✆ WhatsApp 013 277 5539

Penapis air Cuckoo King Stand adalah model ‘kembar’ bagi Cuckoo King Top yang mana spesifikasi bagi kedua-dua penapis air ini adalah sama dari setiap sudut. 

Yang membezakan antara keduanya hanyalah kerana Cuckoo King Stand mempunyai ‘stand’ atau kaki. Bila ada stand bermakna anda tak perlu pening nak letak kat mana-mana sekalipun kerana kebanyakan penapis air yang dijual adalah jenis table top yang memerlukan meja. 

Post kali ini saya akan kongsikan dengan anda beberapa kelebihan dan manfaat jika anda memilih penapis air Cuckoo King Stand berbanding yang lainnya. 

Spesifikasi Cuckoo King Stand

  • Nama Model: Cuckoo King Stand
  • Filter Replacement Period: 
  1. Sediment Filter – Setiap 4 bulan
  2. Pre-Carbon Filter – Setiap 8 bulan
  3. Natural Filter –  Setiap 12 bulan
  4. Nano-Positive Filter – Setiap 12 bulan
  • Tank Capacity
    1. Cold – 1.0L
    2. Hot – 1.0L
    3. Room – 1.0L
  • Material (tangki) – Stainless Steel Anti-Bacterial Water Tank
  • Power Consumption
    1. Hot – 300w
    2. Cold – 100w
  • Berat – 18.9kg
  • Dimensi – 220mm (panjang) x 492mm (lebar) x 1151mm (tinggi)

1 – Cuckoo King Stand Guna Sistem Tapisan Nano Positive Filtration System

review cuckoo iris top

Ini adalah kelebihan terulung bagi penapis air Cuckoo. Ketika Cuckoo diperkenalkan di Malaysia, kebanyakan penapis air keluaran jenama lain menggunakan penapis jenis Reverse Osmosis yang menghasilkan air RO tanpa mineral dan sifat airnya adalah bawah pH7.0 (sedikit acidic). 

Cuckoo pula membawa perubahan kepada sistem tapisan air yang ada di Malaysia iaitu dengan memperkenalkan penapis air jenis Nano Positive Filtration System yang menghasilkan air yang:

  • Bermineral
  • Alkali ringan (sekitar pH7.5)

Sistem tapisan Nano Positive Filtration System ini adalah sangat halus sehingga 0.0085 micron yang dapat menyingkirkan kotoran, bakteria, kuman dan virus dalam air pada masa sama mengekalkan mineral yang baik untuk tubuh badan. 

Air yang bermineral semestinya lebih memuaskan orang yang meminum airnya kerana ia bermineral, dan lebih ‘sedap’ pada tekak. 

Oleh itu, inilah perkara yang paling memuaskan apabila anda memilih untuk menggunakan penapis air Cuckoo, termasuklah model ini iaitu King Stand. 

2 – Senang Letak Di Mana-Mana. Tak Perlu Table Top!

Disebabkan penapis air ini adalah jenis ‘stand’, ini bermakna anda tidak perlu bersusah payah untuk mencari tempat nak letak penapis air ini. 

Tak kisah sama ada anda di rumah, ruang tamu, dapur, pejabat, masjid atau di mana-mana sahaja. Jenis stand ini adalah sangat memudahkan penggunanya. Yang penting ada sumber air dan tenaga elektrik sahaja anda dah boleh pasang penapis air ini. 

Sekiranya ruang di rumah anda sangat terhad, maka penapis air King Stand ini semestinya pilihan anda!

3 – Slim & Stylish – Letak ‘Celah-Celah’ Pun Boleh

Sekiranya anda lihat semula dimensi penapis air Cuckoo, anda akan dapati bahawa rekabentuk penapis air ini adalah sangat ‘slim’. 

Dengan rekabentuk slim ini, nak letak kat ‘celah’ mana-mana pun boleh! Tak perlu nak letak di ruang yang besar pun. Ini adalah satu kelebihan besar bagi anda yang meminati design yang lebih minimalis agar ruang di rumah anda nampak lebih kemas dan selesa (tak nampak mesin-mesin yang ‘bulky’)

Tengok sahaja gambar ni. 

4 – Isian Semula Air Yang Sangat Laju

Seperti dalam poin 1, suatu ketika dahulu kebanyakan penapis air di luar sana hanya menggunakan sistem tapisan air Reverse Osmosis (RO) untuk menghasilkan air minuman. 

Sistem RO ini adalah satu sistem yang baik. Namun proses untuk menapis air secara RO ini sangat mengambil masa dan anda perlu ‘membuang’ air untuk menghasilkan air yang bersih. 

Bagi penapis air Cuckoo King Stand ini pula, sistem tapisannya adalah lebih pantas pada masa sama masih dapat mengekalkan kualiti air yang cemerlang, kekalkan mineral dan alkali dalam air. 

1 liter yang anda keluarkan, 1 liter air baru akan masuk. 

Itu sebabnya TAK MUSTAHIL bagi penapis air Cuckoo King Stand ini walaupun tangki air hanyalah 1 liter air sejuk, namun jika anda tekan nozel air untuk isi air sehingga 5 liter pun tak jadi masalah. Pasti bekas 5 liter itu akan penuh! Itulah kelebihan penapis air Cuckoo yang masih ramai tak tahu.

5 – Servis, Pertukaran Filter, Waranti Hingga 5 Tahun!

Untuk pengguna penapis air Cuckoo, anda tak perlu risau berkenaan servis dan pertukaran filter kerana ia ditanggung oleh pihak Cuckoo sehingga 5 tahun. 

Ini bermakna anda tak perlu bayar sebaran kos untuk servis, pertukaran filter dan penyenggelaraan sepanjang tempoh tersebut. 

Bahkan jika berlaku sebarang kerosakan pun Cuckoo akan tanggung kerosakan tersebut (sekiranya kerosakan bukan disebabkan kecuaian pelanggan). 

Servis akan diberikan setiap 4 bulan. 

Sebelum servis, pihak Cuckoo akan hubungi anda untuk set tarikh dan masa pemasangan. 

Individu yang hadir ke rumah anda dipanggil sebagai Cuckoo Natural Doctress, iaitu technician wanita yang fokus hanya untuk servis penapis air sahaja. 

Sekiranya hanya isteri anda berada di rumah, maka anda tak perlu risau untuk servis penapis air kerana yang akan datang untuk servis adalah staf wanita. 

6. Jimat Tenaga Elektrik

Penapis air Cuckoo terbukti merupakan penapis air yang dapat menghasilkan air sejuk dan air panas 24 jam, namun penggunakan tenaga elektrik yang diperlukan adalah sangat minima. 

Hanya 100 watt untuk air sejuk dan 300 watt untuk air panas. 

Penggunaan tenaga elektrik di rumah adalah sangat menjimatkan kerana kebanyakan ‘water heater’ di luar sana mempunyai kapasiti yang jauh lebih besar sekitar 800 watt hingga 2000 watt. 

7. Harga Sangat Berpatutan

Untuk sebuah penapis air jenis stand, dengan tanda harga serendah RM85 sebulan adalah satu harga yang sangat rendah dan mampu milik.

Kerana kebanyakan penapis air jenis stand dengan kualiti dan standard tinggi seperti Cuckoo, ia dijual pada tanda harga melebihi RM100 sebulan. 

Pada asalnya penapis air Cuckoo King Stand ini dijual pada harga RM115/bulan namun kini Cuckoo buat promosi untuk penapis air ini. Anda hanya perlu membayar serendah RM85/bulan. 

Untuk promosi terkini, anda akan jimat sehingga RM1320 dengan pemasangan penapis air ini. 

Bagaimana pula dengan pembelian Tunai?

Untuk pembelian secara Outright (tunai) pula, bayarannya hanyalah serendah RM3800 sahaja. 

Berbeza dengan jenama pesaing yang memberikan hanya 1 tahun percuma servis dengan pembelian tunai. 

Dengan pembelian Cuckoo King Stand ini secara tunai, anda akan dapat 5 tahun percuma servis, pertukaran filter dan waranti! (Untuk model-model lain, hanya 3 tahun sahaja)

Bermakna anda akan jimat ribuan ringgit jika pilih untuk membeli penapis air Cuckoo King Stand ini secara tunai. 

KESIMPULAN

Sebagai rumusan bagi penapis air Cuckoo King Stand ini, boleh dikatakan ia merupakan penapis air ‘stand’ yang menghasilkan air bermineral pada harga yang sangat mampu milik. 

Penapis air ini mempunyai design yang sangat minimalis, jimat ruang dan sangat menjimatkan tenaga elektrik memudahkan anda untuk letak di mana-mana sahaja. Kerana ia adalah jenis stand dan tidak memerlukan meja (table top) untuk anda letak penapis air ini. 

Selain daripada harganya secara rental yang sangat menjimatkan, iaitu RM85 sebulan. Pembelian secara tunai juga adalah jauh lebih menjimatkan iaitu hanya RM3800 dan anda akan dapat percuma servis sehingga 5 tahun. 

Jika dibandingkan antara pembelian secara tunai dan rental, tunai adalah RM3800 dan rental RM85 x 60 bulan adalah RM5100. Anda akan jimat RM1300 dengan pembelian secara outright (tunai) 

Berminat Cuckoo King Stand?

Whatsapp atau call kami di 0139916967 atau klik wa.me/6012775539