✆ WhatsApp 013 277 5539

Contents

Baca sampai habis supaya anda tidak rugi tersilap pilih penapis air!

Update 2023

Sekarang ramai yang dah ada kesedaran tentang pentingnya air yang bersih untuk kegunaan seisi keluarga, dan ramai yang sedang cari dan pilih penapis air sama ada di kedai mahupun internet.

Ini disebabkan oleh air dikeluarkan oleh paip minuman kita sedikit sebanyak mempunyai kandungan bakteria, logam dan karat halus yang boleh memberi mudarat kepada kesihatan kita.

Namun, apabila kita sudah membuat keputusan untuk membeli penapis air di rumah, 15 perkara ini SANGAT PENTING untuk kita perhatikan sebelum membuat pembelian agar tidak menyesal dengan keputusan pembelian yang salah.

Saya yakin, artikel ini sangat penting untuk anda sebelum buat sebarang keputusan untuk beli penapis air.

pilih penapis air

TIPS 1: KUALITI AIR YANG DIHASILKAN

Terdapat beberapa jenis kualiti air yang dikeluarkan oleh penapis-penapis air. Antaranya adalah

1. Mineral – Kualiti air yang dihasilkan mempunyai kandungan mineral sihat untuk tubuh badan.
2. Alkali – Kualiti air yang mempunyai kandungan alkali. Kandungan alkali yang sederhana adalah sihat untuk tubuh badan. Namun, anda harus berhati-hati dengan kandungan air yang mempunyai kandungan alkali yang berlebihan kerana ditakuti boleh membawa mudarat kepada kesihatan.
3. Reverse Osmosis – Air bersih tanpa sebarang kandungan mineral. Sesuai untuk mereka yang sedang melakukan rawatan dialisis (pesakit buah pinggang).

Penapis air yang terbaik memastikan pelanggan dapat minum air yang bersih dan berkhasiat untuk pelanggan.

Antara ciri penapis air yang baik dapat menghasilkan air yang bermineral dan beralkali untuk pelanggan.

pilih penapis air

TIPS 2: MESIN YANG DIIKTIRAF

Pastikan mesin yang ingin dibeli mempunyai pengiktirafan daripada pihak-pihak berwajib seperti WQA, SIRIM dan sebagainya. Elakkan daripada mengambil penapis yang tidak diiktiraf.

Penapis air yang diiktiraf adalah lebih meyakinkan untuk digunakan.

pilih penapis air

TIPS 3: CARA PEMBAYARAN

Penapis air yang ada dipasaran kebiasaannya mempunyai beberapa opsyen harga:

1. Cash/Outright – Pembelian secara tunai. Kelebihan beli secara tunai, pembeli akan mendapat hadiah-hadiah bonus bernilai daripada syarikat.
2. Rental – Pembelian secara sewa. Kebiasaannya syarikat-syarikat penapis air akan menghadiahkan penapis air tersebut kepada anda setelah kontrak sewa tamat.
3. Credit card – Pembelian secara kad kredit adalah sama seperti tunai. Namun, pihak bank yang akan membayarkan dahulu bagi pihak anda. Pilih pembiayaan kad kredit 0% interest bagi mengelakkan membayar sebarang bentuk faedah/interest.

pilih penapis air

TIPS 4: HARGA PENAPIS AIR

Penapis air mempunyai pelbagai jenis harga. Ada yang dijual pada harga yang sangat murah, sederhana dan premium.

Penapis air yang dijual pada harga yang rendah kebiasaannya mempunyai sistem tapisan yang asas sahaja dan tidak mempunyai kelebihan-kelebihan yang lain.

Malah, kualiti tapisan juga adalah sangat minimum.

Banyak syarikat penapis air yang menawarkan penapis air yang berkualiti & menghasilkan air yang sihat dengan kaedah bayaran bulanan mampu milik.

Belilah penapis air mengikut kesesuaian dan kemampuan anda.

Walaupun anda membayar sewa secara bulanan, namun kesihatan anda sekeluarga lebih terjamin.

Di Cuckoo, harga penapis air hanyalah serendah RM60 sahaja. Rujuk sini.

pilih penapis air

TIPS 5: TEKNOLOGI

Pastikan penapis air yang anda beli mempunyai teknologi yang baik. Ini kerana teknologi mesin yang baik dapat memberikan hasil tapisan yang berkualiti dan memastikan mesin lebih ‘long lasting’.

Penapis air Reverse Osmosis (RO) merupakan penapis air yang biasa digunakan dalam pasaran. Walaupun hasil tapisannya bersih, namun air RO tidak menghasilkan air yang mempunyai mineral dan alkali yang baik untuk tubuh badan.

Teknologi yang digunakan oleh Cuckoo adalah Nano Positive yang mana ia menghasilkan air yang bermineral dan beralkali ringan, pada masa sama menyingkirkan bakteria dan logam berat yang merbahaya untuk kesihatan.

pilih penapis air

TIPS 6: SISTEM TAPISAN

Penapis air mempunyai pelbagai jenis sistem tapisan.

Penapis air yang asas hanyalah mempunyai tapisan sediment filter yang hanya menapis kekotoran seperti karat, logam dll.

Namun hasil tapisannya hanyalah asas sahaja kerana ia tidak menyingkirkan bakteria-bakteria dan virus merbahaya daripada air tersebut.

Sistem tapisan air daripada Korea seperti Cuckoo mempunyai 4 jenis penapis yang berbeza air yang membuatkan air minuman anda sentiasa baik untuk diminum oleh seisi keluarga.

pilih penapis air

TIPS 7: AFTER SALES SERVICE & WARANTI

Penapis air yang murah tidak menawarkan after sale service kerana filter anda perlu tukar sendiri.

Terdapat juga jenama-jenama kecil yang mengeluarkan penapis air yang baik, namun ramai juga yang mengadu pihak customer service sangat sukar untuk dihubungi dan tidak konsisten.

Maka, pilihlah penapis air daripada brand yang dipercayai supaya pelaburan kita lebih berbaloi buat jangka masa panjang.

Selain itu, pastikan juga syarikat tersebut menawarkan waranti bagi penapis air anda.

Bagi penapis air Cuckoo, anda akan dibekalkan dengan waranti sepanjang tempoh kontrak rental. Sekiranya kontrak anda adalah 5 tahun, maka sekiranya dalam tempoh tersebut ada kerosakan, penapis anda akan terus diselenggara oleh pihak Cuckoo!

Malah ada keadaan Cuckoo akan tukar terus penapis air baru jika berlaku kerosakan.

Cuckoo akan datang ke rumah anda setiap 4 bulan bagi servis penapis air anda, tukar filter, 15 point check, sterilize penapis air anda dan pastikan penapis air anda dalam keadaan paling optimum. Klik SINI untuk tengok servis NCS Cuckoo.

pilih penapis air

TIPS 8: TEMPOH RENTAL ATAU PEMBELIAN SECARA KAD KREDIT

Tempoh rental paling singkat adalah secepat 12 bulan sehingga 60 bulan.

Namun, Cuckoo menawarkan tempoh rental yang lebih lama sehingga 84 bulan supaya anda boleh menggunakan penapis air pada kos bulanan yang lebih rendah dan jimat.

Walaupun tempohnya lama, namun anda masih mendapat kelebihan percuma servis, percuma pertukaran filter dan waranti yang lebih panjang.

pilih penapis air

TIPS 9: KENALPASTI ‘HIDDEN COST’

Apabila kita memilih untuk menggunakan penapis air di rumah secara rental, ada syarikat mengenakan cas-cas yang tersembunyi seperti

1. Registration fee
2. Processing fee
3. Installation fee

dan lain-lain.

Malah, kos ini sebahagiannya adalah tinggi menyebabkan anda harus membayar deposit sehingga beberapa kali ganda kos sewa bulanan.

Namun, ada juga syarikat seperti Cuckoo yang tidak mengenakan sebarang kos tersembunyi apabila anda mendaftar sehingga mesin tersebut dipasang di rumah anda. Lebih mudah bukan?

pilih penapis air

TIPS 10: PENJIMATAN ELEKTRIK

Pilihlah penapis air yang berkualiti seperti Cuckoo kerana ia menawarkan mesin yang jimat penggunaan elektrik. Hal ini kerana mesin tersebut mempunyai fungsi air sejuk dan air panas yang menggunakan tenaga elektrik.

Mesin pemanas air (water heater) biasa yang digunakan kebiasaannya menggunakan tenaga elektrik yang sangat tinggi berbanding penapis air Cuckoo yang direka untuk penjimatan tenaga elektrik kerana ia sesuai dipasang 24 jam.

pilih penapis air

TIPS 11: SAIZ TANGKI

Adakah saiz tangki memainkan peranan penting dalam pemilihan penapis air?

Jawapannya adalah ya.

Namun, bukan satu keperluan untuk memiliki penapis air yang mempunyai yang terlalu besar kerana air sejuk/panas tersebut bukanlah sentiasa dikeluarkan tanpa henti.

Bahkan, tangki yang lebih besar juga dapat melambatkan proses penyejukan air kerana ruang yang lebih besar.

Maka itu adalah kelebihan penapis air Cuckoo kerana saiz tangki airnya yang sederhana.

Tangki yang bersaiz sederhana lebih cepat proses penyejukan air.

Malah, untuk air suhu bilik pula dapat dikeluarkan secara free flow tanpa memerlukan tangki seperti penapis-penapis yang lain.

pilih penapis air

TIPS 12: JURUJUAL YANG TRUSTED

Pilihlah jurujual yang berpengalaman dan ambil berat mengenai keperluan anda supaya mereka dapat memberi anda khidmat nasihat penapis air yang paling sesuai untuk anda gunakan di rumah.

pilih penapis air

TIPS 13: KENAL KONTRAK JUALAN DAN RENTAL

Anda perlu tahu apakah kontrak dan syarat-syarat jika kita mengambil mesin untuk rental atau pembelian secara cash.

Ini kerana ada syarat-syarat yang diberikan oleh syarikat penapis air jika anda menyewa mesin air tersebut.

Jurujual yang bagus akan menerangkan kepada anda akan kontrak rental tersebut.

TIPS 14: SIJIL HALAL

sijil Halal Cuckoo

Pastikan penapis air yang anda ingin tempah mempunyai pengiktirafan HALAL daripada badan-badan yang berautoriti.

Ini bagi memastikan penapis air yang anda beli airnya dapat diminum tanpa was-was dan tanpa rasa ragu lagi.

Kini banyak penapis air yang dijual di pasaran mempunyai sijil Halal dari JAKIM. Antaranya penapis air Cuckoo.

TIPS 15: URUSAN MUDAH – PASANG CEPAT

ebrandstore

Sekiranya anda ingin pasang penapis air, pastikan segala urusan untuk pemasangan adalah mudah tanpa banyak urusan yang menyusahkan.

Syarikat yang matang dan stabil kebiasaannya akan memastikan pelanggan dapat pasang penapis air tanpa perlu pelbagai urusan yang menyusahkan pelanggan.

Antara perkara yang mungkin melambatkan proses adalah disebabkan syarikat memerlukan maklumat CCRIS dan CTOS, slip gaji dan sebagainya.

Tempahan penapis air melalui syarikat Cuckoo pula tidak memerlukan semua itu.

Bahkan Cuckoo hanya perlukan IC dan kad debit/kredit pelanggan sahaja untuk pemasangan.

Pemasangan Cuckoo boleh dibuat secepat 24 jam!

TERAKHIR: BUAT PILIHAN DENGAN BIJAK

Saya faham, concern anda pastilah supaya dapat pilih penapis air paling sesuai untuk kegunaan seisi keluarga.

Hai, saya Fadhil, specialist produk Cuckoo, dan saya sudah membantu ramai orang untuk mendapatkan air minuman bersih dan sihat sejak tahun 2013 lagi.

Sebab tu saya nak bagi anda PERCUMA khidmat nasihat (konsultansi) supaya anda boleh buat keputusan paling bijak untuk beli penapis air.

Sebentar lagi, saya sendiri akan hubungi anda melalui telefon atau WhatsApp untuk memberi khidmat nasihat secara percuma KHAS untuk anda insyaAllah.

Jangan risau, ramai yang saya sudah bantu dan berpuas hati dengan bantuan Fadhil, alhamdulillah.

Artikel ditulis oleh: Wan Ahmad Fadhil
Cuckoo Natural Manager

Konsultasi Percuma!

Isi borang di bawah, kemudian kami akan hubungi anda dengan segera untuk konsultasi penapis air PERCUMA!