✆ WhatsApp 013 277 5539

Cuckoo Iris Top VS Icon

Seringkali ejen-ejen Cuckoo ditanya, “Apa beza penapis air Cuckoo Iris Top dan Cuckoo Icon ya?” Kedua-dua model penapis air ini merupakan antara penapis air terbaik yang disediakan oleh Cuckoo Dan yang menariknya adalah, hampir kesemua ciri-ciri penapis air Cuckoo Icon dan Cuckoo Iris Top adalah sama.

Contents

CIRI-CIRI SAMA

Antara persamaan kedua-dua model penapis air Cuckoo Iris Top dan Cuckoo Icon ini termasuklah:

  1. Power Consumption – Penggunaan tenaga elektrik bagi Cuckoo Iris Top dan Cuckoo Icon adalah sama: Cold – 100w Hot – 350w Tenaga elektrik yang digunakan oleh penapis air Cuckoo adalah sangat menjimatkan. Anggaran penggunaan tenaga elektrik hanyalah sekitar RM10 sahaja sebulan. Ini kerana, teknologi penapis air Cuckoo in cukup berbeza dengan jenama lain dan turut berbeza dengan pemanas air yang memerlukan tenaga elektrik sekitar 700W ke 2000W.
  2. Dimensi – 260mm x 490mm x 508mm.
  3. Filter Flushing – Manual. Untuk mengeluarkan air dari penapis air Cuckoo, anda perlu pilih suhu yang diingini kemudian hanya tekan pada nozel yang ada pada penapis air tersebut untuk mengeluarkan air.
  4. Rekabentuk – Rekabentuk kedua-dua model penapis air ini adalah sama, kecuali bahagian bulatan pada penapis air Cuckoo Icon berwarna putih manakala Iris Top pula berwarna hitam
  5. Kapasiti Tangki – Kapasiti tangki kedua-dua penapis air ini adalah sama Air sejuk: 2.0 Liter Air panas: 1.4 Liter Room: 1.8 Liter TOTAL: 5.2 Liter
  6. Jenis Filter – Jenis filter yang digunakan oleh kedua-dua model penapis air ini juga adalah sama (sediment filter, pre carbon filter, natural filter dan nanopositive filter)
  7. Safety Child Lock – Penapis air ini turut disediakan dengan fungsi Safety Child Lock bagi memastikan anak-anak kecil anda selamat daripada terkena air panas. Ia juga bagi memastikan tidak berlaku kerosakan pada penapis air anda.
  8. 13 Mod Suhu – Walaupun penapis air Cuckoo ini dapat menghasilkan 3 suhu air, iaitu air sejuk, panas dan suhu bilik. Namun setiap satu suhu tersebut boleh diselarikan kepada 13 mod yang berbeza. Ada 5 setting suhu air sejuk, 5 setting suhu air panas dan 3 setting suhu air suhu bilik. Maka anda boleh pilih suhu bagaimana ikut citarasa anda.
  9. LCD Panel – Seperti yang sedia maklum, Cuckoo Icon dan Iris Top mempunyai hanya satu faucet pengeluaran air. Air sejuk, panas dan suhu bilik kesemuanya keluar daripada faucet yang sama. Anda hanya perlu pilih suhu air menggunakan LCD Panel pada penapis air Cuckoo tersebut, kemudian tekan nozel (butang) di bawah untuk mengeluarkan air.Tonton video di bawah untuk tahu bagaimana cara mengeluarkan air daripada penapis air Cuckoo Icon dan Iris Top.

CIRI BERBEZA

iris top vs icon

cuckooiris top

Cuckoo Iris Top

 

PERBEZAAN 1: IN & OUT STERILIZATION

Antara perbezaan ketara kedua-dua model ini adalah, Cuckoo Icon mempunyai fungsi In & Out Sterilization yang mana tiada pada Cuckoo Iris Top.

Fungsi Sterilization ini bertujuan untuk memastikan penapis air kita bebas daripada kuman yang sentiasa berterbangan dalam udara.

Lebih-lebih lagi ketika kita sedang memasak, membancuh kopi, membuka pintu dapur rumah anda dan pelbagai lagi aktiviti yang dapat mendedahkan penapis air anda kepada kuman dan bakteria.

Maka, dengan adanya fungsi In & Out Sterilization, Faucet Sterilization dan Auto Sterilization ini, ia sedikit sebanyak membantu untuk menghapuskan kuman dan bakteria yang ada pada penapis air anda. Ini juga bagi memastikan penapis anda lebih bersih dan meyakinkan.

Contoh fungsi sterlization adalah seperti dalam video di bawah:

Namun, jika anda memilih penapis air Cuckoo Iris Top pula sterilization akan diberikan secara percuma setiap kali Natural Doctress datang ke rumah anda untuk servis penapis air di rumah anda.

 

PERBEZAAN 2: ENERGY EYE

Cuckoo Icon juga mempunyai fungsi Energy Eye yang mana ia merupakan sensor pintar yang akan memadamkan penapis air di rumah anda ketika ketiadaan orang bagi menjimatkan tenaga elektrik.

 

PERBEZAAN 3: VOICE GUIDE

Cuckoo Icon juga mempunyai fungsi voice guide, yang mana penapis air ini boleh ‘berkata-kata’ apabila kita tekan pada panel LCD yang terdapat pada penapis air tersebut.

Voice guide penapis air Cuckoo Icon ini boleh berkata-kata dalam bahasa Inggeris, Melayu dan Mandarin. Voice guide ini membuat penapis air di rumah anda rasa lebih menarik dan lebih moden.

Voice guide ini juga memudahkan apabila ibubapa anda datang ke rumah anda. Atau jika ada anak-anak kecil di rumah. Kerana mereka tidak perlu susah payah memilih suhu kerana penapis air Icon akan bersuara apabila mod suhu sejuk/panas/suhu bilik dipilih.

PERBEZAAN 4: NORMAL PLAN VS GOOOD PLAN

Penapis air Cuckoo Iris mempunyai promosi Goood Plan manakala Cuckoo Icon pula dengan Normal Plan.

Promosi Goood Plan merupakan pelan sewa penapis air secara lebih fleksibel, yang mana pelanggan boleh memilih tempoh daripada 18 bulan (RM200/bulan) ke 84 bulan (RM75/bulan).

Segala servis, pertukaran filter dan waranti adalah ditanggung oleh Cuckoo sepanjang kontrak rental tersebut. Selepas tamat kontrak rental, Cuckoo berhak untuk memberikan penapis air tersebut kepada anda sebagai hak milik.

Manakala Cuckoo Icon pula dengan Normal Plan. Pelan bulanan Cuckoo Icon adalah seperti berikut: Tahun 1-3: RM120/bulan Tahun 4-5: RM100/bulan

Namun, selepas habis kontrak 3 tahun tersebut pelanggan boleh pulangkan semula penapis air kepada Cuckoo.

Jika ingin menyambung kontrak, boleh sambung untuk 2 tahun pada harga bulanan yang lebih rendah.

Selepas tamat kontrak tahun ke-5 tersebut, Cuckoo berhak untuk memberikan penapis air tersebut kepada pelanggan sebagai hak milik pelanggan.

harga cuckoo

 

PERBEZAAN 5: HARGA PEMBELIAN CASH

Harga pembelian cash/outright untuk penapis air

CUCKOO IRIS TOP – RM3772.64

CUCKOO ICON – RM4200

Perbezaan: RM427.36

 

PERBEZAAN 6: KOS NCS

Kos NCS bagi:

CUCKOO IRIS TOP – RM518.87/tahun

CUCKOO ICON – RM550/tahun

Perbezaan: RM31.13

 

PERBEZAAN 7: PERBANDINGAN RENTAL 5 TAHUN

Bagi Cuckoo Iris Top

RM94.34/bulan x 12 bulan x 5 tahun = RM5660.40

Bagi Cuckoo Icon

RM113.21/bulan x 12 bulan x 3 tahun = RM4075.56
RM94.34/bulan x 12 bulan x 2 tahun = RM2264.16
Total: RM6339.72

Perbezaan: RM679.32

 

ANALISIS: YANG MANA LEBIH BERBALOI?

Pemilihan antara kedua-dua model ini merupakan antara dilema yang dilalui oleh ramai pelanggan.

Namun, ia bergantung kepada keperluan dan keinginan anda sendiri.

Ini kerana kedua-dua penapis air ini adalah hampir sama, cuma Cuckoo Icon mempunyai beberapa fungsi tambahan yang membuatnya lebih menarik lagi.

Sekiranya anda memerlukan penapis air yang berkapasiti sederhana besar, moden dan berkualiti, namun mempunyai bajet yang terhad. Maka penapis air Cuckoo Iris Top lebih sesuai untuk anda.

Namun sekiranya anda inginkan penapis air yang berkapasiti sederhana besar, moden, berkualiti, mempunyai fungsi ekstra seperti voice guide dan inginkan penapis air yang boleh di-steril-kan sendiri bagi membersihkan penapis air dan membasmi kuman, maka penapis air Cuckoo Icon merupakan pilihan yang lebih baik.

Konsultasi Percuma!

Isi borang di bawah, kemudian kami akan hubungi anda dengan segera untuk konsultasi PERCUMA!