Penapis air Cuckoo Flo Stand adalah penapis air terbaru keluaran 2024 yang mana model sebelumnya adalah model Cuckoo Queen Stand dan Cuckoo Deluxe (discontinued).
Model ini didatangkan dengan rekabentuk baru yang lebih minimalis dan simple, tetapi dengan tangki yang lebih besar untuk kemudahan para pengguna. Saya kongsikan semua kelebihan penapis air Cuckoo Flo Stand ini untuk anda.
Tangki Besar 16L
Disediakan dengan tangki sebesar 16L, sesuai untuk anda yang mempunyai penghuni rumai yang ramai. Tekan banyak air keluar pun, masih ada simpanan air sejuk dan panas di dalam tangki.
Tak perlu risau lagi kalau tak cukup kapasiti air sebab tangkinya yang besar. Sangat mudah dan praktikal untuk kegunaan harian, mahupun apabila ada tetamu datang ke rumah.
Saiz tangki penapis air Cuckoo Flo Stand:
- Sejuk: 5.0L
- Panas: 4.0L
- Suhu Biasa: 7.0L
Air Bermineral & Alkali Ringan
Air minuman yang sihat adalah air yang telah ditapis segala kotoran, bakteria dan logam berat. Begitu juga air yang sihat adalah air yang mengelkalkan mineral yang baik untuk tubuh badan.
Penapis air Cuckoo Flo Stand ini mengekalkan mineral dan alkali ringan yang dapat
- Meningkatkan tahap kesihatan – Mineral seperti kalsium, potassium, magnesium dan sodium dapat menyokong kesihatan tulang, otot dan jantung. Manakala alkali ringan dapat seimbangkan pH dalam badan.
- Rasa air lebih segar dan sedap
- Hidrasi yang lebih baik
- Antioksidan
- Menyokong sistem pencernaan – kurangkan masalah asid dan refluks
- Meningkatkan imuniti tubuh
Berbanding air tapisan osmosis songsang atau reverse osmosis yang tiada mineral dan pH di bawah 7.0, walaupun ia telah ditapis bersih namun ia tidak memberikan manfaat yang banyak kepada penggunanya.
Suhu Air Sejuk Boleh Laras
Penapis air Cuckoo Flo Stand juga mempunyai fungsi pelarasan suhu sejuk untuk anda melaraskan kesejukan air.
Anda boleh laraskan air daripada suhu paling sejuk kepada suhu kurang sejuk (bukan suam).
Jika ada yang tak gemar minum air sejuk, pulas sahaja pelaras untuk kurangkan suhu untuk minum air suhu biasa.
Tapisan Nano Positif 3.0
Dengan tapisan Nano Positif 3.0 filter ini, air minuman yang dihasilkan dijamin
✅ Bebas kotoran
✅ Bebas bahan kimia merbahaya
✅ Bebas logam berat
✅ Bebas karat
✅ Bebas keladak
✅ Bebas kapur
Ini bagi memastikan air yang anda minum adalah sihat, selamat dan berkhasiat untuk anda sekeluarga minum setiap hari.
Air yang dihasilkan juga mengekalkan mineral yang baik untuk tubuh badan anda dan tahap pH air adalah sekitar 7.5 iaitu alkali ringan / mild alkaline.
Ia tidak sama dengan sistem tapisan Reverse Osmosis yang tiada kandungan mineral yang baik untuk tubuh, walaupun segala kotoran telah ditapis daripada air.
Servis Setiap 4 Bulan
Apabila penapis air Cuckoo Flo Stand ini telah dipasang di rumah anda, setiap 4 bulan Cuckoo akan datang ke rumah anda untuk melaksanakan servis Cuckoo+ bagi membersihkan mesin dan menukar filter baru secara berjadual.
Bagi penapis air Cuckoo, kami tidak akan sekadar mencuci filter lama anda namun kami akan gantikan terus kepada yang baru.
Penapis air anda juga akan dibersihkan di bahagian-bahagian penting seperti faucet dan tangki bagi memastikan bebas daripada pembiakan kuman dan bakteria.
Rekabentuk Moden Minimalis
Lihat sahaja rekabentuk Cuckoo Flo Stand ini, ternyata ia kelihatan moden dan minimalis yang sesuai dengan trend terkini yang mana ramai meminati rekabentuk yang mudah dan cantik untuk rumah.
Pasang sahaja Cuckoo Flo Stand ini pasti kelihatan sesuai untuk hampir setiap rumah. Anda yang minat rekabentuk simple sudah pasti Cuckoo Flo Stand ini akan menjadi pilihan anda, dan akan menyerikan dapur anda.
Ramai Penghuni
Penapis air Cuckoo Flo Stand ini sesuai untuk rumah yang mempunyai penghuni 5 orang dan ke atas. Begitu juga rumah yang kerap ada tetapi hadir untuk ziarah dan premis-premis perniagaan, pejabat dan awam.
Di bawah ini adalah beberapa cadangan siapa yang sesuai menggunakan penapis air Cuckoo Flo Stand:
- Rumah berpenghuni 5 orang ke atas
- Dapur Tiada Table Top
- Rumah Ibubapa
- Pejabat
- Sekolah & Asrama
- Restoran
- Masjid & Surau
- Hotel & Resort
- Jabatan Kerajaan
Tiada Elektrik (Blackout)? Tiada Air?
Ada kalanya rumah dilanda ketiadaan elektrik / blackout. Dengan Cuckoo Flo Stand ini, anda tidak perlu risau kerana ia adlaah penapis air jenis mekanikal.
Walaupun tiada elektrik, anda masih boleh menekan tombol air untuk keluarkan air minuman tanpa had. Ini kerana untuk mengeluarkan air, anda tidak perlukan tenaga elektrik untuk mengeluarkannya.
Jika berlaku ketiadaan air pula, anda masih tak perlu risau kerana tangki penapis air ini besar iaitu 16 liter. Untuk minuman, anda ada tangki simpanan 16 liter di rumah untuk anda gunakan ketika ketiadaan air.
Child Safety Lock
Penapis air Cuckoo Flo Stand ini juga mempunyai butang child safety lock / kekunci keselamatan kanak-kanak bagi mengelakkan kecederaan terkena air panas.
Child Safety Lock ini hanya untuk air panas. Untuk keluarkan air panas, tekan butang tersebut kemudian tekan tombol air panas untuk keluarkan air panas.
Jimat Ruang
Bagi anda yang tiada table top, atau kekurangan ruang di rumah. Penapis air jenis stand begini mudah untuk anda kerana ia tidak memerlukan table top untuk meletakkannya. Tak perlu cari meja, stand dan sebagainya.
Letak sahaja di mana-mana kawasan yang anda ingin letak di rumah, yang penting tidak jauh dari sumber air dan plug elektrik untuk mendapatkan sumber air dan elektrik.
Mudah Alih
Sekiranya anda ingin alihkan ke tempat lain, senang sahaja nak pindahkannya kerana ia adalah jenis stand. Berbeza dengan penapis air table top, untuk alihkannya, anda perlu cari tempat dan ruang yang sesuai untuk meletakkannya.
Pelan Bayaran Bulanan
Penapis air Cuckoo Flo Stand jenis mekanikal.
Bayaran bulanan serendah RM115/bulan. Harga tunai RM4200.
- Bulan ke 1-36: RM115/bulan
- Bulan ke 37-60: RM110/bulan
Kapasiti tangki:
- Sejuk: 5.0L
- Panas: 4.0L
- Room: 7.0L
Percuma NCS servis, pertukaran filter dan waranti hingga 5 tahun. (NCS: RM700/tahun)