✆ WhatsApp 013 277 5539

Bagaimana cara kira kos untuk sewa atau beli mesin penapis air Cuckoo?

Penapis air Cuckooo ada 4 jenis pelan sewa dan beli.

1 – NORMAL PLAN (rental)

Contoh Normal Plan

a. Normal plan merupakan pelan sewa penapis air
b. Tempoh sewa adalah selama 3 tahun. Kemudian boleh pilih untuk pulangkan penapis air kepada Cuckoo atau sambung sewa sehingga 5 tahun.
c. Jika ingin milik penapis air ini, perlu bayar lagi 2 tahun pada kos yang lebih rendah daripada tahun 1-3. Jika sambung lagi 2 tahun, total akan jadi 5 tahun. Penapis air ini akan menjadi milik kita lepas habis bayar 5 tahun.

Contoh:

Sewa Cuckoo Icon

Tahun 1 – 3: RM120/bulan
Tahun 4 – 5: RM100/bulan

d. Kos servis dan tukar filter (Icon – RM583/tahun) adalah FREE selagi mana kita bayar setiap bulan untuk tempoh 5 tahun ini.
e. Maka, kos yang perlu dibayar dalam masa 5 tahun tersebut adalah:
RM120 x 12 x 3 tahun = RM4320
RM100 x 12 x 2 tahun = RM2400
TOTAL: RM6720
*Tiada sebarang kos tambahan
f. Normal plan ini boleh digunakan untuk sewa penapis air / penapis udara di rumah, pejabat, restoran, masjid dan sebagainya.

2 – GOOOD PLAN (rental)

a. Goood Plan merupakan skim sewa bagi tempoh yang fleksibel
b. Pembiayaan bulanan Goood Plan adalah sangat mampu milik. Hal ini kerana tempoh sewa mencecah 7 tahun (84 bulan)
c. Ramai yang risau mengenai Goood Plan sebab terlalu lama. Tapi, ini adalah perkara yang best bila kita pilih untuk ambil Goood Plan ini.
d. Contoh: Sewa Iris Top selama 7 tahun. Kos adalah RM75/bulan. Bagi tempoh 7 tahun tersebut, kos servis dan tukar filter adalah FREE. Begitu juga waranti covered hingga 7 tahun. Kebiasaannya perlu bayar sebanyak RM550/tahun
e. Cara kira bayaran bagi tempoh 7 tahun adalah

RM75 x 12 bulan x 7 tahun
Total: RM6300 sahaja
*Tiada sebarang kos tambahan

f. Sekiranya anda memilih untuk membatalkan kontrak, anda perlu bayar baki sahaja.

Contoh: Alif sudah bayar untuk tempoh 4 tahun. Untuk terminate kontrak, Alif perlu bayar baki 3 tahun iaitu RM75 x 3 x 12: RM2700. Alif masih lagi boleh menikmati servis dan tukar filter percuma selama 7 tahun.

3 – CASH

a. Pembelian secara cash adalah yang paling mudah. Bagi pembelian cash, sering kali disebut Outright. Ia membawa maksud yang serupa.
b. Kelebihan membeli secara cash adalah kos lebih murah dan lebih banyak penjimatan.
c. Cuckoo kebiasaannya akan memberi insentif kepada pelanggan yang membeli secara cash. Sesiapa yang membeli secara cash akan dapat hadiah seperti: MultiCooker, Periuk Nasi, Periuk memasak, Free servis tambahan 1 hingga 2 tahun dan sebagainya. Ia bergantung kepada promosi pada tempoh tersebut.
d. Jika anda mempunyai bajet yang mencukupi, membeli secara cash adalah antara pilihan yang terbaik.
e. Namun, servis percuma hanyalah untuk tempoh 2 tahun sahaja. Untuk tahun ke-3 dan ke atas, ada kos yang perlu dibiayai oleh pembeli.
f. Sekiranya harga penapis air adalah RM3392 (Fusion Top), maka itu sahaja yang perlu dibayar. Kemudian kos servis setiap tahun bermula tahun ke-3 (RM424/tahun)

4 – CREDIT CARD / KAD KREDIT

a. Pembelian secara kad kredit adalah sama seperti cash/outright
b. Bezanya adalah bank membayar terlebih dahulu bagi pihak anda, dan anda akan membayar baki selebihnya kepada bank
c. Insentif dan kelebihan sama seperti pembelian secara cash
d. Tempoh pembayaran bergantung kepada bank mana yang anda pilih. Tempoh 6 bulan hingga 36 bulan.

KESIMPULAN

Anda boleh pilih pelan pembelian mana yang sesuai dengan keperluan anda, dan pelan mana yang termampu.

Hal ini kerana setiap pelan mempunyai kelebihan tersendiri dengan pakej yang menarik.

Sekian.

Wan Ahmad Fadhil,
Wakil Jualan Cuckoo.

HAK CIPTA TERPELIHARA