✆ WhatsApp 013 277 5539

Salam & hai semua pengunjung, saya ingin berkongsi dengan anda berkenaan kelebihan periuk ajaib Cuckoo atau juga disebut dengan Cuckoo Multi Cooker. Inilah dia periuk ajaib yang jadi fenomena di Korea dan berasal dari di negara Korea, dan kini terjual di Malaysia.

Seperti yang kita semua tahu, multicooker merupakan sebuah ‘gajet dapur’, periuk pelbagai fungsi yang boleh digunakan untuk memasak macam-macam jenis makanan dan pelbagai cara masakan.

Ia termasuklah untuk masak nasi, buat sup, lauk pauk, bakar ayam/daging, masak stew, kari, buat kuih muih, kek, bubur, nasi Arab, nasi Minyak, dessert, menggoreng, buat nasi goreng, mee goreng dan sebagainya.

Senang kata, cukup dengan ada multicooker sahaja di rumah pun, kita dah boleh masak macam-macam jenis makanan. Best kan?

Bukan setakat tu, nak memasak guna multicooker Cuckoo ni bukan sekadar pelbagai jenis lauk boleh dimasak, bahkan hasil masakan pun sangat cepat, empuk, sedap dan berkualiti.

Multicooker ni disebut sebagai multicooker, sebab dia ada banyak fungsi yang boleh digunakan dengannya. Tengok je multicooker Cuckoo ni, ada button untuk ditekan yang mana ia untuk memilih kaedah masakan yang kita inginkan. Ini supaya proses kita nak memasak pun lebih mudah sebab dah ada pre-set untuk kita tetapkan bagaimana cara kita nak masak lauk kita pada hari tersebut.

Dalam perkongsian kali ini, saya ingin ceritakan secara asas apa fungsi yang ada pada semua multicooker Cuckoo yang terjual di pasaran Malaysia, yang mana dengan fungsi-fungsi ini pun dah cukup menggiurkan dan kita akan Nampak bahawa ada multicooker ni memang sangat membantu dan cukup berbaloi untuk ia ada di dapur rumah kita.

Cara buat Butter Cake dengan Multicooker Cuckoo
Lamb Briyani Cuckoo Multicooker
Masak Nasi Dagang Dengan Cuckoo Multicooker

RASA MAKANAN LEBIH SEDAP (dan sihat!)

Haa. Bila masak guna multicooker Cuckoo ni, boleh dikatakan hasil masakan kita pasti akan jadi lebih sedap untuk dimakan. Sebab ‘rasa’ makanan yang dimasak guna multicooker ni dapat dikeluarkan. Kalau kita masak sup ayam, rasa ayam pada sup itu dapat dikeluarkan sebab pressure pada multicooker itu membantu untuk keluarkan ‘perasa semulajadi’ daripada ayam itu.

kelebihan multicooker cuckoo

Maka bila masak sup ayam guna multicooker ni, dah tak perlu nak guna perencah lagi. Hasilnya makanan yang dimasak pasti lebih sihat!

Bila guna periuk biasa, belum tentu dapat keluarkan hasil begini sebab tiada pressure padanya.

MACAM-MACAM JENIS MAKANAN

Bila dah guna multicooker Cuckoo ni, memang boleh expect banyak sangat jenis makanan dan masakan boleh dibuat dengannya.

Ia bukan digunakan sekadar untuk masak nasi ya. Bahkan lebih dari itu.

Tak kisah sama ada nak masak lauk pauk, kari, rendang, dodol, ayam bakar, daging bakar, Nasi Arab, kuih seri muka, bubur pulut hitam, sup ayam, bihun goreng, nasi goreng, bubur, butter cake, cheese cake, pasta, spaghetti, ayam blackpaper, mee hailam, pulut kuning, ayam masak lemak cili api, kari kepala ikan, ikan steam, ikan sweet sour.

kelebihan multicooker cuckoo
Asam Pedas Ikan TenggiriSumber Gambar: Fadzli Rosli
kelebihan multicooker cuckoo
Ayam PaprikSumber Gambar: Fadzli Rosli
kelebihan multicooker cuckoo
Goreng Sosej & PopiaSumber Gambar: Fadzli Rosli
Ikan Siakap StimSumber Gambar: Fadzli Rosli
kelebihan multicooker cuckoo
Kuih Seri MukaSumber Gambar: Fadzli Rosli
kelebihan multicooker cuckoo
Buat dodol guna multicooker Cuckoo
kelebihan multicooker cuckoo
Cheese Cake Cuckoo Multicooker
Puding Roti Multicooker Cuckoo

Senang kata, apa sahaja makanan yang nak masak maka kebanyakannya boleh dimasak menggunakan multicooker Cuckoo ini. Ajaib kan?

MEMASAK LEBIH MUDAH & CEPAT

Kita boleh expect bahawa bila dah guna multicooker Cuckoo ini, sudah pasti masakan kita akan siap dengan sangat cepat.

Sebabnya proses pemanasan multicooker ini adalah sangat cepat dan sekata. Bahkan dengan ada tekanan (pressure) juga dapat bantu untuk mempercepatkan proses masakan kita.

Untuk masak nasi, kalau kita sedang tergesa-gesa untuk masak semasa nak makan. Multicooker Cuckoo ada fungsi Turbo Rice yang mana dapat mempercepatkan proses memasak sehingga sekitar 15 minit sahaja untuk siapkan nasi.

kelebihan multicooker cuckoo

Ia juga ada kuasa pemanasan Mega Thermal Power bagi periuk yang menggunakan sistem induksi, yang mana dapat memanaskan masakan dengan lebih efektif dan mempercepatkan proses masakan.

RASA MAINTAIN WALAUPUN GUNA MULTICOOKER BANYAK KALI

Biasa sesiapa yang guna periuk multicooker yang biasa, pasti ada masalah ini: Lepas dah masak satu masakan, bila nak buat masakan seterusnya kadang kala rasa masakan sebelum ni melekat pada masakan baru.

Ini adalah perkara normal yang berlaku pada kebanyakan multicooker, yang menyebabkan sebahagian orang rasa frust, tertekan sebab rasa masakan lari jadi kurang menyelerakan.

kelebihan multicooker cuckoo

Multicooker Cuckoo pula ada kelebihan yang tiada pada kebanyakan multicooker lain. Yang mana ia mempunyai fungsi Steam Sterilization yang dapat membersihan periuk dan segala laluan air menggunakan stim.

Juga ia mempunyai Water Draining System yang efektif, yang dapat mengalirkan air, wap masakan sebelum ini ke dalam tempat pembuangan sisa wap.

Selain itu, ia juga ada Full Stainless Steel Detachable Cover (Patented) yang dapat dicabut terus selepas memasak untuk dicuci seperti biasa. Ini tiada pada kebanyakan multicooker yang lain.

Inilah antara sebab mengapa multicooker Cuckoo dapat mengekalkan rasa masakan walaupun ia digunakan berkali-kali, dan rasa masakan seterusnya tidak akan tercemar akibat masakan lama.

PRESSURE COOKING

Fungsi ini bukan sahaja dapat jimatkan sehingga 70% masa memasak anda dan penggunaan tenaga elektrik. Bahkan ia juga dapat pastikan masakan anda panas dengan sekata, ia juga dapat mengekalkan mineral yang baik dan mengekalkan rasa sebenar masakan tersebut.

Suhu tinggi juga dapat menghapuskan bakteria merbahaya dan mengurangkan aflatoxin ke tahap yang lebih selamat. 3 kelebihan Pressure Cooking: Rasa masakan, berkhasiat dan jimat tenaga elektrik.

Kebanyakan Pressure Cooker di pasaran hasilkan tekanan sekitar 1.2kgf/cm2. Cuckoo hasilkan tekanan sebanyak 1.9kgf/cm2! Yang mana ia merupakan satu penemuan baharu dalam teknologi dan kaedah masakan nasi – lembut dalam mulut.

The Best Heating Power – World’s First 200.0 kPa

MAKANAN TAK TERLEBIH MASAK – PEMANASAN SEKATA

Lihat pada periuk nasi biasa, kebiasaannya bahagian bawah periuk adalah bahagian yang akan menyebabkan nasi jadi keras berkerak. Ini sebab pemanasan yang hanya bertumpu di bahagian bawah periuk.

kelebihan multicooker cuckoo

Untuk periuk Cuckoo pula, pemanasan adalah sangat sekata dan ia sekata tidak kira di bahagian atas, atau bawah periuk.

Maka anda tidak akan membazir makanan dan makanan anda tidak cepat rosak.

TIADA KERAK NASI!

Pengalaman sendiri bila dah masak nasi guna periuk M10 Cuckoo, kerak nasi memang tak jadi isu. Sebab macam yang saya sebut sebelum ni, antaranya adalah sebab pemanasan lebih sekata DAN periuk Cuckoo ni menggunakan salutan periuk yang tidak melekit (non stick).

Namun non-stick pada periuk Cuckoo ini tak sama macam periuk-periuk biasa yang mana mudah terhakis dan bahaya pada kesihatan.

kelebihan multicooker cuckoo

Standard coating bagi bahagian dalam periuk Cuckoo ini pula disalut dengan pelbagai jenis material yang berkualiti, seperti di bawah:

kelebihan multicooker cuckoo

Ia lebih tahan kepanasan yang tinggi juga tekanan. Bila kepanasan tinggi, kita faham biasanya ia akan menyebabkan makanan berkerak.

Tapi berbeza bagi periuk Cuckoo, standard dan teknologi coating yang dibuat adalah sesuai dengan kepanasan dan tekanan yang tinggi dan itulah sebab mengapa proses masakan jadi lebih cepat dan berkualiti.

INDUCTION HEATING – PEMANASAN INDUKSI

Untuk sebahagian besar model multicooker Cuckoo mempunyai sistem pemanasan induksi untuk memasak. Teknologi induksi ini adalah sangat berkuasa untuk tujuan masakan kerana ia menggunakan teknologi magnetik yang mana akan menyebabkan keseluruhan periuk dalam (pot) panas, dan ini akan menyebabkan proses memasak lebih cepat berbanding biasa.  

kelebihan multicooker cuckoo

Teknologi induksi ini juga membantu untuk pastikan masakan jadi lebih sekata kerana pemanasan adalah sangat sekata di dalam periuk.

SENANG BASUH & BEBAS KUMAN

Semestinya jika guna multicooker Cuckoo ini ia lebih mudah nak dibasuh sebab tiada makanan yang berkerak dan melekat pada permukaan dalam periuk.

Ini dapat jimatkan tenaga dan masa anda daripada terpaksa menyental periuk semata-mata nak basuh hingga hilang kerak.

Cukup dengan guna span biasa dan sabun sahaja untuk membasuh.

Selain itu, bukan periuk dalam sahaja yang boleh dibasuh. Seperti yang saya kongsikan di atas tadi, stainless steel detachable cover itu juga boleh dibasuh, getah tepi pun boleh dibasuh supaya dapat pastikan makanan seterusnya tidak tercemar rasa.

Selain itu, ia juga mempunyai mempunyai fungsi Steam Sterilization yang boleh anda lakukan sendiri bagi memastikan multicooker anda bebas daripada kotoran dan kuman. Lihat video di bawah:

PELEPASAN WAP TEKANAN BERTERUSAN

Masalah ini juga antara yang biasa dialami oleh pengguna multicooker yang biasa. Kadang kala, pelepasan wap terpaksa dibuat secara manual.

Yang mana jika terpaksa dilepaskan secara manual, tekanan itu akan dilepaskan dengan sangat laju yang sangat membahayakan penggunanya.

Bagi periuk Cuckoo pula, tekanan wap dilepaskan secara halus, lembut dan automatik. Wap hanya akan dilepaskan bergantung kepada fasa masakan. Sekiranya telah capai fasa untuk lepaskan tekanan, maka tekanan wap akan dilepaskan.

PANDUAN SUARA MESRA PENGGUNA

Selain itu, multicooker Cuckoo juga mempunyai ‘Voice Guide’ atau panduan suara yang mana multicooker ini akan mengeluarkan suara seperti “STEAM RELEASE” untuk memaklumkan kepada kita bahawa wap akan dilepaskan, supaya pengguna dapat lebih berhati-hati untuk tidak berada dekat dengan multicooker ketika stim dilepaskan.

Fungsi ini adalah sangat bijak wujud pada pressure multicooker Cuckoo kerana ia akan bantu penggunanya untuk sedar yang mereka sedang memasak dan tahu jika masakan sudah siap dimasak.

SMART ALGORITHM

Algoritma multi-cooker Cuckoo telah diprogramkan dan dihasilkan berdasarkan kajian selama 30 tahun. Algoritma ini akan menyesuaikan tenaga dan tekanan yang akan dikeluarkan bagi setiap masakan. Sehingga kini, lebih 300 resipi telah dihasilkan dengan teknologi CUCKOO Smart Algorithm ini. Pelanggan boleh tentukan dan pilih tahap kelembutan dan kemanisan nasi berdasarkan cita rasa mereka.

22 SAFETY FEATURES – SOFTWARE & HARDWARE

Sekiranya anda membeli ‘gajet dapur’, pastikan barang yang anda beli adalah sangat selamat untuk digunakan.

Periuk Cuckoo ini dicipta khas agar anda lebih tenang ketika memasak dan tidak perlu risau akan keselamatan ketika memasak.

Ciri-ciri ini termasuklah keselamatan pada kawalan tekanan, pelepasan tekanan, kuncian, fius dan lain-lain lagi yang melibatkan software dan hardware kesemuanya sekali. Saya senaraikan semuanya di bawah:

  1. Detachable Cover
  2. Automatic Steam Emission Device
  3. Lock Checking Device
  4. Lid Locking Device
  5. Secondary Pressure Release Device
  6. Magnetic Safety Sensor Of Top Lid (Reed Switch)
  7. Malfunction Indicator
  8. Non-revertible Safety Device (Solenoid Valve)
  9. Sensor For 3-dimensional Warning
  10. Auto Temperature Controlling Device
  11. Pressure Control Device
  12. Soft Steam Cap
  13. Thermal Fuse
  14. Circuit Board Fuse
  15. Remaining Pressure Emitting
  16. Blocking Protection Cover
  17. Alarm For Overheating
  18. Detachable Cover
  19. Detection Device II
  20. Slow Open Mechanism
  21. Inner Pot Detection Device
  22. Pressure Control Device (Safety Packing)
  23. Electric Current Fuse

KESIMPULAN

Bagi anda yang inginkan pengalaman memasak yang lebih baik, hasil makanan yang enak, cepat, mudah dan selamat maka periuk pressure multicooker Cuckoo ini adalah antara pilihan terbaik yang perlu dipilih oleh seluruh rakyat Malaysia.

Ini kerana bukan sekadar anda boleh masak terlalu banyak jenis makanan hanya dengan multicooker ini, bahkan ia dapat juga hasilkan makanan yang sangat sedap untuk dimakan dan digunakan setiap hari.

Dengan ciri-ciri keselamatan luarbiasa, pemanasan induksi dan salutan pada dalam periuk yang berkualiti juga dapat memudahkan dan mempercepatkan proses masakan anda.  

Multicooker Cuckoo ini juga merupakan antara yang terbaik dan digunakan secara berleluasa di Korea kerana ciri-ciri yang telah dikongsikan di atas.

Berminat dengan multicooker Cuckoo?

Whatsapp saya di 0139916967 atau klik www.wasap.my/60139916967/MULTICOOKER

CUCKOO MULTICOOKER

P10

CUCKOO POSTER PAMPHLET PRICE INFO - P10 MULTICOOKER

Cuckoo P10 Multicooker adalah periuk Cuckoo yang terbaru dalam pasaran Malaysia.

Setelah diperkenalkan, ia menjadi sebuah periuk elektrik yang paling laku keras. Ia juga menjadi pengganti bagi model sebelumnya iaitu Cuckoo M10.

Seperti Cuckoo M10, Cuckoo P10 ini juga dilengkapi dengan pelbagai fungsi yang dapat membantu anda untuk memasak pelbagai jenis masakan dengan mudah dan cepat.

Bahkan, ia menjadi satu upgrade bagi model sebelumnya kerana ia juga memuatkan fungsi-fungsi baru seperti Oven Mode dan Bread Fermentation yang mana dapat digunakan untuk memasak dengan mod Oven, yang menghasilkan masakan seperti di oven juga fermetation mode yang dapat mempercepatkan proses menaikkan tepung roti.

Antara ciri-ciri yang terdapat padanya termasuklah:

  • Eco Pressure Multi Cooker
  • 14 Safety Features
  • XWall Diamond Coating
  • Stainless Steel Detachable Cover
  • Double Layer Rubber Packing
  • Auto Steam Sterilisation
  • Voice Navigation
  • Smart Algorithm
  • Preset Timer

Model ini dijual di pasaran pada harga seperti berikut:

  1. Rental: RM70/bulan + RM200 Rental Processing Fee (Promo terkini, boleh dapat pengecualian RM200 untuk pelanggan setia Cuckoo!)
  2. Outright: RM1500

M10

Cuckoo M10 merupakan antara pressure multicooker Cuckoo yang paling lama berada dalam pasaran Malaysia. Model ini mempunyai fungsi sebagai multicooker dan pressure cooker yang mana memudahkan anda untuk memasak hidangan dengan cepat segera. Model ini didatangkan tanpa fungsi Induction Heating (IH).

Antara ciri-ciri yang terdapat padanya termasuklah:

  • Auto steam cleaning
  • Hydraulic slow opening mode
  • Patented soft steam cap
  • Water draining system
  • Non-stop steam emission
  • Patented full stainless steel detachable cover
  • Patented double layer rubber packing
  • Mega thermal power

Model ini dijual di pasaran pada harga seperti berikut

  1. Rental: RM70/bulan (RM200 Rental Processing Fee)
  2. Outright: RM1415.09

Q10

CUCKOO POSTER PAMPHLET PRICE INFO - Q10 MULTICOOKER

Cuckoo Q10 juga merupakan antara multicooker Cuckoo yang mempunyai pelbagai ciri menarik. Model ini didatangkan tanpa fungsi Induction Heating (IH).

Antara ciri-cirinya termasuklah:

  • Safety Lock Mechanism
  • Multilingual Voice Navigator
  • 1.8 kPa Pressure Cooking
  • Gaba Rice Function (Germinated Brown Rice)
  • Anti-Heat Inner Pot Handle
  • Non-Stick Inner Pot (Diamond coating)
  • Present Cooking
  • Auto-Clean Function (Steam Sterilisation)
  • Comprehensive Cooking Modes

Harganya adalah RM1886.79

BLACK HN10

CUCKOO POSTER PAMPHLET PRICE INFO - HN10 MULTICOOKER

Ciri-ciri HN10 adalah:

  • Auto steam cleaning
  • Hydraulic slow opening mode
  • Patented soft steam cap
  • Water draining system
  • Non-stop steam emission
  • Patented full stainless steel detachable cover
  • Patented double layered rubber packing
  • Mega thermal power

Harganya adalah RM2500

CH10

CUCKOO POSTER PAMPHLET PRICE INFO - CH10 MULTICOOKER

Ciri-ciri CH10 adalah:

  • High Pressure Point for Cooking ( 1.9Bar Pressure level)
  • 22 safety feature
  • IN & OUT Fully Stainless Steel Inner Pot
  • Auto Steam Sterilisation
  • Multilingual Voice Navigation
  • Energy Eye Sensor Function
  • Safety Lock
  • Detachable Cover
  • Night Voice Volume Reduction

Harganya adalah: RM2700

JHT10

CUCKOO JHT10 PRESSURE MULTICOOKER

JHT10 adalah antara multicooker terbaru dari Cuckoo.

Ciri-cirinya adalah:

  • 22 safety features
  • 14 cooking modes
  • Power saving
  • Direct touch menu display
  • Multi-language voice navigation
  • In & Out full stainless steel
  • Simple one-touch release cover lid
  • Full stainless Xwall curved inner pot

Harganya pula sebanyak RM3000

R06

CUCKOO R06 MULTICOOKER

WHITE 1010

CUCKOO WHITE 1010 MULTICOOKER

0% EASY PAYMENT

Untuk kesemua multicooker Cuckoo juga boleh dibeli dengan 0% easy payment, bermakna anda boleh membayar secara ansuran dengan menggunakan kad kredit serendah RM69 sahaja sebulan.

BERMINAT DENGAN PRESSURE MULTICOOKER CUCKOO?