Apa Beza Cuckoo King Top VS Fusion Top?
Apakah perbezaan antara kedua-dua model penapis air Cuckoo ini?
Ramai yang bertanya kepada wakil jualan Cuckoo perbezaan antara kedua-dua penapis air Cuckoo King Top dan Fusion Top.
Ini kerana kedua-dua penapis air ini hampir sama fungsinya, namun itu yang menjadi dilema para pelanggan untuk pilih penapis air jenama ini.
Post ini bertujuan untuk membantu anda memilih penapis air yang paling sesuai untuk kegunaan anda sekeluarga.
Namun, sebelum membincangkan perbezaan kedua-dua model penapis air ini. Kami akan nyatakan terlebih dahulu apakah persamaan ketara kedua-dua model ini.
PERSAMAAN
Berikut merupakan antara persamaan ketara antara kedua-dua model penapis air Cuckoo King Top dan Fusion Top:
JENIS: MEKANIKAL
Kedua-dua penapis air ini menggunakan sistem mekanikal.
Ini bermakna pengguna hanya perlu menekan nozel pada penapis air ini untuk mengeluarkan air.
Untuk pilihan air panas, anda hanya perlu menekan nozel di kiri dan untuk air sejuk, tekan nozel di kanan.
JENIS FILTER: NANO POSITIVE FILTRATION
Nano Positive Filtration System digunakan untuk kedua-dua jenis penapis air ini.
Penapis air Cuckoo hanya akan mengeluarkan air yang bermineral dan beralkali ringan (Mild Alkaline) dan bukan Reverse Osmosis (RO).
Air yang ditapis menggunakan penapis air Cuckoo juga dijamin bebas: kuman, bakteria, kotoran, logam berat (heavy metals), klorin dan sebagainya.
Air yang bermineral dan beralkali adalah lebih baik daripada air reverse osmosis kerana air RO tiada kandungan mineral padanya.
Filter yang terdapat pada penapis air Cuckoo adalah seperti berikut:
- Sediment Filter – ditukar setiap 4 bulan
- Pre Carbon Filter – ditukar setiap 8 bulan
- Natural Filter – ditukar setiap 12 bulan
- Nano Positive Filter – ditukar setiap 12 bulan
Segala maklumat mengenai penapis air Cuckoo boleh didapati di pautan ini.
JENIS TANGKI: ANTIBACTERIAL STAINLESS STEEL
Tangki yang digunakan oleh penapis air Cuckoo Fusion Top ini adalah jenis stainless steel (tahan karat) dan anti bakteria.
Jenis tangki Stainless Steel ini adalah lebih selamat kerana ia bebas daripada bakteria, kulat dan sebagainya.
Setiap 4 bulan, Cuckoo Natural Doctress akan datang ke rumah anda untuk servis dan termasuk dalam aktiviti servis adalah mereka akan menggunakan teknologi steam sterilization untuk membersihkan dan memastikan penapis air anda bebas daripada kulat, kuman dan bakteria.
SAFETY CHILD LOCK
Kedua-dua penapis air ini juga mempunyai ciri khas: Safety Child Lock.
Fungsi ini sangat penting untuk setiap penapis air yang dijual di pasaran.
Elakkan daripada membeli penapis air yang tidak mempunyai ciri ini kerana ia bakal membahayakan anda dan anak-anak.
Untuk mengeluarkan air daripada penapis air, anda hanya perlu tekan butang Safety Child Lock dan tekan nozel untuk mengeluarkan air.
PERBEZAAN
Cuckoo King Top dan Fusion Top tidak mempunyai banyak perbezaan. Namun, antara perbezaan ketara kedua-dua penapis air Cuckoo King Top dan Fusion Top pula hanyalah seperti berikut:
KAPASITI
Penapis air Cuckoo King Top mempunyai kapasiti seperti berikut:
Tangki Air Sejuk: 1.0 Liter
Tangki Air Panas: 1.0 Liter
Tangki Suhu Bilik: 0.3 Liter
Manakala penapis air Cuckoo Fusion Top pula adalah seperti berikut:
Tangki Air Sejuk: 2.0 Liter
Tangki Air Panas: 1.4 Liter
Tangki Suhu Bilik: 0 Liter
Namun, untuk mana-mana penapis air Cuckoo boleh dipasang satu tiub khas untuk mengeluarkan air suhu bilik tanpa had.
Pemasangan tiub ini adalah PERCUMA tanpa perlu sebarang pembayaran.
Air tersebut adalah air bersih, bertapis, bermineral dan boleh digunakan untuk diminum, memasak, membasuh buah-buahan, sayuran dan sebagainya.
DESIGN
Design / rekabentuk penapis air Cuckoo King Top adalah slim design yang mana ia kelihatan lebih slim dan bergaya.
Design / rekabentuk penapis air Cuckoo Fusion Top pula kelihatan lebih minimalis dan bergaya. Designnya mesra keluarga dan sesuai untuk dipasang di setiap rumah.
RENTAL PLAN
Cuckoo menawarkan pelan Goood Plan untuk penapis air Cuckoo King Top yang mana pelan pembayarannya adalah sangat fleksibel.
Pelan pembayarannya adalah selama 18 bulan hingga 84 bulan, dan pelanggan boleh memilih tempoh langganan yang diingini.
18 bulan – RM122.64/bulan
24 bulan – RM113.21/bulan
30 bulan – RM103.77/bulan
36 bulan – RM94.34/bulan
48 bulan – RM84.91/bulan
60 bulan – RM75.47/bulan
72 bulan – RM66.04/bulan Discontinued
84 bulan – RM56.60/bulan Discontinued
Cuckoo berhak untuk memberi penapis air kepada anda untuk menjadi hak milik selepas tamat kontrak pembayaran. Servis RM424.53 selepas habis tempoh kontrak
Manakala untuk Cuckoo Fusion Top pula, Cuckoo menawarkan Normal Plan yang mana pelan pembayarannya adalah seperti berikut:
Tahun 1 – RM98.00/bulan
Tahun 2 – RM98.00/bulan
Tahun 3 – RM98.00/bulan
Tahun 4- RM80.00/bulan
Tahun 5- RM80.00/bulan
Selepas tahun ke-3, anda boleh pulangkan semula penapis air yang disewa kepada Cuckoo.
Namun, jika anda ingin menyambung kontrak bersama Cuckoo. Kontrak boleh disambung selama 2 tahun lagi.
Selepas tamat tempoh 5 tahun tersebut, Cuckoo berhak untuk memberi penapis air kepada anda untuk menjadi hak milik.
OUTRIGHT PLAN
Bagi penapis air Cuckoo King Top, tiada pelan Outright atau pembelian secara cash.
Penapis air Cuckoo Fusion Top pula boleh dibeli secara cash/outright pada harga RM3200.00
Dengan pembelian secara Outright, anda boleh terima:
a. FREE servis 1 + 1 + 1 tahun
b. FREE MAX Blender terbaru Cuckoo bernilai RM1500/unit –> Promosi tamat 30 September 2018.
PEMASANGAN DI PEJABAT
Bagi pelan Cuckoo King Top, ia hanya boleh dipasang di rumah sahaja. Jika ingin dipasang di rumah kedai, hanya rumah yang berdaftar secara Enterprise sahaja yang boleh memasang penapis air Cuckoo di rumah. Premis kedai yang berdaftar dengan Sdn. Bhd. tidak layak untuk memasang penapis air Cuckoo King Top.
Bagi penapis air Cuckoo Fusion Top pula, anda boleh pasang di rumah atau pejabat. Pemasangan penapis air Cuckoo Fusion Top di pejabat yang berdaftar Sdn. Bhd. hanya memerlukan beberapa dokumen sokongan sahaja seperti SSM dan rental agreement sewa lot kedai.
KOS NCS
NCS adalah Natural Care Services. NCS merupakan servis yang diberikan untuk penapis air Cuckoo di rumah anda bagi memastikan air yang anda minum sentiasa dalam keadaan bersih, sihat dan meyakinkan.
Servis NCS adalah termasuk: Servis penapis air, pertukaran filter, 15 point check, waranti, customer services dan sebagainya.
Selama mana anda masih berada dalam kontrak rental bersama Cuckoo, anda akan menerima servis ini secara percuma dan tidak perlu dibayar.
Dan bagi pembelian penapis secara outright pula, anda akan menerima servis percuma selama 2 tahun.
Manakala selepas tamat tempoh servis, kos yang perlu ditanggung oleh pelanggan untuk servis hanyalah seperti berikut:
Cuckoo King Top – RM424.53/tahun
Cuckoo Fusion Top – RM400/tahun
Kos servis penapis air Cuckoo Fusion Top adalah lebih murah iaitu hanya RM400/tahun. Jimat sebanyak RM24.53.
Perhatian: Pembayaran NCS ini adalah secara tahunan dan bukan dibayar setiap kali servis.
VERSI: FUSION STAND
Cuckoo Fusion Top mempunyai versi stand yang dipanggil Cuckoo Fusion Stand.
Cuckoo Fusion Stand ini lebih sesuai bagi anda yang menginginkan penapis air yang mempunyai stand, tak perlu letak atas table top dan kapasiti yang lebih besar.
Kapasiti:
Air Sejuk: 2.0 Liter
Air Panas: 2.5 Liter
Kos:
Outright: RM4028
Rental:
Tahun 1: RM115.00
Tahun 2: RM115.00
Tahun 3: RM115.00
Tahun 4: RM95.00
Tahun 5: RM95.00
KESIMPULAN
Kesimpulannya, kedua-dua model penapis air ini hampir sama pada hampir kesemua ciri. Namun hanya ada beberapa sahaja perbezaan.
Yang mana lebih berbaloi? Ini juga sering ditanya kepada kami.
Yang lebih berbaloi itu bergantung kepada keperluan dan bajet anda.
Cuckoo Fusion Top adalah pilihan yang lebih baik sekiranya anda mempunyai bajet yang sederhana. Ini kerana ia mempunyai kapasiti yang lebih besar, kos NCS selepas tamat kontrak rental adalah lebih murah, dan komitmen bulanan selepas 3 tahun akan turun ke RM80.00 sahaja sebulan.
Namun jika anda mempunyai bajet yang sangat rendah untuk menggunakan penapis air yang mempunyai ciri suhu sejuk dan panas, maka penapis air Cuckoo King Top adalah pilihan yang lebih sesuai. Cuckoo King Top merupakan penapis air 3 suhu yang paling asas disediakan oleh Cuckoo.
Namun untuk long term (tempoh panjang), Cuckoo Fusion Top adalah semestinya pilihan yang lebih berbaloi.
KENAPA ANDA PERLU PILIH FUSION TOP?
Pilihan antara kedua-dua model ini menjadi satu keputusan besar bagi ramai para pelanggan Cuckoo.
Secara peribadi, dengan pengalaman menggunakan kedua-dua model penapis air ini saya lebih yakin model Fusion Top adalah model yang lebih baik untuk dipilih. Kerana
- Tangki lebih besar – Air sejuk 2 liter, air panas 1.4 liter
- Air lebih sejuk – Cuckoo Fusion Top dapat menghasilkan air lebih sejuk berbanding kebanyakan model-model penapis air Cuckoo yang lain (model lain sejuk, tapi Fusion Top lebih sejuk)
- Bayaran lebih murah lepas 3 tahun
- Kos servis lepas habis rental lebih murah – RM400 sahaja setahun
- Saiz yang sederhana, minimalis dan kelihatan menarik
- Mudah untuk digunakan oleh semua golongan, termasuk kanak-kanak dan orang tua (kalau ibubapa datang rumah pun mudah nak pakai)
- Air suhu bilik direct – Cuckoo akan pasang satu tiub ekstra untuk keluarkan air suhu bilik di sinki rumah anda
- Refill air lebih laju berbanding jenama-jenama lain
- Lebih sesuai untuk dipasang di rumah yang ada 3 orang penghuni ke atas, dan sesuai untuk penghuni rumah yang lebih ramai
- Tempoh long term, penapis air Cuckoo Fusion Top lebih berbaloi dari sudut pembayaran, servis, kapasiti dan pelbagai lagi.
Ramai yang tidak mahu memilih Cuckoo Fusion Top kerana tiada air suhu bilik. Namun,
- Tiub Ekstra – Cuckoo akan pasang tiub ekstra untuk keluarkan air suhu bilik tanpa perlu tangki
- Nak air suam? Mudah sahaja. Isi air panas dan tambahkan air sejuk, jadilah air suhu bilik atau air suam
- Refill pantas – Dengan Cuckoo, anda tak perlu risau kalau nak isi air dalam botol banyak sekalipun kerana kadar kecepatan refill dan kadar kecepatan penyejukan dan pemasanasan air adalah pantas