CUCKOO Warrior adalah model penapis air baru yang diperkenalkan pada April 2022 yang mempunyai ciri tambahan berbanding model sebelumnya iaitu Fusion Top.
Fungsi tambahan yang ada pada model Warrior ini adalah ia mempunya Mechanical Faucet Sterilization (1st Water Purifier With Faucet Sterilization Function!) yang mana fungsi ini tiada pada mana-mana model pesaingnya.
Fungsi Faucet Sterilization ini adalah bagi memastikan picu untuk mengeluarkan air berada dalam keadaan bersih dan bebas kuman setelah pengguna melakukan pembersihan menggunakan fungsi tersebut.
1 – AIR SEJUK
Untuk air sejuk, anda hanya perlu letakkan cawan di bawah picu dan tekan penekan air sejuk yang berwarna biru. Pastikan pelaras suhu dipulas ke sebelah kanan.
2 – AIR SUHU PANAS
Untuk air panas, anda hanya perlu letakkan cawan di bawah picu air panas. Tekan ‘safety lock’ button dan sekaligus tekan penekan air panas yang berwarna merah untuk mengeluarkan air panas.
3- AIR SUHU BIASA
Untuk air suhu biasa/kurang sejuk, sama seperti air sejuk namun anda hanya perlu pulaskan pelaras suhu ke atas untuk menjadikan air kurang sejuk dan tekan penekan tersebut (biru).
4 – FAUCET STERILIZATION FUNCTION
Faucet sterilization berfungsi untuk membersihkan picu tempat mengeluarkan air pada penapis air Warrior ini. Ia tidak seperti model lain seperti Icon, Prince Top, Titan dan Jazz yang mana keempat-empat model ini, ia dapat melaksanakan proses Faucet Sterilzation secara automatik kerana model-model tersebut merupakan model digital.
Berbeza dengan model ini, untuk melakukan proses sterilization anda perlu lakukannya secara mekanikal. Caranya mudah sahaja.
- Pulaskan pelaras suhu kepada suhu sejuk (kanan)
- Letakkan bekas pensterilan (sterilization cup) pada penapis air tersebut
- Tekan butang STERILIZATION di bahagian tengah penapis air Warrior ini
Apabila proses penstirilan tamat, hanya lampu Faucet Sterilization akan menyala. Penapis air ini juga akan berbunyi apabila proses tersebut telah tamat.