Memasak dengan sihat, cepat, sihat dan bersih menjadi satu keperluan buat manusia zamak sekarang. Mana taknya, kalau nak memasak dengan cara biasa terkadang perlu ambil masa yang lama, pada masa sama kalau nak masak cepat-cepat pasti dapur akan berkecah dan berminyak.
Sejak ada multicooker Cuckoo, ramai pengguna Cuckoo yang bagi feedback makanan yang dimasak dengan multicooker Cuckoo adalah LEBIH:
- Masakan Lembut – Daging, ayam, tulang yang dimasak menggunakan periuk Cuckoo akan jadi lembut & empuk
- Sedap
- Cepat
- Sihat – kurang guna minyak. Coating periuk guna teknologi XWall bukan teflon
- Mudah bersih – Bila dah masak dengan tutup periuk, minyak tak ‘melompat’ keluar dari periuk
- Senang – Masak hanya campak-campak je bahan, tekan button. Tunggu kejap dah siap
- Sangat Selamat – Mempunyai ciri keselamatan yang tinggi dari segala sudut, saya akan kongsi di bawah.
- Masak Pelbagai Masakan! – Walaupun ia hanyalah seperti sebuah periuk nasi, namun pelbagai fungsi yang ada padanya tak boleh dipandang rendah. Nak masak pelbagai masakan pun boleh. Nasi, nasi briyani/arab dsb, nasi goreng, kari, sup ayam, pasta, spaghetti, pastri, kukus, roti, kek, kuih muih dan sebagainya.
Ini adalah antara kelebihan yang anda boleh dapat daripada periuk multicooker Cuckoo.
Tapi di bawah ini saya akan kongsikan beberapa poin penting yang anda perlu tahu mengenai periuk Cuckoo P10 sebelum anda membeli.
Spesifikasi Cuckoo P10
1. Masak Cepat. 15 – 20 Minit Siap. Masakan Empuk.
Periuk P10 ini sama seperti kelebihan yang telah dinyatakan di atas. Dengan pelbagai ciri-ciri hebat yang membuatkan hasil masakan di rumah anda lebih cepat, sihat, sedap & bersih.
Ia bukanlah seperti mutlicooker kebanyakan yang ada di pasaran. Kerana di luar sana ada pelbagai jenis multicooker yang dijual, namun keunggulan P10 ini bukan sekadar kerana hasil masakannya bahkan aspek keselamatan yang sangat dijaga bagi memastikan tiada kecederaan yang berlaku kepada pengguna.
2. 9 Mod Masakan
Guna P10 ni, ada 9 mod masakan yang anda boleh gunakan termasuklah:
- White Rice – Untuk memasak nasi putih
- Turbo White Rice – Untuk memasak nasi putih dengan mod Turbo. Nasi siap lebih cepat.
- Sushi Rice – Untuk masak beras jenis Sushi, pulut dan sebagainya
- GABA Rice – Untuk memasak beras GABA, beras perang
- Porridge – Untuk masak bubur
- Multicook – Untuk apa-apa lauk yang nak dimasak, gunakan mod ini
- Baby Food – Untuk memasak makanan yang sesuai untuk bayi, makanan yang lembut dsb
- Bread Ferment – Untuk naikkan tepung roti
- Oven – Untuk memasak seperti menggunakan oven
Dengan 9 mod di atas, hampir kesemua masakan asas anda boleh masak hanya menggunakan periuk multicooker Cuckoo P10 ini.
Itu antara sebabnya sebahagian pengguna periuk Cuckoo P10, walaupun ketiadaan gas di rumah selama berminggu-minggu mereka tetap dapat ‘survive’ hanya dengan menggunakan multicooker ini sahaja di rumah.
3. Tiada Pembaziran Nasi & Tiada Kerak
Memasak nasi menggunakan periuk Cuckoo P10 adalah sangat mudah, cepat dan hasil masakan nasi adalah sangat cantik.
Periuk dalaman P10 ini menggunakan coating X Wall Diamond, memasak ‘non-stick’ dan nasi tidak akan melekat dan berkerak di dalam periuk.
Ia berbeza dengan kebanyakan periuk yang ada di pasaran yang menggukan coating jenis Teflon. Coating Teflon mempunyai risiko tersendiri. Apabila terhakis, ia dapat memberi kesan kepada masakan dan bahaya kepada kesihatan.
4. Mudah Digunakan
Masak nasi guna periuk ini juga sangat mudah sehingga anak kecil juga boleh memasak nasi menggunakan periuk ini dengan arahan yang sangat ringkas.
Bahkan untuk orang dewasa, kalau nak masak pasti lebih mudah. Ada pelbagai mod yang ada pada periuk ini dan cara penggunaannya adalah sangat simple dan tak memeningkan.
Kebanyakan lauk pauk boleh dimasak menggunakan mod ‘Multicook’. Dan bagi masakan lain boleh gunakan mod-mod lain yang ada pada periuk ini.
5. Nasi Tahan Hingga 3 Hari
Nasi yang sudah dimasak boleh bertahan hingga 2-3 hari jika disimpan di dalam periuk. Kalau anda tak sempat nak habiskan nasi, boleh makan pada keesokan harinya dengan selamat. Sekarang dah tak perlu risau nasi akan basi kalau tinggal dalam periuk.
6. Kurang Kerja, Kurang Berkecah
Kurang kerja sebab bila kita dah selesai tumis dan masukkan bahan, kemudian kita hanya perlu tutup periuk dan biarkan ia sampai masakan siap. Tak perlu nak kacau-kacau masakan pun. Biar jer.
Masak cara macam ni sangat senang, cepat dan bersih. Dapur pun tak berkecah. Dan tak banyak perkakasan memasak yang perlu dibasuh.
7. Masakan Sihat. Kurang Penggunaan Minyak. Nutrisi Makanan Dikekalkan
Bila kita memasak guna multicooker ni, makanan yang kita masak akan jadi lebih sedap sebab rasa asli makanan yang kita masak itu dikeluarkan.
Contohnya kalau kita masak sup ayam, kita dah tak perlu letak kiub pati ayam lagi untuk jadikannya sedap sebab pati rasa ayam asli keluar daripada ayam yang kita masak.
Bahkan tak perlu guna banyak minyak pun semasa memasak sebab minyak dari makanan (ayam) itu akan keluar sendiri.
Hasilnya, masakan anda akan jadi lebih sedap dan sihat untuk dimakan!
8. Portable – Mudah Dibawa Ke Mana-Mana
Saiz kompak mudah nak dibawa ke mana-mana. Berat hanyalah 7.2KG. Kalau nak bawa balik kampung pun senang untuk masak di rumah mak ayah anda.
9. Safety – Ciri-Ciri Keselamatan Tinggi
Nak beli pressure cooker mahupun multicooker, pastikan anda beli yang mempunyai ciri keselamatan yang tinggi.
Banyak periuk tekanan yang dijual pada harga murah dalam pasaran, namun kes-kes seperti periuk ‘meletup’ juga sering kedengaran yang mana menyebabkan melecur pada badan mangsa.
Periuk Cuckoo pula dicipta khas dengan 22 ciri-ciri keselamatan tinggi daripada hardware kepada software bagi memastikan proses memasak adalah sangat selamat.
Tekanan yang dilepaskan daripada multicooker ini secara automatik, tak perlu lepas secara manual seperti kebanyakan periuk.
P10 juga mempunyai voice navigation yang sangat membantu dalam proses anda memasak. Sekiranya mula memasak, tekanan dilepaskan atau habis memasak, periuk ini akan ‘bercakap’ untuk maklumkan kepada pengguna bahawa ia baru memasak, nak lepas tekanan atau dah habis masak.
Best kan?
10. Senang Buat Roti, Kuih Muih, Kek
Ramai pengguna Cuckoo P10 ni dah masak macam-macam jenis masakan. Biasa kita nampak orang buat kuih muih, bubur dan sebagainya.
Lebih dari itu, pengguna pun boleh bakar roti, buat kek dan sebagainya juga gunakan periuk ni okay.
Periuk ni memang betul-betul serbaguna!
11. Boleh Kukus, Menumis, Membakar, Panggang (Grill)
Bagi anda yang gemar makan masakan kukus seperti pau, dim sum, bahkan ikan masak stim, kalau guna multicooker ni senang jer nak stim.
Dalam kotak multicooker tu disediakan sekali bekas untuk kukus maka anda hanya perlu letak bekas itu, isi air di dalam periuk dan guna fungsi multicook seperti biasa.
Begitu juga untuk menumis juga tidak menjadi masalah bila guna multicooker ni sebab anda boleh buka periuk ni dan tumis seperti biasa sahaja.
Untuk membakar dan panggang, multicooker Cuckoo P10 ini mempunyai fungsi Oven Mode untuk anda buat makanan jenis grill seperti ayam panggang dan sebagainya.
12. Rasa Masakan Lama Tak Melekat Pada Periuk P10
Kebiasaan periuk tekanan yang ada di luar, lepas masak satu masakan sahaja biasanya rasa makanan yang sebelumnya akan melekat pada periuk.
Bila nak masak masakan seterusnya, rasa dan bau makanan sebelum tu ada melekat sikit pada makanan baru.
Contoh paling biasa. Lepas masak rendang guna pressure cooker, lepas tu nak rebus ketupat. Bau rendang akan melekat pada ketupat tu. Walaupun mudah nak masak, tapi hilang kepuasan sebab rasa masakan lama melekat pada multicooker tersebut.
Tapi bila dah guna multicooker Cuckoo, ada fungsi auto-clean yang mana anda boleh bersihkan periuk anda menggunakan stim. Bau dan rasa makanan yang lama akan ‘dibuang’ menggunakan fungsi auto-clean ini.
Bahkan, nak membersihkan periuk Cuckoo P10 ni sangat mudah, dan anda boleh bersihkan luar dalam sebab banyak parts boleh dibuka dan dipasang semula dengan mudah, cepat dan selamat.
13. Preset Time – Set Masa Memasak
Fungsi preset time ni adalah untuk kita set semula bila masa untuk kita nak memasak. Contohnya, kita nak masakan kita dimasak jam 12.00pm. Pagi-pagi lagi kita dah siapkan semua bahan sebab tengah hari keluar ambil anak sekolah.
Bahan semua dah masuk dalam multicooker tapi belum masak. Bila kita preset jam 12.00pm siap masak, maka sebelum 12.00pm periuk akan mula beroperasi untuk pastikan jam 12.00pm makanan dah siap dimasak.
Begitu juga nak masak nasi putih la, katakan.
Pagi-pagi sebelum pergi kerja kita dah siap basuh beras dsb. Masukkan beras yang dah dicuci dalam periuk dan air. Preset 6.00pm masakan siap.
Bila balik dari ofis jer, voila! Nasi ‘fresh’ dah siap.
14. Ferment Mode – Naikkan & Kembangkan Doh Roti
Bagi anda yang gemar meroti atau nak cuba nak meroti di rumah (baking), kalau ada multicooker P10 ini pasti sangat seronok dan membantu!
Guna multicooker ni kalau nak kembangkan roti pun senang. Masukkan jer doh ke dalam multicooker dan tekan fungsi ‘ferment bread’. Tunggu hingga selesai dan doh anda sedia untuk dibakar dalam oven. Boleh juga bakar dalam multicooker Cuckoo P10 ini sebab ia ada oven mode.
15. Goreng Tanpa Minyak / Kurang Minyak
Periuk ini sesuai digunakan untuk menggoreng apa-apa sahaja tanpa minyak. Kerana hasil gorengan tidak melekat pada periuk.
Kalau nak buat telur goreng guna multicooker ni pun mudah sahaja dan tak perlu guna minyak walau setitis pun.
Tapi kalau nak lebih enak, boleh sahaja untuk tambah sedikit minyak (tak perlu banyak) dalam periuk dan goreng macam biasa.
Kurang minyak lebih sihat dan selamat untuk tubuh badan kita.
Gambar masakan dengan Cuckoo P10
KESIMPULAN
Dalam kehidupan moden sekarang, multicooker adalah ‘penyelamat’ kita di dapur. Sangat menjimatkan masa dan tenaga untuk memasak.
Hanya dengan 1 periuk, ribuan jenis masakan yang kita boleh masak dengan cepat, sedap dan selamat. Kalau masak ayam daging pun hasilnya akan jadi lembut dan sedap. Rasa asli ayam, daging tu akan ‘keluar’ dan masakan akan jadi lebih enak.
Seperti yang dah dikongsikan di atas tadi, terlalu banyak kelebihan yang ada pada periuk ini hinggakan kalau tanpa ada dapur gas, gas habis di rumah pun anda boleh survive memasak hanya dengan periuk ini.
Periuk ni juga dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan yang sangat tinggi, termasuklah ada pelepasan wap secara berkala dan automatik, anda tak perlu risau lagi untuk gunakan periuk tekanan di rumah.
Periuk moden ini bukan sekadar boleh digunakan untuk masak nasi, tetapi boleh juga masak lauk pauk, kuih muih, bubur, pulut, roti, kek dan sebagainya.
Berbaloi kan?
Berminat nak tempah P10?
OUTRIGHT
RM1500
RENTAL
Bulanan: RM70/bulan x 24 bulan
Processing Fee: RM200
Untuk pembelian, boleh call saya di 0132775539 atau klik wa.me/60132775539
Atau beli terus di sini —> https://store.cuckoo.com.my/estore/izzahzaidi/
Sumber gambar: https://www.facebook.com/nikubaidah