Jangan Guna Penapis Air Mahal? Cara Ini Lebih Jimat
Kini terdapat lambakan iklan jualan penapis air berkualiti yang ada dalam pasaran.
Terdapat pelbagai jenama seperti Cuckoo, Coway, Elken, Korea Rental, Bio Aura, Al Jabbar, Dr Sukida dan bermacam-macam lagi.
Namun bukan semua orang ingin memilikinya atas alasan-alasan yang tersendiri.
Ada yang kata penapis air yang bagus harganya mahal.
Ada yang takut dengan komitmen bulanan.
Ada yang kata nak pasang sendiri, yang biasa pun dah cukup.
Ada yang tak percaya dengan penapis air.
Dan berbagai-bagai lagi sebab yang menyebabkan ramai yang tidak membuat keputusan untuk memasang penapis air berkualiti di rumah.
Terdapat pelbagai jenis penapis air dalam pasaran yang boleh anda miliki daripada yang
Post ini bertujuan untuk berkongsi dengan anda yang tidak mahu memasang penapis air yang dikatakan mahal dan berkualiti.
Namun ingin gunakan cara yang lebih murah untuk memastikan air minuman di rumah sihat dan selamat untuk diminum.
So, macam mana caranya untuk dapatkan air bersih di rumah tanpa perlu beli penapis air mahal ni?
1. BELI PENAPIS AIR PALING BASIC
Ini adalah cara yang paling mudah untuk dapatkan air minuman bersih di rumah.
Hanya gunakan penapis air yang paling asas sahaja untuk menapis kotoran-kotoran yang kasar dan jelas.
Penapis air yang asas begini boleh didapati di pusat beli belah, kedai elektronik kedai penapis air, Lazada, kedai online dan sebagainya.
Harga bermula sekitar RM100 sahaja untuk satu unit.
Namun penapis air yang asas kebiasaannya hanyalah bertujuan untuk menapis bendasing dan kotoran-kotoran yang kasar sahaja.
Namun, bakteria, virus, karat, logam berat, kulat dan sebagainya belum tentu dapat ditapis menggunakan penapis air yang asas begini.
Untuk langkah keselamatan, ikut langkah ke-2.
2. JERANG AIR YANG DAH DITAPIS
Bagi tujuan keselamatan dan menjamin air yang ditapis lebih selamat untuk diminum, jangan lupa untuk jerang air terlebih dahulu.
Masukkan air ke dalam cerek api atau cerek elektronik.
Kemudian panaskan hingga mendidih.
Selepas air mendidih, masukkan ke dalam bekas air minuman setelah sejuk.
Jika ingin masukkan air ke dalam bekas minuman ketika masih panas, maka sila berhati-hati supaya air tidak tumpah dan cerek tidak terjatuh akibat kecuaian.
Pastikan anda sentiasa berhati-hati ketika sedang jerang air lebih-lebih lagi jika ada anak kecil berhampiran kerana risiko untuk mereka datang dan bermain cerek dan sekitarnya.
Kecuaian yang simple sahaja boleh menyebabkan kemalangan yang tidak diingini.
Air yang sudah dimasak boleh dimasukkan dalam bekas air untuk dibiarkan di luar, dalam peti sejuk atau boleh masuk dalam termos untuk kekalkan kehangatan air.
3. BELI AIR MINERAL DI GIANT
Cara ini juga biasa saya lakukan dahulu.
Sangat mudah, cuma pergi ke Giant, NSK, Tesco atau mana-mana supermarket yang jual air mineral pada harga yang murah dan jimat. Beli saja.
Saya akan elakkan daripada membeli air Reverse Osmosis (RO) sebab tak berani nak jamin keselamatan minum air RO.
Sebab bila minum, rasa dahaga tak hilang pun. Dan rasa air RO dalam botol biasanya tak sedap.
Cuma yang lecehnya sebab nak kena pergi ke Giant setiap beberapa hari untuk ambil stok air mineral.
Yang lagi meletihkan kalau kita tinggal di rumah flat atau apartment yang tak ada lif. Pehhh! Memang lenguh lengan, kaki dan sakit belakang.
Tapi inilah cara yang murah dan mudah.
4. ISI AIR DI VENDING MACHINE
Ada banyak brand vending machine yang mengeluarkan air minuman bertapis di negara kita.
Ini termasuklah jemana Dr Sukida, Al Hijrah, Splashy, Dr Imtiyaaz, dan pelbagai lagi yang diletakkan di lorong-lorong kedai.
Mesin-mesin ini kebiasaannya menyediakan air tapisan pada harga yang sangat murah.
Bayar RM1 sahaja boleh dapat 5 liter air.
Setiap kali pergi ke vending machine ini, sila bawa botol air besar 5 liter supaya mudah tak perlu angkat banyak botol bila pergi isi air dan balik rumah.
Cabarannya juga bila kita tinggal di rumah apartment/flat yang tak ada tangga, fuhh. Memang letih nak angkut.
Tapi cara ni memang murah.
5. GI MASJID BAWA BOTOL AIR BESAR
Zaman sekarang, banyak masjid dan surau yang ada penapis air yang berjenama seperti Cuckoo dan Coway.
Tidak kurang ramai jemaah yang ambil air dari penapis air Cuckoo atau Coway lepas solat berjemaah.
Tapi kalau dah ambil air tu, rajin-rajinkan juga untuk masuk duit dalam tabung.
Memang kita ambil air tu free, tapi masjid yang kena tanggung.
6. TUMPANG PENAPIS AIR RUMAH KELUARGA/KAWAN
Cara lain yang boleh juga dilakukan adalah pergi ke rumah keluarga terdekat atau kawan-kawan terdekat yang guna penapis air berkualiti.
Isi air minuman di rumah mereka.
Tapi cara ini agak memalukan kalau dibuat berterusan.
7. ISI AIR KAT OFIS
Anda boleh juga isi air minuman di pejabat yang guna penapis air berkualiti.
Banyakkan minum air di pejabat dan pastikan diri anda cukup air.
Tapi kalau nak isi air untuk bawa balik rumah, jangan lupa bayar ke bendahari pejabat setiap kali ambil air.
Sebab pejabat kebiasaannya izinkan kita ambil air untuk minum di pejabat, bukan bawa balik rumah.
Sebaiknya, minta izin daripada majikan terlebih dahulu supaya kita dapat pastikan keberkatan air yang kita minum tersebut.
8. MINUM AIR PERIGI
Ini cara tradisional yang biasa dilakukan oleh masyarakat kita suatu ketika dahulu.
Sehingga kini, masih ada lagi yang dapatkan bekalan air minuman daripada perigi.
Ini kerana di sebahagian tempat masih tiada lagi bekalan air daripada kerajaan, dan ada juga yang lebih selesa minum air perigi berbanding air bertapis.
Cara ini agak berisiko kerana kebersihan air perigi zaman sekarang belum tentuk sihat dan selamat untuk diminum akibat pencemaran alam sekitar yang berlaku dewasa ini.
9. MINUM AIR SUNGAI
Sehingga kini juga ramai yang masih mendapatkan bekalan air minuman dari sungai.
Lebih-lebih lagi di Sabah dan Sarawak, masih banyak lokasi yang belum ada bekalan air daripada kerajaan.
Ini menyebabkan mereka perlu mendapatkan bekalan air daripada sungai.
Namun sekarang kerap kedengaran isu kematian akibat kencing tikus kerana minum air sungai ini sangat merisaukan.
Jika nak ambil air sungai untuk diminum, jangan ambil di kawasan yang ada pembalakan, kawasan yang membangun dan kawasan yang tercemar.
Cari sungai yang dapat dipastikan kebersihannya dan kesuciannya terjaga.
10. MINUM AIR BUKIT
Yang terakhir sekali, anda juga boleh dapatkan air yang berpunca daripada bukit.
Air bukit kebiasaannya bersih, sangat jernih dan rasanya enak & menyegarkan.
Di KL dan Selangor, ramai juga yang ambil air bukit untuk minuman di kawasan bukit dan sungai seperti di Ulu Yam dan sebagainya.
Kalau nak ambil air bukit, jangan lupa bawa tong air besar untuk isi air.
Ada masa, air bukit mengalir deras. Dan ada juga masa, air bukit mengalir perlahan.
Perlu difahami, air bukit ni biasanya keluar daripada bukit mengalir ke bawah. Air bukit bukan air sungai.
KESIMPULAN
Maka terdapat banyak cara untuk kita mendapatkan air minuman untuk kegunaan anda sekeluarga.
Cara-cara ini lebih murah daripada membeli penapis air berkualiti yang terdapat dalam pasaran.
Anda juga perlu berhati-hati dengan kualiti air yang anda ambil kerana bukan semua sihat dan selamat untuk diminum.
Dapatkan nasihat daripada pakar jika anda kurang yakin untuk minum air daripada sumber tersebut.
Namun jika anda rasa cara-cara di atas agak menyusahkan diri anda, rasa letih nak pergi beli air mineral di kedai, malas nak jerang air di rumah, malas nak pergi beli air di water vending machine dan cara-cara lain.
Saya sangat syorkan anda untuk gunakan penapis air berjenama Cuckoo.
KENAPA CUCKOO?
Ini kerana jika kerisauan anda adalah berkenaan kos dan kualiti air yang dihasilkan, Cuckoo dapat menyelesaikan masalah anda!
Cuckoo dapat menghasilkan air bertapis yang ada mineral baik dan beralkali ringan.
Langganan penapis air Cuckoo hanyalah serendah RM60 sahaja sebulan bagi model King Top. Ini bersamaan dengan RM2 sahaja sehari.
Dengan teknologi Nano Positive FIltration System, air yang ditapis menggunakan penapis air Cuckoo juga dijamin dapat menapis logam berat, bakteria, kuman, virus, lumut dan sebagainya pada masa sama mengekalkan kandungan mineral baik untuk tubuh badan.
Penapis air Cuckoo juga ada sijil Halal Malaysia dan Halal Korea yang baru sahaja dikemaskini.
Anda dah tak perlu nak risau lagi bila minum air Cuckoo, tak perlu ada rasa was-was.
Cuckoo Penapis Air Alkali Ringan Menghasilkan Air:
- Alkali ringan sekitar pH 7.5
- Kaya dengan mineral
- Bebas bakteria
- Bebas logam merbahaya
Apa itu Logam Berat?
Logam berat adalah kandungan logam yang terdapat pada air. Ia tidak semestinya logam fizikal yang kita dapat lihat dengan mata kasar. Ia juga termasuk Merkuri, Plumbum, Cadmium, Chromium dan pelbagai lagi yang bersumber daripada air paip.
Logam berat ini bahaya untuk diminum. Penapis air Cuckoo dapat menapis logam berat daripada air.
Apa Faedah Air Beralkali, Bermineral & Bebas Logam Berat?
- Membantu meneutralkan kadar asid berlebihan di dalam badan dan mengurangkan asid refluks
- Mempunyai kebaikan antioksidan dengan membantu menyingkirkan sisa toksin dari badan dengan berkesan
- Membantu proses detox oleh badan
- Meningkatkan kadar kesihatan tulang
- Baik untuk kesihatan jantung
- Mengurangkan risiko kanser. Kerana logam berat dalam air merupakan salah satu penyumbang kepada kanser.
4 Mineral Yang Penting Untuk Tubuh Badan
- Magnesium – membantu untuk mengekalkan kesihatan saraf dan otot, membantu untuk menguatkan sistem imunisasi tubuh badan, kadar degupan jantung yang stabil dan menguatkan jantung. Ia juga dapat mengawal gula dalam darah dan membantu untuk menjana tenaga dan protin untuk tubuh badan.
- Kalsium – adalah antara mineral yang terbanyak dalam tubuh badan kita. Ia penting untuk perkembangan dan penjagaan tulang dan gigi, yang mana 99% kalsium terdapat pada keduanya. Kalsium juga membantu jantung, saraf, otot dan sistem dalam badan untuk berfungsi dengan baik
- Pottasium – penting untuk fungsi jantung dan ia memainkan peranan penting untuk rangka badan dan penguncupan otot, menjadikan ia penting untuk pencernaan yang baik dan fungsi otot.
- Sodium – Hampir keseluruhan sodium yang terdapat pada tubuh badan manusia terletak pada darah dan cecair di sekeliling sel tubuh badan. Sodium membantu tubuh badan kita dengan mengekalkan kadar cecair dalam tubuh badan dalam keadaan yang seimbang. Sodium penting untuk saraf dan otot.
Kesemua mineral ini terdapat pada air tapisan Cuckoo. Dan boleh dirujuk di sini untuk dapatkan dalam laman web ini.
Murah Atau Mahal Pasang Cuckoo Ni?
Anda pasti tak percaya, kalau saya katakan nak guna Cuckoo di rumah tersangatlah murah.
Ini kerana kos yang perlu anda keluarkan hanyalah serendah RM60 sahaja sebulan untuk penapis air yang murah dan berkualiti.
RM60 bersamaan RM2 sahaja sehari.
Kelebihan Cuckoo:
- Air bermineral
- Air beralkali ringan (mild alkaline) sekitar pH7.5
- Harga bermula serendah RM60 sahaja sebulan
- Filter ditukar setiap 4 bulan
- Filter tak recycle/guna semula. Guna filter baru
- Free filter sehingga 5 tahun
- Free servis sehingga 5 tahun
- Free waranti sehingga 5 tahun
- Penyelenggaraan percuma sepanjang rental
- Percuma re-location
- Tiada kos pendaftaran
- TIada kos proses
- Tiada kos pemasangan
- Tiada kos penghantaran
- Sijil HALAL Malaysia
- Sijil HALAL Korea
- Sijil SIRIM
- Kualiti air mematuhi piawaian World Health Organization (WHO)
Berminat nak pasang Cuckoo di rumah?
Hubungi saya di 0139916967 atau klik www.wasap.my/60139916967/NAKCUCKOO
Lihat senarai produk kami DI SINI —> SENARAI PRODUK CUCKOO
Pkai lh air boring…jimat x perlu byar bulan2
Betul Tuan, guna air boring juga tiada masalah. Jika nak ada air panas/sejuk, boleh guna Cuckoo https://www.cuckoonano.com
Berapa kos untuk servis termasuk tukar filter jika habis tempoh warranty 5 tahun?
Ia bergantung atas model. Tuan boleh rujuk di sini https://www.cuckoo.com.my/natural-care-service/
menarik….komitmen brapa tahun …jika langgar kontrak mcm mana…
Salam Tuan Lokman. Kontrak penapis air kami serendah 18 bulan hingga 84 bulan.
Boleh hubungi saya di 0139916967 atau klik http://www.wasap.my/60139916967 saya akan share mengenai kontrak Cuckoo.
Terima kasih!
Model apa yg plg murah yg ada air sejuk dan panas….
Model yang termurah hingga hari ini adalah King Top pada harga RM75.47 sebulan
https://www.cuckoonano.com/king-top/