✆ WhatsApp 013 277 5539

Nak pasang sebuah kerusi urut di rumah merupakan satu bentuk pelaburan yang besar dan jangka panjang.

Bagi yang sedang pertimbangkan untuk pasang kerusi urut di rumah, saya kongsikan di bawah beberapa kelebihan untuk anda memiliki kerusi urut sendiri di rumah.

Antaranya:

1. Mudah dan boleh guna bila-bila masa

kerusi urut cuckoo bespoke massage chair

Bila ada kerusi urut di rumah, sangat memudahkan sebab kita boleh urut badan kita pada bila-bila masa sahaja.

Biasanya bila kita nak urut, kita perlu tunggu masa yang sesuai untuk berurut.

Dan kalau nak suruh pasangan atau anak-anak urut pun rasa kesian dan serba salah. 

Ada kerusi urut sendiri tak perlu lagi kita harapkan belas kasihan orang untuk urutkan badan kita bila tengah lenguh. Tak perlu nak suruh anak-anak tolong picit dan pijak belakang.

Tak perlu set appointment dengan tukang urut untuk urut badan.

Tak perlu pergi ke mall atau masjid untuk guna kerusi urut ‘vending’.

2. Mengurangkan stres

kerusi urut cuckoo bespoke kelebihan massage chair ogawa

Sepanjang hari kita keluar berkerja, gunakan akal fikiran kita untuk berfikir, duduk dalam kereta berjam-jam lamanya sebab trafik jam, uruskan keluarga dan anak-anak dan sebagainya pasti membuatkan tenaga kita berkurangan, tubuh badan kita penat. 

Apatah lagi kalau berlaku sesuatu yang meningkatkan tahap stres kita, pasti kita perlukan sedikit terapi fizikal untuk melegakan stres kita. 20 minit urutan terapi dengan kerusi urut Cuckoo Bespoke dapat membuat tubuh kita berehat, hati lebih lapang sekaligus mengurangkan stres pada badan kita.

3. Melegakan minda & otot yang tegang

Dalam keadaan stres, tertekan disebabkan berkerja kebiasaannya akan menyebabkan anda rasa ketegangan otot dan kebiasaannya akan lebih terasa di bahagian otot bahu. 

Rasa tegang otot dan sakit bahu dan tengkuk, bahagian pinggang, sakit kepala, sukar bernafas dan sebagainya adalah antara petanda fizikal anda mengalami stres. 

Fizikal yang mengalami stres begini adalah petanda anda mungkin tidak cukup rehat bahkan memerlukan rehat yang secukupnya.

Apabila ada kerusi urut ini, ia memudahkan anda berada pada kondisi rehat yang lebih optimum sekaligus menstabilkan peredaran darah.

4. Mudah tidur power nap

kerusi urut cuckoo bespoke massage chair

Terapi urutan adalah terapi yang sangat melegakan, bahkan ramai yang tertidur dengan sendiri apabila sedang berurut. Apabila terjaga daripada tidur tersebut, badan anda rasa lebih bertenaga dan minda anda terasa lebih segar. 

Ini sekaligus dapat membantu untuk anda berkerja dengan lebih baik selepas anda mendapatkan terapi dan rehat yang berkualiti. 

Bagi sebahagian orang yang mungkin menghadapi masalah kesukaran tidur, atau sebahagiannya yang sukar untuk dapatkan tidur siang walaupun sebentar (mungkin disebabkan banyak berfikir), penggunaan kerusi urut di rumah mahupun pejabat dapat memudahkan anda untuk mendapatkan tidur / power nap / qailulah dengan lebih mudah. 

Selain daripada itu, bila penat balik dari berkerja atau travel dari tempat jauh, duduk di kerusi urut Bespoke ini sudah pasti akan memudahkan anda rehat dan dapatkan tidur semasa berurut.

5. Mengurangkan Migrain & Sakit Kepala

Kini ramai yang menghadapi masalah migrain, pening dan sakit kepala. Walaupun menghadapi masalah ini, ramai tak sedar antara faktor anda sakit kepala kemungkinan besar adalah kerana anda kurang berehat begitu juga kerana hormon badan dan sebagainya.

Tidur di kerusi urut adalah antara terapi yang bagus untuk mengurangkan kebarangkalian anda untuk menghadapi masalah sakit kepala, pening dan migrain.

6. Lebih Bersih, Sihat dan Selamat

Tidak dinafikan bahawa ramai orang merasakan lebih ‘jimat’ untuk menggunakan kerusi urut yang ada di pasaraya, mall begitu juga masjid-masjid. 

Akan tetapi jika kita lihat kondisi kerusi urut vending yang berada di tempat-tempat awam, kita akan dapati bahawa tahap kebersihannya adalah kurang memuaskan. Ini kerana kerusi urut awam ini digunakan oleh ramai orang daripada pelbagai latarbelakang yang berbeza. 

Peluh, masalah kulit, bahkan kotoran yang mungkin berada badan dan pakaian ramai pengguna boleh menjadi antara punca penyakit yang dapat merebak kepada diri anda dan keluarga.

Apabila anda mempunyai kerusi urut sendiri, anda tahu tahap kebersihan kerusi urut tersebut kerana hanya anda dan ahli keluarga anda sahaja yang menggunakannya. Dan anda sendiri boleh membersihkannya secara berkala setiap beberapa minggu.

Kerusi Urut CUCKOO Bespoke Massage Chair juga didatangkan dengan servis berkali setiap 6 bulan bagi memastikan kerusi urut anda sentiasa dalam keadaan bersih dan berfungsi dengan optimum.

7. Jimat Perbelanjaan

Kerusi urut apabila digunakan di kedai, anda perlu belanjakan sekitar RM5 untuk sekali penggunaan sekitar 10 minit sahaja. Belum termasuk kos untuk anda pergi ke mall untuk menggunakannya. 

Akan tetapi, pastilah jika di mall, masjid, pasaraya anda tidak gunakannya setiap hari kerana sukar untuk ke tempat-tempat tersebut setiap masa. 

Untuk kerusi urut Cuckoo Bespoke pula, anda perlu membayar hanya RM139 sebulan atau sekitar RM4.63 sehari untuk penggunaan tanpa had. 

Anda boleh gunakannya 10 minit, 20 minit, 30 minit bahkan 1 jam tanpa kos tambahan dan tanpa gangguan.

8. Lebih Privasi

Bila guna kerusi urut di luar dan tertidur, kadang kala pengguna berada dalam keadaan yang sedikit memalukan. Mungkin tidur dengan mulut ternganga, bunyi dengkuran tidur dan sebagainya. 

Begitu juga untuk kaum wanita yang menggunakan kerusi urut yang kadangkala menyebabkan ternampak bentuk badan wanita yang menggunakannya. 

Ada kerusi urut sendiri di rumah, anda dapat menjaga privasi anda sebagai pengguna agar perkara seperti di atas dapat dielakkan daripada dilihat oleh orang ramai ketika kita berada di tempat awam.

9. Keluarga datang rumah pun dapat enjoy urut

Selain itu, keluarga anda juga dapat menikmati penggunaan kerusi urut di rumah. Ibubapa yang datang dari kampung, adik beradik, saudara mara juga dapat merehatkan diri menggunakan massage chair Cuckoo Bespoke di rumah anda. 

Bayangkan setelah berada dalam kereta untuk tempoh panjang, ibubapa anda dapat berehat santai di rumah anda menggunakan kerusi urut yang ada di rumah.

10. Kualiti tidur yang lebih baik

Penggunaan kerusi urut dapat mengurangkan tekanan dan stres anda, sekaligus menstabilkan tekanan darah anda. 

Apabila anda menggunakan kerusi urut Cuckoo ini, roller yang ada padanya akan mengurut dengan tekanan yang sesuai dengan badan anda untuk memberikan kelegaan di bahagian bahu, tengku dan belakang.

Begitu juga airbag yang akan memberikan urutan di bahagian bahu, lengan dan betis anda membuatkan anda rasa lebih relaks ketika sedang berurut. Matikan telefon bimbit, dan gunakan fungsi audio bluetooth untuk mendengar audio kesukaan anda ketika sedang urut. 

Urutan ini dapat membantu anda untuk dapatkan rehat ketika berurut begitu juga membuatkan anda lebih mudah tidur pada waktu malam sekaligus memberikan kualiti tidur yang lebih baik.

11. Rumah nampak lagi cantik

Kerusi urut Cuckoo Bespoke ini didatangkan dengan design hitam, putih dan emas yang nampak moden dan minimalis sekaligus menambah seri pemandangan di rumah anda. 

Bukan sekadar dapat urutan yang merehatkan, bahkan membuatkan rumah anda kelihatan lebih cantik dan menawan.

12. Pelbagai jenis urutan

Bespoke ini mempunyai 6 mod urutan “Full Body Massage” untuk anda pilih urutan seluruh badan. Setiap satu mod mempunyai fungsi dan teknik urutan tersendiri. Antaranya

  • Yoga Stretch – Uses airbags, rollers, Zero-G, and calf extension to gently stretch the muscles, relaxing stiffness and improving flexibility. ​
  • Deep Tissue Massage – Targets acupuncture points and reaches deep into the layers of the muscles and tissues with slow strokes and firm pressure to ease tension and relieve pain.​
  • Lumbar Care – Massage techniques and heat therapy that focus on the lower back for general comfort, pain relief as well as better blood acculation and mobility.​
  • Relax – Unwinds tension in your joints and muscles with gentle techniques like kneading and tapping, to reduce stress and rejuvenate you with a boost of energy.​
  • Upper Body – Movements specific to the neck, shoulders, arms and mid-to-upper back to alleviate tension through pressure and kneading.​
  • Lower Body – Kneading, rolling and tapping techniques that focus on the legs, calves and feet to improve blood circulation and relieve muscle soreness and fatigue.

13. Pelaburan jangka panjang – Duit VS Manfaat

Untuk jangka panjang, pelaburan membeli kerusi urut ini perlu dilihat daripada dua sisi iaitu:

a. Sisi kewangan
b. Sisi manfaat

Dari sudut kewangan, jika kita berurut sebulan sekali maka kos urutan sekali urutan juga adalah sekitar RM100 hingga RM200 untuk urutan sekitar 1-2 jam. 

Untuk kerusi urut vending pula, anda perlu bayar RM5 untuk urutan sekitar 10~15 minit sahaja. Ada kerusi urut Cuckoo Bespoke di rumah, anda boleh urut bila-bila masa sahaja ketika anda berada di rumah.

Kerusi urut ini walaupun urutannya tidak sama seperti urutan tangan manusia, tetapi fungsinya akan cuba untuk mengikut urutan manusia dan memberikan kelegaan segera kepada penggunanya.

Manfaat lain yang anda akan terima termasuklah anda akan:

  • Kurang stres & anxiety
  • Rehat yang mencukupi
  • Jimat masa – tidak perlu keluar berurut
  • Mengurangkan sengal-sengal otot
  • Mudah tidur
  • Tekanan darah lebih stabil
  • Mood lebih baik
  • Melegakan sakit belakang dan tengkuk
  • Kurangkan rasa sakit dan pening kepala
  • Postur badan yang lebih baik
  • Badan dan minda anda rasa lebih bertenaga
  • Kualiti tidur yang lebih baik
  • Urutan bila-bila masa sahaja

Semua manfaat ini anda boleh dapatkan apabila mempunyai kerusi urut sendiri di rumah tanpa perlu keluar rumah untuk berurut atau menyusahkan ahli keluarga anda untuk mengurut apabila anda perlukan urutan.

KERUSI URUT CUCKOO BESPOKE

kerusi urut cuckoo bespoke massage chair
KERUSI URUT CUCKOO BESPOKE MASSAGE CHAIR RM139 SEBULAN OGAWA
promosi cuckoo 2024 ogawa bespoke massage chair kerusi urut rm139 promotion offer agent