Beza penapis air Cuckoo dengan lawannya bukanlah sekadar jenama sahaja.

Cuckoo dan lawannya merupakan antara jenama terbesar yang menjual penapis air berkualiti berserta servis berkala di Malaysia. 

Walaupun Cuckoo lebih muda dan bertapak di Malaysia sejak tahun 2014, namun jenama-jenama besar ini adalah seolah-olah ‘adik beradik’ kerana berasal dari negara yang sama iaitu Korea. 

Sudah pasti jenama-jenama penapis air ini mempunyai banyak persamaan. Namun dalam perkongsian kali ini, kami ingin kongsikan beberapa kelainan penapis air Cuckoo berbanding jenama lawannya yang lain. 

Di bawah saya akan kongsikan beberapa kelainan penapis air Cuckoo berbanding yang lain di dalam pasaran bagi memudahkan anda buat keputusan pembelian dengan bijak. 

Antaranya:

  1. Perbezaan Jenis Air Minuman
  2. Kaedah Servis & Tempoh Servis Berkala
  3. Kekerapan Pertukaran Filter
  4. Kos Yuran Servis Tahunan (Selepas Tamat Kontrak Sewa)
  5. Kos Tambahan
  6. Saiz Tangki
  7. Pembuangan Air?
  8. Tempoh Isian Semula Air Dalam tangki
  9. Jenis Tangki
  10. Syarat Pasang – Tekanan Air Di Rumah?
  11. Sijil Anugerah
  12. Sijil Halal
  13. Perlu Slip Gaji Untuk Daftar? CCRIS & CTOS?
  14. Tempoh Percuma Servis?
  15. Tempoh Pemasangan. Mana Lebih Cepat?
  16. Denda Lewat Bayar?
  17. Promosi
  18. Kontrak Sewa
  19. Harga

1 – PERBEZAAN JENIS AIR & FILTER?

cuckoo vs coway

CUCKOO: Fokus kepada air mineral & alkali ringan dengan menggunakan Nano Positive Filtration System

Seperti yang diketahui, terdapat pelbagai jenis penapis air dan teknologi yang dijual dalam pasaran.

Namun, penapis air Cuckoo menggunakan teknologi terkini sistem penapisan air iaitu teknologi Nano Positive Filtration System dari Korea.

penapis air cuckoo

Kebiasaannya, penapis air Reverse Osmosis dibandingkan dengan penapis air Nano Positive.

Ini kerana kedua-dua teknologi penapisan air ini hampir sama.

Penapis air Reverse Osmosis dapat membuang segala kotoran, bakteria, virus, logam berat dan kuman daripada air.

Namun, pada masa sama ia turut membuang mineral yang baik untuk tubuh badan.

Kemudian, datang pula teknologi Nano Positive yang lebih baru berbanding Reverse Osmosis.

Teknologi penapis air Nano Positive juga dapat membuang segala kotoran, bakteria, virus, logam berat dan kuman daripada air.

Namun pada masa sama, ia mengekalkan kandungan mineral yang baik untuk tubuh badan.

Sistem Nano Positive memang dibuat khas untuk dijadikan penapis air, manakala sistem Reverse Osmosis pula digunakan untuk pelbagai kegunaan selain untuk diminum.

Penapis Nano Positive merupakan penapis ke-4 yang terdapat pada penapis air Cuckoo.

Ia dapat menghapuskan 99.99% bakteria dan virus, membuang logam berat, alga, fungi dan sebagainya dan pada masa sama mengekalkan mineral yang baik untuk tubuh badan.

Cas positif yang terdapat pada penapis air Cuckoo ini dapat menyerap cas negatif pada air yang merbahaya untuk kesihatan.

Dan akhirnya, ia menghasilkan air yang sangat bersih, sihat dan diyakini selamat untuk diminum oleh seisi keluarga.

Air Cuckoo menghasilkan air yang mengandungi kandungan mineral yang baik, sihat dan diperlukan oleh tubuh badan. Pada masa sama ia juga mengandungi jumlah pH yang beralkali sekitar pH 7.5

Apa kelebihan air yang bermineral?

Air yang bermineral mengandungi mineral yang penting untuk tubuh badan termasuklah: 

  1. Kalsium
  2. Magnesium
  3. Pottasium
  4. Sodium

Kandungan mineral pada air Cuckoo walaupun tidak sebanyak air mineral asli, ia sedikit sebanyak membantu untuk memberi kesihatan yang baik untuk tulang, gigi, saraf, otot, jantung. 

Mineral juga dapat membantu agar tubuh badan anda elak daripada dehidrasi. Minum air yang bermineral adalah lebih memuaskan & membuatkan anda rasa lebih bertenaga. 

Anda boleh cuba perbezaannya sekiranya dengan membeli air mineral & air reverse osmosis di kedai runcit. Sudah pasti air mineral adalah lebih memuaskan & lebih sihat untuk tubuh badan. 

CYW: Mempunyai tiga jenis tapisan, termasuklah air reverse osmosis, mineral & alkalizer. 

Antara sistem tapisan yang banyak digunakan oleh jenama ini adalah jenis Reverse Osmosis atau biasa disebut RO.

Sistem tapisan RO juga merupakan antara sistem tapisan yang banyak digunakan di seluruh dunia dan terbukti dapat menghasilkan air yang bersih dan selamat untuk diminum. 

Pada masa yang sama, kerana tapisan jenis ini adalah sangat halus, selain ia menapis segala kotoran dan bakteria di dalam air, ia juga turut menyingkirkan kandungan mineral dan alkali yang baik untuk tubuh badan. 

2 – KAEDAH SERVIS & TEMPOH SERVIS BERKALA

cuckoo vs coway

CUCKOO: Servis penapis air Cuckoo adalah setiap 4 bulan sekali. 

Cuckoo akan menghantar Cuckoo Natural Doctress wanita untuk melakukan servis. Sekiranya hanya isteri anda yang berada di rumah , maka tidak perlu risau sekiranya penapis air anda perlu diservis kerana yang akan datang servis adalah staf wanita. 

Antara aktiviti yang akan dilakukan termasuklah:

  1. Pertukaran filter baru setiap kali servis
  2. 1-1 customized service
  3. Electro Steriliser – membersihkan penapis air anda dengan kaedah pensterilan elektro bagi membunuh kuman dan bakteria
  4. Steam Sterilise – membersihkan tangki dan faucet menggunakan pensterilan stim bagi membunuh kuman dan bakteria
  5. 15 check point – bagi memastikan segala poin berfungsi dengan baik
  6. Additional service – servis tambahan, iaitu pensterilan pada bahagian sinki dan papan pemotong

Cuckoo akan hubungi anda beberapa hari sebelum servis penapis air di rumah anda.

CYW: Servis penapis air adalah setiap 2 bulan sekali. 

Filter akan dicuci setiap 2 bulan sehingga bersih dan akan digunakan semula seperti sediakala. Dengan teknologi Hi-Care 2.0, penapis air, tangki akan dibersihkan dengan cara sanitasi bagi membasmi kuman dan bakteria. Segala fungsi penapis air juga akan disemak bagi memastikan segalanya berfungsi dengan baik. 

3 – KEKERAPAN PERTUKARAN FILTER

cuckoo vs coway

CUCKOO: Setiap 4 bulan

Filter akan ditukar sekitar 6-7 batang setiap tahun

  1. Sediment Filter – Setiap 4 bulan
  2. Pre Carbon Filter – Setiap 8 bulan
  3. Natural Filter – Setiap 12 bulan
  4. Nano Positive Filter – Setiap 12 bulan

CYW: Pertukaran filter adalah setiap 6 bulan (pertukaran filter setiap 4 bulan sebahagian model) 

4 – KOS YURAN SERVIS TAHUNAN

cuckoo vs coway

CUCKOO: Kos servis NCS (Natural Care Services) bagi penapis air Cuckoo bermula dari RM330.19/tahun untuk penapis air 1 suhu dan paling mahal adalah RM650/tahun untuk model paling besar, iaitu Cuckoo Queen Stand. 

Namun secara purata, kos servis penapis air 3 suhu ke atas adalah sekitar RM400 hingga RM550 setahun. 

CYW: Kos servis tahunan bagi bermula RM425/tahun untuk penapis air 1 suhu dan paling mahal RM850/tahun untuk model paling besar. 

Secara purata, harga servis tahunan untuk penapis air 3 suhu ke atas adalah RM604 sehingga RM700 setahun. 

5 – KOS TAMBAHAN / KOS TERSEMBUNYI

cuckoo vs coway

CUCKOO: Tiada sebarang kos tambahan untuk pemasangan, pendaftaran, yuran proses dan sebagainya. 

Pelanggan hanya perlu membayar 1 bulan rental untuk memasang dan tidak perlu membayar sebarang kos ekstra. 

Pelanggan hanya perlu membayar RM35 untuk kepala paip 2 way valve (high quality) sekiranya ingin digunakan pada paip untuk keluarkan air suhu bilik tanpa had, atau sekiranya ia diperlukan atas sebab tertentu. 

CYW: Tiada yuran daftar

6 – SAIZ TANGKI

cuckoo vs coway

CUCKOO: Untuk penapis air 3 suhu yang terkecil seperti model King Top dan XCEL, saiz tangki keseluruhan adalah 1 liter sejuk, 1 liter panas, 0.3 liter room. Paling besar adalah 14.1 liter. Saya kongsikan semua model di bawah

  1. KING TOP
  2. XCEL
  3. FUSION TOP
  4. IRIS TOP
  5. ICON
  6. JAZZ
  7. MARVEL
  8. PRINCE TOP
  9. KING STAND
  10. QUEEN STAND

PENTING! 

Perlu difahami bahawa sistem tapisan penapis air Cuckoo dengan yang lain adalah sangat berbeza. 

Tangki penapis air Cuckoo bersaiz sederhana, tidak terlalu besar. Namun ia juga merupakan antara kelebihan pada penapis air Cuckoo kerana isian semula yang sangat pantas dan pelanggan tak perlu tunggu lama untuk dapatkan bekalan air sejuk/panas di rumah. 

Akan diterangkan dalam poin seterusnya berkenaan isian semula air dalam tangki. 

Pengalaman peribadi. Walaupun kami menggunakan hanya Cuckoo King Top yang mempunyai tangki sebesar 1.0L untuk air sejuk, namun tetap dapat mengisi botol air 2 liter sekali isian tanpa sebarang masalah. Bahkan kami yakin boleh mengisi lebih dari itu lagi. 

CYW: Untuk penapis air 3 suhu yang paling kecil adalah 1.35 liter untuk tangki sejuk. Dan yang paling besar adalah 21.1 liter

Penapis airnya lebih fokus kepada sistem RO, dan lain-lain. Sistem RO perlu menggunakan tangki yang lebih besar kerana tempoh isian semula air ke dalam tangki yang lebih perlahan. 

Namun masalah ini diatasi dengan menyediakan tangki yang lebih besar untuk keperluan pengguna. 

7 – PEMBUANGAN AIR

cuckoo vs coway

CUCKOO: Tiada pembuangan air

Teknologi Nano Positive Filtration System (rujuk poin no 1) tidak memerlukan penapis air jenama Cuckoo untuk membuang air ke dalam sinki. Tiada tiub khas pembuangan air dipasang pada penapis air.

Ini bermakna, bagi sistem tapisan Nano Positive ini juga lebih menjimatkan penggunaan air di rumah pelanggan.

CYW: Ada pembuangan air bagi sistem RO. Tiada pembuangan air bagi sistem air mineral. 

Bagi sistem reverse osmosis kebiasaannya memerlukan air untuk dikeluarkan daripada mesin penapis air. Satu tiub khas akan dipasang pada penapis air untuk dikeluarkan semula ke dalam sinki.

Bagi sistem reverse osmosis, ia perlu kepada pembuangan air kerana tapisan RO adalah sangat halus. 

8 – TEMPOH ISIAN SEMULA AIR DALAM TANGKI

cuckoo vs coway

CUCKOO: Sangat pantas. 

Tempoh isian semula air dalam tangki bagi penapis air tidak memerlukan pengguna untuk tunggu lama untuk dapatkan bekalan air bersih yang sudah ditapis.

Walaupun tangki penapis air Cuckoo tidak sebesar jenama lain, namun disebabkan isian semula adalah pantas maka tangki lebih cepat penuh dan suhu air akan lebih cepat sejuk dan panas. 

cuckoo vs coway

Kelajuannya adalah sekitar 200ml ke 300ml seminit.

Ini adalah lebih laju daripada penapis air jenama lain kerana Cuckoo menggunakan penapis teknologi Nano Positive.

Teknologi penapis air Cuckoo tidak memerlukannya untuk membuang air seperti sistem reverse osmosis.

Ini juga bermakna penapis air Cuckoo tiada pembaziran air.

Ini antara sebabnya Cuckoo menggunakan tangki air sederhana besar dan tidak memerlukan tangki air yang terlalu besar kerana tempoh isian semula adalah pantas.

Isian semula cepat bermakna anda tidak perlu menunggu lama untuk dapatkan bekalan air. Lebih-lebih lagi ketika di rumah ada tetamu dan sebagainya, anda tidak perlu risau sekiranya tangki air kosong kerana tangki tak sempat nak kosong (cepat sahaja untuk penuh semula)

CYW: Untuk sistem tapisan Reverse Osmosis (RO), tempoh isian semula air dalam tangki adalah agak lambat. 

Antara ciri-ciri sistem RO juga antaranya adalah pembuangan air. Setiap molekul yang masuk ke dalam membran, terdapat sebahagian kandungan air tersebut yang perlu dibuang selepas ditapis menggunakan sistem tapisan.

Bagi sistem air mineral pula isian semula air dalam tangki adalah lebih pantas. 

9 – JENIS TANGKI

cuckoo vs coway

CUCKOO: Anti-Bacterial Stainless Steel (food grade)

Tangki ini dijamin mempunyai standard tinggi dan tidak akan berkarat.

Penggunaan tangki keluli tahan karat (stainless steel) sangat baik kerana dapat menghentikan pembiakan kuman dan bakteria. 

penapis air cuckoo stainless steel

Setiap kali servis, Cuckoo juga akan melakukan pensterilan stim pada bahagian tangki bagi membersihkan tangki & membunuh kuman. 

CYW: Plastik BPA Free. 

Bahan jenis BPA free ini banyak digunakan untuk membuat bekas makanan, botol air dan sebagainya. 

Bahan ini adalah selamat dan tiada masalah untuk digunakan kerana ia digunakan secara berleluasa di seluruh dunia. 

Namun pada masa sama, sering dikatakan bahawa bahan BPA free dapat membiakkan kulat. Namun servis setiap 2 bulan itu dapat mengekang & membersihkan tangki bagi memastikan bakteria dapat dibunuh. 

10 – SYARAT PASANG – TEKANAN AIR?

cuckoo vs coway

CUCKOO: Antara 5 hingga 10 PSI

Penapis air Cuckoo sesuai dipasang walaupun dengan tekanan yang rendah di rumah pelanggan. Serendah 5 PSI sudah boleh memasang produk Cuckoo

  1. King Top – 5 PSI
  2. King Stand – 5 PSI
  3. Fusion Top – 5 PSI
  4. Queen Stand – 5 PSI
  5. Iris Top – 7 PSI
  6. XCEL – 7 PSI
  7. Marvel – 10 PSI
  8. Icon – 10 PSI
  9. Prince Top – 15 PSI

CYW: 10 PSI ke atas (bergantung pada model)

NOTA! Untuk kedua-dua jenis penapis air, sekiranya tekanan air di rumah adalah rendah maka disyorkan untuk memasang water pump untuk penapis air. 

Bagi jenama Cuckoo, kos memasang water pump hanyalah serendah RM200 sahaja

11 – SIJIL & ANUGERAH

cuckoo vs coway

CUCKOO: Berikut adalah antara sijil dan pengiktirafan dimiliki oleh Cuckoo

  1. Sijil Halal Malaysia
  2. Sijil Halal Korea
  3. Sijil Lab Test Report – myTEST
  4. Sijil SIRIM
  5. Sijil Korea Water Mark
  6. Sijil NSF International
  7. Sijil IECEE (sijil keselamatan barang elektrik Korea)
  8. Brandlaurette Best Brands Awards
  9. Brandlaurette SME Bestbrands
  10. Readers Digest Trusted Brands 2020
  11. Superbrands Malaysia Choice
  12. The Malaysia Book Of Records
  13. Frost Sullivan
  14. HR Asia

CYW: Berikut adalah antara sijil dan pengiktirafan dimiliki oleh CY

  1. Sijil Halal JAKIM
  2. Anugerah Gold Seal daripada WQA (Water Quality Association)
  3. Sijil SIRIM
  4. Platinum – Reader’s Digest Platinum Brand
  5. Sijil RoHS
  6. TUV SUD
  7. KOLAS – Korea Laboratory Accreditation Scheme
  8. World Class Product Of Korea
  9. Reddot Design Award
  10. International Forum Design
  11. Good Design Award
  12. International Design Excellence Awards

12 – SIJIL HALAL

cuckoo vs coway

CUCKOO: JAKIM & Korea Muslim Federation

sijil Halal Cuckoo

CYW: JAKIM

13 – SLIP GAJI, CCRIS & CTOS?

cuckoo vs coway

CUCKOO: Boleh daftar tanpa slip gaji, CCRIS & CTOS

CYW: Boleh daftar tanpa slip gaji, CCRIS & CTOS

14 – SISTEM E-COMMERCE? TEMPOH PASANG?

cuckoo vs coway

CUCKOO: Secepat 2-3 hari! Guna sistem Cuckoo eBrandstore.

Kebiasaannyaa, tempahan CUCKOO mengambil masa sekitar 7 hari berkerja untuk pemasangan.

Kini dengan update terbaru sejak April 2019, pemasangan CUCKOO boleh berlaku secepat 2-3 hari. Ramai pelanggan CUCKOO yang sudah guna dan sistem ini sangat memudahkan dan sangat cepat.

Prosesnya tak jauh beza seperti anda membeli produk di Lazada dan Shopee.

Anda TIDAK PERLU lagi menggunakan sebarang bentuk borang fizikal untuk tempah Cuckoo.

Proses pembelian menggunakan eBrandstore adalah sangat mudah dan sangat cepat.

CYW: Tidak diketahui

15 – DENDA LEWAT BAYAR

cuckoo vs coway

CUCKOO: Tiada denda lewat bayar. 

CYW: RM10/bulan

16 – PROMOSI BELI OUTRIGHT / TUNAI

cuckoo vs coway

CUCKOO: 3 tahun percuma servis, pertukaran filter dan waranti untuk penapis air

5 tahun untuk produk King Stand dan Jazz (Promosi Fantastic 5)

CYW: 1 tahun percuma servis, pertukaran filter dan waranti

17 – LAIN-LAIN PROMOSI?

cuckoo vs coway

CUCKOO: Rujuk gambar di bawah

cuckoo goood combo wonderklean

cuckoo promotion fantastic 5 free service 5 years

CYW: Rujuk laman web rasmi

18 – KONTRAK SEWA?

CUCKOO: Kontrak Sewa Penapis Air Cuckoo

a. Normal Plan:
– Boleh sewa tahun 1-3, kemudian pulangkan semula ke pihak Cuckoo
– Servis dan Filter PERCUMA sepanjang tempoh sewa
– Jika nak miliki penapis air Cuckoo, sambung sewa tahun 4-5
– Kemudian Cuckoo akan berikan penapis air ini kepada anda lepas habis bayar

b. Goood Plan
– Bulanan serendah RM75.47/bulan (murah dan mampu milik)
– Servis dan Filter PERCUMA sepanjang tempoh sewa
– Kontrak perlu bayar sampai habis
– Lepas habis bayar, Cuckoo akan berikan penapis air ini kepada anda
– Mesin tidak boleh pulangkan semula kepada pihak Cuckoo

CYW: Tidak diketahui

19 – HARGA PENAPIS AIR CUCKOO?

CUCKOO: Rujuk di bawah

a. Cuckoo King Top: Goood Plan – Bermula serendah RM75.47/bulan (5 tahun) | TIADA OUTRIGHT
b. Cuckoo Fusion Top: RENTAL: Tahun 1-3 – RM98/bulan, tahun 4-5 – RM80/bulan | OUTRIGHT: RM3200 (Outright FREE NCS 3 tahun)
c. Cuckoo Iris Top: Goood Plan: Bermula serendah RM75/bulan (7 tahun) | CASH: RM3772.64 (Outright FREE NCS 5 tahun)
d. Cuckoo Icon: RENTAL: Tahun 1-3 – RM113.21/bulan, tahun 4-5 – RM94.34/bulan | OUTRIGHT: RM4200 (Outright FREE NCS 3 tahun)
e. Cuckoo King Stand: RENTAL: Tahun 1-5: RM85/bulan | OUTRIGHT: RM3800 (Outright FREE NCS 5 tahun)
f. Cuckoo Queen Stand: Goood Plan: Bermula serendah RM120/bulan (5 tahun) | OUTRIGHT: RM4500.00
g. Cuckoo Marvel: RENTAL: Tahun 1-5 – RM70.75/bulan | OUTRIGHT: RM2358.49 (Outright FREE NCS 3 tahun)
h. Cuckoo Jazz: TIADA RENTAL | OUTRIGHT: RM4716.04 (Outright FREE NCS 5 tahun)
i. Cuckoo XCEL: Goood Plan: Bermula serendah RM79/bulan (5 tahun) | OUTRIGHT: RM3700 (Outright FREE NCS 3 tahun)
j. Cuckoo Prince Top: RENTAL: Tahun 1-5 – RM75.00/bulan | OUTRIGHT: RM2500.00 (Outright FREE NCS 3 tahun)
k. Cuckoo VIVID: Goood Plan: Bermula serendah RM85/bulan (5 tahun) | OUTRIGHT: RM3200 (Outright FREE NCS 3 tahun)

CYW: Rujuk laman web rasmi

Testimoni Pelanggan Fadhil (www.cuckoonano.com)

 

Konsultasi Percuma!

Isi borang di bawah, kemudian kami akan hubungi anda dengan segera untuk konsultasi penapis air PERCUMA!

    *Sila komen atau mesej saya jika berlaku kesilapan maklumat di cuckoonano@gmail.com

    cuckoo vs coway

    ✆ WhatsApp 013 277 5539

    error: Content Is Protected!!
    %d bloggers like this: