21 Tip Praktikal Ajar Anak Minum Air Masak
Minum air yang secukupnya setiap hari adalah sangat penting untuk kesihatan anak-anak.
Apabila anak cukup minum air, ia dapat membantu untuk menstabilkan suhu badan, mengurangkan risiko sembelit, masalah kencing dan pelbagai lagi.
Namun, apa nak buat kalau anak tak suka minum air masak?
Zaman sekarang, anak-anak dah makin kurang minum air masak.
Dengan lambakan air manis yang terjual di kedai, restoran dan yang tersedia di rumah lebih mereka gemari berbanding air masak.
Ini merupakan satu fenomena kini yang tidak sihat kerana banyak minum air manis boleh membawa kepada pelbagai masalah kesihatan yang tidak diingini seperti mudah demam, obesiti, kencing manis, gigi rosak dan sebagainya.
Anak yang kurang minum air masak akan lebih mudah naik berat badan, gemuk dan obesiti.
Anda mesti tertanya-tanya. Kenapa?
Sebab air masak dapat bantu untuk mengurangkan selera makan dan minum apabila tak perlu makan dan minum.
Kadang-kadang, anak minta makan coklat dan minum air berkarbonat bukan sebab lapar dan dahaga. Tapi sebab craving nak makan dan minum benda manis.
Tapi bila minum air masak, ia dapat mengurangkan craving tersebut.
Atas dasar itu, saya ingin kongsikan 21 tips galakkan anak minum air masak lebih banyak
21 Tips Ajar Anak Minum Air Masak
1. Pastikan Bekalan Air Masak Minuman Sentiasa Ada Dan Mudah
Kebiasaannya antara sebab kurangnya anak minum air di rumah adalah disebabkan oleh kurang bekalan air masak di rumah. Boleh jadi sebab tak sempat nak masak air, tak sempat nak beli air mineral di rumah.
Bila kurang bekalan air di rumah, anak-anak pun jadi kurang minum air sebab air tak ada.
Sediakanlah air yang lebih daripada cukup di rumah supaya anak-anak mudah nak minum air.
Isi dalam botol air yang mudah untuk anak minum.
2. Jadikan Minum Air Masak Perkara Yang menarik
Minum air masak boleh jadi aktiviti yang menarik di rumah.
Ini kerana anak-anak kurang motivasi untuk minum air masak sebab air masak tak nampak menarik dan tiada rasa.
Bayangkan bila anak kita nampak botol air berkarbonat, air Milo dalam tin dan sebagainya. Semuanya nampak menarik dan menjentik emosi anak-anak untuk nak minum air tersebut.
Jadi kreatif untuk fikirkan cara yang terbaik untuk anak anda. Atau boleh juga ikut langkah-langkah menarik yang seterusnya.
3. Beli Cawan Dan Botol Yang Menarik
Selain daripada itu, anda juga boleh beli cawan yang kelihatan menarik untuk anak-anak anda.
Cawan yang menarik perhatian anak dapat pasti akan membuat mereka suka dan kerap minum air masak.
Jadikan cawan tersebut itu hanya untuk minum air masak sahaja.
Kalau anak anda suka watak animasi SpiderMan, belikan anak kita satu cawan dan botol SpiderMan. Kalau anak kita suka watak Boboi Boi, belikan cawan dan botol Boboi Boi.
Atau boleh juga beli cawan yang mempunyai design-design menarik lain yang ada dalam pasaran.
4. Benarkan Mereka Minum Sendiri
Antara kesilapan ibubapa zaman kini adalah tidak membenarkan anak untuk minum air sendiri.
Ramai ibubapa risau kalau anak minum sendiri takut air tertumpah atas karpet, sofa, lantai dan sebagainya.
Ini membuat mereka makin kurang minum air.
Izinkan mereka minum air sendiri. Berikan mereka kebebasan untuk pegang cawan dan botol untuk minum air masak sendiri.
5. Hadkan Pilihan Air Di Rumah
Apabila di rumah ada terlalu banyak jenis air minuman, dalam peti sejuk ada 4-5 jenis air, ia pasti sedikit sebanyak buat anak-anak kita kurang minum air masak.
Sebabnya dalam peti sejuk ada air sirap, air coklat, jus, air berkarbonat dan sebagainya. Anak-anak lebih tertarik dengan air berperisa berbanding air masak.
Namun apabila anda hadkan pilihan air minuman yang ada di rumah, anda tidak memberi pilihan kepada anak untuk minum kecuali air masak sahaja di rumah.
Kesian minum air masak sahaja? Tidak, lebih kesian bila anak anda minum air manis di rumah kerana tidak baik untuk kesihatan mereka, menyebabkan obesiti dan kerosakan gigi.
6. Jangan Beli Air Manis Di Rumah
Jangan beli air manis lagi di rumah. Kalau rasa nak sangat minum, pandai-pandai lah sorok supaya anak tak nampak.
Bagaimana nak didik anak untuk banyakkan minum air masak di rumah jika stok air manis sentiasa dibeli untuk rumah dan disimpan dalam peti sejuk?
7. Gunakan Silly Straw atau Crazy Straw
Ini juga merupakan kaedah menarik yang boleh anda lakukan untuk jentik emosi anak untuk banyakkan minum air.
Seperti cawan yang menarik, botol air yang yang menarik.
Silly straw juga memainkan peranan yang sama untuk menarik minat anak untuk minum air masak.
Beli silly straw ini di kedai untuk anak-anak anda.
8. Jadi Role Model – Jangan Minum Air Manis Depan Anak
Nak didik anak banyakkan minum air masak, tapi anda sendiri kerap teguk air sirap, air Coca Cola depan anak.
Jadi contoh yang baik untuk anak anda.
Jika kita nak mereka banyak minum air masak dan kurangkan/stop minum air manis, mulakan dengan diri kita.
Banyakkan minum air masak di hadapan mereka. InsyaAllah, kesihatan anda sendiri juga akan bertambah baik!
9. Masukkan Kiub Ais Pelbagai Bentuk Dalam Air Masak Mereka
Jika anda pergi ke kedai yang menjual pelbagai barangan plastik seperti Mr DIY, Daiso dan sebagainya.
Jangan lupa untuk cari bekas buat ais pelbagai bentuk.
Buat kiub ais menggunakan bekas tersebut.
Setiap kali anak nak minum air je, berikan ais tersebut kepada mereka.
Dan masukkan juga ais pelbagai bentuk tersebut dalam cawan mereka.
Mereka pasti akan rasa makin seronok dan teruja untuk minum air masak!
10. Masukkan Potongan Buah-Buahan Ke Dalam Air Masak
Selain daripada itu, anda juga boleh masukkan potongan buah-buahan ke dalam cawan air minuman anak anda.
Isi 3/4 cawan air masak ke dalam cawan, kemudian isikan potongan buah ke dalam air tersebut.
Boleh je masukkan buah seperti buah epal, oren, anggur, mangga dan sebagainya.
11. Makan Kat Luar – Order Air Masak Sahaja
Bila pergi makan kat luar je, ibubapa janganlah order air manis.
Sebab nak tak nak, si anak mesti nak jugak.
Kalau pergi ke McD dan KFC, bila beli set makanan minta mereka untuk tukarkan air berkarbonat dengan air mineral.
Jadikan minum air masak sebagai budaya keluarga anda.
12. Jangan Sentuh Gadjet Masa Tengah Makan Minum
Antara sebab anak kurang minum air masak juga disebabkan terlalu leka tengok gadget masa tengah makan dan minum.
Ini adalah antara tips daripada Farah Lee dalam sebuah blog post.
Bagi anak kita fokus masa tengah makan dan minum.
Jangan makan dan minum sambil tengok YouTube.
Cakap kat anak: “Danny kena makan dan minum dulu, lepas tu baru boleh main gadget”
*Kalau dapat kurangkan atau berhentikan mereka daripada main gadget, usaha itu sangatlah baik kerana ia dapat halang daripada ketagihan bermain gadget.
13. Beri Peringatan Pada Anak – Apa Kesan Minum Air Manis?
Bagi anak kita faham, apa kesan minum air manis untuk kesihatan.
Anak kita boleh faham, jangan pandang rendah pada anak kita.
Fahamkan mereka mengenai kesan kurang minum air untuk kesihatan.
Fahamkan mereka kesan minum air manis terus menerus pada kesihatan.
Fahamkan mereka kesan baik bila kita minum air masak.
Tunjukkan mereka gambar kesan orang banyak minum air berkarbonat, makan gula-gula dan jajan.
Kadang-kala penting juga untuk kita ‘takutkan’ mereka supaya mereka lebih bermotivasi untuk banyakkan minum air masak.
14. Reward Anak Bila Minum Air Masak
Teknik ini tak pernah ketinggalan zaman.
Every time anak kita minum air masak, beri mereka reward.
Reward tak semestinya kena bagi hadiah.
Berikan mereka senyuman, berikan mereka pujian.
Senyuman dan pujian ikhlas daripada ibubapa sangat berharga buat anak.
Pujilah mereka seperti “Wah masyaAllah Danny! Anak mama ni memang good boy la sebab minum air masak. Mama sayang Danny…”
Pasti anak anda akan minum air masak lebih banyak lepas ni.
15. Bawa Anak Bermain Di Taman
Kerap bawa anak kita bermain di taman.
Biarkan mereka memanjat, bermain dan berlari hingga penat.
Bila dah penat, suap mereka dengan air masak.
Biarkan mereka minum hingga hilang rasa dahaga.
16. Bawa Bekal Air Masak Ke Sekolah/Tadika
Ramai parents zaman sekarang yang hantar anak ke sekolah dan tadika, tapi tidak sediakan bekal air minuman untuk anak.
Ini akan buat anak kita kekurangan air dalam badan dan dehydrated.
Bila kurang air dalam badan, badan anak juga akan jadi lesu, penat dan mudah demam.
Sediakan air masak untuk anak kita sebelum pergi ke sekolah.
Pastikan mereka sentiasa bawa bekal air masak ke sekolah dan tadika setiap hari.
17. Wajibkan Anak Minum Air Ikut Jadual
Set jadual minum air setiap hari untuk anak.
Tapi kita yang kena pastikan mereka minum ikut masa.
Contohnya: Minum air segelas lepas bangun tidur, segelas lepas makan, segelas sebelum pergi sekolah, segelas lepas balik sekolah, segelas waktu petang, segelas sebelum tidur.
Cipta jadual ikut kesesuaian masa anda sekeluarga.
18. Kurangkan Atau Berhenti Beli Makanan Ringan Untuk Anak
Makanan ringan, coklat, gula-gula dan sebagainya dapat buat kita semakin dahaga.
Namun kebiasaannya, anak-anak yang makan makanan ringan lepas makan mesti tak nak minum air masak.
Malah makana makanan ringan juga tidak baik untuk kesihatan.
Ajar mereka untuk kurangkan makanan ringan dengan tidak membeli makanan ringan.
19. Galakkan Anak Makan Buah-Buahan
Galakkan anak-anak kita untuk banyakkan makan buah-buahan.
Makan buah yang banyak kandungan air seperti buah tembikai kerana ia akan bantu untuk tambah kandungan air dalam badan.
Malah, ia juga lazat untuk dimakan dan kebiasaannya anak-anak pasti suka makan buah-buahan.
Pastikan buah selalu ada di rumah.
Lepas makan buah, minum air masak.
20. Jadikan Minum Air Masak Sebagai Rutin
Minum air masak di rumah wajib dijadikan rutin dan budaya sekeluarga.
Pastikan air masak sentiasa diminum.
Pastikan air masak ada di mana-mana dalam rumah dan mudah untuk minum.
Bila air habis, cepat-cepat refill masuk air baru dalam botol air anak.
Jangan biarkan anak anda kurang minum air.
Kalau anak masih tak nak minum air, ikut tip-tip yang dikongsikan di atas.
21. Gunakan Penapis Air Cuckoo – Anak Makin Rajin Minum Air
Kebiasaannya, anak-anak jadi rajin minum air masak bila dah ada penapis air di rumah.
Tanya sahaja mana-mana ibubapa yang dah pasang penapis air Cuckoo di rumah, mesti mereka nampak perubahan pada anak mereka.
Mereka kerap minum air.
Ini kerana anak rasa teruja bila ada penapis air di rumah.
Rasa seronok sebab boleh ambil air sejuk sendiri. Tak perlu minta pada ibubapa untuk sediakan air.
Apa yang best pasal penapis air Cuckoo ni adalah sebab ia hasilkan air bermineral dan beralkali yang baik dan sihat untuk diminum seisi keluarga.
Boleh juga tengok model King Top dan Iris Top ni sebab sekarang ada promosi Goood Plan, pada harga rental bulanan yang sangat mampu milik dan berpatutan.
Tanpa perlu bayar sebarang kos daftar, kos pemasangan dan kos proses. Semuanya adalah percuma.
Kesimpulan
Oleh itu, untuk memastikan kesihatan anak yang lebih baik sangat penting untuk kita pastikan mereka minum air putih yang secukupnya setiap hari.
Ini kerana kekurangan air dapat membawa kepada pelbagai masalah kesihatan yang tidak diingini dan dapat membawa kepada penyakit-penyakit yang lebih kritikal jika tidak dikawal pemakanan dengan baik.
Oleh itu, 21 tips terbaru ini sangat penting dan relevan untuk diamalkan pada zaman kini kerana ia dapat membantu untuk ‘memujuk’ anak-anak kita untuk perbanyakkan minum air dan memastikan mereka minum air yang secukupnya setiap hari.
Ditulis oleh:
Wan Ahmad Fadhil
Hak Cipta Terpelihara
Hi ,i nak tanya,dari segi keselamatan &kebersihan air,air yang kita ambik directly dari Cuckoo dispenser selamat tak untuk bagi anak peringkat umur toddler minum??
Salam, Hai cik Aimi.
Boleh tiada masalah. Boleh juga baca di sini untuk dapatkan maklumat tambahan
Adakah Air Cuckoo Selamat Untuk Bayi? https://www.cuckoonano.com/adakah-air-cuckoo-selamat-untuk-bayi/