Beza penapis air Cuckoo dengan Coway bukanlah sekadar jenama sahaja.
Kedua-duanya merupakan antara jenama terbesar yang menjual penapis air berkualiti berserta servis berkala di Malaysia.
Walaupun Cuckoo lebih muda dan bertapak di Malaysia sejak tahun 2014, namun jenama-jenama besar ini adalah seolah-olah ‘adik beradik’ kerana berasal dari negara yang sama iaitu Korea.
Sudah pasti jenama-jenama penapis air ini mempunyai banyak persamaan. Namun dalam perkongsian kali ini, kami ingin kongsikan beberapa kelainan penapis air Cuckoo berbanding jenama lawannya yang lain.
Di bawah saya akan kongsikan beberapa kelainan penapis air Cuckoo berbanding yang lain di dalam pasaran bagi memudahkan anda buat keputusan pembelian dengan bijak.
Contents
1 – PERBEZAAN JENIS AIR & FILTER?
CUCKOO: Fokus kepada air mineral & alkali ringan dengan menggunakan Nano Positive Filtration System
Seperti yang diketahui, terdapat pelbagai jenis penapis air dan teknologi yang dijual dalam pasaran.
Namun, penapis air Cuckoo menggunakan teknologi terkini sistem penapisan air iaitu teknologi Nano Positive Filtration System dari Korea.

Kebiasaannya, penapis air Reverse Osmosis dibandingkan dengan penapis air Nano Positive.
Ini kerana kedua-dua teknologi penapisan air ini hampir sama.
Penapis air Reverse Osmosis dapat membuang segala kotoran, bakteria, virus, logam berat dan kuman daripada air.
Namun, pada masa sama ia turut membuang mineral yang baik untuk tubuh badan.
Kemudian, datang pula teknologi Nano Positive yang lebih baru berbanding Reverse Osmosis.
Teknologi penapis air Nano Positive juga dapat membuang segala kotoran, bakteria, virus, logam berat dan kuman daripada air.

Namun pada masa sama, ia mengekalkan kandungan mineral yang baik untuk tubuh badan.
Sistem Nano Positive memang dibuat khas untuk dijadikan penapis air, manakala sistem Reverse Osmosis pula digunakan untuk pelbagai kegunaan selain untuk diminum.
Penapis Nano Positive merupakan penapis ke-4 yang terdapat pada penapis air Cuckoo.

Ia dapat menghapuskan 99.99% bakteria dan virus, membuang logam berat, alga, fungi dan sebagainya dan pada masa sama mengekalkan mineral yang baik untuk tubuh badan.
Cas positif yang terdapat pada penapis air Cuckoo ini dapat menyerap cas negatif pada air yang merbahaya untuk kesihatan.
Dan akhirnya, ia menghasilkan air yang sangat bersih, sihat dan diyakini selamat untuk diminum oleh seisi keluarga.
Air Cuckoo menghasilkan air yang mengandungi kandungan mineral yang baik, sihat dan diperlukan oleh tubuh badan. Pada masa sama ia juga mengandungi jumlah pH yang beralkali sekitar pH 7.5
Apa kelebihan air yang bermineral?
Air yang bermineral mengandungi mineral yang penting untuk tubuh badan termasuklah:
- Kalsium
- Magnesium
- Pottasium
- Sodium
Kandungan mineral pada air Cuckoo walaupun tidak sebanyak air mineral asli, ia sedikit sebanyak membantu untuk memberi kesihatan yang baik untuk tulang, gigi, saraf, otot, jantung.
Mineral juga dapat membantu agar tubuh badan anda elak daripada dehidrasi. Minum air yang bermineral adalah lebih memuaskan & membuatkan anda rasa lebih bertenaga.
Anda boleh cuba perbezaannya sekiranya dengan membeli air mineral & air reverse osmosis di kedai runcit. Sudah pasti air mineral adalah lebih memuaskan & lebih sihat untuk tubuh badan.

COWAY: Mempunyai tiga jenis tapisan, termasuklah air reverse osmosis, mineral & alkalizer.

Antara sistem tapisan yang banyak digunakan oleh jenama ini adalah jenis Reverse Osmosis atau biasa disebut RO.
Sistem tapisan RO juga merupakan antara sistem tapisan yang banyak digunakan di seluruh dunia dan terbukti dapat menghasilkan air yang bersih dan selamat untuk diminum.
Pada masa yang sama, kerana tapisan jenis ini adalah sangat halus, selain ia menapis segala kotoran dan bakteria di dalam air, ia juga turut menyingkirkan kandungan mineral dan alkali yang baik untuk tubuh badan.

2 – KAEDAH SERVIS & TEMPOH SERVIS BERKALA
CUCKOO: Servis penapis air Cuckoo adalah setiap 4 bulan sekali.
Cuckoo akan menghantar Cuckoo Natural Doctress wanita untuk melakukan servis. Sekiranya hanya isteri anda yang berada di rumah , maka tidak perlu risau sekiranya penapis air anda perlu diservis kerana yang akan datang servis adalah staf wanita.

Antara aktiviti yang akan dilakukan termasuklah:
- Pertukaran filter baru setiap kali servis
- 1-1 customized service
- Electro Steriliser – membersihkan penapis air anda dengan kaedah pensterilan elektro bagi membunuh kuman dan bakteria
- Steam Sterilise – membersihkan tangki dan faucet menggunakan pensterilan stim bagi membunuh kuman dan bakteria
- 15 check point – bagi memastikan segala poin berfungsi dengan baik
- Additional service – servis tambahan, iaitu pensterilan pada bahagian sinki dan papan pemotong

Cuckoo akan hubungi anda beberapa hari sebelum servis penapis air di rumah anda.
COWAY: Servis penapis air adalah setiap 2 bulan sekali.

Filter akan dicuci setiap 2 bulan sehingga bersih dan akan digunakan semula seperti sediakala. Dengan teknologi Hi-Care 2.0, penapis air, tangki akan dibersihkan dengan cara sanitasi bagi membasmi kuman dan bakteria. Segala fungsi penapis air juga akan disemak bagi memastikan segalanya berfungsi dengan baik.
Antara aktiviti yang akan dilakukan termasuklah:
- Servis setiap 2 bulan sekali
- Pertukaran filter baru
- Membersihkan tangki air
- Function Checking
3 – KEKERAPAN PERTUKARAN FILTER
CUCKOO: Setiap 4 bulan
Filter akan ditukar sekitar 6-7 batang setiap tahun

- Sediment Filter – Setiap 4 bulan
- Pre Carbon Filter – Setiap 8 bulan
- Natural Filter – Setiap 12 bulan
- Nano Positive Filter – Setiap 12 bulan
COWAY: Pertukaran filter adalah setiap 6 bulan (pertukaran filter setiap 4 bulan sebahagian model)

4 – KOS YURAN SERVIS TAHUNAN
CUCKOO: Kos servis NCS (Natural Care Services) bagi penapis air Cuckoo bermula dari RM330.19/tahun untuk penapis air 1 suhu dan paling mahal adalah RM650/tahun untuk model paling besar, iaitu Cuckoo Queen Stand.
Namun secara purata, kos servis penapis air 3 suhu ke atas adalah sekitar RM400 hingga RM550 setahun.
Kos servis CUCKOO: Natural Care Service for Water Purifiers | CUCKOO MY Official

COWAY: Kos servis tahunan bagi bermula RM425/tahun untuk penapis air 1 suhu dan paling mahal RM850/tahun untuk model paling besar.
Secara purata, harga servis tahunan untuk penapis air 3 suhu ke atas adalah RM604 sehingga RM700 setahun.
Kos tersebut perlu diperolehi daripada ejen Coway anda kerana ia tidak dijelaskan dalam laman web rasmi Coway, hanya dikongsikan oleh sebahagian ejen Coway.

5 – KOS TAMBAHAN / KOS TERSEMBUNYI
CUCKOO: Tiada sebarang kos tambahan untuk pemasangan, pendaftaran, yuran proses dan sebagainya.
Pelanggan hanya perlu membayar 1 bulan rental untuk memasang dan tidak perlu membayar sebarang kos ekstra.
Pelanggan hanya perlu membayar RM35 untuk kepala paip 2 way valve (high quality) sekiranya ingin digunakan pada paip untuk keluarkan air suhu bilik tanpa had, atau sekiranya ia diperlukan atas sebab tertentu.
COWAY: Tiada yuran daftar.
6 – SAIZ TANGKI
CUCKOO: Untuk penapis air 3 suhu yang terkecil seperti model King Top dan XCEL, saiz tangki keseluruhan adalah 1 liter sejuk, 1 liter panas, 0.3 liter room. Paling besar adalah 14.1 liter. Saya kongsikan semua model di bawah
- KING TOP
- XCEL
- FUSION TOP
- IRIS TOP
- ICON
- JAZZ
- MARVEL
- PRINCE TOP
- KING STAND
- QUEEN STAND
PENTING!
Perlu difahami bahawa sistem tapisan penapis air Cuckoo dengan yang lain adalah sangat berbeza.
Tangki penapis air Cuckoo bersaiz sederhana, tidak terlalu besar. Namun ia juga merupakan antara kelebihan pada penapis air Cuckoo kerana isian semula yang sangat pantas dan pelanggan tak perlu tunggu lama untuk dapatkan bekalan air sejuk/panas di rumah.
Akan diterangkan dalam poin seterusnya berkenaan isian semula air dalam tangki.
Pengalaman peribadi. Walaupun kami menggunakan hanya Cuckoo King Top yang mempunyai tangki sebesar 1.0L untuk air sejuk, namun tetap dapat mengisi botol air 2 liter sekali isian tanpa sebarang masalah. Bahkan kami yakin boleh mengisi lebih dari itu lagi.
COWAY: Untuk penapis air 3 suhu yang paling kecil adalah 1.35 liter untuk tangki sejuk. Dan yang paling besar adalah 21.1 liter
Penapis airnya lebih fokus kepada sistem RO, dan lain-lain. Sistem RO perlu menggunakan tangki yang lebih besar kerana tempoh isian semula air ke dalam tangki yang lebih perlahan.
Namun masalah ini diatasi dengan menyediakan tangki yang lebih besar untuk keperluan pengguna.
7 – PEMBUANGAN AIR

CUCKOO: Tiada pembuangan air
Teknologi Nano Positive Filtration System (rujuk poin no 1) tidak memerlukan penapis air jenama Cuckoo untuk membuang air ke dalam sinki. Tiada tiub khas pembuangan air dipasang pada penapis air.
Ini bermakna, bagi sistem tapisan Nano Positive ini juga lebih menjimatkan penggunaan air di rumah pelanggan.
COWAY: Ada pembuangan air bagi sistem RO. Tiada pembuangan air bagi sistem air mineral.
Bagi sistem reverse osmosis kebiasaannya memerlukan air untuk dikeluarkan daripada mesin penapis air. Satu tiub khas akan dipasang pada penapis air untuk dikeluarkan semula ke dalam sinki.
Bagi sistem reverse osmosis, ia perlu kepada pembuangan air kerana tapisan RO adalah sangat halus.
8 – TEMPOH ISIAN SEMULA AIR DALAM TANGKI
CUCKOO: Sangat pantas.
Tempoh isian semula air dalam tangki bagi penapis air tidak memerlukan pengguna untuk tunggu lama untuk dapatkan bekalan air bersih yang sudah ditapis.
Walaupun tangki penapis air Cuckoo tidak sebesar jenama lain, namun disebabkan isian semula adalah pantas maka tangki lebih cepat penuh dan suhu air akan lebih cepat sejuk dan panas.

Kelajuannya adalah sekitar 200ml ke 300ml seminit.
Ini adalah lebih laju daripada penapis air jenama lain kerana Cuckoo menggunakan penapis teknologi Nano Positive.
Teknologi penapis air Cuckoo tidak memerlukannya untuk membuang air seperti sistem reverse osmosis.
Ini juga bermakna penapis air Cuckoo tiada pembaziran air.
Ini antara sebabnya Cuckoo menggunakan tangki air sederhana besar dan tidak memerlukan tangki air yang terlalu besar kerana tempoh isian semula adalah pantas.
Isian semula cepat bermakna anda tidak perlu menunggu lama untuk dapatkan bekalan air. Lebih-lebih lagi ketika di rumah ada tetamu dan sebagainya, anda tidak perlu risau sekiranya tangki air kosong kerana tangki tak sempat nak kosong (cepat sahaja untuk penuh semula)
COWAY: Untuk sistem tapisan Reverse Osmosis (RO), tempoh isian semula air dalam tangki adalah agak lambat.
Antara ciri-ciri sistem RO juga antaranya adalah pembuangan air. Setiap molekul yang masuk ke dalam membran, terdapat sebahagian kandungan air tersebut yang perlu dibuang selepas ditapis menggunakan sistem tapisan.

Bagi sistem air mineral pula isian semula air dalam tangki adalah lebih pantas.
9 – JENIS TANGKI
CUCKOO: Anti-Bacterial Stainless Steel (food grade)
Tangki ini dijamin mempunyai standard tinggi dan tidak akan berkarat.
Penggunaan tangki keluli tahan karat (stainless steel) sangat baik kerana dapat menghentikan pembiakan kuman dan bakteria.
Apa kelebihan tangki Anti-Bacterial Stainless Steel?
Lebih tahan lama dan kukuh
Food grade SS304, sesuai untuk kegunaan makan minum harian
Tahan hakisan
Tahan panas, tidak menguning seperti tangki plastik
Besih dan mudah dibersihkan
Tidak mencemarkan air akibat pemanasan

Setiap kali servis, Cuckoo juga akan melakukan pensterilan stim pada bahagian tangki bagi membersihkan tangki & membunuh kuman.

COWAY: Plastik BPA Free.
Apakah itu bahan BPA Free?
BPA adalah bahan kimia secara saintifiknya disebut Bisphenol-A (BPA) yang biasanya digunakan untuk penghasilan botol air minuman, bekas makanan dan sebagainya. Ia biasanya digunakan atas sebab kos yang rendah. Namun bahan tersebut merbahaya untuk kesihatan.
BPA Free pula bermaksud bahan yang digunakan untuk membuat botol/tangki tersebut adalah BEBAS/TIADA kandungan BPA.

Bahan ini adalah selamat dan tiada masalah untuk digunakan kerana ia digunakan secara berleluasa di seluruh dunia.
Namun pada masa sama, sering dikatakan bahawa bahan BPA free dapat membiakkan kulat. Namun servis setiap 2 bulan itu dapat mengekang & membersihkan tangki bagi memastikan bakteria dapat dibunuh.

Apa kelebihan bahan BPA Free?
Tidak mengandungi bahan kimia BPA
Selamat untuk kegunaan makan & minum
Tahan panas
Baik untuk alam sekitar & mudah untuk dilupuskan
Bersih dan mudah dibersihkan
Tidak mencemarkan air akibat pemanasan
Bahan yang berkualiti & tahan lama
10 – SYARAT PASANG – TEKANAN AIR?
CUCKOO: Antara 5 hingga 10 PSI
Penapis air Cuckoo sesuai dipasang walaupun dengan tekanan yang rendah di rumah pelanggan. Serendah 5 PSI sudah boleh memasang produk Cuckoo
- King Top – 5 PSI
- King Stand – 5 PSI
- Fusion Top – 5 PSI
- Queen Stand – 5 PSI
- Iris Top – 7 PSI
- XCEL – 7 PSI
- Marvel – 10 PSI
- Icon – 10 PSI
- Prince Top – 15 PSI
COWAY: 10 PSI ke atas (bergantung pada model)
NOTA! Untuk kedua-dua jenis penapis air, sekiranya tekanan air di rumah adalah rendah maka disyorkan untuk memasang water pump untuk penapis air.
Bagi jenama Cuckoo, kos memasang water pump hanyalah serendah RM200 sahaja
11 – SIJIL & ANUGERAH
CUCKOO: Berikut adalah antara sijil dan pengiktirafan dimiliki oleh Cuckoo
- Sijil Halal Malaysia
- Sijil Halal Korea
- Sijil Lab Test Report – myTEST
- Sijil SIRIM
- Sijil Korea Water Mark
- Sijil NSF International
- Sijil IECEE (sijil keselamatan barang elektrik Korea)
- Brandlaurette Best Brands Awards
- Brandlaurette SME Bestbrands
- Readers Digest Trusted Brands 2020
- Superbrands Malaysia Choice
- The Malaysia Book Of Records
- Frost Sullivan
- HR Asia
COWAY: Berikut adalah antara sijil dan pengiktirafan dimiliki oleh COWAY
- Sijil Halal JAKIM
- Anugerah Gold Seal daripada WQA (Water Quality Association)
- Sijil SIRIM
- Platinum – Reader’s Digest Platinum Brand
- Sijil RoHS
- TUV SUD
- KOLAS – Korea Laboratory Accreditation Scheme
- World Class Product Of Korea
- Reddot Design Award
- International Forum Design
- Good Design Award
- International Design Excellence Awards
12 – SIJIL HALAL
CUCKOO: JAKIM & Korea Muslim Federation


COWAY: JAKIM

13 – MODEL-MODEL PENAPIS AIR CUCKOO DAN COWAY
CUCKOO: Senarai penapis air CUCKOO
Pembelian Outright, percuma 1 + 2 tahun FREE servis NCS
- King Top – RM60/bulan (7 tahun) | Outright RM2999
- Warrior: Tahun 1-3 – RM98/bulan, tahun 4-5 – RM80/bulan | Outright RM3200
- Titan: RM110/bulan (5 tahun) | Outright RM4300
- XCEL: RM70/bulan (6 tahun) | Outright RM3700
- Iris Top: RM94.34/bulan (5 tahun) | Outright RM3772.64
- Vivid: Tahun 1-3 – RM90/bulan, tahun 4-5 – RM80/bulan | Outright
RM3200RM2312 - Prince Top: RM105/bulan (6 tahun) | Outright RM4200
- Icon: Tahun 1-3 – RM113.21/bulan, tahun 4-5 – RM94.34/bulan | Outright RM4200
- Marvel: RM60/bulan (5 tahun) | Outright RM1999
- Queen Stand (Standing): RM120/bulan (5 tahun) | Outright RM4500
COWAY: Senarai penapis air COWAY
- Cinnamon
- Neo Plus
- Glaze
- Kecil
- Villaem 2
- Ombak
- Inception
- Lucy Plus (Standing)
- Harry (Standing)
- Core (Standing)
Hubungi Sham untuk penapis air Coway: www.wasap.my/60126274838/CowaySham
14 – SISTEM E-COMMERCE? TEMPOH PASANG?
CUCKOO: Secepat 2-3 hari! Guna sistem Cuckoo eBrandstore.
Kebiasaannyaa, tempahan CUCKOO mengambil masa sekitar 7 hari berkerja untuk pemasangan.
Kini dengan update terbaru sejak April 2019, pemasangan CUCKOO boleh berlaku secepat 2-3 hari. Ramai pelanggan CUCKOO yang sudah guna dan sistem ini sangat memudahkan dan sangat cepat.
Prosesnya tak jauh beza seperti anda membeli produk di Lazada dan Shopee.
Anda TIDAK PERLU lagi menggunakan sebarang bentuk borang fizikal untuk tempah Cuckoo.
Proses pembelian menggunakan eBrandstore adalah sangat mudah dan sangat cepat.
COWAY: Tidak diketahui
15 – DENDA LEWAT BAYAR
CUCKOO: Tiada denda lewat bayar.
COWAY: RM10/bulan (rujuk sini)
16 – PROMOSI BELI OUTRIGHT / TUNAI
CUCKOO: 3 tahun percuma servis, pertukaran filter dan waranti untuk penapis air
5 tahun untuk produk Jazz (Promosi Fantastic 5)

Jika kos servis produk seperti Cuckoo Warrior sebanyak RM480/tahun. Bermakna untuk pembelian outright, anda telah jimat sebanyak RM960.
COWAY: 1 tahun percuma servis, pertukaran filter dan waranti. Rujuk sini: NEW Coway NEO PLUS: Eco-Friendly Water Purifier with 3 Types of Temperature. Selepas tamat 1 tahun, anda perlu membayar kos servis tahunan.

17 – LAIN-LAIN PROMOSI?
CUCKOO: Rujuk gambar di bawah
- Rental Promotion: Rental Plans – Water Purifiers & Air Purifiers | CUCKOO MY Official
- Goood Plan Promotion: CUCKOO GOOODPLAN™ – CUCKOO Malaysia
- Outright Promotion: Outright Plans – Home Appliances | CUCKOO Malaysia Official Site



COWAY: Rujuk laman web rasmi
18 – KONTRAK SEWA?
CUCKOO: Kontrak Sewa Penapis Air Cuckoo
a. Normal Plan:
– Boleh sewa tahun 1-3, kemudian pulangkan semula ke pihak Cuckoo
– Servis dan Filter PERCUMA sepanjang tempoh sewa
– Jika nak miliki penapis air Cuckoo, sambung sewa tahun 4-5
– Kemudian Cuckoo akan berikan penapis air ini kepada anda lepas habis bayar
– Tahun ke 4-5, kos sewa bulanan kebiasaannya akan menjadi lebih rendah.
– Contoh Cuckoo Warrior RM98 untuk tahun 1-3, tahun 4 & 5 turun kepada RM80 sebulan.
b. Goood Plan
– Bulanan serendah RM60/bulan (murah dan mampu milik)
– Servis dan Filter PERCUMA sepanjang tempoh sewa
– Kontrak perlu bayar sampai habis
– Lepas habis bayar, Cuckoo akan berikan penapis air ini kepada anda
– Mesin tidak boleh pulangkan semula kepada pihak Cuckoo
COWAY: Secara umumnya, kontrak sewa penapis air Coway adalah selama 5 tahun.
Kebiasaannya adalah 3 tahun (rental sahaja) + 2 tahun jika ingin dijadikan hak milik.

Testimoni Pelanggan Fadhil (www.cuckoonano.com)
Konsultasi Percuma!
Isi borang di bawah, kemudian kami akan hubungi anda dengan segera untuk konsultasi penapis air PERCUMA!
*Sila komen atau mesej saya jika berlaku kesilapan maklumat di [email protected]
cuckoo vs coway
Salam Wan,
ada kesalahan sedikit dalam saiz tangki dan bayaran servis yg tertera..
perkongsiaan yg bagus..nanti zack berikan kesalahan typo dibahagian coway yer
Terima kasih atas teguran. Mohon emel kepada kami jika ada kesalahan fakta supaya dapat diperbetulkan.
[email protected]
A very good comparison between the two brands. Comparison from other page was mostly one sided only.
Thank you.
Thank you so much for your comment.
Terima kasih. Informasi jelas dan sangat membantu untuk membuat pemilihan. Syabas !
Alhamdulillah! Terima kasih kerana sudi memberi komen membina 🙂
Artikel yg sgt informative bg yg sedang memilih water filter. Cumanya sy baca coway blh filter klorin, tp cuckoo xde dinyatakan blh filter klorin atau tidak. Ada penjelasan mengenai ini encik? terima kasih 😁
Terima kasih Puan Syazana atas soalan yang dinyatakan.
Ya penapis air Cuckoo boleh filter klorin.
Kita mempunyai 4 jenis filter yang digunakan dan ada 6 tahap tapisan air.
Klorin di tapis pada filter tahap ke-2 menggunakan Pre-Carbon Block Filter yang mana ia dapat menyerap klorin yang ada pada air.
Maka, Puan Syaza tak perlu risau mengenai klorin dalam air bila guna Cuckoo di rumah 🙂
Ikuti blog terbaru kami A-Z Mengenai Penapis Air Cuckoo
https://www.cuckoonano.com/penapis-air-cuckoo/
Boleh tanya beza antara air filter coway dan cuckoo pula. Yg diatas adalah ttg penapis air shj
Terbaik saya sudah memiliki iris tq for the information 👍😄
Terima kasih Tuan Fadhlan kerana sudi memberi kepercayaan kepada kami 😊
Maaf mencelah….pH 7 masih tidak dikategorikan sebagai alkaline water….sebaliknya alkaline water dalam kategori pH 8 keatas…pH 7++ still dikategori sebagai Normal Drinking Water…utk pH7++ still sama dgn air paip….its not alkaline…..anda boleh google ttg alkaline water…..btw good reading….
Assalamu’alaikum wbt.
pH air yang mempunyai nilai melebih pH7.0 adalah bersifat alkali.
Namun, Cuckoo tidak sesekali claim bahawa air Cuckoo beralkali tinggi.
Cuckoo claim air Cuckoo adalah Mild-Alkaline (Alkali Ringan)
Terima kasih atas komen Tuan yang budiman
Nak tanya… tank utk Coway jenis apa ye? Mcm Cuckoo tu tank stainlesssteel kan… tq
Cuckoo menggunakan tangkin Stainless Steel anti-bakteria.
Untuk jenama Coway, Puan Ayu perlu tanya kepada jurujual Coway untuk mengesahkan jenis tangki.
Wallahu a’lam
Assalamualaikum……
Boleh saya tahu sekiranya saya mengunakan model Iris Top. Berapa bulanan bill elektrik saya dan macam mana pengiraan bill bulanan tersebut.
Terima kasih.
Wa’alaikumussalam wbt en Wadee.
Bagi Cuckoo Iris Top, penggunaan tenaga elektrik adalah seperti berikut:
Sejuk: 100 watt
Panas: 350 watt
Namun perlu difahami, penggunaan tenaga elektrik bagi penapis air Cuckoo bukanlah secara berterusan yang menyebabkan tenaga elektrik melambung tinggi.
Penggunaan tenaga sebulan anggaran lebih kurang RM10 sahaja sebulan.
Namun, ramai pelanggan yang kata bila dah guna Cuckoo, bil elektrik tak nampak signifikan pun.
Terima kasih.
Fadhil,
Konsultan Cuckoo
0139916967 / klik http://www.wasap.my/60139916967/NakCuckoo
Nak tanya kalau dari segi kegunaan air unuk office kebiasaannya berapa ringgit untuk sebulan?
Untuk ofis kami cadangkan untuk guna Cuckoo Queen Stand. Bulanan serendah RM120 sahaja dan tempoh wajib kontrak hanya 3 tahun sahaja.
Salam tuan.setiap Kali pertukaran filter berapa kosnya.
Wa’alaikumussalam wbt. Bergantung kepada jenis produk Tuan.
Paling murah adalah RM424 setahun.
Dan kos servis kami untuk hampir kesemua penapis air tidak melebih RM600.
Terima kasih atas soalan!
https://www.cuckoonano.com/ncs
Salam tuan.. Kenapa ada caj bayaran pula ya? Bukankah percuma setiap kali servis sepanjang kontrak?
Ya sepanjang kontrak rental dapat free servis, pertukaran filter dan waranti. Hanya selepas tamat tempoh kontrak sahaja pelanggan perlu bayar servis tahunan
Maaf sy nk tnya sb kurang jelas..stiap 2 bulan dtg servis tu free or kena bayar? Stiap 4 blan tukar brg tu jg free or ada caj lain kena bayar?
Cik Sukma, terima kasih atas soalan.
Servis dan pertukaran filter baru setiap 4 bulan itu adalah percuma FREE of charge sepanjang tempoh kontrak.
Sekiranya Cik Sukma ambil pakej King Top RM56.60 untuk 7 tahun, maka Cik akan dapat FREE servis dan pertukaran filter setiap 4 bulan selama 7 tahun.
Servis pertukaran filter adalah seperti berikut:
Setiap 4 bulan – Sediment Filter
Setiap 8 bulan – Pre Carbon Filter
Setiap 12 bulan – Natural Filter & Nano Positive Filter
Untuk dapatkan harga terkini produk Cuckoo, boleh klik sini https://www.cuckoonano.com
Terima kasih
nk tnye bos. .rumah sya air kurang naik rumh. ari tu try nk psang coway. tp technican diaorng ckp x bleh psang sebab tkann air rendah. cuckoo sma juga ke??
Kebanyakan penapis air RO memerlukan tekanan air yang kuat kerana sistemnya sedemikian.
Untuk Cuckoo, kami menggunakan sistem Nano Positive Filtration System yang mana tidak memerlukan tekanan air yang terlalu kuat.
Tekanan air sederhana pun insyaAllah boleh pasang 👌
111 tahun free servis?
yang paling besar untuk asrama?
filter brapa ?
Puan Diana, untuk pembelian secara Outright pelanggan akan dapat 2 tahun servis percuma.
Terkini, boleh dapat 2 tahun servis percuma + FREE Cuckoo Max Blender bernilai RM1500 (Terhad hingga 30 Jun 2018)
Yang sesuai untuk asrama adalam model Deluxe dan boleh dirujuk di sini –> https://www.cuckoonano.com/deluxe/
Total 12.1 Liter
saya nak bertanya untuk kegunaan dalam rumah sesuai ke untuk saya guna jenis deluxe . Apakah perbezaan pengunaan bil elektrik jika menggunakan jenis deluxe dan iris.. saya lebih berkenan dgn jenis deluxe.
Hai. Saya Fadhil dari Cuckoo.
Kegunaan rumah boleh sahaja guna Deluxe. Penggunaan tenaga elektrik juga tidak jauh beza.
Pada saya, model Deluxe lebih ok untuk dijadikan pilihan. Saya sendiri lebih berminat dengan model penapis air mekanikal (seperti Fusion Top, Deluxe, King Top dsb) berbanding semi elektronik.
Walaupun harganya lebih sedikit, namun ia merupakan pelaburan yang lebih berbaloi.
Assalam.
selepas tamat sewaan, berapa kos untuk selengara mesin penapis air ni? harga yang lebih murah tu berapa?
Wa’alaikumussalam wbt Tuan Irwan.
Untuk kos tersebut Tuan boleh rujuk di sini https://www.cuckoo.com.my/natural-care-service/
Kos bergantung kepada jenis model penapis air.
Dan Tuan akan dapat servis, pertukaran filter setiap kali servis dan waranti pada tahun tersebut.
Terima kasih!
adakah air alkali cuckoo sesuai utk minuman pesakit buah pinggang?
Boleh rujuk dengan doktor anda
Nak tahu untuk kegunaan office, berkenaan air RO, alkali. Mana yang lebih ok?
Salam Puan Syameera. Bagi saya, air bermineral lebih baik.
Boleh rujuk post di sini https://www.cuckoonano.com/kebaikan-keburukan-air-alkali/
Asslm..air tapis cuckoo boleh disimpan pada suhu bilik sekitar berapa hari.. maksud saya jika disimpan didalam botol air dan diletak di atas meja. Berapa lamakah (hari) dia boleh disimpan tanpa berubah rasa dan warna?
Wa’alaikumussalam wbt.
Kebiasaannya boleh digunakan selama mana bekas yang digunakan itu bersih.
Saya belum cuba untuk simpan seperti yang Puan Dewi sebut. Sebab biasanya pengguna penapis air guna air dan terus minum.
Kalau disimpan pun selama 1 minggu, 2 minggu atau lebih insyaAllah tiada masalah.
Terima kasih!
adakah produk Cuckoo boleh digunakan waktu tidak ada elektrik?
Ya boleh digunakan tanpa elektrik untuk model-model mekanikal. Air yang ditapis boleh terus diminum. Namun tiada suhu sejuk dan panas sahaja.
Salam encik, sy nak bertanya.. betul ke kawan2 sy kata air cuckoo tak sesuai untuk kanak2 sebab dia beralkali.. dia kata air cuckoo juga tak sesuai untuk guna bancuh susu budak..
Tidak betul. Air Cuckoo sesuai untuk seisi keluarga. Alkali yang ada pada air Cuckoo tidaklah tinggi dan merbahaya. Bahkan ia lebih rendah dari air mineral botol yang terjual di pasaran.
Itu sebabnya air Cuckoo juga disebut air beralkali ringan kerana pH yang sederhana sekitar 7.5 pH
salam..2 perkara saja
1. sy difahamkan cucoo cuma ada sijil halal penang
2. cucoo tak ada sirim
Wa’alaikumussalam wbt Tuan Mohd Noor Zaky. Terima kasih kerana sudi komen.
Cuckoo ada sijil Halal dari JAKIM. Walaupun ia dikeluarkan oleh Pulau Pinang, namun sijil tersebut adalah daripada JAKIM. Maka pengguna boleh menggunakannya tanpa waswas, insyaAllah.
Cuckoo juga ada sijil SIRIM. Jika Tuan teliti pada mesin yang dipasang di mesin penapis air Cuckoo pasti ada stiker SIRIM.
Terima kasih!
cuckoo ada filter yg diiktiraf halal ke? The other brand claim they have.pls advice
Cik Nazia, Cuckoo ada sijil Halal dan boleh rujuk di sini https://www.cuckoonano.com/sijil-halal-cuckoo-2018/
En Fadhil,
Kalau saya beli Cuckoo Fusion Top atau King Top secara CASH, adakah saya masih dapat service secara percuma?
TQ
Untuk pembelian penapis air secara cash, pelanggan boleh dapat FREE servis, pertukaran filter dan waranti sehingga 3 tahun.
Namun special case untuk King Top, ia tiada pakej Outright (cash)
Terima kasih
Salam hormat.. Jika kontrak hampir tamat, boleh x trade in penapis yg lain dan renew semula kontrak.. Ty
Waalaikumussalam wbt. Kita tak buat trade in. Namun untuk Cuckoo, ada kontrak yang mana apabila habis tempoh boleh pulangkan mesin dan buat kontrak baru untuk mesin baru yang lain. Terima kasih