✆ WhatsApp 013 277 5539

Meninggal Dunia Sebelum Habis Bayar Cuckoo

Kematian adalah misteri.

Tidak ada sesiapa yang mengetahui bilakah ajalnya akan tiba.

Namun bagaimana jika seseorang masih lagi dalam kontrak sewa penapis air Cuckoo, namun masih belum habis bayar mengikut kontrak yang ditetapkan?

Sebagai contoh: Pak Abu mengambil kontrak sewa King Top selama 60 bulan dengan membayar sebanyak RM80/bulan.

2 tahun selepas membayar kontrak sewa, Pak Abu meninggal dunia.

Apakah yang perlu dilakukan oleh waris Pak Abu?

Ini merupakan antara persoalan yang sering ditanya oleh pelanggan Cuckoo yang sangat concern mengenai isu kematian kerana kerisauannya jika tidak dapat menunaikan hak yang sepatutnya ketika dia masih hidup.

Meninggal Dunia Sebelum Habis Bayar Cuckoo

FAHAM KONTRAK

Anda perlu faham apakah kontrak anda bersama Cuckoo.

  1. Sekiranya anda memilih pelan RENTAL, maka kontrak anda adalah bersama Cuckoo.
  2. Sekiranya anda memilih untuk pembelian Outright dan pembayaran menggunakan KAD KREDIT, maka kontrak anda adalah bersama bank yang menyediakan khidmat kad kredit
  3. Sekiranya anda memilih pembelian secara CASH, maka anda tidak tertakluk kepada mana-mana kontrak

Bagi yang memilih kontrak RENTAL, anda perlu faham bahawa kontrak asal anda bersama Cuckoo adalah RENTAL dan bukanlah Rent To Own (Sewa Beli).

Ini bermakna Cuckoo berhak untuk mengambil semula penapis air Cuckoo ini daripada pelanggan yang meninggal sebelum tamat kontrak.

Dan Cuckoo juga berhak untuk memberi penapis air ini, menukar hakmilik penapis air tersebut kepada pelanggan sekiranya kontrak sudah tamat dan pembayaran sudah dilakukan sehingga habis.

MENINGGAL DUNIA

Bagi pelanggan yang memilih pelan RENTAL, selepas meninggal dunia waris mempunyai 2 pilihan:

  1. Kembalikan penapis air Cuckoo yang disewa kepada Cuckoo
  2. Sambung bayar bagi habiskan kontrak bersama Cuckoo

PILIHAN 1 – KEMBALIKAN PENAPIS AIR

Bagaimana caranya untuk kembalikan penapis air Cuckoo tersebut kepada Cuckoo?

Waris hanya perlu hubungi Cuckoo untuk memaklumkan kematian pelanggan yang menyewa. Kemudian hantarkan sijil kematian kepada Cuckoo. Penapis air Cuckoo akan diambil semula oleh pihak Cuckoo. Waris tidak perlu membayar baki sewa lagi.

PILIHAN 2 – SAMBUNG KONTRAK

Bagi waris yang masih ingin menyambung kontrak sewa penapis air bersama Cuckoo sehingga habis tempoh kontrak, hanya perlu ikut cara berikut.

Waris hubungi Cuckoo untuk memaklumkan kematian pelanggan. Hantarkan sijil kematian kepada Cuckoo. Dan maklumkan kepada pihak Cuckoo yang waris ingin menyambung kontrak bersama Cuckoo.

Maklumat waris akan digantikan dengan pelanggan asal. Waris perlu berikan kepada Cuckoo maklumat yang sama seperti pelanggan asal sebelum ini seperti

  1. Nama
  2. IC
  3. No kad debit/kredit
  4. Alamat
  5. No telefon
  6. Emel
  7. Waris terdekat
  8. Dan lain-lain lagi

Kemudian setelah selesai urusan bersama Cuckoo, waris boleh kembali menyambung kontrak bersama Cuckoo.

Ambil semula contoh di atas:

Pak Abu mengambil kontrak sewa King Top selama 60 bulan dengan membayar sebanyak RM80/bulan.

2 tahun selepas membayar kontrak sewa, Pak Abu meninggal dunia.

Jika waris ingin sambung bayar, waris hanya perlu habiskan baki pembayaran lagi 3 tahun sahaja.

 

KESIMPULAN

Kematian adalah misteri, dan hanya Allah yang mengetahui bilakah ajal seseorang itu akan tiba.

Maka pelanggan dan waris perlu cakna mengenai perkara ini.

Apabila berlaku kematian, segera hubungi Cuckoo untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Hubungi Cuckoo di talian 1800 88 8181