Sharing kali ini, saya nak kongsikan perbezaan produk penapis air Cuckoo vs Coway.

Setelah sekian lama, kedua-dua jenama ini merupakan pesaing hebat antara satu sama yang lain.

Tidak dinafikan kedua-duanya merupakan penapis air jenama yang berkualiti bertaraf dunia.

Saya sendiri menggunakan penapis air Cuckoo model King Top di rumah.

Semasa saya berkerja saya menggunakan penapis air Coway model Petit di pejabat.

Saya sudah berpengalaman beberapa tahun menggunakan penapis air Coway di pejabat.

Biasa tengok ejen Cody Coway datang ofis untuk servis penapis air.

Atas dasar itu, saya tulis artikel ini supaya anda semua boleh nilai sendiri penapis air mana yang sesuai untuk anda beli atau sewa untuk kegunaan harian:

 

Cuckoo VS Coway

1. Jenis Tapisan

Cuckoo: Nano Positive

cuckoo vs coway

cuckoo vs coway

Tapisan Nano Positive adalah satu teknologi tapisan yang mana ia menapis hampir keseluruhan bendasing dan kotoran yang terdapat pada sumber air.

Namun, teknologi Nano Positive mengekalkan bakteria, garam mineral yang diperlukan oleh tubuh badan kita.

Penapis air Cuckoo mempunyai 4 jenis filter:

1. SEDIMENT FILTER
– Menyingkirkan kotoran seperti karat, tanah, pasir, habuk dan zarah.
– Tukar setiap 4 bulan

2. PRE-CARBON FILTER
– Tapisan berkualiti Cuckoo yang menyingkirkan bakteria berbahaya dan virus daripada air
– Tukar setiap 4 bulan

3. NATURAL FILTER
– Penyerapan kedua dan penghasilan mineral yanag mengeluarkan air beralkali lembut yang merangsang kandungan pH yang sihat untuk tubuh badan. Turut kaya dengan kandungan hidrogen untuk melindungi tubuh badan daripada ROS (Reactive Oxygen Species)
– Tukar setiap 12 bulan

4. NANO POSITIVE FILTER
– Menghapuskan 99.99% bakteria dan virus. Menyingkirkan bahan merbahaya seperti kandungan logam (heavy metal), alga, kulat dan sebagainya pada masa sama mengekalkan mineral yang baik.
– Tukar setiap 12 bulan

Coway: Reverse Osmosis

cuckoo vs coway

Reverse Osmosis merupakan satu jenis teknologi tapisan antara yang terbaik.

Ia menapis sehingga 99.999% bakteria dan bendasing yang terdapat pada air.

Mineral adalah antara elemen yang turut ditapis oleh tapisan jenis RO. Ini termasuk mineral baik yang terdapat pada air juga lenyap.

Penapis air Coway (Contoh bagi model Villaem) mempunyai 4 jenis filter:

1. NEO SENSE (Sediment + Pre Carbon)
– Singkirkan bendasing, klorin, volatile organic compounds, meleraikan kekotoran organik dan bukan organik
– Tukar setiap 6 bulan

2. REVERSE OSMOSIS MEMBRANE (RO)
– Tukar setiap 24 bulan
– Menyingkirkan logam berat (heavy metal), dan ion organik dan bukan organik

3. PLUS INNO-SENSE (Post-Carbon + Fine)
– Menyingkirkan bau dan menambahbaik rasa air
– Tukar setiap 18 bulan

4. CERAMIC
– Menghalang pembiakan mikro organisma dalam tangki air
– Tukar setiap 12 bulan

*Bukan semua penapis air Coway menghasilkan air RO. Ada beberapa model menghasilkan air beralkali juga.

2. Kualiti Air & pH Air

cuckoo vs coway

Cuckoo: Air Mineral Beralkali

Penapis air Cuckoo menghasilkan air yang bermineral dan beralkali ringan.

Ini disebabkan oleh penapis air Cuckoo menggunakan tapisan jenis Nano Positive yang mengekalkan mineral yang sihat untuk tubuh badan.

Pada masa sama menyingkirkan bendasing, bakteria tidak baik, logam dan sebagainya.

pH air tapisan Cuckoo adalah sekitar 7.0 (Natural) hingga 8.0 (alkali ringan/mild alkaline). Ia bergantung atas kualiti sumber air di rumah anda.

Sekiranya pH air di rumah anda adalah sekitar pH7.4 sebelum tapis, maka selepas tapis pH juga adalah sekitar pH7.4 (7.3, 7.4, 7.5).

Air Cuckoo adalah sihat dan selamat untuk diminum seisi keluarga kerana kandungan alkali ringan dan mineral yang terdapat padanya.

Sekaligus menyingkirkan segala bakteri-bakteria dan logam berat yang terdapat pada sumber air kita.

 

Coway: Air Reverse Osmosis (RO)

Penapis air Coway pula menggunakan tapisan Reverse Osmosis (RO) yang mana ia menapis hampir kesemua bendasing terdapat pada air. Ia termasuklah mineral dan zat galian.

Membran RO adalah sekitar 0.0001 micron, sangat halus.

Maklumat yang saya terima daripada bekas pekerja servis mesin Coway, beliau memaklumkan bahawa pH air Coway adalah sekitar pH 6.0 (atau 6.5) hingga pH 6.9, namun masih lagi sesuai untuk diminum dan tidak merbahaya.

Maklumat Tambahan

Penapis air dibahagikan kepada:

Micro, Ultra, Nano-Filtration and Reverse Osmosis.

Bezanya ialah saiz penapisan iaitu liang/porosity membrane.

a) Micro : 0.1 to 10 µm
b) Ultra : 0.1 µm to 0.01 µm
c) Nano :0.001 µm to 0.01 µm.
d) Reverse Osmosis : 0.0001 µm to 0.001 µm

Saiz Filter :-
#UF : 0.001mikron
#Nano : Between UF dan RO
#Nano +VE Cuckoo : 0.00085mikron (Between Nano Dan RO)
#RO : 0.0001mikron

3. Sijil

cuckoo vs cowaycuckoo vs coway

Cuckoo: Berikut adalah sijil yang diperolehi oleh jenama Cuckoo

a. Sijil Halal Malaysia
b. Sijil Halal Korea
c. Sijil Lab Test Report – myTEST
d. Sijil SIRIM
e. Sijil Korea Water Mark
f. Sijil NSF International (
g. Sijil IECEE (sijil keselamatan barang elektrik Korea)

Coway: Berikut adalah sijil yang diperolehi oleh jenama Coway

a. Sijil Halal JAKIM
b. Anugerah Gold Seal daripada WQA (Water Quality Association)
c. Sijil SIRIM
d. Platinum – Reader’s Digest Platinum Brand
e. Sijil RoHS

4. Promosi

Cuckoo:

a. Goood Plan
b. Goood Deal – Beli Cash dapat FREE Gift mahal
c. Normal Plan

Coway:

a. Diskaun
b. Beli tahun ini, mula bayar tahun hadapan (2018)
c. Trade in untuk dapatkan penapis Coway

5. Saiz Tangki Air

Cuckoo: Saiz tangki air penapis air Cuckoo adalah seperti berikut

cuckoo vs coway

a. Cuckoo King Top: Sejuk 1 liter, Panas 1 liter, Room Temperature free flow. Total: 2 Liter
b. Cuckoo Fusion Top: Sejuk 2 liter, Panas 1.4 liter, Room Temperature free flow. Total: 3.4 Liter
c. Cuckoo Iris Top: Sejuk 2 liter, Panas 1.4 liter, Room Temperature 1.8 Liter. Total: 5.2 Liter
d. Cuckoo Icon: Sejuk 2 liter, Panas 1.4 liter, Room Temperature 1.8 Liter. Total: 5.2 Liter
e. Cuckoo Fusion Stand: Sejuk 2 liter, Panas 2.5 liter, Room Temperature free flow. Total: 4.5 Liter
f. Cuckoo Deluxe (stand): Sejuk 2.8 liter, Panas 4.0 liter, Room Temperature 5.3 Liter. Total: 12.1 Liter
g. Cuckoo Marvel: Room Temperature free flow. Total: Tiada tangki
h. Cuckoo Jazz: Sejuk 1.3 liter, Panas free flow, Room Temperature free flow. Total: 1.3 liter

*Walaupun nampak macam tangki kecil, bezanya air suhu bilik free flow. Tak perlu tangki untuk sebahagian model Cuckoo.
**Tangki penapis air Cuckoo yang sederhana juga mempercepatkan proses menyejukkan air.
***Air cepat refill dalam tangki. Maka saiz tangki tidak menjadi satu masalah besar bagi produk Cuckoo/

 

Coway: Saiz tangki air penapis air Coway adalah seperti berikut

cuckoo vs coway

a. Ferry: Room Temperature: 3.5 Liter
b. Harry: Sejuk 3.0 liter, Panas 3.0 liter, Room Temperature 6.0 Liter. Total: 12.0 Liter
c. Inception: Sejuk 2.0 liter, Panas 1.2 liter, Room Temperature 2.0 Liter. Total: 5.2 Liter
d. Neo: Sejuk 2.3 liter, Panas 1.0 liter, Room Temperature 2.5 Liter. Total: 5.8 Liter
e. Petit: Sejuk 2.3 liter, Panas 1.2 liter, Room Temperature 3.0 Liter. Total: 6.5 Liter
f. Villaem: Sejuk 2.8 liter, Panas 4.0 liter, Room Temperature 5.3 Liter. Total: 12.1 Liter
g. Core: Sejuk 3.7 liter, Panas 1.2 liter, Room Temperature 6.4 Liter. Total: 11.3 Liter

6. Servis & Kos Servis

Kos servis ini TIDAK PERLU DIBAYAR dalam tempoh rental. Jika beli secara CASH, maka selepas tamat tempoh PERCUMA SERVIS, ini adalah kos yang perlu ditanggung oleh para pembeli penapis air Cuckoo atau Coway

Cuckoo: Kos Servis dan Tukar Filter Penapis Air Cuckoo

cuckoo vs coway

a. Cuckoo King Top: RM450/tahun
b. Cuckoo Fusion Top:RM424/tahun
c. Cuckoo Iris Top: RM550/tahun
d. Cuckoo Icon: RM583/tahun
e. Cuckoo Fusion Stand: RM508.80/tahun
f. Cuckoo Deluxe (stand): RM650/tahun
g. Cuckoo Marvel: RM350/tahun
h. Cuckoo Jazz: RM600/tahun

Servis: Setiap 4 Bulan

Tukar Filter: Setiap 4 Bulan akan tukar filter
a. Sediment Filter: Setiap 4 bulan
b. Pre Carbon Filter: Setiap 8 bulan
c. Natural Filter: Setiap 12 bulan
d. Nano Positive Filter: Setiap 12 bulan

Coway: Kos Servis dan Tukar Filter Penapis Air Coway

cuckoo vs coway

a. Ferry:
b. Harry: RM750/tahun
c. Inception: RM900/tahun
d. Neo: RM640/tahun
e. Petit: RM660/tahun
f. Villaem: RM680/tahun
g. Core: RM790/tahun

Servis: Setiap 2 Bulan

Tukar Filter: Setiap 6 Bulan akan tukar filter
a. Neo Sense – Setiap 6 bulan
b. Reverse Osmosis – Setiap 24 bulan
c. Plus Inno Sense – Setiap 18 Bulan
d. Ceramic – Setiap 12 bulan

*Pelanggan menikmati diskaun 10% jika langgan servis selama 2 tahun (Coway)

7. Harga

Cuckoo: Berikut Adalah Kos Sewa Penapis Air Cuckoo

a. Cuckoo King Top: Goood Plan – Bermula serendah RM60/bulan (7 tahun)
b. Cuckoo Fusion Top: RENTAL: Tahun 1-3 – RM103.88/bulan, tahun 4-5 – RM84.80/bulan. CASH: RM3392.00
c. Cuckoo Iris Top: Goood Plan: Bermula serendah RM100/bulan (5 tahun). CASH: RM3999.00
d. Cuckoo Icon: RENTAL: Tahun 1-3 – RM120.00/bulan, tahun 4-5 – RM100.00/bulan. CASH: RM4452.00
e. Cuckoo Fusion Stand: RENTAL: Tahun 1-3 – RM121.90/bulan, tahun 4-5 – RM100.70/bulan. CASH: RM4028.00
f. Cuckoo Deluxe (Stand): RENTAL: Tahun 1-3 – RM130.00/bulan, tahun 4-5 – RM110.00/bulan. CASH: RM4500.00
g. Cuckoo Marvel: RENTAL: Tahun 1-5 – RM75.00/bulan. CASH: RM2500.00
h. Cuckoo Jazz: RENTAL: Tahun 1-3 – RM160.00/bulan, tahun 4-5 – RM140.00/bulan. CASH: RM4999.00

Kos daftar: RM0
Kos pemasangan: RM0
Yuran proses: RM0
Pindah: RM0
Deposit: RM0
Up-front Payment: 1 bulan rental, dibayar untuk bulan terakhir sewaan.

*Harga penapis air Cuckoo paling mahal TIDAK MELEBIH RM5000.00
–> Dengan kualiti yang cemerlang dan servis yang konsisten, penapis air Cuckoo menawarkan harga bulanan yang sangat berpatutan.

Coway:

a. Ferry: RENTAL – RM70/bulan. CASH RM2400
b. Harry: RENTAL – RM130/bulan. CASH RM4200
c. Inception: RM195/bulan. CASH RM7500
d. Neo: RM115/bulan. CASH RM3550
e. Petit: RM120/bulan. CASH RM3700
f. Villaem: RM95/bulan. CASH RM3800
g. Core: RM140/bulan. CASH RM4600

8. Jenis Tangki

Cuckoo: Stainless Steel – Cuckoo menggunakan tangki air stainless steel dan anti-bakteria

cuckoo vs coway

cuckoo vs coway

Jenis Tangki Air Penapis Cuckoo King Top Stainless Steel – Selamat dan lebih bersih.

Coway: Tidak diketahui.

9. Kontrak Sewa

Cuckoo: Kontrak Sewa Penapis Air Cuckoo

a. Normal Plan:
– Boleh sewa tahun 1-3, kemudian pulangkan semula ke pihak Cuckoo
– Servis dan Filter PERCUMA sepanjang tempoh sewa
– Jika nak miliki penapis air Cuckoo, sambung sewa tahun 4-5
– Kemudian Cuckoo akan berikan penapis air ini kepada anda lepas habis bayar

b. Goood Plan
– Bulanan serendah RM60/bulan (murah dan mampu milik)
– Servis dan Filter PERCUMA sepanjang tempoh sewa
– Kontrak perlu bayar sampai habis
– Lepas habis bayar, Cuckoo akan berikan penapis air ini kepada anda
– Mesin tidak boleh pulangkan semula kepada pihak Cuckoo

Coway: Kontrak Sewa Penapis Air Coway

Tiada maklumat mengenainya

 

No 10-13 adalah update terbaru 2018

10. Tempoh Isian Semula Air Dalam Tangki

Cuckoo: Tempoh isian semula air ke dalam tangki penapis air Cuckoo adalah sangat pantas.

Sekitar 300ml ke 500ml seminit.

Ini antara sebab Cuckoo tidak memerlukan tangki air yang besar kerana tempoh untuk refill/isian semula ke dalam tangki adalah sangat pantas.

Walaupun tangki tidak besar, namun ia sangat efektif dan memudahkan.

Tak perlu tunggu tempoh lama untuk refill semula air ke dalam tangki.

 

C*way: Menggunakan sistem Reverse Osmosis (RO) yang mana ia agak mengambil masa untuk isian semula ke dalam tangki air.

Kelebihannya yang memiliki tangki air yang besar, namun tempoh isian semula yang agak lambat menyebabkan tempoh menunggu untuk tangki air penuh, proses penyejukan dan pemanasan air juga terkesan.

Namun ia tidak menjadi masalah sekiranya tangki sudah penuh.

 

11. Pembuangan Air

Cuckoo: Teknologi Nano Positive Filtration System (rujuk poin no 1) tidak memerlukan penapis air jenama Cuckoo untuk ‘membuang’ air ke dalam sinki. Tiada tiub khas pembuangan air dipasang pada penapis air.

Cuckoo TIADA pembuangan air.

 

C*way: Sistem reverse osmosis kebiasaannya memerlukan air untuk dikeluarkan daripada mesin penapis air. Satu tiub khas akan dipasang pada penapis air untuk dikeluarkan semula ke dalam sinki.

 

12. Direct Water Untuk Minum

Cuckoo: Cuckoo juga mempunyai satu tiub khas yang dipasang yang mengeluarkan air mineral yang bertapis.

Air daripada tiub ini bukanlah air buangan atau air kotor.

Air daripada tiub ini adalah air mineral yang dijamin bersih dan selamat untuk diminum.

Ia juga boleh digunakan untuk membasuh sayuran dan buahan, masakan dan sebagainya.

Juga memudahkan anda untuk isi air mineral ke dalam botol TANPA HAD.

 

C*way: Tiada maklumat mengenainya.

Yang diketahui ia mempunyai tiub khas untuk pembuangan air sahaja (sistem RO)

 

13. Yuran Daftar, Proses & Pemasangan

Cuckoo: Tiada yuran pendaftaran, tiada yuran proses, tiada yuran pemasangan.

Semua adalah 100% percuma.

Cuckoo RM0 yuran pendaftaran

 

C*way: Ada yuran pendaftaran sebanyak RM200. Namun pada tahun 2018, yuran RM200 tersebut telah diberi diskaun.

RM0 yuran pendaftaran, kecuali model NEO. Diskaun RM100.

 

KESIMPULAN

Kedua-dua jenama penapis air ini mempunyai kelebihan dan kekurangan tersendiri.

Kedua-duanya merupakan penapis air jenama antarabangsa buatan Korea antara yang tersohor termasuk di Malaysia.

Anda boleh buat keputusan sendiri, yang mana lebih sesuai untuk kegunaan peribadi.

Jika anda peminat air mineral, pilihlah Cuckoo. Jika anda peminat air RO, pilihlah Coway.

Secara peribadi, saya memilih untuk menggunakan produk Cuckoo hanya kerana bayaran bulanan serendah RM60/bulan untuk model King Top.

Kos yang sangat rendah untuk dapat penapis air berkualiti buatan Korea ini. Walaupun saiz tangki yang sederhana, namun ia sangat memadai untuk keluarga kecil kami.

Lebih-lebih lagi kerana air suhu bilik adalah free flow, tidak perlu menggunakan tangki air. (Saya minat juga produk Coway, tapi kurang mampu memilikinya)

Sebab puas hati dengan pelan harga Cuckoo, saya pun sekarang jadi ejen jualan Cuckoo. Boleh klik link di bawah untuk dapatkan senarai produk dan sebut harga penapis air Cuckoo.

 


Artikel ini ditulis oleh Wan Ahmad Fadhil berdasarkan pengalaman, pembacaan, research di internet, tanya kepada ejen, staf servis penapis air Cuckoo (bekas pekerja C*way) dan apa yang diketahui.

Saya tidak bertanggungjawab jika anda salah faham terhadap penulisan ini.

HAK CIPTA TERPELIHARA. Dilarang copy-paste artikel ini ke mana-mana blog dan laman web.


PROMO PENAPIS AIR CUCKOO

KLIK SINI untuk dapat PROMO Penapis Air Cuckoo –> Promo Serendah RM60/bulan

WhatsApp – 0139916967 untuk pertanyaan produk Cuckoo

 

 

Konsultasi Percuma!

Isi borang di bawah, kemudian kami akan hubungi anda dengan segera untuk konsultasi penapis air PERCUMA!

Cuckoo VS Coway

*Sila komen atau mesej saya jika berlaku kesilapan maklumat di cuckoonano@gmail.com

Call / Whatsapp 0139916967 (Klik)

error: Content is protected !!