Pada bulan April 2022, CUCKOO telah memperkenalkan 2 model penapis air terbaru iaitu Titan dan Warrior.
Untuk hantaran kali ini, saya akan berkongsi dengan anda semua kelebihan dan manfaat yang para pelanggan perolehi untuk Cuckoo Warrior, sekaligus saya turut akan kongsikan juga siapa yang sesuai menggunakan model Warrior ini.
SPESIFIKASI CUCKOO WARRIOR
Model | Cuckoo Warrior |
Jenis Filter | Nano Positive Filtration System |
Ciri Tambahan | Faucet Sterilization |
Pertukaran Filter | |
#1 Sediment Filter | Setiap 4 Bulan |
#2 Pre-Carbon 2.0 Filter | Setiap 8 Bulan |
#3 Natural Filter 2.0 | Setiap 12 Bulan |
#4 Nano Positive Filter | Setiap 12 Bulan |
Penggunaan Tenaga Elektrik | |
Panas | 350W |
Sejuk | 0.6A |
Kapasiti Tangki (Total) | 5.2L |
#1 Sejuk | 2.8L |
#2 Panas | 1.4L |
#3 Suhu Biasa | 1.0L |
Dimensi & Berat | 260mm (W) x 508mm (D) x 508mm (H) 14.3 kg |
KELEBIHAN CUCKOO WARRIOR
10 kelebihan penapis air ini kami kongsikan di bawah:
1. Penapis Air Mekanikal Dengan Fungsi Faucet Sterilization
‘Faucet sterilization’ ini adalah satu ciri penting dan merupakan ciri yang tiada pada model-model penapis air lain, dan tiada pada jenama-jenama lain.
Fungsinya adalah untuk membersihkan dan membasmi kuman yang terletak pada faucet (picu) pengeluaran air bagi memastikan air anda kekal bersih walaupun setelah air dikeluarkan.
Faucet (picu) merupakan bahagian pada penapis air yang sentiasa berisiko untuk kotor disebabkan terkena
- Mulut botol air (yang telah digunakan)
- Perkakakasan memasak
- Sentuhan
- Percikan air minuman
- Percikan air basuh tangan
- Dan sebagainya
Untuk semua penapis air Cuckoo, secara rutin ia dibersihkan oleh pihak Cuckoo Natural Doctress (service lady) setiap 4 bulan sekali.
Dengan fungsi ini, anda boleh lakukan faucet sterilization setiap hari, setiap minggu atau bila-bila masa sahaja anda rasa perlu untuk bersihkan faucet tersebut.
2. 3 Pilihan Suhu – Sejuk, Panas & Suhu Biasa
Cuckoo Warrior boleh mengeluarkan 3 jenis suhu iaitu
- Sejuk
- Panas
- Suhu biasa
Ia merupakan model mudah guna kerana ia hanya perlu dioperasikan 100% secara mekanikal. Ada picu air sejuk belah kanan dan picu air panas sebelah kiri.
Model ini mesra setiap lapisan masyarakat. Bagi kanak-kanak mahupun warga emas juga dapat menggunakannya dengan sangat mudah.
3. 5 Tetapan Suhu Sejuk kepada Suhu Suam
Anda boleh pilih tahap kesejukan air pada model Cuckoo Warrior ini.
Pengguna boleh melaraskan tahap suhu sejuk kepada kurang sejuk kepada suhu biasa.
Untuk mereka yang kurang gemar air yang terlalu sejuk, boleh laraskan tahap air kepada kurang sejuk. Hanya pulaskan sahaja tombol pelarasan suhu air kepada tahap kesejukan yang diingini.
4. Mechanical Child Safety Lock
Fungsi ini adalah fungsi yang sangat penting yang perlu ada pada penapis air. Ini bagi memastikan anak-anak terselamat daripada kecederaan dan kemalangan akibat terkena air panas pada kulit mereka.
Beberapa tahun kebelakangan sebelum ramai menggunakan penapis air di rumah, banyak kes melibatkan kulit terbakar, melecur akibat terjirus air yang sedang mendidih pada cerek mahupun tersentuh atau tertarik cerek letrik yang sedang digunakan.
Bagi mengeluarkan air panas, pengguna perlu menekan butang Child Safety Lock berserta penekan air panas untuk mengeluarkan air panas. Setelah itu, fungsi air panas akan dikunci kembali.
5. Saiz Tangki Lebih Besar
Bagi penapis air bermineral yang menggunakan sistem tapisan Nano Positif, ia tidak memerlukan tangki air yang begitu besar kerana
- Kadar isian semula air dalam tangki yang pantas
- Tiada pembuangan air dalam proses penapisan
- Air bertapis boleh keluar tanpa had
Itu antara sebab mengapa penapis air CUCKOO hanya perlu tangki sebesar 1 liter sahaja untuk beroperasi dengan normal.
Namun bagi anda yang memerlukan tangki air yang lebih besar, CUCKOO Warrior terbaru ini menawarkan tangki:
- Air Sejuk – 2.8L
- Air Panas – 1.4L
- Air Suhu Biasa – 1.0L
Jumlah air keseluruhan adalah 5.2 liter
6. Tangki Anti-Bacterial Stainless Steel
Penapis air Cuckoo Warrior ini menggunakan tangki Anti Bacterial Stainless Steel, yang mana kebanyakan pesaing-pesaingnya menggunakan hanyalah tangki plastik jenis BPA Free sahaja.
Tangki air CUCKOO ini terbukti lebih baik kerana ia mampu
- Menghalang pertumbuhan bakteria dan kuman
- Tahan lasak, tahan hakisan dan tahan suhu panas
- Mampu bertahan lama
- Lebih bersih
7. Sistem Tapisan Nano Positif
Sistem tapisan Nano Positif ini dapat menyingkirkan 99.99% bakteria dan kuman daripada air. Namun pada masa sama mengekalkan mineral yang baik untuk tubuh badan.
Cuckoo menggunakan sistem tapisan 6 lapisan yang mana ia turut mampu menapis logam berat (heavy metals) daripada air yang mana logam berat ini jugalah yang berpotensi memberi kesan yang buruk kepada kesihatan manusia.
Ia berbeza dengan sistem tapisan Reverse Osmosis (RO Water) kerana:
- Kedua-duanya menapis air dengan sangat baik, namun sistem RO membuang mineral
- Kadar pH air tapisan Nano Positif menghasilkan air beralkali ringan, RO pula sedikit acidic
- Nano Positif tiada pembuangan air, RO perlu membuang air (untuk hasilkan air bertapis)
- Ramai yang menyatakan air bermineral lebih sedap diminum berbanding air RO
8. Air Bermineral & Alkali Ringan
Kualiti air yang dihasilkan adalah air jenis bermineral dan beralkali ringan. Yang mana seperti dijelaskan dalam poin sebelumnya, air mineral merupakan pilihan yang lebih baik berbanding air RO.
Air bermineral mempunyai 4 unsur ini yang tiada pada air RO iaitu:
- Calcium
- Magnesium
- Potassium
- Sodium
Walaupun air tapisan Cuckoo tidaklah mempunyai kandungan mineral yang tinggi sepertimana air mineral asli, namun ia merupakan alternatif yang terbaik dan jauh lebih murah selepas air mineral asli yang dijual di kedai.
9. Ruang Pengisian Air Yang Luas – 21CM Tinggi
Jarak antara tempat keluar air dengan tapak adalah 21CM.
Ini bermakna ia lebih memudahkan bagi anda untuk mengisi air ke dalam botol air kerana kebiasaannya, penapis air yang mempunyai jarak yang lebih rendah menjadikannya lebih susah untuk mengisi air.
Namun untuk Cuckoo Warrior, ia lebih mudah bagi anda untuk mengisi air sejuk/panas ke bekas yang lebih besar atau tinggi seperti
- Botol air
- Jag air
- Botol besar
- Periuk
- Bekas memasak
- Periuk nasi
- Dan sebagainya
10. Design / Rekabentuk Moden Minimalis
Cuckoo Warrior ini membawa satu rekabentuk terkini yang mana lebih moden, lebih simple, lebih minimalis & kelihatan kemas apabila diletak di dapur.
Elemen rekabentuk menarik ini penting.
Manakan tidak, setiap hari anda atau pasangan akan melihat penapis air ini di dapur. Maka alangkah baiknya selain anda dapat menikmati air bersih, bermineral sejuk dan panas, bahkan hati anda juga sejuk dan berbunga melihat dapur yang serba cantik.
SIAPA SESUAI GUNA CUCKOO WARRIOR?
- Jumlah Penghuni – 4 Orang Ke Atas
- Pengguna Yang Simple – Sesuai Model Mekanikal
- Ada Anak Kecil Di Rumah
- Rumah Ibubapa
- Pejabat
- Sekolah
- Infaq – sekolah, surau dsb
HARGA DAN PAKEJ
Harga adalah seperti berikut:
- Tahun 1-3: RM98/bulan
- Tahun 4-5: RM80/bulan
Untuk penapis air ini kontraknya di bawah Normal Plan. Untuk tahun 1 hingga 3 adalah RM98 sebulan. Masuk tahun ke 4, harga akan turun ke RM80 sebulan.
Pelanggan juga boleh memilih untuk memulangkan penapis air ini kepada CUCKOO apabila tamat 36 bulan (3 tahun) tempoh rental.
GAMBAR CUCKOO WARRIOR
KESIMPULAN
Penapis air Warrior adalah antara penapis air terbaru diperkenalkan pada tahun 2022. Ia menggantikan penapis air Fusion Top yang telah dijual sejak 2014.
Penapis air ini juga mempunyai kapasiti air sejuk sebanyak 40% lebih besar daripada Fusion Top, iaitu sebanyak 2.8L. Selain itu, ia juga mempunyai tangki air suhu bilik yang mana tiada pada model Fusion Top. Tangki keseluruhan penapis air ini pula adalah 5.2L
Warrior juga mempunyai ciri tambahan iaitu:
- Faucet Sterilization (mechanical)
- Pelarasan suhu air sejuk
Yang mana kedua-dua ciri ini juga tiada pada model Fusion Top sebelumnya.
Harga pula dikekalkan pada RM98/bulan (tahun 1~3) dan menurun ke RM80/bulan (tahun 4~5), pembelian tunai pula RM3200. Kedua-dua harga ini adalah sama seperti harga Fusion Top sebelumnya, namun ia mempunyai kapasiti dan ciri-ciri tambahan yang lebih baik bagi menggantikan model tersebut.
Dan terakhir, penapis air ini juga mempunyai design yang lebih moden dan minimalistik dan pasti kelihatan cantik apabila diletakkan di dapur rumah anda!
BERMINAT DENGAN PENAPIS AIR CUCKOO?
Sila isi borang di bawah, kami akan bantu anda!