✆ WhatsApp 013 277 5539

Kini ramai yang mencari penapis air luar rumah kerana kekotoran air yang masuk di paip rumah. Seperti yang kita tahu, air yang disediakan oleh syarikat air sudah tentu telah bersih dirawat dan selamat digunakan. Namun, ia berpotensi kembali kotor apabila melalui saluran paip lama yang berpuluh-puluh atau bahkan ratusan kilometer yang sudah puluhan tahun tidak dibersihkan atau diganti.

Antara masalah yang biasa dialami termasuklah air keruh, air kuning, air berbau, air berkarat, air berkapur, air yang dikhuatiri bercampur bahan kimia dan sebagainya.

Harapan terbesar kita sudah pastilah air bersih, selamat dan yakin dapat digunakan untuk tujuan mandi, cuci baju, memasak, minum dan sebagainya. 

Antara potensi kesan sekiranya anda terus menerus gunakan air yang tidak bersih di rumah termasuklah:

  • Air rasa tidak sedap
  • Air kuning, kotor dan berkeladak
  • Masalah kulit dan alergi
  • Kesan kotoran kuning pada pakaian
  • Kulit dan rambut berminyak
  • Bau mulut yang busuk
  • Bibir merekah
  • Diarrhoea/Cirit birit
  • Sakit buah pinggang
  • Sakit perut

Ada beberapa kriteria yang anda perlukan sebelum membuat pilihan untuk memasang outdoor water filter. Dalam perkongsian kali ini, saya kongsikan 10 kelebihan yang ada pada penapis air luar rumah Cuckoo Prime X3 ini.

1. Tapisan Halus: Membran PVDF 2.0 Ultra-Filtration

Kini penapis air luar rumah Cuckoo Prime X3 telah menggantikan membran PVDF terdahulu kepada membran baru PVDF 2.0 Ultra Filtration menjadikannya berfungsi lebih cekap lagi berbanding membran lama.

Fungsinya termasuklah untuk menapis dengan tapisan sehalus 0.05 micron untuk menapis segala kotoran, karat, sedimen, dan bakteria merbahaya yang datang daripada sumber air di rumah anda, namun pada masa sama dapat mengurangkan risiko tersumbat.

2. Selesaikan Masalah Air Kuning, Klorin, Karat, Kotor & Berbau

Dengan filter yang baru ini, sekaligus ia dapat menyelesaikan masalah utama pada air paip di rumah anda seperti yang dinyatakan di atas: air kuning, kotor, berbau, klorin, karat dan sebagainya.

Jika sebelum ini anda risau air di rumah anda dapat menjejaskan warna pakaian, kini dengan penapis air Cuckoo Prime X3 anda sudah tidak perlu risau lagi. Insya-Allah, air tersebut lebih selamat dan diyakini untuk tujuan tersebut.

3. Air Bersih Seluruh Rumah

Selain itu, menggunakan penapis air Prime X3 ini bukan sahaja dapat membersihkan air hanya pada satu kawasan di rumah anda sahaja. Oleh kerana ia dipasang di ‘Point of Entry’ (POE), maka air yang akan masuk ke dalam rumah anda, air tangki, air di bilik air, air di dapur semuanya akan jadi lebih bersih.

4. Saiz Kompak & Mudah Pasang Di Mana-Mana

Saiz Prime X3 Outdoor Filter ini cukup kecil dan kompak, sesuai dipasang di rumah besar mahupun rumah kondominium dan flat.

Saiznya hanyalah 590mm x 155mm sahaja, dengan berat hanya 4.3KG. Walaupun saiznya yang kompak, namun kuasa serapan membran tapisannya adalah sangat kuat (hydrophilic) mempercepatkan proses penapisan pada penapis air ini.

Ramai pelanggan kami yang telah menggunakan penapis air luar rumah Prime ini yang memasang di rumah-rumah kondominium, flat, teres, semi-D mahupun Banglo!

5. Prime-X Flush System – Automasi Pembersihan Filter

Penapis air yang tidak di-flush, tidak dicuci berpotensi buat penapis air itu tersumbat. Maka apabila tersumbat, air yang akan masuk ke dalam rumah anda akan jadi lebih perlahan.

Namun dengan Prime-X Flush System terbaru ini, anda boleh membersihkan penapis air luar rumah anda secara manual untuk pastikan penapisan yang paling optimum.

Setiap 8 jam, penapis air anda akan di-flush secara automatik selama 1 minit untuk memastikan sisa kotoran, karat, selut dan sebagainya terus dibuang sekaligus mengelakkan potensi mendapan dan penapis air tersumbat.

5a. Tapisan Secara Manual

Anda boleh juga lakukan aktiviti backwash, fastwash dan bypass.

Backwash – Untuk mencuci filter anda jika berlaku sumbatan. Boleh dilakukan secara berkala untuk pastikan lebih air bersih dan tekanan air lebih optimum.

Fast Wash – Untuk bersihkan dalam penapis air Prime X3 anda selepas buat backwash

Bypass – Untuk sambung air paip luar rumah terus masuk ke dalam rumah. Boleh digunakan dalam keadaan yang tak dapat dielakkan seperti kebocoran atau sumbatan teruk (severe clogging). Sekiranya berlaku masalah tersebut, hubungi terus 1800888181 untuk servis segera.

6. Tanpa Penggunaan Elektrik

Outdoor filter ini tidak menggunakan tenaga elektrik untuk beroperasi. Sekiranya rumah anda terputus bekalan air sekalipun, ia tidak akan menjejaskan fungsi penapis air ini. 

Ini bermakna anda tidak perlu risau kerana ia tidak akan menjejaskan bil letrik anda.

7. Stainless Steel Vessel SS304

Stainless Steel jenis SS304 ini adalah keluli tahan karat yang mana ia selamat untuk digunakan secara domestik. Kebaikan keluli tahan karat SS304 ini adalah ia adalah sangat kuat dan kukuh. Filter di dalamnya juga tidak terganggu kerana telah mendapat perlindungan yang mapan daripada luar.

8. Mudah Bersih & Kurang Risko Tersumbat

Filter ini didatangkan dengan sistem Automated Flushing System yang akan membuang sisa kotoran di dalam filter secara automatik setiap 1~3 hari (anda boleh tetapkan sendiri namun pihak Cuckoo akan lakukan penetapan untuk anda terlebih dahulu selepas pemasangan). 

Begitu juga dengan Prime-X Flush System seperti yang telah diterangkan di atas. Kedua-dua fungsi ini menjadikan penapis air luar rumah ini mudah dibersihkan dan kurang risiko sumbatan yang dapat menyebabkan tekanan air rendah di dalam rumah. 

Kedua-dua sistem ini sangat penting untuk ada pada sesebuah penapis air luar rumah bagi memastikan tapisan air yang bersih dan tekanan air yang optimum

9. Servis Profesional & Tukar Membrane Berkala

Untuk penapis air luar rumah Cuckoo Prime X1 ini, servis akan diberikan secara berkala setiap 6 bulan manakala filter baru pula akan digantikan secara setiap 37 bulan (rental) dan setiap 12 bulan (outright).

Anda tidak perlu risau kerana jika berlaku sebarang masalah pada penapis air Prime X3 anda, Cuckoo akan datang ke rumah anda untuk selesaikan masalah penapis air tersebut (selagi mana masih ada dalam waranti).

10. Pakej Bulanan Serendah RM85

Cuckoo Prime X3 ini merupakan outdoor water filter POE yang mampu milik bagi setiap warga Malaysia. Kerana anda boleh memilih sama ada untuk membeli secara tunai RM1600 (harga asal RM2400) atau ambil rental plan serendah RM85 sebulan.

Untuk pakej outright (tunai), harganya adalah RM1600 dan ia termasuk servis setiap 6 bulan dan pertukaran filter baru selepas 12 bulan. Pakej servis, pertukaran filter dan waranti ini diberi percuma 1 tahun.

Manakala bagi pakej Rental pula, pelanggan boleh memilih pakej seperti berikut:

  • RM130/bulan – 18 bulan
  • RM110/bulan – 24 bulan
  • RM105/bulan – 30 bulan
  • RM100/bulan – 36 bulan
  • RM95/bulan – 48 bulan
  • RM85/bulan – 60 bulan

Anda boleh pilih mana sahaja pakej seperti di atas dan kontrak anda diikat mengikut kontrak yang terpilih. Selain itu, anda juga akan dapat percuma servis, pertukaran filter dan waranti mengikut tempoh kontrak yang telah anda pilih seperti di atas.

Spesifikasi Cuckoo Prime X3

Gambar Penapis Air Luar Rumah Cuckoo Prime X3

Berminat Untuk Tempah / Pertanyaan?