13 Tips Memilih Penapis Udara/Air Purifier Terbaik 2019

Saya yakin anda yang sedang membaca post ini pasti sedang survey untuk memasang penapis udara di rumah atau pejabat.

Kenapa?

Sebagai konsultan penapis udara senior, menjadi tanggungjawab saya untuk memahami segala keperluan pengguna sebelum melakukan pembelian penapis udara.

Antara sebab biasa pelanggan membeli penapis udara termasuklah:

a. Rumah banyak habuk – banyak perabot, karpet, pakaian

b. Ada ahli keluarga yang alahan habuk – Resdung, kuat bersin dsb

c. Anak ada masalah paru-paru, asma

d. Pelihara kucing (haiwan peliharaan) dalam rumah

e. Penghuni rumah merokok

Anda ada sebahagian daripada masalah di atas?

Saya pasti, pasti ada.

Dan tahukah anda.

Menurut BASF bahawa 90% masa kita dihabiskan dalam indoors (dalam rumah/bangunan/kenderaan).

Bahkan, pencemaran udara dalam rumahlah yang lebih tercemar iaitu 2-5 kali ganda lebih tercemar daripada udara di luar rumah.

penapis udara cuckoo 1

Ini adalah satu penemuan yang mengejutkan! Kerana baru kita tahu bahawa udara dalam rumah lebih merbahaya dari luar rumah disebabkan pelbagai faktor.

Namun, sebelum anda membuat pilihan semestinya ada beberapa tips dan kriteria yang perlu anda kaji sebelum membeli penapis udara.

Ini kerana, untuk memasang penapis udara perlu kepada fungsi yang baik agar pelaburan anda tidak sia-sia.

Berikut adalah 10 tips memilih penapis udara terbaik untuk rumah dan pejabat.

 

1. ULTRA PM2.5 FILTER

Terdapat pelbagai jenis filter yang terjual di luar. Namun, jika anda mencari yang terbaik maka pastikan penapis udara anda menggunakan teknologi terkini ini, iaitu Ultra PM2.5 filter.

PM bermaksud Particulate Matter, atau juga dikenali sebagai Particle Pollution merupakan zarah (tercemar) dalam udara yang dapat dikesan dan ditapis oleh penapis udara.

Dengan mengetahui PM (particulate matter), kita dapat tahu betapa tebal atau halusnya tahap pencemaran udara di sekeliling kita, lebih-lebih lagi di dalam rumah.

Sebahagian zarah boleh dilihat dengan mata kasar, dan banyak yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar.

Kebiasaannya, saiz zarah ini dikira saiznya dalam bentuk Micrometer, dan filter PM2.5 terbaru ini dapat mengesan dan menapis sehalus 2.5 micrometer, sangat halus. Jika dibandingkan dengan rambut anda, ia adalah 1/20 daripada kehalusan rambut anda.

penapis udara

Sebahagian zarah dapat ditapis menggunakan ‘penapis udara semulajadi’ yang dicipta oleh Allah, iaitu bulu hidung.

Namun, zarah yang halus dapat masuk terus ke sistem pernafasan kita dan itu menyebabkannya menjadi penyebab pelbagai jenis sakit dan penyakit yang dapat dihidap oleh seisi keluarga. Bahkan, boleh memberi kesan yang buruk kepada paru-paru.

Teknologi sebelum ini ramai yang menggunakan HEPA Filter yang hanya menapis sehingga 3.0 micrometer sahaja.

Namun kini, Ultra PM2.5 filter telah mendahului dan dapat menapis zarah yang lebih halus berbanding HEPA Filter yang kebanyakannya dijual di pasaran.

Anda boleh dapatkan info Penapis Udara Cuckoo di sini www.cuckoonano.com kerana kesemua penapis udara Cuckoo kini menggunakan filter PM2.5

 

2. PLASMA IONIZER

Ini antara fungsi yang tidak boleh tidak ada pada mana-mana penapis udara yang berkualiti. Plasma Ionizer berfungsi untuk menghapuskan virus dan bakteria yang wujud dalam udara.

Dalam industri penapis udara, teknologi Plasma Ionizer merupakan teknologi terkini yang diiktiraf oleh seluruh dunia.

Plasma Ionizer dapat menghasilkan cas ion Negatif, yang mana ion Negatif ini akan bertindakbalas dengan ion Positif yang terdapat pada habuk, asap, asap rokok, bulu haiwan dan sebagainya.

Apabila ion negatif dan ion positif bertindakbalas, ia akan menghapuskan dan menyerap bahan bertoksik di dalam udara dan mengubahnya kepada udara bersih dan segar.

Apakah fungsi teknologi Cuckoo Plasma Ionizer (CPI)? Antaranya:

a. Plasma Ionizer dapat membersihkan udara dalam rumah kita daripada bakteria, habuk, asap rokok, bau kurang menyenangkan, jelaga, kulat dan sebagainya.

b. Ia dapat memberi manfaat kepada sistem pernafasan dan dapat mengurangkan sakit-sakit yang meilbatkan pernafasan seperti demam, selsema, asma, dan alergi

c. Pembersihan udara dengan Cuckoo Plasma Ionizer dapat menghasilkan udara yang bersih dan sihat yang dapat membantu mengurangkan tension dan membantu anda dapat tidur yang lebih berkualiti

d. Ion negatif daripada plasma ionizer dapat memberi manfaat seperti mengurangkan kadar repositari, mengurangkan tekanan darah, memberi kesihatan yang lebih baik, menghalang daripada infeksi dan pelbagai lagi (Felix Gad Sulman, MD)

e. Membantu untuk melawan radikal merbahaya dalam tubuh badan apabila ion negatif diserap dalam sistem darah

g. Dapat menambahbaik tenaga dan fokus (University of California)

 

3. INDIKASI KEBERSIHAN UDARA

penapis udara cuckoo air purifier

Apabila memilih penapis udara, pilihlah yang mempunyai indikasi kebersihan udara.

Sebahagian jenama menggunakan indikasi dalam bentuk nombor/peratusan.

Sebahagian lain hanya dengan bentuk tulisan.

Sebahagian lagi dalam bentuk warna, seperti penapis udara Cuckoo.

Penapis udara Cuckoo menggunakan sensor dalam bentuk warna, dari warna merah iaitu paling kotor hingga biru iaitu paling bersih.

Indikasi kebersihan udara dalam bentuk warna ini kelebihannya adalah pengguna dapat mengetahui tahap kebersihan udara dari jauh hanya dengan melihat warna lampu indikasi sahaja.

Bahkan, penapis udara Cuckoo juga boleh berbunyi dan ‘bercakap’ jika kualiti udara dalam rumah/bangunan adalah baik/tidak baik.

Ini lebih memudahkan supaya pengguna tidak perlu kerap melihat penapis udara untuk dapatkan maklumat kualiti udara dalam rumah.

 

4. SENSOR PINTAR

Fungsi sensor adalah untuk mengesan tahap kualiti udara dalam rumah atau bangunan.

Dengan adanya sensor pintar pada penapis udara, ia dapat kesan jika kualiti udara dalam rumah adalah bersih atau tidak, berbahaya atau tidak.

Kesannya, apabila penapis udara dapat kesan kekotoran pada udara dalam rumah maka ia akan berfungsi dengan lebih pantas, dan sedutannya akan jadi lebih kuat untuk membasmi kotoran dan bakteria yang berlegar dalam udara dalam rumah.

Terdapat pelbagai jenis sensor pada sistem penapis udara yang ada dalam pasaran.

Antaranya:

a. Fine Dust Sensor – untuk mengesan habuk-habuk dan zarah halus yang ada dalam udara

b. Gas Sensor – untuk megesan bau gas merbahaya

c. PM1.0 Sensor – boleh mengesan zarah sehalus 1.0 micrometer (sangat halus!)

d. Humidity Sensor – boleh mengesan tahap kelembapan udara dalam bangunan

e. Dan lain-lain lagi

Maka jika anda ingin memilih penapis udara, pilihlah yang mempunyai sensor pintar agar kualiti udara dalam rumah anda lebih terjamin.

 

5. ALERGI & ASTHMA

Penapis udara yang baik juga apablla ia berfungsi, sedikit sebanyak ia dapat mengurangkan kesan radang alergi dan asthma pada pesakit.

Ramai pengguna penapis udara yang menyatakan bahawa kesan radang, kesan kesesakan pada pernafasan berkurang selepas menggunakan penapis udara Cuckoo.

Ini kerana antara faktor yang dapat membuat kesan asthma lebih teruk adalah habuk. Maka dengan mengurangkan habuk dan fine-dust dalam udara, pernafasan di rumah akan jadi lebih baik dan sihat.

Dan kini, semakin banyak klinik dan hospital yang telah memasang penapis udara dalm ruang bilik di klinik-klinik dan hospital-hospital atas kesedaran terhadap pencemaran udara dalam bangunan dan bagi memastikan udara dalam rumah dan bangunan lebih bersih, sihat dan selamat untuk bernafas.

 

6. ASAP & BAU

 

Selain itu, pastikan juga penapis udara yang anda ingin gunakan dapat berfungsi untuk mengurangkan asap dan bau yang ada di dalam rumah.

Asap kebiasaannya datang daripada pembakaran terbuka di kawasan perumahan. Selaiin itu, ia juga boleh datang daripada masakan di dapur (dapur berasap semasa memasak). Juga asap boleh datang daripada asap rokok yang mana ia sangat merbahaya untuk kesihatan.

Asap begini kebiasaannya dapat mendatangkan bau yang kurang menyenangkan di dalam rumah.

Juga pastikan penapis udara yang anda pilih dapat berfungsi untuk mengurangkan bau kurang menyenangkan di dalam rumah.

Kebiasaannya bilik di rumah yang berbau ‘kepam’ sebab selalu jemur baju di bilik tersebut, rumah yang ada kucing (haiwan) peliharaan di dalam rumah dan sebagainya berpotensi menjadi penyebab rumah berbau.

Maka dengan adanya penapis udara yang bagus, seperti penapis udara Cuckoo di rumah maka bau kurang menyenangkan dapat berkurang.

 

7. MOD SENYAP

Penapis udara yang baik juga dapat beroperasi dalam keadaan senyap apabila diperlukan.

Ini kerana penapis udara digunakan hampir 24 jam di rumah, walaupun ketika sedang tidur.

Fungsi ini sangat penting lebih-lebih lagi sekiranya anda mempunyai bayi kecil di rumah atau penghuni rumah ada yang sensitif terhadap bunyi.

Maka, waktu tidur boleh gunakan fungsi mod senyap supaya anda dan keluarga boleh tidur dengan lebih tenang dan selesa.

Penapis udara Cuckoo boleh diubah kepada mod Bayi atau mod Senyap.

 

8. LAPISAN FILTER

Ramai yang bertanya, apa beza penapis udara jenama A dan B ni?

Kenapa ada yang murah, dan kenapa ada yang harganya lebih tinggi?

Penapis udara yang murah kebiasaannya mempunyai sistem lapisan filter yang terhad. Sekitar 2-3 lapisan sahaja untuk menapis udara kurang bersih dalam rumah.

Penapis udara yang berkualiti seperti Cuckoo mempunyai sistem tapisan hingga 8 lapisan untuk menapis segala kotoran seperti yang telah dinyatakan sebelum ini.

Kesannya, penapis udara yang mempunyai lapisan yang lebih banyak dapat menapis lebih banyak kotoran, juga dapat tapis dengan tapisan yang ternyata lebih halus.

Jika anda mementingkan kualiti tapisan yang sangat baik, Cuckoo memberikan sehingga 8 lapisan tapisan yang terbukti dapat menghapuskan bakteria dan kuman di dalam udara.

 

9. SERVIS & PERTUKARAN FILTER

Penapis air yang baik juga kebiasaannya membekalkan filter untuk ditukar. Pastikan anda boleh membeli filter baru setelah yang lama telah digunakan hingga tamat tempoh.

Dapatkan maklumat dan laman web untuk dihubungi untuk pembelian filter yang baru.

Sebahagian jenama, filter gantian boleh dibeli dengan mudah di laman web Lazada dan Shopee.

Sebahagian lain perlu dibeli di syarikat pembekal.

Dan antara faktor yang perlu anda titikberatkan juga adalah servis penapis udara. Ini kerana antara servis bagi penapis udara adalah aspek yang mustahak bagi pembelian penapis udara bagi memastikan penapis udara anda sentiasa dalam keadaan yang paling baik.

Seperti jenama Cuckoo, ia menawarkan servis dan pertukaran filter yang percuma sehingga 5 tahun (atau sehingga tamat kontrak sewa).

Servis dan pertukaran filter baru diberi setiap 4 bulan kepada pelanggan yang menggunakan produk penapis udara Cuckoo di rumah.

 

10. PENGIKTIRAFAN

Selain itu, pastikan penapis udara anda juga diiktiraf oleh badan berautoriti.

Untuk pengguna, Korea Air Cleaning Association (K.A.C.A.) di negara Korea telah mencipta pengiktirafan ini untuk diberikan kepada penapis udara yang berkualiti dan boleh dipercayai.

Pengiktirafan ini diberikan kepada produk yang mencapai piawaian National Standard (dust collection efficiency, noise, deodorization efficiency, limit size of application, ozone generation quantity etc.) oleh badan yang telah dipertanggungjawabkan. Oleh kerana pengiktirafan ini hanya diberikan kepada produk yang telah mencapai ujian dan piawaian yang teliti, maka pengguna boleh membeli penapis udara yang mempunyai pengiktirafan CA Mark dengan yakin!

Kesimpulannya, inilah kelima-lima persamaan paling ketara bagi kedua-dua jenis penapis udara Cuckoo ini. Dengan mengetahui fungsi sebenar dan persamaan penapis udara ini, kita akan faham apa manfaatnya buat kehidupan kita.

 

11. COVERAGE / KELUASAN CAPAIAN

Coverage bermaksud keluasan kawasan yang boleh dicapai oleh penapis udara yang dipasang di rumah atau dalam bangunan.

Penapis udara yang baik dapat menyedut (cover) ruang yang luas pada kadar yang optimum.

Kebanyakan penapis udara yang berkualiti kini boleh menyedut keluasan yang lebih luas, sekitar 400 kaki persegi ke atas. (400 kaki persegi adalah sekitar separuh saiz rumah apartment saiz sederhana).

Sebahagian penapis udara, anda boleh tetapkan berapa saiz ruang yang ingin diliputi. Seperti Cuckoo C Model, anda boleh tetapkan bilik/ruang yang anda letakkan penapis udara tersebut berapakah saiznya.

Penapis udara Cuckoo boleh meliputi ruang sehingga 700 kaki persegi dengan optimum jika dipasang di rumah  atau pejabat (D Model).

700 kaki persegi adalah keluasan yang cukup besar yang boleh disedut oleh penapis udara Cuckoo.

 

12. ALIRAN UDARA

Pastikan juga penapis udara anda mempunyai aliran udara yang baik. Kebiasaannya penapis udara mengalirkan udara ke atas dan menyedut udara kurang bersih dari tepi.

Seperti penapis udara Cuckoo, udara yang kurang bersih disedut dari kawasan yang ada banyak titik ini.

Manakala udara bersih pula dialirkan ke atas.

 

13. DESIGN & SAIZ

penapis udara cuckoo

Bukan sekadar fungsi yang sangat baik, bahkan design dan saiz penapis udara juga sering kali menjadi faktor pemilihan penapis udara untuk rumah.

Ia menjadi faktor anda lebih gembira bila melihat ruang tamu dan bilik anda lebih cantik dan bergaya dengan penapis udara yang anda beli.

Kaum ibu pasti lebih seronok jika melihat ruang tamu dan bilik mereka lebih cantik.

Maka pastikan penapis udara yang anda pilih bukan sekadar mempunyai fungsi yang baik, faktor design juga boleh diambil kira untuk pastikan pilihan yang lebih berbaloi.

Sebahagian penapis udara yang dijual di pasaran mempunyai saiz yang terlalu besar, dan berat. Maka jika saiz terlalu besar, ia jadi kurang sesuai untuk diletakkan dalam rumah sekiranya rumah itu bersaiz kecil seperti rumah teres (kecil), flat dan kondominium.

Seperti penapis udara Cuckoo, bukan sekadar fungsinya yang cekap bahkan saiznya juga lebih slim dan bergaya dan dapat memenuhi keperluan bagi kebersihan udara dan kesegaran udara dalam rumah.

Jika anda perlukan penapis udara yang lebih besar dan lebih kuat sedutannya, penapis udara Cuckoo D Model ini juga merupakan antara pilihan yang sangat baik untuk dipasang di rumah.

Bukan sahaja dapat membersihkan udara di kawasan yang lebih luas, bahkan ia juga  lebih berkuasa dan bersaiz lebih kecil berbanding pesaing-pesaingnya di pasaran membuatkannya antara penapis udara yang sangat baik untuk dimilik di rumah.

Harga penapis udara Cuckoo anda boleh dapatkan di sini.

 

KESIMPULAN

Penapis udara adalah alat yang sangat penting untuk digunakan pada masa kini, lebih-lebih lagi disebabkan oleh pencemaran udara dalam dan luar rumah yang dapat memberi kesan kesihatan kepada anda dan keluarga.

Bagi memilih penapis udara di rumah, pastikan anda memilih dengan ilmu dan kesedaran yang betul.

Maka pilihlah penapis udara yang menggunakan penapis Ultra PM2.5, mempunyai fungsi Plasma Ionizer, mempunyai indikasi kebersihan udara supaya anda boleh tahu status kebersihan udara dalam rumah, mempunyai sensor pintar, dapat membantu sedikit sebanyak anda yang mempunyai masalah alergi dan asthma, dapat menapis asap dan mengurangkan bau yang kurang menyenangkan, mempunyai mod senyap, mempunyai lapisan filter yang mencukupi, diiktiraf oleh badan yang berautoriti, mempunyai servis dan pertukaran filter yang berkala, dapat meliputi ruang yang luas, aliran udara yang baik dan mempunyai design dan saiz yang mengagumkan.

 


 

Senarai Penapis Udara Cuckoo

Cuckoo C Model

✅Harga Serendah RM75.47/bulan x 5 tahun (Goood Plan)
✅Harga Cash: RM2358.49
✅Servis PERCUMA hingga 5 tahun
✅Penapis Udara yang paling jimat dan berkuasa di pasaran
✅Sistem tapisan 7 lapisan
✅Ultra PM 2.5 Filter
✅Pengiktirafan KACA (Korea Clean Air Association)
✅Navigasi Suara
✅Keluasan optimum 402 kaki persegi
✅Kos NCS – RM452.83/tahun (bayar selepas tamat tempoh servis percuma)

Klik sini untuk info Cuckoo C Model

Cuckoo C + Humidifier

Penapis Udara Pertama dengan Fungsi Humidifier Di Pasaran Berserta Servis Berkala
✅Memberi kelembapan kepada udara
✅Harga Serendah RM120/bulan x 3 tahun (Normal Plan)
✅Harga Cash: RM2800
✅Servis PERCUMA hingga 3 tahun
✅Penapis Udara yang paling jimat dan berkuasa di pasaran
✅Sistem tapisan 7 lapisan
✅Ultra PM 2.5 Filter
✅Pengiktirafan KACA (Korea Clean Air Association)
✅Navigasi Suara
✅Keluasan optimum 402 kaki persegi
✅Kos NCS – RM480/tahun (bayar selepas tamat tempoh servis percuma)

Apakah Manfaat Humidifier?

  1. Membantu anda kekal sihat, elak demam dan selsema
  2. Kelembapan dapat membantu sistem pernafasan
  3. Humidifier ini juga dapat mengurangkan alergi yang dihidapi oleh anda atau anak-anak.
  4. Dapat tidur yang lebih berkualiti
  5. Elak kekeringan kulit
  6. Lindungi rambut dan kulit kepala daripada kelemumur
  7. Memastikan haiwan dalam rumah lebih sihat dan selesa
  8. Kesegaran untuk pokok dalam rumah
  9. Memastikan perabot kayu dalam rumah anda dalam keadaan baik

 

Klik sini untuk info Cuckoo C Model Humidifier

Cuckoo B Model Cordless

✅Penapis Udara Dengan Fungsi Tanpa Wayar
✅Boleh Cas dan Guna Tanpa Wayar Sehingga 8 Jam
✅Harga Serendah RM140/bulan x 3 tahun (Normal Plan)
✅Harga Cash: RM3500
✅Servis PERCUMA hingga 3 tahun
✅Penapis Udara yang paling jimat dan berkuasa di pasaran
✅Sistem tapisan 8 lapisan
✅Ultra PM 2.5 Filter
✅Pengiktirafan KACA (Korea Clean Air Association)
✅Navigasi Suara
✅Keluasan optimum 435 kaki persegi (lebih luas)
✅Kos NCS – RM650/tahun (bayar selepas tamat tempoh servis percuma)

Klik sini untuk info Cuckoo B Model Cordless

 

Cuckoo D Model (Terbaru)

✅Penapis Udara Paling Berkuasa – Untuk Ruang Lebih Besar!
✅Harga Serendah RM110/bulan x 5 tahun (Goood Plan)
✅Harga Cash: RM3200.00
✅Servis PERCUMA hingga 5 tahun
✅Sedutan 360°
✅Sistem tapisan 7 lapisan
✅Sensor Pintar – boleh kesan hingga PM1.0
✅Ultra PM 2.5 Filter
✅Pengiktirafan KACA (Korea Clean Air Association)
✅Navigasi Suara
✅Keluasan optimum 66m2 atau 710 kaki persegi
✅Kos NCS – RM650.00/tahun (bayar selepas tamat tempoh servis percuma)

Klik sini untuk info Cuckoo D Model


Dapatkan Penapis Udara Cuckoo Dengan Fadhil Sekarang!

Tunggu apa lagi? Tempah penapis udara Cuckoo ini untuk kesihatan, keselesaan dan keselamatan anda dan keluarga. Hapuskan habuk-habuk dan kotoran di udara. Hidup dengan lebih sihat dan produktif!

Hubungi Fadhil sekarang!

Fadhil @ Cuckoo Nano – Konsultan Penapis Air dan Udara Cuckoo

Call:  013  991  6967

WhatsApp: Link WhatsApp

FB Page: Fadhil Cuckoo Specialist

Website: www.cuckoonano.com

✆ WhatsApp 013 277 5539

error: Content is protected !!