Masalah punca air kotor merupakan masalah yang dihadapi oleh rakyat Malaysia.

Ini kerana infrastruktur perpaipan dan sistem perairan negara yang masih belum mencukupi untuk memastikan air cukup bersih untuk terus diminum.

Lebih merisaukan lagi apabila air paip turut membawa logam berat, bakteria dan kuman yang merbahaya untuk kesihatan.

Maka penapis air yang berkualiti sangat diperlukan bagi menyelesaikan masalah air kotor di rumah.

 

APAKAH AIR REVERSE OSMOSIS?

reverse osmosis

Reverse Osmosis merupakan satu proses penapisan air. Dalam sistem tapisan reverse osmosis, kebiasaannya air dimasukkan ke dalam penapis semipermeable membrane dan penapis karbon.

Saiz membran tersebut menentukan air yang dapat melalui penapis tersebut, dan pada masa sama meninggalkan segala bahan kimia, bakteria, kekotoran, logam berat dan sebagainya. Bahkan, mineral turut ditapis menggunakan sistem tapisan RO ini.

Itu sebabnya air RO digelar sebagai air tulen dan air mati kerana ia tiada kandungan bakteria dan mineral padanya.

 

BOLEHKAH KITA MINUM AIR REVERSE OSMOSIS?

Ya, air yang ditapis melalui sistem reverse osmosis boleh diminum.

Di Malaysia, kebiasaannya air reverse osmosis boleh didapati di kedai-kedai runcit, supermarket dan air yang ditapis menggunakan tapisan reverse osmosis.

 

ADAKAH AIR REVERSE OSMOSIS BAIK UNTUK KITA?

reverse osmosis

Air yang melalui sistem tapisan reverse osmosis mempunyai kelebihan untuk meminumnya. Lebih-lebih lagi jika tempat tinggal kita mempunyai punca air yang sangat bermasalah, maka air reverse osmosis boleh diminum.

Namun pada masa sama, air reverse osmosis juga mempunyai kelemahan tersendiri.

Ini kerana bagi air reverse osmosis, tapisannya bukan sekadar membuang kandungan logam berat dan bakteria pada air, malah ia juga menyingkirkan kandungan mineral yang baik untuk tubuh badan. Yang mana kandungan mineral ini sangat diperlukan oleh tubuh badan kita.

Secara amnya, ia bukanlah satu perkara yang besar kerana kandungan mineral juga boleh didapati daripada makanan yang dimakan secara harian.

 

MASALAH SEBENAR

Malangnya, itu bukanlah isu sebenar.

Isu sebenar adalah ramai zaman kini yang kekurangan zat besi yang boleh membawa kepada anemia (keadaan darah yang kekurangan sel darah merah atau hemoglobin dan menyebabkan penghidapnya berasa lemah).

Dan pelbagai lagi kekurangan yang berlaku pada tubuh badan kita zaman sekarang kerana pemakanan yang tidak seimbang, bahkan pemakanan yang tidak sihat.

Lihat sahaja pemakanan harian rakyat Malaysia. Setiap hari minum air teh tarik, milo ais, Nescafe, makan roti canai, makan nasi kandar, makan makanan ringan, mi segera, coklat dan sebagainya untuk kurangkan rasa lapar.

Semua ini membawa kepada kesihatan tubuh badan yang semakin merosot.

Jikalau kita sekarang sudah kekurangan kandungan vitamin dan mineral dalam pemakanan harian kita, pada masa sama kita memilih air yang tiada kandungan mineral maka ia berisiko untuk membuat tubuh badan kita kekurangan kandungan vitamin dan mineral.

Memasak dengan air yang tiada mineral seperti air reverse osmosis juga dapat mengurangkan kandungan vintamin dan mineral yang terdapat pada keseluruhan makanan.

Kajian menunjukkan apabila memasak menggunakan air yang tiada mineral seperti reverse osmosis, makanan tersebut boleh kehilangan sehingga 60% magnesium atau 70% mangan.

Air terikat kepada segalanya, dan air tersebut akan menyerap kandungan mineral dari mana sahaja termasuk pada makanan tersebut.

World Health Organization juga telah mengeluarkan report mengenai kerisauan terhadap air reverse osmosis.

Report tersebut menyatakan air reverse osmosis “has a definite adverse influence on the animal and human organism.” (mempunyai pengaruh tidak baik pada haiwan atau manusia).

Ia juga menyatakan bahawa air reverse osmosis potensi untuk menyebabkan kesan buruk kepada kesihatan apabila diminum untuk tempoh panjang bukan sahaja pada negara yang kekurangan air bersih, bahkan juga pada negara yang banyak menggunakan sistem tapisan (RO) atau air botol (RO) diminum.

Untuk kegunaan rumah, air RO juga dapat menyebabkan pembaziran air. Banyak air yang terpaksa dibuang untuk memastikan air reverse osmosis dapat diminum

masalah air reverse osmosis

Kata seorang doktor, air reverse osmosis “tidak ada zat galian dan juga ia menggunakan membrane untuk hasilkan reverse osmosis dan ada air yang akan terbuang dalam proses menjana air RO.

Jika membrane rosak dan tidak diservis, air tercemar. Jika penapis baik dan selalu diservis air bersih tanpa zat galian.

Pengalaman saya sendiri yang menyebabkan saya tidak syorkan penapis RO. Saya dapati bila saya minum air RO saya akan tetap rasa haus. ”

 

4 ISU AIR REVERSE OSMOSIS

Menurut Dr. Lawrence Wilson, terdapat 4 masalah utama air tapisan reverse osmosis:

1. Secara Am, Air Reverse Osmosis Tidak Membantu Hidrasi Tubuh Badan Dengan Baik

Apabila minum air reverse osmosis ia tidak berapa membantu untuk hidrasi tubuh badan kita dengan baik. Jika air yang diminum tidak memberi hidrasi yang baik, ia bukanlah air yang bagus untuk diminum walaupun kelihatan bersih, jernih dan enak diminum.

Antara kesannya, walaupun banyak minum air namun masih lagi terasa dahaga.

2. Reverse Osmosis Menghasilkan Air Yang Tidak Bermineral

Kini ramai orang yang makin tak jaga faktor pemakanan dan kesihatan tubuh badan. Tak ambil peduli mengenai kandungan makanan yang dimakan setiap hari.

Ini jelas menyebabkan tubuh badan kita kekurangan kandungan mineral yang diperlukan untuk tubuh badan.

Tambahan pula, air reverse osmosis dapat menyerap mineral keluar daripada tubuh badan kita. Ini merupakan kesan yang sangat merbahaya untuk tubuh badan, dan menyebabkan tubuh badan kita kekurangan kandungan mineral yang sangat diperlukan. Untuk tempoh yang panjang, air reverse osmosis tidak baik untuk dihadam.

3. Bahan Plastik Pada Membran Penapis Reverse Osmosis Boleh ‘Terlepas’ Masuk Dalam Air Minuman

Ini menyebabkan air yang diminum boleh jadi bertoksik. Kerana boleh jadi bahan yang terlepas itu adalah plastik membran tersebut. Ia dapat memberi kesan kesihatan yang tidak baik bagi tubuh badan.

4. Air Reverse Osmosis Mengandungi pH Asid (Acidic)

cuckoo vs coway

 

PATUTKAH SAYA PASANG PENAPIS AIR REVERSE OSMOSIS?

Ini bukanlah satu keputusan yang mudah. Ia juga banyak bergantung pada pilihan diri sendiri, untuk diri sendiri, keluarga dan keperluan harian kita.

Jika anda rasakan penapis air reverse osmosis lebih baik daripada sistem tapisan yang lain, maka dipersilakan untuk memilih.

Ia adalah lebih baik daripada langsung tidak guna penapis air yang mana boleh menyebabkan kita sekeluarga minum air yang mempunyai kandungan yang tidak diingini.

TAPI

Jika anda rasa tak kena, rasa nak cari penapis air yang dapat menapis segala kandungan logam berat, bakteria, kuman tapi pada masa sama mengekalkan kandungan mineral yang baik untuk tubuh badan.

Anda sangat digalakkan untuk memilih penapis air berjenama Cuckoo.

Ini kerana penapis air Cuckoo dapat menyingkirkan kotoran, logam berat, bakteria dan kuman yang terdapat pada air pada masa sama kekalkan kandungan mineral yang anda perlukan untuk tubuh badan.

Pada masa sama, air Cuckoo bukan sekadar bermineral malah ia juga beralkali ringan.

Alkali air Cuckoo adalah sekitar pH 7.0 hingga 8.0 yang mana sihat untuk diminum oleh seisi keluarga.

 

 

KESIMPULAN

  • Reverse osmosis merupakan salah satu sistem dan cara penapisan air
  • Penapis reverse osmosis menyingkirkan segala kandungan merbahaya DAN yang baik untuk tubuh badan
  • Reverse osmosis merupakan pilihan peribadi yang mana boleh digunakan sebagai alternatif untuk kawasan yang mempunyai kualiti air yang terlampau tersangat teruk.
  • Malangnya, menyingkirkan segala kandungan vitamin dan mineral pada air minuman dapat memberi kesan kepada tubuh badan. Membuatkan tubuh badan kita kekurangan garam mineral yang penting.
  • Sistem tapisan reverse osmosis juga menyebabkan pembaziran air dan tenaga
  • Paling penting, pilihlah sistem tapisan yang sesuai untuk anda dan keluarga anda.
  • Sistem tapisan Cuckoo menggunakan teknologi terkini Nano Filtration System yang mana ia menyingkirkan kandungan yang merbahaya pada air pada masa sama mengekalkan kandungan mineral yang baik untuk tubuh badan.

Konsultasi Percuma!

Isi borang di bawah, kemudian kami akan hubungi anda dengan segera untuk konsultasi penapis air PERCUMA!

✆ WhatsApp 013 277 5539

error: Content is protected !!