan kotoran yang ada pada kerusi urut tersebut. Gunakan kain lap basah microfiber untuk mengelap pada bahagian yang bersentuh dengan tubuh badan pengguna bagi membuang kesan-kesan peluh, minyak dan sebagainya. 

Selepas lap guna kain basah, gunakan kain kering untuk mengelap permukaan tersebut untuk mengeringkannya. Boleh juga gunakan kit penjagaan kulit (leather) bagi mengurangkan risiko kesan rekahan dan kehilangan warna pada bahagian kulit kerusi urut anda.

3. Servis Secara Berkala

Kerusi urut mempunyai alat-alat mekanikal di dalamnya seperti roller, pam udara, hidraulik dan sebagainya yang berfungsi untuk mengurut dan menggerakkan tubuh anda ketika mengurut. 

Alat-alat ini perlu diselenggara secara berkala bagi memastikannya dapat berfungsi dengan baik, mengelakkan bunyi-bunyi tertentu akibat kekurangan minyak pelincir, mengelakkan alat tertentu patah, rosak dan sebagainya. 

Bagi pelanggan kerusi urut Cuckoo Bespoke akan dapat servis secara percuma selama 5 tahun bagi pelanggan yang melanggan secara rental bulanan dan 3 tahun bagi pelanggan yang membeli secara tunai. 

4. Jauhkan Daripada Cahaya Matahari

Cahaya matahari dapat merosakkan permukaan kulit / PU Leather yang digunakan sebagai sarung bagi kerusi urut anda. 

Kesan cahaya matahari terhadap kerusi urut adalah merekah dan discoloration (hilang warna). Menyebabkan kerusi urut anda kelihatan tidak cantik, bahkan tidak selesa untuk digunakan kerana terasa rekahannya. 

Jauhkan kerusi urut daripada cahaya matahari dan perkakasan lain yang mempunyai sifat panas seperti lampu, peti sejuk, oven, dapur dan sebagainya. 

5. Tutup Suis Selepas Guna

Suis perlu ditutup bagi mengelakkan renjatan elektrik yang berlaku secara tiba-tiba akibat petir dan sebagainya. Selain daripada itu, tenaga elektrik akan sentiasa masuk pada kerusi urut anda sekiranya anda tidak menutup suis. Menutup suis juga dapat memastikan alatan elektronik seperti ‘circuit board’ kerusi urut anda lebih terjaga. 

6. Elakkan Pengguna Yang Mempunyai Berat Badan Berlebihan

Berat badan yang dicadangkan untuk pengguna kerusi urut hanyalah sekitar 100KG ke bawah. Jika mereka yang mempunyai berat badan melebihi 100KG, ia berpotensi menyebabkan kerosakan, trek patah dan sebagainya pada kerusi urut anda. Pastikan pengguna kerusi urut anda mempunyai berat badan yang bersesuaian untuk menggunakannya. 

7. Elakkan Daripada Kanak-Kanak dan Haiwan Peliharaan

Ingatkan anak-anak anda begitu juga anak-anak tetamu agar tidak bermain dan memanjat kerusi urut di rumah anda. Ini bagi mengelakkan kerosakan yang tidak sengaja akibat anak-anak yang memanjat, melompat dan menekan butang-butang yang terdapat pada kerusi urut ini. 

8. Perhatikan Tanda-Tanda Awal…

Perhatikan jika ada tanda-tanda kerusi urut anda bermasalah seperti berikut: 

  1. Bunyi yang pelik, bising, klik dan sebagainya
  2. Tidak dapat menukar mod-mod tertentu
  3. Tidak dapat beroperasi dengan mod tertentu
  4. Tidak boleh melakukan operasi seperti bersandar / recline
  5. Sukar untuk on / off kerusi urut anda
  6. Beg udara / airbags tidak mengembang dan mengecut
  7. Pergerakan roller yang tidak sekata
  8. Dan sebagainya

Sekiranya ada tanda-tanda tersebut, hubungi pembekal kerusi urut anda. Jika anda membeli kerusi urut Cuckoo Bespoke, hubungi ejen Cuckoo atau hotline Cuckoo 180088181 untuk urusan baikpulih dan waranti.

Berminat Untuk Dapatkan Kerusi Urut / Massage Chair Bespoke Di Rumah?

Baca kelebihan kerusi urut Cuckoo Bespoke di sini

kerusi urut cuckoo bespoke massage chair

Hubungi Fadhil Cuckoo di talian 0139916967 atau whatsapp di www.wasap.my/60139916967/