✆ WhatsApp 013 277 5539

Cara Guna Cuckoo Iris Top

Lega kan sebab baru jumpa panduan cara guna penapis air Cuckoo Iris Top ni…

Ramai yang bertanya pada saya berkenaan cara nak guna penapis Cuckoo Iris Top ni. Especially yang masih baru lagi beli penapis air. Ada yang kat air tak sejuk lah, air suam rasa sejuk dan pelbagai lagi.

Sebenarnya, semua tu bukan masalah besar.

Tujuan saya tulis blog ini adalah untuk menjawab semua persoalan anda mengenai cara guna Cuckoo Iris Top ini.

Sebelum itu, saya akan tunjukkan sedikit bahagian-bahagian yang ada pada penapis air supaya anda lebih faham.

 

CARA SETTING / MELARASKAN SUHU AIR

Penapis air Cuckoo Iris Top ini mempunyai 13 setting suhu.

Untuk suhu panas, ada 5 setting. Suhu sejuk ada 5 setting. Dan suhu bilik ada 3 setting.

 

Cara setting suhu:

Panas: Tekan button HOT selama 8 saat.

Anda boleh pilih setting 1 hingga 5.

1 paling kurang panas. 3 sederhana. 5 paling panas.

Selepas selesai pilih suhu, tekan semula button HOT untuk save tetapan tersebut.

 

Sejuk: Tekan button COLD selama 8 saat.

Anda boleh pilih setting 1 hingga 5.

1 paling kurang sejuk. 3 sederhana. 5 paling sejuk.

Paling sejuk seperti air daripada peti sejuk.

Selepas selesai pilih suhu, tekan semula button COLD untuk save tetapan tersebut.



Room: Tekan button ROOM selama 8 saat.

Anda boleh pilih setting 1 hingga 3.

1 biasa. 2 sederhana. 3 paling suam.

Selepas selesai pilih suhu, tekan semula button ROOM untuk save tetapan tersebut.

 

CARA NAK PILIH SUHU AIR

Untuk pilih suhu air, anda hanya perlu ikut langkah berikut:

Air Panas: Tekan button HOT. Kemudian lampu HOT akan berkelip-kelip. Kemudian tekan nozel untuk keluarkan air panas.

Air Sejuk: Tekan button COLD. Kemudian lampu COLD akan berkelip-kelip. Kemudian tekan nozel untuk keluarkan air sejuk.

Air Suhu Bilik (Room): Tekan sahaja pada nozel. Tak perlu pilih suhu. Air suhu bilik (room) akan keluar.

Non-Stop Flow: Untuk keluarkan air tanpa henti selama 30 saat dan hanya tekan nozel sekali sahaja. Caranya, tekan button Non-Stop Flow kemudian tekan nozel sekali sahaja. Air akan keluar tanpa henti selama 30 saat. Kalau nak hentikan, tekan sekali lagi button Non-Stop Flow tersebut. Fungsi ini hanya untuk air sejuk sahaja.

 

CARA SET MASA

Tekan button CLOCK untuk 5 saat.

Kemudian lampu Hot akan berkelip. Tekan pada lampu Hot untuk pilih jam.

Tekan pada button Room untuk pilih minit.

Setelah selesai set masa, klik pada button CLOCK semula untuk save.

 

CARA LOCK/UNLOCK PENAPIS AIR (CHILD SAFETY LOCK)

Fungsi Child Safety Lock ini adalah sangat penting bagi memastikan keselamatan anak-anak anda.

Kebiasaannya, kanak-kanak yang excited akan rasa teruja nak tekan semua button pada penapis air ini.

Cara untuk kita lock penapis air ini adalah berikut:

Cara Lock: Tekan button LOCK selama 5 saat. Kemudian bila tekan nozel di bawah, air tidak akan keluar.

Cara Unlock: Tekan button LOCK lagi sekali selama 5 saat. Kemudian penapis air boleh digunakan seperti biasa.

 

AIR TAK SEJUK?

Biasanya pelanggan yang baru beli penapis air Cuckoo Iris Top akan bertanya: Kenapa air masih tak sejuk?

Ini kerana fungsi sejuk tidak dipasang ketika penapis baru dipasang di rumah. Fungsi sejuk boleh dimulakan selepas 12 jam pemasangan penapis air Cuckoo Iris Top.

Perhatikan pada LCD panel penapis air anda. Jika lampu pada COLD tidak menyala, ini bermakna fungsi sejuk masih belum on.

Untuk on fungsi sejuk, anda hanya perlu tekan button COLD tersebut selama 8 saat untuk setting suhu sejuk pada penapis air Cuckoo Iris Top anda.

 

KELUAR TULISAN ERR4R?

Kebiasaannya apabila keluar perkataan Error ini adalah disebabkan oleh air tidak masuk ke dalam mesin penapis air.

Ini disebabkan oleh:

  1. Catuan air – Air tiada
  2. Tekanan air terlalu rendah
  3. Masalah tiub penapis air – telefon 1800888181 untuk panggil technician datang betulkan

 

TIBA-TIBA TIADA BUNYI

Kebiasaannya apabila tiada bunyi, bukanlah sebab mesin rosak. Namun disebabkan pengguna tertutup fungsi tersebut tanpa sengaja.

Apa yang anda perlu buat hanyalah klik button ROOM selama 3 saat untuk aktifkan semula bunyi tersebut.

 

BOLEHKAH KERAP OFF DAN ON MESIN?

Kebiasaannya ramai yang ingin on dan off penapis air kerana ingin jimat tenaga elektrik. Biasanya sebab waktu siang tiada orang di rumah, atau balik kampung. Maka tiada masalah untuk on dan off penapis air anda.

 

AIR SUHU BILIK TERLALU SEJUK?

Ini juga antara persoalan yang selalu ditanya oleh pelanggan Cuckoo. Ramai yang inginkan suhu ROOM yang agak suam. Kenapa air suhu bilik / room terlalu sejuk? Kenapa tak rasa panas?

Ini kerana setting asal suhu ROOM adalah begitu.

Untuk jadikan suhu ROOM anda sedikit suam, tekan sahaja pada button ROOM selama 8 saat. Pada tetapan, ada 3 pilihan. 1 suhu biasa, 2 suhu sederhana, 3 sedikit suam.

Untuk pilih suhu air yang sedikit suam, pilih nombor 3. Kemudian klik semula pada button ROOM sekali lagi.

 

Antara Video Yang Boleh Dirujuk

 

Persoalan?

Ada sebarang persoalan mengenai Cuckoo Iris Top? Mohon komen di bawah. Terima kasih!