✆ WhatsApp 013 277 5539

Ramai yang bertanya kepada kami apa kelebihannya menjadi ejen Cuckoo.

Terdapat banyak kelebihan dan manfaat jika anda memilih kerjaya part time mahupun full time sebagai ejen Cuckoo.

Ini kerana menjadi ejen Cuckoo dapat membantu anda untuk memperoleh pendapatan bulanan yang lumayan.

Ramai ejen Cuckoo yang sudah menjadi ejen full time kerana income dan komisyen daripada Cuckoo sahaja sudah dapat menampung perbelanjaan hidup dengan cukup selesa.

Hanya dengan menjual sebanyak 10 unit sebulan, anda berpeluang memperoleh income lebih RM4,000 yang mana jumlah tersebut adalah tinggi dan lebih banyak daripada kebanyakan kerja-kerja full time yang lain.

Graduan universiti pun boleh capai income ratusan hingga ribuan ringgit setiap bulan hanya menjual Cuckoo.

Bahkan, jika anda inginkan pendapatan sehingga RM10,000, RM20,000 ke atas juga boleh dicapai jika mahu.

Dan ramai ejen Cuckoo yang telah mencapai angka pendapatan RM10,000 ke atas bersama Cuckoo TANPA MODAL (atau dengan modal minima).

Selain daripada itu, kerjaya part-time atau full-time sebagai ejen Cuckoo juga tidak memerlukan anda untuk ada sijil, diploma atau degree.

Sesiapa sahaja boleh daftar termasuklah lepasan SPM!

Ramai ejen-ejen kami yang masih muda namun sudah memperoleh income 4 hingga 5 angka hanya dengan Cuckoo. Menarik kan?

Namun, kelebihan kerjaya sebagai ejen Cuckoo bukanlah sahaja pada income yang lumayan. Cuckoo juga memberi insentif-insentif lain selain daripada income.

1. Komisyen Bermula RM300 hingga RM500 Seunit

Kerjaya Cuckoo

Antara kelebihan paling best dengan kerjaya Cuckoo adalah income yang sangat menarik.

Anda boleh jana RM1,000 hingga RM10,000 tanpa modal atau dengan modal yang kecil.

Hanya ikut sistem jualan, buat sungguh-sungguh, copy-paste sahaja sistem yang telah berjaya maka nescaya anda juga boleh berjaya.

kiraan komisyen ejen Cuckoo 2025

Tak perlu nak capai target-target tertentu untuk lock komisyen RM300 seunit.

Walaupun anda jual 1 unit, anda akan dapat RM300 juga.

Kalau jual 5 unit ke atas, komisyen akan naik ke RM350/unit.

10 unit ke atas pula akan dapat RM450/unit.

Manakala 15 unit ke atas, anda akan dapat RM500 seunit!

Cara kiraan saya akan tunjukkan di whatsapp nanti. Juga boleh dibaca di sini.

Bayangkan anda jual 10 unit sebulan, anda akan dapat hingga RM4500 sebulan hanya menjual di rumah.

Kalau anda jual 3 unit part-time pun dah dapat RM900, macam-macam perbelanjaan dah boleh cover dengan RM900 tu.

2. Tanpa Modal

Kebanyakan bisnes part-time atau full-time yang mana bila kita baru nak mulakan ia perlukan jumlah modal yang besar.

Pergi sahaja mana-mana bisnes, nak dapat income RM10,000 pun mesti keluarkan modal sekitar RM5,000 dahulu.

Anda perlu keluarkan ratusan bahkan ribuan ringgit semata-mata nak daftar dan beli stok daripada stokis.

Sebahagian orang yang baru nak buat bisnes bila dah beli banyak stok, disebabkan tak pandai lagi nak berbisnes stok produk tak bergerak.

Dah lah produk tak bergerak, simpan pula bawah katil. Cukup setahun produk dah expired, tak boleh nak pakai. Waranti dah habis.

Kalau boleh jual pun, berapa lama masa perlu diambil untuk habiskan stok, baru lah balik modal untuk nak merasa untung.

Tengok betapa banyak kerugian yang kita lalui sebab kita mulakan bisnes tanpa ilmu tapi guna modal besar. Kalau dah ada experience kira ok lagi, itu pun belum tentu boleh untung cepat.

Di Cuckoo, konsep berniaga dia macam Dropship sahaja.

Anda boleh dapat pendapatan RM10,000 tanpa modal atau modal minima. Serius!

Kita tak perlu nak pegang stok, simpan stok dan lain-lain.

❌ Tak perlu keluar modal
❌ Tak perlu registration fees
❌ Tak perlu yuran tahunan ejen
❌ Tak perlu beli produk
❌ Tak perlu simpan barang
✅ Semua tanpa sebarang modal

Hanya promote secara online je anda dah boleh buat income 4 hingga 5 angka.

Walaupun anda tinggal di Kelantan, Sabah, Perlis, kalau ada pelanggan nak pasang Cuckoo di Johor pun tiada masalah.

Cuckoo akan datang ke rumah pelanggan untuk uruskan pemasangan.

Pasang penapis Cuckoo bukan tanggungjawab kita sebagai ejen.

Tugas kita hanya menjual kepada pelanggan yang ingin membeli.

3. Latihan Percuma

Sebagai ejen CUCKOO, anda akan diberikan akses kepada latihan percuma yang disediakan untuk membantu anda faham asas dan strategi dalam menjual.

Latihan sebenarnya sangat penting kerana dalam apa jua bidang. Kejayaan bermula dengan ilmu, mentor, dan sistem yang betul. Anda tak perlu “langgar dinding” berkali-kali untuk belajar sendiri.

Cukup sekadar ikut sahaja apa yang diajar – dan insyaAllah, hasilnya akan menyusul.

Anda juga akan dibimbing oleh leader berpengalaman yang akan:

✅ Ajar anda strategi yang terbukti berkesan
✅ Support anda secara konsisten
✅ Tolong bimbing capai target lebih cepat
✅ Boleh coaching 1-to-1 kalau perlu support lebih dekat

Skil yang anda perolehi juga dapat digunakan dalam bisnes-bisnes lain yang anda lakukan kerana skil menjual adalah antara skil termahal dalam hidup.

Walaupun dunia sedang menghadapi kegawatan ekonomi, jika anda ada skil menjual anda masih boleh ‘survive’ tanpa kerja full time.

Kenapa? Sebab anda ada skil untuk menjual. Walaupun satu hari nanti anda ingin buat bisnes lain, skil tersebut boleh digunakan untuk bisnes baru tersebut.

Pelbagai jenis latihan yang boleh diberikan termasuk

  • Latihan Online Sales
  • Latihan Offline Sales
  • Latihan FB Ads
  • Latihan Website
  • Latihan Google Ads
  • Latihan Copywriting
  • Latihan Teknik Naga
  • Dan pelbagai lagi

Latihan ini dijalankan secara online je, fleksibel ikut masa dan keselesaan anda.

Best kan? Mestilah!

4. Percutian Percuma

cuckoo dubai trip 01

Biasanya, hanya mereka yang berpangkat tinggi dalam syarikat besar sahaja yang layak menerima ikut trip percutian ke luar negara. Itu pun mungkin sesekali sahaja.

Tapi bila anda buat CUCKOO, anda berpeluang dapat ikut percutian ke destinasi menarik seperti Korea, Jepun, Vietnam, bahkan ke Dubai. Yang penting kena usahakan capai target jualan yang ditetapkan.

Dan ini bukan sekadar cakap kosong.

Saya sendiri dah merasa alhamdulillah, saya pernah diberikan tawaran Cuckoo Incentive Trip ke Dubai dan Hanoi, ditaja sepenuhnya oleh CUCKOO!

Semua ditanggung! Tiket kapal terbang, hotel & aktiviti sepanjang program. Pergi bawa duit belanja je untuk shopping.

Bukan takat bercuti. Tapi peluang untuk rehatkan diri, bina semangat baru dan lihat apa yang boleh dicapai hasil usaha sendiri pada masa akan datang pula.

Sepanjang di sana, kita hanya perlu bercuti sahaja 😁

5. Peluang Kenaikan Pangkat

struktur organisasi jualan cuckoo agent ejen

Apabila anda mendaftar sebagai ejen CUCKOO sama ada secara part-time atau full-time, anda akan bermula sebagai seorang SR (Sales Executive).

Walaupun ini level permulaan, sebenarnya ramai je ejen yang berjaya menjana pendapatan 4 hingga 5 angka sebulan sebagai SR, tapi ia banyak bergantung kepada usaha dan komitmen mereka juga.

Dari situ, anda boleh naik ke pangkat seterusnya seperti:

✅ BSM (Branch Sales Manager)
✅ ASM (Area Sales Manager)
✅ RSM (Regional Sales Manager)

Setiap kenaikan pangkat membuka lebih banyak peluang dan kelebihan, termasuk:

🔥 Boleh booth atau brandstore di pusat beli-belah / pasar raya
🔥 Boleh urus pasukan jualan sendiri
🔥 Potensi pendapatan yang lebih tinggi / group sales
🔥 Dapat gaji daripada Cuckoo
🔥 Dapat KWSP caruman penuh, bermula BSM ke atas
🔥 Dapat benefit seperti seorang pekerja syarikat, berkerja seperti seorang usahawan!

Apabila anda mencapai tahap BSM dan ke atas, fokus anda bukan hanya kepada jualan sendiri, tetapi juga membina team dan membantu mereka untuk capai kejayaan bersama.

Dari situ, anda boleh mula merasai pendapatan pasif bulanan hasil prestasi pasukan. Satu bentuk pendapatan yang boleh terus berkembang apabila pasukan anda konsisten membuat jualan setiap bulan.

6. Kerja Dari Rumah

Semasa saya berada di Mekah pun boleh uruskan jualan dari sana.

Sekiranya anda individu yang mendambakan kerjaya dari sendiri, dapat kerja dari rumah.

Sekiranya anda surirumah yang ingin jana pendapatan sendiri sambil jaga anak maka kerjaya Cuckoo ini adalah kerjaya yang sangat sesuai untuk anda!

Kerana di Cuckoo, anda tidak perlu pergi ke pejabat Cuckoo untuk uruskan tempahan. Anda tidak perlu pergi pasang penapis air di rumah pelanggan. Semua kerja itu diuruskan oleh Cuckoo.

Kerja anda hanya dapatkan pelanggan yang ingin pasang Cuckoo. Itu sahaja.

Di Cuckoo (bersama team saya), anda TIDAK akan dipaksa untuk capai sebarang jumlah jualan.

Melainkan anda sendiri yang tentukan berapa jumlah pendapatan yang diingini. Tugas saya hanya bantu anda untuk capai pendapatan tersebut..

7. Bantuan Iklan & Strategi Jualan Disediakan

telegram team gerila cuckoo 2
telegram team gerila cuckoo 3

Sebagai manager, saya tak akan biarkan anda bergerak seorang diri.

Saya akan bantu sediakan:

✅ Bahan-bahan iklan seperti poster, video, dan copywriting
✅ Ayat iklan yang sesuai untuk media sosial anda
✅ Panduan strategi dan teknik pemasaran yang dah terbukti berkesan

Ini penting supaya anda tak perlu bermula dari kosong.

Dah ada copywriting, ada poster anda boleh terus mula menjual.

Tak perlu pening nak fikir ayat sendiri setiap kali nak post sebab boleh copy jer terus apa yang leader dah berikan.

Anda hanya perlu fokus untuk konsisten menjual sahaja.

8. Makan-Makan Bersama Achievers

Antara aktiviti saya bersama para ejen sesekali adalah aktiviti makan-makan bersama ejen sebagai penghargaan bagi anda yang mencapai target jualan.

Di sini, anda akan berjumpa dengan lebih ramai ejen yang capai jualan bulanan dan anda akan rasa lebih bersemangat untuk buat lebih lagi pada bulan-bulan mendatang!

9. Support Group Yang Responsif & Membantu

Apabila anda menjadi ejen CUCKOO, antara faktor penting yang perlu diberi perhatian adalah memilih team yang betul, dan salah satu tanda team yang bagus ialah mempunyai support group yang responsif.

Kenapa penting? Team yang aktif menunjukkan bahawa:

  • Mereka sedang bergerak, bukan tidak aktif
  • Ada sistem dan bimbingan yang terbukti berkesan
  • Tak rasa terkontang-kanting bersendirian

Dalam team kami, anda akan dimasukkan ke dalam group support khas, di mana kami berkongsi:

  • Update promosi & produk
  • Teknik jualan yang terkini
  • Skrip-skrip jualan
  • Motivasi & semangat
  • Goal setting
  • Bahan marketing dan ayat iklan
  • Tempat bertanya soalan

Anda boleh bertanya, belajar, dan ambil inspirasi dari ejen lain yang sama-sama berjuang. Bila team aktif, anda pun jadi lebih semangat dan tak cepat give up.

10. Panduan Lengkap Ejen Disediakan (#TeamGerilaCuckoo)

Jika anda mendaftar bersama saya, saya akan kongsikan panduan lengkap khas untuk ejen.

Segala keperluan untuk memulakan bisnes CUCKOO dah tersedia, termasuk:

  • Maklumat produk terkini
  • Langkah-langkah untuk mula menjual
  • Borang tempahan & panduan penggunaan
  • Koleksi poster, gambar, & bahan iklan
  • Video tutorial dan panduan
  • Teknik menjual

Panduan ini disusun khas untuk memudahkan anda bermula dan bergerak dengan lebih yakin, dan hanya diberikan kepada team kami sahaja.

Bukan semua team Cuckoo yang sediakan sistem begini, jadi pastikan anda berada dalam team yang betul untuk dapat apa yang anda perlukan.

11. e-Brandstore

cuckoo ebrandstore agent ejen cuckoo

Sebagai ejen CUCKOO, kini anda boleh menjual produk dengan lebih mudah, semuanya dihujung jari.

Kalau dulu, setiap jualan perlu diuruskan secara manual dan dihantar ke pejabat.

Tapi sekarang, CUCKOO telah sediakan sistem yang jauh lebih mudah:

Anda hanya perlu masukkan data ke dalam sistem online, dan CUCKOO akan uruskan pemasangan.

Lebih menarik, kini pelanggan boleh terus beli produk melalui eBrandstore khas milik anda sendiri, lebih kurang macam membeli di Shopee!

Apa kelebihannya?

✅ Tak perlu tulis guna borang kertas lagi
✅ Hanya kongsi link e-Brandstore anda
✅ Pelanggan boleh terus pilih, isi maklumat & buat pembelian sendiri
✅ Pemasangan secepat 48 jam selepas pembelian
✅ Percuma untuk semua ejen CUCKOO di seluruh Malaysia

Mudah, cepat, dan sangat mesra pengguna.

12. Pelbagai Kategori Produk

Di Cuckoo ada pelbagai jenis produk yang boleh anda jual termasuklah:

a. Penapis Air
b. Penapis Air Luar Rumah (Outdoor Water Filter)
c. Penapis Udara
d. Multi-Cookers
e. Dapur Induksi (Cuckoo Inductrio)
f. Cuckoo Max Blender

Dan senarai ini akan bertambah dari semasa ke semasa.

Apa kebaikannya?

Kebaikannya adalah anda boleh jual lebih dari 1 produk kepada lebih ramai pelanggan.

Jika lebih banyak produk boleh dijual, lebih mudah untuk anda capai target jualan!

13. Slip Komisyen Cuckoo – Boleh Beli Rumah & Kereta

Salah satu kelebihan besar jadi ejen CUCKOO adalah anda akan terima slip komisen rasmi setiap bulan selagi anda buat jualan

Slip komisyen ini yang boleh digunakan untuk urusan penting seperti pembelian rumah dan kereta baru.

Berbeza dengan sesetengah bisnes seperti dropship atau bisnes online lain yang lebih susah nak buktikan dari sudut kewangan. Komisen ejen CUCKOO boleh guna untuk beli rumah & kereta sebab:

  • Bayaran komisen dibuat secara konsisten pada 10hb setiap bulan
  • Slip pendapatan rasmi disediakan setiap bulan
  • Pihak bank boleh semak slip gaji berserta statement bank untuk pengesahan

Dengan dokumen ini, anda boleh mohon pinjaman perumahan atau kenderaan menggunakan slip komisen Cuckoo, sama seperti pekerja makan gaji.

Ramai ejen yang berjaya telah menggunakan slip ini untuk:

  • Pembelian rumah
  • Pembelian kereta baru
  • Pelaburan aset-aset baru

Semua ini bermula dengan langkah pertama, daftar dan mulakan perjalanan anda sebagai ejen CUCKOO.

KESIMPULAN

Kalau anda sedang mencari peluang untuk:

  • Mulakan bisnes online dari rumah
  • Bantu sara keluarga dengan pendapatan yang lebih stabil
  • Sedang berkerja, nak duit extra RM1000 ke atas setiap bulan
  • Surirumah yang ingin ada pendapatan sendiri
  • Pelajar yang mahu tambah duit poket
  • Kumpul dana untuk kahwin, beli rumah, kereta, atau pergi bercuti
  • Malah simpanan untuk umrah dan haji

… maka kerjaya sebagai ejen CUCKOO adalah pilihan anda.

Kenapa?

✅ Boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja — tak kira umur, latar belakang atau pengalaman
✅ Kerja mudah — hanya promosi dan bantu pelanggan pilih produk CUCKOO
✅ Ada sistem, latihan & bimbingan yang terbukti
✅ Komisen dibayar terus ke akaun bank setiap bulan
✅ Semakin tinggi jualan, semakin besar potensi pendapatan anda

Dengan usaha yang konsisten, anda boleh capai target dan lihat hasilnya masuk terus ke akaun bank.

Sekarang, anda cuma perlu buat satu keputusan.

Klik & daftar sebagai ejen hari ini.

Masa depan anda boleh mula berubah dari hari ini juga.

Berminat nak join Team Gerila Cuckoo?

Berminat nak mulakan kerjaya online dengan Cuckoo?

Tekan link di bawah dan isi borang daftar ejen sekarang!

Saya akan respon dengan segera

✅ www.cuckoonano.com/kerjaya-cuckoo/
✅ www.cuckoonano.com/kerjaya-cuckoo/
✅ www.cuckoonano.com/kerjaya-cuckoo/

WhatsApp/Call saya di 0139916967 atau

Klik www.wasap.my/60139916967