Kalau anda sedang mencari penapis air terbaik untuk rumah atau pejabat, sekarang ia bukan sekadar tentang air bersih sahaja. Ia tentang kemudahan, keselamatan, dan kesesuaian dengan gaya hidup anda.
Di Malaysia, Cuckoo adalah salah satu jenama paling dipercayai, menawarkan pelbagai pilihan penapis air yang sesuai untuk rumah, pejabat dan juga komuniti.
Di sini, kami senaraikan 5 model penapis air Cuckoo terbaik di Malaysia. Setiap satunya ada cerita, fungsi, dan kelebihan tersendiri – supaya anda boleh pilih yang paling sesuai. Sebagai ejen Cuckoo, penapis air pertama dalam senarai ini adalah model paling laris di seluruh Malaysia.
1. Cuckoo King Top 2

Model ini boleh dikatakan lagenda. Sejak 2017 ketika saya mula menjual Cuckoo, penapis air Cuckoo King Top asal sudah menjadi pilihan ramai keluarga di Malaysia kerana harganya berpatutan dan prestasinya yang boleh dipercayai. Kini dengan wajah baru sebagai penapis air Cuckoo King Top 2, ia tampil dengan rekabentuk lebih moden, tangki keluli tahan karat antibakteria, serta sistem penapisan 6 peringkat Nano Positive yang terbukti berkesan.
Rekabentuk ringkas, praktikal, dan tetap menjadi pilihan utama bagi mereka yang mahukan kualiti dengan bajet mesra poket.
Harga: RM86/bulan (Tahun 1–3), RM81/bulan (Tahun 4–5), Outright: RM3,850
Goood Plan: RM61/bulan (84 bulan)
Kapasiti air: Sejuk 1.0 L • Suhu bilik 0.3 L • Panas 1.0 L
Sesuai untuk: Rumah 1-5 orang, rumah kecil, pejabat kecil
Kelebihan: Lagenda, ringkas, selamat (child lock), bajet mesra
2. Cuckoo XCEL

Kalau King Top terkenal dengan kesederhanaannya, penapis air Cuckoo XCEL pula tampil lebih moden. Dengan rekaan bergaya, panel sentuhan pintar, serta kawalan suhu boleh laras, model ini sangat sesuai untuk mereka yang sukakan sentuhan elegan dalam rumah atau pejabat.
Ramai pelanggan memilih penapis air Cuckoo XCEL kerana rekabentuk minimalisnya yang padan dengan konsep rumah moden, sama ada dalam warna putih atau hitam.
Harga: RM90/bulan (Tahun 1–3), RM85/bulan (Tahun 4–5), Outright: RM3,900
Kapasiti air: Sejuk 1.0 L • Suhu bilik 0.3 L • Panas 1.0 L
Sesuai untuk: Rumah 1-5 orang, apartment moden, studio, pejabat
Kelebihan: Panel sentuh pintar, child lock, penapisan 6 peringkat, rekaan bergaya
3. Cuckoo Warrior

Penapis air Cuckoo Warrior direka khas untuk penggunaan lebih berat. Dengan kapasiti tangki lebih besar serta fungsi unik pembersihan paip, ia sesuai untuk keluarga besar atau tempat kerja dengan penggunaan air yang tinggi.
Saya selalu cadangkan model ini kepada keluarga dengan 5 orang atau lebih. Ia menjamin bukan sahaja air yang bersih, malah kuantiti mencukupi untuk seisi rumah.
Harga: RM105/bulan (Tahun 1–3), RM100/bulan (Tahun 4–5), Outright RM3400
Kapasiti air: Sejuk 2.8 L • Suhu bilik 1.0 L • Panas 1.4 L (Jumlah 5.2 L)
Sesuai untuk: Rumah 4-8 orang, keluarga besar, pejabat sederhana
Kelebihan: Tangki besar, fungsi steril paip, penapisan Nano Positive
4. Cuckoo Grande

Kalau anda mahukan fleksibiliti, penapis air Cuckoo Grande adalah pilihan terbaik. Ia mempunyai kawalan suhu air dari 5°C hingga 100°C, serta sistem sterilisasi paip pada suhu 100°C untuk memastikan air sentiasa bersih dan selamat.
Dilengkapi dengan ciri pintar seperti navigasi suara dan lampu mood, Grande bukan sekadar penapis air, tapi satu penambahan pintar untuk rumah atau pejabat moden.
Harga: RM121/bulan (Tahun 1–3), RM116/bulan (Tahun 4–5), Outright RM4750
Kapasiti air: Tangki besar 7.6 L (multi-suhu)
Sesuai untuk: Rumah 4-8 orang, rumah besar, pejabat, surau, dewan kecil
Kelebihan: Suhu fleksibel 5–100°C, sterilisasi mendidih, fungsi pintar
5. Cuckoo Flo Stand

Kalau anda perlukan penapis air yang boleh menampung ramai orang dalam satu masa, maka penapis air Cuckoo Flo Stand adalah pilihan paling sesuai. Dengan tangki besar 16 L dan rekaan berdiri, ia sesuai untuk kegunaan sekolah, pejabat, masjid, atau institusi.
Ia adalah model dengan kapasiti terbesar dalam senarai ini, menjadikannya pilihan tepat untuk komuniti yang perlukan bekalan air bersih sepanjang hari.
Harga: RM121/bulan (Tahun 1–3), RM116/bulan (Tahun 4–5), Outright RM4450
Kapasiti air: Sejuk 5.0 L • Suhu bilik 7.0 L • Panas 4.0 L (Jumlah 16 L)
Sesuai untuk: Rumah 5-10 orang, masjid, sekolah, pejabat besar, institusi
Kelebihan: Kapasiti terbesar, rekaan berdiri, sesuai untuk komuniti
Kesimpulan
Sebagai ejen Cuckoo, saya tahu memilih penapis air yang sesuai untuk rumah bukanlah mudah. Tapi dengan panduan ini, anda lebih mudah untuk buat pilihan yang lebih tepat.
- King Top 2 untuk keluarga kecil, dan bajet kecil
- XCEL untuk rumah moden bergaya
- Warrior untuk ramai pengguna
- Grande untuk mereka yang sukakan fungsi tambahan
- Flo Stand untuk keluarga besar atau pejabat, masjid, dewan, mall dsb
Fikirkan dahulu saiz keluarga, keperluan air, dan bajet. Dengan memilih model penapis air Cuckoo yang betul, anda bukan sahaja dapat air bersih dan selamat, tapi juga kemudahan yang sesuai dengan gaya hidup harian.
👉 Jadi, penapis air Cuckoo mana paling sesuai untuk anda?
Klik link tertera untuk kunjungi laman utama kami di www.cuckoonano.com
📞 Hubungi kami untuk konsultasi – saya sedia membantu anda!