✆ WhatsApp 013 277 5539

Ada yang bertanya kepada kami adakah penapis udara dapat memerangkap dan membunuh virus Covid-19, Influenza, Omicron dan sebagainya? 

Persoalan ini penting kerana walaupun dunia telah mengalami fasa pandemik, namun masih ada yang dijangkiti Covid-19 sehingga ke hari ini. 

Secara umumnya, boleh dikatakan bahawa penapis udara BOLEH berfungsi untuk nyah bakteria dan virus Covid-19 dsb, pada masa sama ada situasi yang penapis udara TIDAK dapat membunuh Covid-19. 

Permintaan penapis udara kini juga semakin meningkat oleh kerana merebaknya pelbagai penyakit begitu juga pencemaran udara yang semakin teruk lebih-lebih lagi di kawasan bandar. 

Sebelum itu, penting untuk kita ketahui bagaimana virus merebak. 

BAGAIMANA VIRUS MEREBAK? 

bagaimana virus merebak

Menurut KKM, coronavirus / Covid-19 dapat merebak melalui 3 cara iaitu:

  1. Batuk dan bersin penghidap Covid-19 (influenza, Omicron dsb) 
  2. Kontak (sentuhan) fizikal dengan penghidap
  3. Menyentuh permukaan atau objek yang dicemari Covid-19 

Itu antara sebab mengapa KKM menyarankan untuk kita menggunakan pelitup muka dan kerapkan membasuh tangan. 

MEREBAK MELALUI UDARA / AIRBORNE

Menurut laman web www.HelloDoktor.com, virus Covid-19 juga dapat merebak melalui udara. 

Seperti yang dikatakan sebelum ini, itulah rasionalnya menggunakan pelitup muka untuk lindungi diri daripada virus tersebut. 

Untuk pengetahuan anda, terdapat kajian dari BASF yang menunjukkan bahawa udara di dalam rumah adalah 2-5x ganda lebih merbahaya dan tercemar berbanding dalam rumah/pejabat dsb. 

Mengapa? 

Kerana kawasan indoor adalah tertutup, berpotensi menyimpan dan mengumpul habuk, bakteria dan virus. Semua ini dapat menjejaskan kesihatan kita kerana penyakit dapat merebak melalui sistem pernafasan kita! 

Jika penghidap Covid-19 bersin, batuk atau bercakap di dalam rumah/pejabat tanpa pelitup muka, virus tersebut akan kekal di dalam rumah/pejabat kerana kurang aliran udara. 

Maka, langkah pencegahan yang boleh dibuat untuk membasmi, menyah dan mengurangkan potensi penularan virus Covid-19 termasuklah menggunakan penapis udara / air purifier di dalam rumah. 

Dr. Amanda Elli ada menyatakan bahawa udara (bersih) adalah suatu keperluan untuk survival manusia, maka udara yang kita hirup mestilah dalam bentuk yang paling bersih kerana udara membawa masuk oksigen ke dalam paru-paru, darah begitu juga seluruh organ yang lain. 

Beliau juga menyatakan bahawa pencemaran udara di dalam rumah boleh jadi lebih merbahaya kerana ia memberi kesan kepada kita dalam rumah / indoor kerana 80% masa dihabiskan di sana setiap hari. (Sumber: https://www.thestar.com.my/news/nation/2021/12/13/can-an-air-purifier-help-in-the-battle-against-the-covid-19-virus

ADAKAH PENAPIS UDARA CUCKOO DAPAT BANTU NYAH VIRUS COVID-19? 

penapis udara cuckoo b model cordless air purifier 2 plasma ioniser

Penapis udara sememangnya dicipta untuk memerangkap, menyah dan membunuh pencemaran, virus, bakteria dalam udara bagi membersihkan dan memulihkan udara di dalam rumah. 

Apa sahaja partikel pencemaran yang ada di dalam udara, maka penapis udara Cuckoo berfungsi untuk menyedut dan membersihkan partikel tersebut dalam udara di rumah.

Penapis udara tidak dinafikan lagi memberi kesan yang baik buat kesihatan manusia terutamanya bagi mereka yang mempunyai masalah athsma, alergi dan masalah pernafasan. 

Namun persoalannya, adalah penapis udara dapat membunuh virus dan bakteria sepertimana yang selalu disebut-sebut oleh orang ramai?

Secara umumnya, ya penapis udara yang menggunakan sistem tapisan HEPA (dan ke atas) dapat memerangkap bahkan membunuh sebahagian virus yang ada di dalam udara. 

Penapis udara yang menggunakan filter HEPA (High Efficiency Particulate Air) terkini dapat memerangkap pencemaran dalam udara di rumah dan menyah hingga 99.97% partikel bersaiz 0.3 micron. 

Manakala virus Covid 19 SARS-CoV-2 kajian menurut National Library of Medicine, ia bersaiz 9.3 micron. Ini bermakna secara umumnya partikel yang sangat halus termasuklah virus Covid 19 juga dapat diperangkap oleh filter HEPA. 

Walaupun penapis udara tidaklah dapat lindungi kita 100% daripada sebarang virus dan bakteria, namun ia tetap dapat mengurangkan risiko penyebaran virus dalam udara di rumah anda. Begitu juga ia tetap dapat memberi kesan pada kesihatan penggunanya. 

SITUASI PENAPIS UDARA TIDAK DAPAT NYAH VIRUS COVID-19 

penapis udara cuckoo c model air purifier toxic virus bacteria

Tidaklah adil jika dikatakan bahawa penapis udara dapat membunuh 100% virus Covid-19 di dalam rumah atau pejabat. 

Mengapa? Ini antara sebabnya:

  1. Virus Covid-19, Influenza dan Omicron memang dapat merebak melalui udara dan yang berterbangan dalam udara sebahagiannya dapat disedut oleh penapis udara. 
  2. Sebahagian lain mungkin ada yang tidak berjaya disedut. 
  3. Apabila seseorang batuk, bercakap, bersin dan sebagainya, virus akan merebak juga melalui udara dan akhirnya jatuh ke objek atau permukaan di dalam rumah. 
  4. Apabila virus jatuh ke permukaan, objek, perabot dsb, maka pada masa itu penapis udara TIDAK dapat nyah virus tersebut. 
  5. Ia hanya dapat disingkirkan dengan mengelap dengan sabun antibakteria, Dettol, klorok, sterilizer dsb. 
  6. Selain itu, jika ada kontak rapat seperti sentuhan atau menyentuh objek yang dicemari virus Covid-19 juga maka penapis udara TIDAK dapat singkirkan virus tersebut.

RUMUSAN

Penapis udara Cuckoo (dan apa-apa jenama sekalipun) dapat membantu untuk mengurangkan potensi merebaknya virus Covid-19, Influenza, Omicron dan sebagainya. 

Namun, ia tidaklah bermakna hanya dengan menggunakan penapis udara maka anda akan 100% terselamat daripada penyakit tersebut. 

Ini kerana penapis udara hanya dapat nyah virus yang merebak dalam udara (airborne), bukan yang telah jatuh ke permukaan, objek atau yang telah merebak melalui sentuhan. 

Mana-mana syarikat penapis udara sekalipun yang dakwa dapat menyingkirkan virus Covid-19, ia bermakna hanya yang merebak dalam udara sahaja yang dapat disingkirkan dan bukan yang telah jatuh ke permukaan. 

Dapatkan info dan promosi penapis udara cuckoo di www.cuckoonano.com