Apa Itu Air Alkali, Khasiat & Manfaatnya?

Sejak kebelakangan ini, air alkali telah menjadi perbincangan hangat di internet dan media sosial. Ini kerana ramai yang menyatakan air alkali sangat bermanfaat dan dapat memberi kebaikan yang banyak untuk tubuh badan manusia.

Dengan lambakan jenama air dan jenama penapis air di pasaran yang banyak berkongsi kebaikan air alkali, maka perkara ini perlu kita kaji semula supaya tidak terperdaya dengan sebahagian dakwaan yang tidak masuk akal.

Benar bahawa kadar pH air memainkan peranan yang signifikan untuk tubuh badan keseluruhannya, namun kini pemakanan rakyat Malaysia yang semakin dicemari dengan pemakanan tidak sihat, gula proses, garam berlebihan, bahan kimia perasa tambahan, racun serangga pada sayuran, bahan sintetik, makanan proses dan sebagainya dapat menyumbang kepada pertambahan kadar asid dalam darah yang mana dapat menyumbang kepada penyakit yang tidak diingini.

Ada yang kata air beralkali atau air yang pH tinggi adalah air yang terbaik untuk diminum untuk kesihatan kerana ada pelbagai manfaat yang dapat diperoleh daripadanya termasuklah mengurangkan berat badan dan dapat melindungi tubuh badan daripada kanser.

Namun adakah ini kenyataan yang benar atau mitos? Kami kongsikan hasil kajian berkenaan air alkali.

kebaikan air alkali

Sumber imej: http://pacinst.org/

 

APA ITU AIR ALKALI?

Kebiasaannya air alkali dikaitkan dengan air yang mempunyai kadar pH yang tinggi. Air pH rendah pula dikaitkan dengan air berasid. Kerana cara untuk mengukur air alkali dan asid adalah menggunakan pH.

Bagaimana air berasid terhasil adalah apabila terlalu banyak kandungan ion hidrogen dalam air, maka kandungan oksigen menjadi lebih rendah pada sel air.

Kandungan ion hidrogen yang lebih rendah pula bermakna kandungan oksigen yang lebih tinggi yang mana membuatkannya menjadi air yang lebih beralkali. Tidak ada penyakit yang diketahui dapat bertahan dalam keadaan alkali.

Kadar pH yang lebih tinggi membuatkan air beralkali sepatutnya menjadi lebih bermanfaat daripada air paip biasa atau air masak. Kebiasaannya kadar pH air alkali adalah sekitar 8 hingga 9, namun air paip kebiasaannya ada pada sekitar pH 7.0 dan ke bawah.

Air beralkali dapat menyumbang kepada mineral pada tubuh badan supaya tubuh badan dapat berfungsi dengan lebih baik, mineral tersebut seperti kalsium, potassium, sodium dan magnesium.

Kandungan alkali dapat mengurangkan impak asid dalam darah melalui 4 mineral utama seperti kalsium, magnesium, sodium dan potassium yang berfungsi untuk mengekalkan kesihatan tubuh badan dan membuat tubuh kita dapat berfungsi dengan baik.

  1. Kalsium – adalah antara mineral yang terbanyak dalam tubuh badan kita. Ia penting untuk perkembangan dan penjagaan tulang dan gigi, yang mana 99% kalsium terdapat pada keduanya. Kalsium juga membantu jantung, saraf, otot dan sistem dalam badan untuk berfungsi dengan baik.
  2. Magnesium – membantu untuk mengekalkan kesihatan saraf dan otot, membantu untuk menguatkan sistem imunisasi tubuh badan, kadar degupan jantung yang stabil dan menguatkan jantung. Ia juga dapat mengawal gula dalam darah dan membantu untuk menjana tenaga dan protin untuk tubuh badan.
  3. Pottasium – penting untuk fungsi jantung dan ia memainkan peranan penting untuk rangka badan dan penguncupan otot, menjadikan ia penting untuk pencernaan yang baik dan fungsi otot.
  4. Sodium – Hampir keseluruhan sodium yang terdapat pada tubuh badan manusia terletak pada darah dan cecair di sekeliling sel tubuh badan. Sodium membantu tubuh badan kita dengan mengekalkan kadar cecair dalam tubuh badan dalam keadaan yang seimbang. Sodium penting untuk saraf dan otot.

Tubuh badan kita berkerja keras untuk memastikan darah dalam badan kita sentiasa berada dalam keadaan alkali, maka mana-mana bahagian yang masih mengandungi kandungan mineral maka ia akan diserap bagi memastikan kadar alkali dalam darah seimbang.

 

Isu Kebaikan Air Alkali

Kajian sangat terhad berkenaan kebaikan air alkali. Bukan sekadar itu, banyak sumber yang membuta tuli menyatakan kebaikan air alkali tanpa hasil kajian yang benar membuat air alkali ini nampak seperti ‘minuman ajaib’ yang dapat menyembuhkan pelbagai penyakit kronik dan pelbagai lagi. Dan ini antara modal yang biasa digunakan oleh penjual air alkali dan penjual sistem tapisan air alkali.

Antara kebaikan yang biasa disebut oleh para peminat air alkali berbanding air asidik ialah dengan menyatakan air alkali dapat memberi pelbagai manfaat untuk kesihatan termasuk meningkatkan kadar metabolisma, melambatkan kadar pereputan tulang, melambatkan penuaan, dan menggalakkan penyerapan nutrien dengan cara meneutralkan kadar asid dalam darah yang dapat menjadi punca pelbagai penyakit.

Juga dikatakan bahawa low-grade metabolic acidocis tidak dapat dikesan dengan pemeriksaan biasa, maka ini menyebabkannya menjadi ‘pembunuh senyap’.

Namun dari satu sudut, perlu dijawab persoalan ini: Adakah kebaikan air alkali datang dari kadar pH atau mineral yang terdapat pada air tersebut? Itu antara sebabnya kita perlu lebih berhati-hati, ini kerana terlalu banyak yang bercakap mengenai kebaikan air alkali yang sangat berlebihan membuatkannya kelihatan tidak masuk akal.

Dan perlu juga difahami, tidak semua sistem tapisan air alkali dicipta untuk fungsi sama. Ada penapis air alkali yang menghasilkan air alkali yang sangat tinggi. Ada juga penapis air yang menghasilkan kadar air alkali yang ringan seperti penapis air Cuckoo.

Untuk meng-alkali-kan keseluruhan tubuh badan dan organ kita adalah satu proses yang sukar. Sebab utamanya masih tidak diketahui, bahkan ini menjawab bahawa minum air alkali semata-mata tidak semestinya dapat selesaikan masalah rendah kandungan pH pada tubuh badan kita. Tambahan pula, tubuh badan kita tidak dicipta oleh Allah untuk sentiasa berada dalam keadaan beralkali.

kebaikan air alkali

Sumber imej: https://www.healthcuretips.com/

 

ADAKAH AIR ALKALI BERMANFAAT? YA, BERMANFAAT

5 KELEBIHAN SEBENAR AIR ALKALI

Berikut adalah antara kelebihan air alkali yang berpotensi baik untuk tubuh badan berdasarkan kajian BMC, NCBI, Shanghai Journal of Preventive Medicine

 

1. MELANCARKAN PEREDARAN DARAH

Sebahagian kajian menyatakan bahawa air alkali dapat melancarkan peredaran darah, membuatkan dari beredar dalam tubuh badan dengan lebih baik untuk menyampaikan oksigen dan nutrien penting lain pada tisu kita. Ia dipercayai berfungsi dengan mengurangkan kepekatan darah kita, maka peredaran darah dapat berjalan dengan lebih lancar.

 

2. MENGURANGKAN SIMPTOM PEDIH ULU HATI

Pedih ulu hati atau dikenali dengan GERD adalah satu kondisi yang mana asid dalam badan kita naik semula melalui esofagus yang menyebabkan pedih ulu hati, kesannya kita akan sedawa, perut rasa kembung dan muntah. Pepsin merupakan enzim yang bertanggungjawab untuk meleraikan protin memainkan peranan penting bagi masalah pedih ulu hati.

Air alkali mempunyai kelebihan untuk meneutralkan pepsin tersebut, maka ia dapat mengurangkan simptom pedih ulu hati.

 

3. MENAMBAHBAIK KADAR HIDRASI

Kekal dalam keadaan hidrasi adalah sangat penting untuk kesihatan kita. Hanya dengan minum air yang secukupnya setiap hari dapat menstabilkan suhu badan, menyampaikan nutrien penting dalam tubuh badan dan melancarkan sistem pencernaan.

Air alkali dipercayai dapat membantu hidrasi lebih baik daripada air biasa. Satu kajian yang dibuat oleh Journal of the International Society of Sports Medicine menunjukkan bahawa dengan minum air alkali selama 2 minggu berturut-turut bukan hanya dapat meningkatkan kadar alkali dalam darah dan air kencing, bahkan ia juga dapat membantu untuk meningkatkan kadar hidrasi dengan lebih baik berbanding air biasa.

 

4. MENSTABILKAN GULA DALAM DARAH

Kadar gula yang tinggi dalam darah dapat mengakibatkan pelbagai masalah kesihatan. Kesan sampingan antaranya cepat rasa dahaga, pening kepala, keletihan dsb, bahkan kesan jangka panjangnya termasuklah penglihatan terjejas dan kerosakan saraf.

Walaupun kajian adalah agak terhad berkenaan perkara ini, namun sebahagian kajian terawal menunjukkan bahawa air alkali dapat seimbangkan gula dalam darah supaya dapat  mengekalkan kadar gula dalam darah yang lebih normal bagi memastikan kesihatan yang lebih baik.

 

5. MEMBANTU KESIHATAN TULANG

Pemakanan yang tinggi kadar asid (asidik) dapat memberi kesan kepada kerapuhan tulang kerana lebih banyak kalsium dikeluarkan dari tubuh badan melalui sistem pencernaan (kencing).

Pemakanan beralkali pula dapat menghalang kerapuhan tulang dan dapat membantu mengekalkan kesihatan tulang.

Terdapat kajian yang menunjukkan bahawa air alkali dapat menguatkan tulang dengan mempengaruhi sesetengah hormon yang dapat memberi kesan kepada metabolisma tulang.

kebaikan air alkali

Sumber: www.draxe.com

 

CADANGAN PENGGUNAAN AIR ALKALI DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN

Walaupun ada kajian yang menyatakan bahawa air alkali dapat memberi kesan baik untuk tubuh badan, namun kebanyakan kajian ini belum dapat membuktikan secara kukuh kebaikan tersebut.

Keseimbangan adalah sangat penting dalam pemakanan termasuklah penggunaan air alkali dalam pemakanan seharian. Selain bergantung kepada air alkali, kita juga perlu seimbangkan pemakanan seharian kita dengan makanan yang kaya nutrisi dan sihat termasuk makanan tidak proses, buah-buahan, sayuran dan lain-lain untuk kekalkan keseimbangan pH tubuh badan kita.

Air alkali tidak dapat menggantikan kebaikan pemakanan sihat yang sebenar.

Jika ingin teruskan air alkali dalam pemakanan harian secara seimbang, maka teruskan. Namun pastikan kita memilih jenama air atau mesin penapis air yang paling sesuai untuk kita sekeluarga.

Antara jenama penapis air yang dapat menghasilkan kadar pH air yang agak seimbang termasuklah penapis air Cuckoo yang mana menghasilkan air bermineral dan alkali ringan sekitar pH7.5 yang cukup baik untuk kegunaan seharian.

Seperti yang disebutkan sebelum ini, alkali juga boleh didapati daripada pemakanan sebenar (bukan makanan proses), buah-buahan dan sayuran.

kebaikan air alkali

Sumber imej: https://www.wellandgood.com/

 

KESIMPULAN

  1. Air alkali mempunyai pH yang lebih tinggi berbanding air biasa dan ia juga mengandungi kandungan kalsium, potassium, sodium dan magnesium yang baik untuk tubuh badan
  2. Apakah pH air biasa? Air biasa mempunyai pH sekitar 7.0 dan itu yang membuatkannya ia jadi neutral. Air alkali kebiasaannya pada pH 8 dan 9
  3. Antara kebaikan air alkali termasuklah melancarkan peredaran darah, mengurangkan simptom pedih ulu hati, menstabilkan gula dalam darah, baik untuk kesihatan tulang dan menambah baik kadar hidrasi
  4. Kesan air alkali merawat kanser, anti penuaan atau mengurangkan berat badan belum ada bukti yang kukuh untuk menyokong kenyataan tersebut
  5. Air alkali selamat untuk diminum namun turut perlu digandingkan dengan pemakanan dan gaya hidup yang sihat untuk memberi kesan baik untuk kesihatan badan keseluruhannya
  6. Air Cuckoo mempunyai pH sekitar 7.5 iaitu pada kadar alkali ringan, bukan alkali tinggi. Maka ia lebih diyakini baik untuk kegunaan harian

Sebahagian poin diperolehi dari laman web: https://draxe.com/

 

CUCKOO – Penapis Air Bermineral & Alkali Ringan

CUCKOO menggunakan teknologi Nano Positive filter yang menghasilkan air bermineral, beralkali ringan dan bebas dari heavy metal..

Secara kesimpulannya, CUCKOO MILD ALKALINE WATER PURIFIER MENGHASILKAN AIR

  • Bersifat alkali dengan sekitar 7.5 pH
  • Kaya dengan mineral
  • Bebas bakteria
  • Bebas dari logam merbahaya

Bukan semua penapis air mampu asingkan logam berat. Kebanyakkan penapis air dipasaran tidak mampu asingkan logam berat ni. Sebahagiannya yang mampu pun menggunakan penapis Reverse Osmosis yang tidak menghasilkan air bermineral dan beralkali seperti Cuckoo.

APA ITU LOGAM BERAT?

Logam berat seperti merkuri, plumbum, cadmium, kromium dan pelbagai lagi logam berat yang terdapat dalam air kita yang berisiko untuk pada badan. Ia menjadi salah satu penyebab kanser. (Semoga kita semua dijauhkan dari sebarang penyakit).

APAKAH FAEDAH AIR BERALKALI,BERMINERAL DAN BEBAS DARI LOGAM BERAT KEPADA BADAN?

✅ Membantu meneutralkan kadar asid berlebihan di dalam badan dan mengurangkan asid refluks
✅ Mempunyai kebaikan antioksidan dengan membantu menyingkirkan sisa toksin dari badan dengan berkesan
✅ Membantu proses detox oleh badan
✅ Meningkatkan kadar kesihatan tulang
✅ Baik untuk kesihatan jantung
✅ Mengurangkan risiko kanser. Logam berat dalam air merupakan salah satu penyumbang kepada kanser.

Fungsi 4 mineral yang terdapat dalam air yg ditapis oleh penapis air Cuckoo ialah:

  1. Magnesium – Menukar gula kepada tenaga
  2. Kalsium – Penting bagi pertumbuhan tulang
  3. Potassium – Bagi memastikan fungsi sel berjalan lancar
  4. Sodium – Memastikan badan berfungsi dengan optima

Penapis air yang baik hanya berbaloi kalau penukaran filter diberikan ikut jadual dan after sale servis juga terbaik . Setuju??

Ramai yang kecewa dengan penapis air yang pernah digunakan sebelum ini. Kenapa? Kerana servis selepas jualan dan pertukaran filter yang tidak konsisten dan tidak berkualiti.

 

INI TIDAK AKAN BERLAKU DENGAN CUCKOO!

Bagi memastikan kualiti air dipelihara dgn baik, Cuckoo memastikan pertukaran filter dan servis dilakukan mengikut jadual yang ditetapkan.

  • Filter ditukar setiap 4 bulan sekali
  • Filter tidak di recycle. Semua filter yg telah digunakan akan diganti dengan filter yang baru
  • Pertukaran filter oleh Cuckoo adalah antara yg terkerap dipasaran.
  • Servis Cuckoo mempunyai 15 check point yang perlu dipatuhi untuk memastikan air anda mengikut piawaian Beyond Standard.

Jaminan after sale service Cuckoo.

  • Warranti dari pihak CUCKOO sehingga 5 tahun
  • Pertukaran alat ganti PERCUMA
  • Penyelenggaraan secara PERCUMA
  • PERCUMA re-location
  • PERCUMA KHIDMAT NASIHAT DARI KAMI jika memerlukan.

Ramai pelanggan kami amat berpuas hati dengan produk dan servis yang kami berikan. Cuckoo menerima beratus-ratus bahkan ribuan permohonan baru setiap hari dan angka ini terus meningkat.

Selain itu, kaedah permohonan yang mudah dan hassle free juga telah menjadikan Cuckoo menjadi pilihan ramai.

✅ Mudah
✅ Cepat
✅ Efficient

❌ Tak perlu bank statement
❌ Tak perlu slip gaji
❌ Tak perlu garantor

✅ Tanpa yuran pendaftaran
✅ Pemasangan dan penghantaran percuma
✅ Tanpa perlu risau pasal servis dan tukar filter
✅ Tanpa perlu risau tentang pencemaran air. Air dijamin BERSIH, HALAL DAN MENYIHATKAN! Boleh minum terus.

 

Pasang Secepat 24 Jam Dengan Cuckoo eBrandstore Terbaru!

 

Baca juga:

a. Adakah Air Reverse Osmosis Baik Untuk Kesihatan?
b. Kelebihan Penapis Air Cuckoo
c. Senarai Produk Cuckoo
d. A-Z Mengenai Penapis Air Cuckoo

✆ WhatsApp 013 277 5539

error: Content is protected !!