✆ WhatsApp 013 991 6967

Cuckoo ada dua pilihan kerusi urut yang terbaik untuk miliki, iaitu Cuckoo Bespoke Massage Chair dan Cuckoo Massage Lounger.

Kedua-duanya adalah produk yang berbeza tetapi mempunyai 1 tujuan yang sama iaitu memberikan kelegaan, kerehatan dan ketenangan untuk anda, namun kedua-duanya direka untuk gaya hidup dan kesesuaian ruang yang sedikit berbeza.

Mari kita bandingkan secara “side by side” supaya anda boleh pilih yang paling sesuai untuk anda.

Perbezaan Cuckoo Massage Chair vs Lounger

Perbandingan Cuckoo Massage Chair vs Lounger
 Cuckoo Massage ChairCuckoo Massage Lounger
JenisKerusi urut 4D full-bodyLounger kompak untuk belakang & badan bawah
Kesesuaian RuangLebih besar, sesuai untuk ruang tamu atau bilik luasKecil, muat dalam bilik tidur atau ruang tamu rumah kondominium
Bahagian Badan Yang Dapat DiurutLeher, bahu, lengan, belakang, pinggang, pinggul, kaki, tapak kakiBelakang, pinggang, pinggul, paha (tiada urutan lengan & tapak kaki)
Tahap Kekuatan UrutanDeep tissue, terapi menyeluruhUrutan lembut untuk relaksasi harian
Ciri TambahanPengesanan badan masa nyata, pelbagai mod, SL-TrackPreset mudah dengan remote, recline jimat ruang
Sewa BulananRM143/bulan (pelan 5 tahun)RM119/bulan (pelan 5 tahun)

Kenapa Pilih Cuckoo Massage Chair?

kerusi urut cuckoo bespoke massage chair ogawa

Cuckoo Bespoke Massage Chair (warna hitam) sesuai untuk anda yang:

  • Inginkan urutan menyeluruh dari tengkuk hingga ke tapak kaki
  • Mahukan kerusi urut yang boleh urut lengan dan tapak kaki sekali
  • Suka urutan lebih kuat dan mendalam berbanding biasa
  • Inginkan warna gelap yang mudah dipadankan dengan tema rumah
  • Tidak kisah dengan saiz kerusi yang lebih besar (tetap sesuai untuk kondominium)
  • Sanggup bayar sewa bulanan lebih tinggi berbanding Lounger kerana mahukan ciri tambahan

Jadi, kerusi urut ini lebih sesuai untuk mereka yang mencari kelegaan paling menyeluruh dari kepala hingga ke kaki, pengguna yang nak pengalaman urutan yang terasa lebih lengkap, mendalam dan premium. Pengguna yang tak perlu kompromi pada ciri atau kekuatan urutan.

Kenapa Pilih Cuckoo Massage Lounger?

cuckoo bespoke massage lounger kerusi urut

Cuckoo Bespoke Massage Lounger (warna beige) pula sesuai untuk anda yang

  • Mahu kerusi urut dengan saiz lebih kompak dan ringkas
  • Inginkan urutan harian dari tengkuk hingga betis, tanpa kisah jika lengan dan tapak kaki tidak diurut
  • Tinggal di kondominium atau mahu letak dalam bilik tidur
  • Utamakan penjimatan ruang dalam rumah
  • Suka idea kerusi urut yang boleh dijadikan ‘couch’ bila tidak digunakan
  • Cari pilihan dengan bajet bulanan lebih rendah
  • Gemar dengan warna beige yang lembut dan mudah disesuaikan dengan rekabentuk rumah

Kerusi urut ini memang sesuai untuk saya yang tinggal di kondominium dengan ruang yang agak terhad. Bila tak digunakan, ia boleh dijadikan seperti sofa single seat, jadi tak nampak membazir ruang. Urutan dari tengkuk sampai betis pun dah cukup untuk hilangkan lenguh selepas kerja.

Paling best, bayaran bulanannya lebih rendah jadi masih mampu dimiliki tanpa rasa terbeban.

Perbezaan Penting Anda Perlu Tahu

 Cuckoo Massage ChairCuckoo Massage Lounger
Jenis UrutanUrutan 4D full-body + tekanan udaraTekanan udara lembut, tanpa roller
Urutan Tapak KakiAdaTiada
Urutan LenganAdaTiada
Sesuai UntukPemulihan mendalam, terapi seluruh badanRelaksasi, kegunaan harian ringan
Ruang DiperlukanLebih luas (ruang tamu, sudut wellness)Lebih kecil (bilik tidur, bilik belajar)

Anda perlu fikirkan mengenai ruang yang anda perlukan, bajet begitu juga pengalaman urutan bagaimana yang lebih penting untuk diri anda.

Siapa Sesuai Guna Cuckoo Bespoke Massage Chair (Hitam)

Siapa & bila sesuai guna:

  • Lepas balik kerja: Orang muda atau profesional yang selalu penat duduk lama depan komputer, guna untuk legakan tengkuk, pinggang dan tapak kaki.
  • Orang yang perlukan Power Nap: Nak tidur sekejap sebab terlalu penat, duduk sekejap pasti tertidur!
  • Atlet / orang aktif bersenam: Lepas jogging, gym atau aktiviti sukan, bagus untuk recovery otot yang tegang.
  • Ibu bapa / warga emas: Kalau selalu sakit belakang atau kebas kaki, massage chair boleh bagi terapi lebih menyeluruh. Orang tua suka dapat urutan tapak kaki
  • Waktu santai hujung minggu: Sambil tengok TV atau berehat di ruang tamu, sambil dapat urutan seluruh badan.
  • Selepas perjalanan jauh: Kalau balik kampung drive lama, boleh guna untuk legakan sakit belakang & kaki bengkak.

👉 Sesuai untuk mereka yang perlukan terapi, kerehatan & pemulihan badan tengkuk ke tapak kaki, bukan sekadar untuk santai.

Siapa Sesuai Guna Cuckoo Bespoke Massage Lounger (Beige)

Siapa & bila sesuai guna:

  • Tinggal di kondominium / rumah kecil: Letak dalam bilik tidur atau ruang tamu kecil, tak makan banyak ruang.
  • Sambil baca buku / tengok TV: Jadi macam single-seated sofa, bila nak relaks tekan butang urut.
  • Selepas kerja: Professional muda yang penat, cuma nak rasa urutan ringan sebelum tidur.
  • Untuk ibu bapa: Kalau warga emas tak suka kerusi besar, lounger ni lebih mudah naik turun sebab lebih rendah dan ringan.
  • Kegunaan harian ringan: Contohnya lepas masak, kemas rumah, atau sebelum tidur nak tenangkan badan.
  • Budget conscious user: Sesuai untuk yang nak rasa urutan tapi bajet bulanan lebih rendah.

👉 Sesuai untuk mereka yang perlukan rehat harian tapi lebih ringan & ruang jimat, bukan untuk terapi berat.

Rumusan Cuckoo Bespoke Massage Chair vs Lounger

Kesimpulannya, Cuckoo Massage Chair lebih sesuai untuk anda yang nak urutan menyeluruh ala-ala spa, dari tengkuk hingga tapak kaki dengan kekuatan urutan lebih mendalam. Ia pilihan terbaik untuk mereka yang aktif bekerja, mengalami sakit belakang kronik, atau mahu tempat rehat premium di ruang tamu.

Sementara itu, Cuckoo Massage Lounger lebih sesuai untuk anda yang tinggal di rumah kondo atau bilik yang lebih kecil, mahukan urutan ringan setiap hari selepas kerja atau sebelum tidur, dan inginkan kerusi yang boleh berfungsi juga sebagai sofa ringkas dengan bayaran bulanan lebih ringan.

Apa jua pilihan anda, kedua-duanya didatangkan dengan penghantaran percuma, servis setiap 6 bulan, dan waranti penuh sepanjang tempoh sewa.