Jika kita sedang survey untuk memasang aircond / penghawa dingin di rumah, terdapat beberapa perkara yang perlu kita pertimbangkan sebelum membuat pembelian bagi memastikan pembelian anda adalah pembelian yang paling berbaloi.
Berikut adalah beberapa tip yang anda boleh gunakan untuk pembelian aircond:
1. Saiz & Ruang
Anda perlu ukur terlebih dahulu saiz bilik atau ruang tempat memasang aircond tersebut. Sebab setiap saiz rumah memerlukan kapasiti aircond yang berbeza. Kapasiti aircond tersebut diukur menggunakan HP atau horse power.
Untuk mengukur saiz yang sesuai bagi pemasangan aircond, mengukur menggunakan kaedah BTU (British Thermal Unit) adalah kaedah yang paling baik dengan mengukur tinggi, lebar dan panjang ruang tersebut. Rujuk link ini untuk dapatkan ukuran tersebut: LINK
Cadangan saya, jika bilik anda berkapasiti
- 200 kaki persegi ke bawah: 1.0HP
- 200 – 450 kaki persegi: 1.5HP
- 450 – 700 kaki persegi: 2.0HP
2. Jenis Aircond
Terdapat beberapa jenis kategori aircond yang dijual di dalam pasaran, antaranya:
- Wall mounted/Split Air Conditioner (aircond biasa yang paling banyak digunakan di premis kediaman)
- Cassete
- Portable aircond
Setiap jenis aircond ini mempunyai kelebihan dan kegunaan sendiri. Untuk kegunaan biasa di rumah, saya cadangkan gunakan yang wall mounted sahaja.
3. Inverter atau Non-Inverter
Anda juga perlu semak sama ada ingin menggunakan jenis inverter atau non inverter.
Aircond inverter adalah lebih menjimatkan tenaga elektrik untuk penggunaan jangka panjang berbanding non-inverter.
Rujuk perbezaan aircond inverter dan non-inverter di sini
4. Penggunaan Tenaga Elektrik
Pastikan penggunaan tenaga elektrik aircond anda adalah efisyen dan menjimatkan tenaga elektrik.
Di Malaysia, tahap efisyen tenaga bagi perkakasan elektronik dapat diukur menggunakan ‘Energy Star Rating’.
Aircond yang mempunyai energy star yang tinggi menjimatkan tenaga elektrik, lebih-lebih lagi jika ia adalah Energy 5 Star.
Untuk menjimatkan bil elektrik, cari sahaja aircond yang mempunyai 4 star dan 5 star untuk aircond jenis inverter. Dan 3 star & 4 star bagi aircond jenis non-inverter.
5. Survey Fungsi Tambahan / Extra Features
Kini, produk elektronik termasuklah aircond / penghawa dingin disajikan pelbagai fungsi tambahan bagi menyediakan sebanyak mungkin manfaat buat para pengguna.
Ia berbeza dengan zaman terdahulu yang mana aircond mempunyai fungsi asas hanya untuk menyejukkan ruangan di dalam rumah.
Antara ciri tambahan menarik yang ada pada aircond kini termasuklah:
- Wifi – Mudah untun on/off walaupun tanpa remote control dan boleh on dari jauh, boleh tengok status kesihatan aircond
- Filter Tambahan – PM2.5 Filter, Vitamin C Filter, Silver Ion Filter dan sebagainya. Semua ini dapat memberikan manfaat kesihatan buat pengguna.
- Sterilization – Untuk membersihkan cooling coil bagi memastikan aircond bebas kuman/bakteria
- Fast Cooling – Fungsi begini mempercepatkan tempoh penyejukan aircond di dalam rumah
- Servis Berkala – Sebahagian jenama seperti Cuckoo menyediakan aircond yang mempunyai servis berkala setiap 6 bulan dan penyelenggaraan (maintenance) setiap 18 bulan. Ini bagi memastikan aircond anda sentiasa sejuk dan dalam keadaan yang baik.
Pilihlah aircond yang mempunyai extra feature yang pasti memberi manfaat lebih besar buat anda.
6. Jenis Gas (R32)
Gas aircond adalah bahan agen penyejuk untuk aircond anda. Tanpa gas, aircond di rumah tak akan sejuk.
Dalam pasaran kini ada beberapa jenis gas yang digunakan untuk aircond domestik dan ia sentiasa berevolusi kepada teknologi gas yang lebih baik, cepat sejuk, jimat elektrik dan mesra alam sekitar.
Terdapat 2 jenis yang kini biasanya digunakan iaitu:
- R32 – Jenis gas terkini yang efisyen, jimat elektrik, cepat sejuk dan paling selamat untuk alam sekitar.
- R410 – Gas jenis ini digunakan sebelum kemunculan R32
Gas penyejuk R32 mempunyai kadar GWP (Global Warming Potential) yang paling rendah yang dapat mengurangkan potensi penipisan lapisan ozon hingga 30%.
Pilih aircond yang menggunakan gas R32 kerana ia adalah jenis gas terbaru, lebih baik dan standard terkini penggunaan aircond di rumah.
7. Kos Aircond
Aircond kini didatangkan dengan pelbagai jenis dan pelbagai jenama. Terdapat beberapa faktor yang menjadikan aircond di pasaran murah atau mahal.
Secara ringkasnya saya bahagikan kepada 3 sebab:
- Jenama – Aircond yang mempunya jenama-jenama besar kebiasaannya dijual pada harga lebih tinggi berbanding jenama yang kurang dominan.
- Jenis aircond – Inverter atau non-inverter. Jenis inverter lebih mahal.
- Jenis gas – R410 atau R32. Gas jenis R32 lebih mahal berbanding aircond yang menggunakan gas R410
Pilihlah aircond yang mempunyai jenama yang besar, bagus dan berpengalaman seperti Daikin, York, Acson, Mitsubishi, Panasonic, Fujiaire dan sebagainya kerana kesemua ini adalah aircond yang banyak digunakan dalam pasaran.
Kelebihan menggunakan aircond jenama ini walaupun harganya lebih tinggi, namun alat ganti adalah standard, mudah didapati dan mudah diselenggara berbanding jenama-jenama yang lain.
Pilih jenis inverter jika anda gunakan aircond untuk jangka yang lama bagi penjimatan tenaga elektrik. Dan pilih yang menggunakan gas R32 kerana ia lebih efisyen dan selamat untuk alam sekitar.
Walaupun aircond yang berjenama besar harganya lebih tinggi berbanding yang lain, namun untuk jangka panjang ia tidak memeningkan penggunanya.
8. Pilih Kontraktor/Kedai Yang Bagus
Untuk pemasangan aircond, dinasihatkan untuk mencari kontraktor atau kedai yang profesional dalam pemasangan aircond.
Kontraktor yang bagus akan memasang aircond di rumah anda dengan kemas, cepat dan bersih tanpa merosakkan dinding rumah anda.
Kontraktor yang tidak bagus pula kebiasaannya mempunyai hasil kerja yang kurang kemas dan ada sebahagiannya yang memasang dengan cuai hingga merosakkan dinding rumah anda.
Sekiranya tidak kenal, anda perlu pastikan semasa proses pemasangan anda lihat sendiri pemasangan tersebut. Dan sentiasa ingatkan kontraktor untuk pasang dengan kemas dan elakkan kecuaian semasa memasang.
Ringkasan
Untuk pembelian aircond bagi pemasangan di rumah, ukur terlebih dahulu keluasan ruang untuk pemasangan aircond. Ruang yang luas memerlukan aircond berkapasiti besar manakala ruang kecil tidak memerlukan kapasiti besar. Pastikan aircond yang anda beli menggunakan gas jenis R32 kerana ia adalah gas penyejuk terkini yang menjimatkan tenaga elektrik, penyejukan lebih efisyen dan lebih selamat untuk alam sekitar.
Untuk penjimatan tenaga elektrik pula, pilihlah aircond jenis inverter kerana jenis inverter lebih menjimatkan tenaga elektrik untuk penggunaan yang lebih lama. Begitu juga pilihlah aircond yang mempunyai Energy Star Rating 4 atau 5 bintang.
Aircond terkini juga disajikan dengan pelbagai fungsi tambahan. Ia merupakan nilai tambah bagi pengguna bagi pembelian yang lebih berbaloi.
Pastikan juga anda pilih kontraktor yang bagus bagi pemasangan aircond di rumah bagi memastikan pemasangan yang kemas & cantik, mengelakkan kecuaian dan kerosakan pada dinding rumah anda. Sekiranya anda tidak kenal, pastikan semasa pemasangan anda lihat installer tersebut memasang aircond hingga habis. Dan maklumkan kepada kontraktor untuk memasang dengan kemas.
Dan yang terakhir, belilah aircond yang dijual dan dikeluarkan oleh pengilang-pengilang yang bagus seperti Daikin, Acson, York, Mitsubishi, Fujiaire dan sebagainya kerana jenama-jenama ini telah lama berada dalam pasaran dan lebih diyakini. Aircond yang dikeluarkan oleh jenama besar begini juga lebih mudah untuk diselenggara dan alat ganti lebih mudah didapati di dalam pasaran.